Wednesday, February 27, 2013

Manifesto Pakatan Rakyat yang diumumkan pada 25.Feb. 2013 yang lepas yakni mendahului pengumuman Manifesto BN mendapat pelbagai reaksi dari segenap lapisan masyarakat. Bagi pemimpin BN dan UMNO sememangnya tidak akan bersetuju bahkan akan memperlekehkan kewujudan kandungan manifesto tersebut. Akan kiamat dunia politik negara ini jika ada pemimpin BN/UMNO yang bersetuju dan memuji manifesto seteru mereka .Itu adat politik, bahkan Pemimpin Pakatan Rakyat juga akan berbuat demikian. Namun bagi rakyat bawahan satu PERUBAHAN besar strategi politik pembangkang ialah mereka lebih GEMAR menyajikan idea politik mereka kepada rakyat 'MENDAHULUI' parti pemerintah. Dari semua segi. dari BELANJAWAN sehinggalah kepada MANIFESTO PILIHANRAYA ini. PAKATAN RAKYAT tidak takut idea mereka diciplak oleh parti lawan. Mereka begitu terbuka menyerahkan kepada rakyat menilai semuanya, antara idea PR dan idea UBN. Walaupun dalam beberapa situasi dan keadaan, idea mereka yakni PR diambil kira oleh UBN. Itu sudah pasti dan rakyat sendiri menjadi hakim muktamadnya.

Saya tidak berapa sangat menyanjungi Manifesto PR ini secara jujurnya kerana, semua yang diutarakan itu seakan mengulangi kembali apa yang terkandung dalam Buku Jingga. Namun begitu hanya satu yang menjadi tarikan intim saya dalam manifesto PR kali ini iaitu ada kesungguhan untuk mengembalikan kedaulatan kepada Sabah. Kedaulatan yang bersandar kepada peruntukan undang-undang dan perlembagaan sedia ada seperti yang dipersetujui tatkalan perjanjian Malaysia 1963 ditandatangani.

kalau pemimpin Sabah nak kata bahawa Manifesto PR ini tidak realistikj, katalah. Kerana bagi saya, kesungguhan yang ditunjukkan oleh PR dalam mengembalikan hak-hak Sabah lebih tinggi dari apa yang ditunjukkan oleh UBN selama ini. Jangan pula bila saya katakan begitu, maka saya digolongkan dalam penulis pro pembangkang.

Jika dari dulu UBN di Sabah menunjukkan komitmen yang padu dalam memelihara dan memulihara hak-hak Sabah seperti yang terkandung dalam 20 perkara, saya rasa UBN akan menjadi pilihan utama rakyat di negeri bayu ini. Namun yang berlaku sebaliknya, ada pemimpin UBN yang mendakwa bahawa 20 perkara sudah tidak relevan lagi, ada pula yang menyatakan, kebanyakkan isu dalam 20 perkara telahpun ditunaikan secara berperingkat-peringkat. Bermula dari borneosasinya dan jawatan kanan dalam kerajaan kepada kawalan imigresen dan sebagainya.

Dalam manifesto PR jelas mengungkapkan :Memulihara intipati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan kedudukan Sabah dan Sarawak setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan mengembalikan autonomi Sabah dan Sarawak mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan

kemudian dari itu : Kami akan membawa tahap kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Sabah setanding dengan perkembangan di Semenanjung Malaysia.

Apakah kedua isu ini telah dan sedang diambil tindak oleh UBN di Sabah.? Lihat sekeliling kita dan kemudiannya berlaku jujurlah kepada diri sendiri, apakah pembangunan yang ada di Sabah sekarang ini menyamai apa yang berlaku di Semenanjung? Jalanraya di Sabah , apakah lebih baik atau sama taraf dengan apa yang ada di Semenanjung? Peluang pekerjaan, Apakah banyak di Sabah seperti yang ada di Semenanjung?Bekalan Elektrik, apakah seperti yang ada di semenanjung?

Persoalan ini saya lontarkan kerana KITA yakin SABAH,SARAWAK DAN MALAYA bukankah telah sama-sama MEMBENTUK MALAYSIA? Dan hasil-hasil petroleum Sabah kita telah persetujui untuk diberikan kepada PERSEKUTUAN, dan seharusnya hasil itu diberikan samarata untuk tujuan pembangunan.

Anda fikirkanlah! jika Manifesto PR ini boleh mengembalikan kedaulatan Sabah. "why Not" kita tidak menghargainya.
Hari ini saya terkejut membaca satu posting  di wall FCB pemimpin PKR Tuaran yang juga seorang peguam bertauliah dan terkenal di Sabah iaitu Sdr Ansari Abdullah yang mendakwa pernah ditawarkan jawatan Sebagai Peguam Besar Negeri oleh pemimpin UMNO Sabah suatu ketika dulu asalkan menyertai kembali parti tersebut. Dalam posting Ansari itu juga beliau turut menyatakan bahawa beliau telah lama kehilangan keyakinan kepada parti UMNO. Lihat dan baca posting beliau ini"


"Alhamdullillah, bicara kes Mahkamah Seysen Sandakan selesai. Saya cari makan secara halal dalam bidang guaman sejak 1979. Pada tahun 1999 Datuk Osu Sukam menawakan saya jawatan Peguam Besar Negeri dengan syarat saya kembali keUMNO. Saya tolak kerana hilang keyakinan dengan UMNO & yakin rezki adalah ketentuan Allah SWT. Insyallah, saya akan lawan habis-habisan syaitan yang dikenali yang memfitnah saya terima wang rasuah dari UMNO."

Dakwaan ini seharusnya menjadi pengajaran kepada semua pihak sama ada pemimpin UMNO dan BN ataupun pemimpin Pakatan Rakyat bahawa seseorang yang berjuang ikhlas untuk rakyat tidak akan membenarkan jiwa dan raganmya dibeli dengan pelbagai tawaran baik tawaran berbentuk wang ataupun pangkat dan kedudukan.

Seseorang pemimpin politik tidak akan membenarkan idealisme perjuangannya dijual beli dan diperdagangkan sesuka hati oleh pihak-pihak yang mempunyai kuasa dan kepentingan semata-mata untuk mengharapkan ganjaran yang sementera.

Jika pegangan dan keyakinan kepada perjuangan bersebati dalam diri dan jiwa, saya yakin gejala lompat melompat dalam politik di negara ini tidak akan berlaku. Politikus sewajarnya memikirkan terlebih dahulu keupayaan dan ketekalan jiwa mereka dalam menyertai apa-apa parti politik. Dan berjuanglah untuk rakyat bukan untuk mendapatkan imbalan berupa projek besar dan kesenangan duniawi. Semoga semua ini menjadi pengajaran cukup bererti buat kita yang bergelar PEMIMPIN.

Tuesday, February 26, 2013



MENGHORMATI KEDUDUKAN SABAH DAN  SARAWAK DI DALAM PERSEKUTUAN

Pakatan Rakyat mengulangi iltizam untuk mempertahankan hak Sabah dan Sarawak di  dalam rangka Perlembagaan Persekutuan seperti yang terkandung di dalam Deklarasi Kuching, seperti berikut:


Kerjasama bersekutu
Memulihara intipati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan kedudukan Sabah dan Sarawak setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan mengembalikan autonomi Sabah dan Sarawak mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan

Perwakilan yang adil
Mempertingkatkan integrasi nasional di  antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung  Malaysia melalui penggemblengan tenaga dan  perkongsian kuasa secara adil yang menjunjung  semangat Perjanjian Malaysia.

Kewarganegaraan
Melaksanakan pembersihan senarai kerakyatan dan daftar pengundi di seluruh negara khususnya di Sabah dan Sarawak, dengan mengiktiraf hak penduduk yang mencukupi syarat untuk menerima kerakyatan dan membanteras gejala pemberian kad pengenalan/kerakyatan palsu yang bermotif politik sempit

Pengiktirafan hak ke atas Tanah Adat
Menghormati dan mengiktiraf hak anak watan ke atas tanah adat sepertimana yang tertakluk dan termaktub dalam Undang-undang Negeri Sabah dan Sarawak dengan menubuhkan Suruhanjaya Tanah untuk menyiasat, menyelesaikan pertikaian, memperbaharui, menyelidik dan memulihkan Hak Adat Peribumi ke atas pemilikan Tanah Adat.

Kecekapan dan kemandirian Sarawak dan Sabah
Kami akan mengiktiraf perlantikan rakyat Sarawak dan Sabah untuk memimpin dan memegang jawatan di Jabatan Kerajaan di negeri masingmasing, dikuatkuasakan oleh Setiausahasetiausaha kerajaan kedua-dua negeri dan memberikan keutamaan kepada rakyat Sarawak dan Sabah di peringkat Kerajaan Persekutuan
untuk menjalankan tugas di negeri masing -masing.

Keadilan dalam isu minyak
Kami akan menaikkan bayaran royalti ke atas  petroleum dan sumber sumber hidrokarbon
kepada Sarawak dan Sabah dari 5% ke 20%.


Pembangunan sekata
Kami akan membawa tahap kemajuan  infrastruktur di Sarawak dan Sabah setanding  dengan perkembangan di Semenanjung  Malaysia.
Hari ini blog pro pembangkang berpesta dengan berita kononnya Pakatan Rakyat menurut risikan polis dan tentera bakal menerajui Putrajaya sekaligus 'memperkenankan' hasrat Anwar Ibrahim untuk menjadi PM yang ke 7.

Tentera dan polis yakin Pakatan Rakyat akan menang pada Pilihan Raya Umum ke 13, kata Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.

“Risikan dari tentera dan polis mengatakan bahawa mereka yakin Pakatan akan menang.

“Mereka juga merangka rancangan bagaimana untuk menjaga keamanan negara,” kata bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat itu.

Beliau berucap demikian depan hampir 2,000 perwakilan pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.

Ghafir berkata, peralihan kuasa nanti akan berjalan lancar tanpa sebarang kekacauan seperti yang didakwa Umno BN.

“Saya percaya tidak akan ada revolusi yang akan terjadi kerana rakyat kita adalah rakyat yang berbudaya,” kata Ghafir.

“Saya juga ingin memberi jaminan bahawa angkatan tentera kita adalah profesional dan taat kepada Yang DiPertuan Agong.

“Sekiranya pemimpin-pemimpin Pakatan dipanggil mengangkat sumpah untuk membentuk kerajaan, saya yakin angkatan tentera akan berada di belakang pimpinan ini,” ujarnya disambut tepukan gemuruh.

Dalam pada itu, beliau menyokong penuh Manifesto Pakatan Rakyat yang disifatnya terbukti menjamin keadilan untuk rakyat.

“Tahniah kepada pimpinan Pakatan kerana berjaya hasilkan manifesto terbaik untuk mengangkat martabat rakyat khususnya rakyat miskin.

“Ia ternyata bukan sekadar retorik, tapi ada implikasinya,” kata Ghafir. -KD

Monday, February 25, 2013



Jika PM Datuk Seri Najib Tun Razak dipermalukan di penang sehingga media Singapura turut menyairkan berita itu;

Are U Ready for PSY?——Yeah!Are U Ready for PSY?——Yeah!
Are U Ready for PSY?——Yeah!

Are U Ready for BN?——Nooo!
Are U Ready for BN?——Nooooo!!
Are U Ready for BN?——Nooooooo!!!



Kini giliran TPM datuk Muhiyuddin Yassin ketika melawat Sabah pada 23hb Feb. yang lepas.


Kunjugan Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Sabah pada 23hb Februari 2013 yang lalu telah mendapat kejutan maut sambil dimalukan oleh penduduk DUN Nabawan Parlimen Pensiangan, Sabah.

Apabila beberapa sepanduk menuntut janji-janji yang pernah ditaburkan oleh Kerajaan UMNO/BN kepada rakyat Sabah masih belum tertunai lagi.

Keberanian yang ditonjolkan oleh penduduk Sabah secara terbuka, tegas dan berani ini amat mengejutkan sekali.

Senario sebegini belum pernah terjadi apabila pembesar negara membuat kunjungan maupun lawatan rasmi ke Sabah sebagai tanda rasa hormat yang amat tinggi.

Tetapi itu semua sudah menjadi sejarah. Rakyat Sabah kini sudah mula bangkit mau melakukan perubahan. Rakyat Sabah sudah muak dan bosan sampai nak muntah dengan segala janji-janji manis UMNO/BN.

Rakyat Sabah pun dah sedar yang janji-janji manis yang ditabur UMNO/BN langsung tidak boleh dipercayai.

KEPERCAYAAN SIFAR ! Sabah kini jelas bukan lagi deposit kekal tetap UMNO/BN pada PRU 13 nanti.

Perubahan besar bakal melanda politik Sabah sehingga tempiasnya mengenai tubuh Putrajaya.. Ins'y Allah.
INI KALI LAH TUKAR..JOM UBAH.. SELAMATKAN MALAYSIA. ~omakkau

Sunday, February 24, 2013

Jika benar apa yang diwar-warkan oleh pelbagai pihak di KB bahawa kesemua wakil rakyat sedia ada termasuk Datuk Rahman dahlan akan dicalonkan semula melainkan Datuk Salleh yang dijangka menggantikan Datuk Japlin Akim di DUN USUKAN, bermakna sekali lagi suku Iranun akan menggigit jari. Ini bererti suku minoriti yang paling tangkas percaturan politiknya di Sabah itu dan khasnya di Kota Belud akan sekali lagi tidak punya wakil untuk diketengahkan.

Tan Sri Pandikar yang sebelum ini ada disebut akan menggnatikan Datuk Musbah di DUN TEMPASUK, dikatakan tidak akan menjadi realiti. Justeru itu suku Iranun tidak akan berpeluang untuk melahirkan pemimpin atau meneruskan kepimpinan sedia ada mereka dalam arena politik tanahair. Ketiadaan wakil Iranun dalam politik Kota Belud dan politik Sabah dijangka menjadi malapetaka suku itu sehingga 5 tahun dari sekarang. Suara dan kehendak mereka akan terus terpinggir dan tidak didengari. sedangkan ketika inipun penglibatan Tan Sri Pandikar selaku YDP Dewan Rakyat, menyebabkan suku Iranun tidak punya apa-apa pengharapan dalam politik Sabah.

Menyedari hakikat itu, suku Iranun disaran agar memikirkan semula sokongan kepada Bn dan UMNO jika benar-benar suku itu disisihkan dalam arus pemilihan wakil rakyat di Kota belud. Walaupun berada pada kedudukan minoriti namun, suku Iranun juga punya beberapa cendikiawan dan aristokrat yang boleh memanjangkan PENGARUH MEREKA sehingga memberi tekanan kepada kepimpinan sedia ada untuk mempertimbangkan wakil dari suku Iranun.

PM Datuk Seri Najib diharapkan akan memikirkan semula, jika benar apa yang dikatakan oleh pemerhati politik KB bahawa pada PRU 13 nanti, menyaksikan tidak ada wakil dari suku Iranun. Melainkan jika suku itu bersatu memberi sokongan kepada pembangkang, ada kemungkinan besar salah satu DUN dalam Parlimen Kota Belud akan menjadi milik wakil rakyat dari suku tersebut.

Saturday, February 23, 2013

Sekali lagi Najib di katakan akan membubarkan parlimen esok iaitu hari Isnin 25.02.2013 untuk membolehkan PRU 13 di adakan pada cuti penghujung bulan Mac ini.  Walau bagaimanapun ramai yg percaya Najib hanya akan menunggu sehingga tamat tempoh parlimen yang berakhir ada 28 April ini..Dan PRU 13 boleh diadakan pada cuti penghujung Mei tahun ini.

Sejak kebelakangan ini pelbagai spekulasi mengenai tarikh Najib membubarkan Parlimen. Manakala Najib dalam satu kenyataan pula menyatakan bahawa Parlimen tidak lagi akan dibubarkan untuk membolehkan Transformasi yang dirancang oleh kerajaan benar-benar dapat dirasai oleh rakyat.

Sementalahan itu blog-blog pro pembangkang pula mewar-warkan mengenai pertambahan hutang negara yang mencecah lebih 500 billion. Pertambahan hutang ini dikatakan kerana polisi berbelanja kerajaan BN/ UMNO yang tidak berhemah. Menyebabkan pelbagai cukai dijangka akan dinaikkan dan rakyat menjadi terhimpit.


Saya masih ingat dengan jelas dalam minda saya tahun 1998 apabila Anwar Ibrahim dipecat dari kerajaan dan parti, beliau dicanangkan sebagai ajen AS. Video dan gambar Anwar yang dihampar dengan permaidani merah , bersalaman dengan menteri pertahanan AS diulang tayang berkali-kali sebagai pembuktikan bahawa Anwar adalah pembelot dan pengkhianat Negara, bersengkongkol dengan Negara asing yang kononnya mahu menguasai Malaysia dari aspek ekonomi dan politik. Anwar tidak diberikan ruang secukupnya untuk menjawab tuduhan yang berulang-ulang itu. Media memainkan isu ini sehingga Anwar ditangkap dan dipenjarakan. Begitu mudahnya Anwar dipermalukan, daripada yang pernah diangkat sebagai orang nombor dua dalam kerajaan kepada manusia yang paling hina dina di Malaysia. PROPAGANDA POLITIK.

Lewat dua minggu lepas, berlaku pencerobohan bersenjata segerombolan ‘tentera Sulu’ di Lahad Datu. Ada yang melaporkan kekuatan tentera itu mencecah 100 orang, walaupun ada media alternative yang menyangkal dan menyatakan keahlian mencecah 400 orang. Dalam insiden ini sekali lagi Anwar di kaitkan. Blog-blog pro BN/UMNO memutarkan berita bahawa Anwar telahpun sebelum itu mengadakan rundingan sulit dengan Nur Misuari di selatan Filipina yang membawa kononnya ‘kemasukan’ tentera bersenjata itu ke Sabah.

Lebih dua minggu dan sehingga artikel ini ditulis belum pun ada tanda-tanda ‘krisis’ sejarah kekuasaan kesultanan Sulu ke atas Sabah itu akan langsai dengan aman. Menteri dalam negeri Datuk Seri Hisyammuddin telahpun ‘melawat’ Lahad Datu. Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman juga mengikut jejak Hisyam. Meskipun begitu, krisis masih belum berakhir.

Semua sedia maklum dalam menjelangnya PRU 13 ini, isu atau krisis ‘tentera sulu’ di Lahad datu ini perlu ditangani dengan cukup berhati-hati. Walaupun rundingan telah selesai dan khabarnya ‘tindakan pengusiran’ akan dilakukan. Namun yang berlaku, sebaliknya, pertambahan bilangan tentera di Lahad Datu, dan sekatan jalan raya oleh pasukan keselamatan di pantai Timur beroperasi 24 jam.

Sama ada benar atau tidak , dalang adalah Anwar Ibrahim, kita perlu berlapang dada. Seharusnya satu siasatan rapi wajar dilakukan. Berikan masa dan peluang untuk ketua pembangkang ini membela diri. Jangan peristiwa 1998 berulang. Rakyat sudah tidak boleh disandiwarakan lagi. Cukup dan cukuplah.

Apa yang lebih penting dari tuduhan pembabitan Anwar Ibrahim dalam skandal tuntutan tentera sulu keatas Sabah ini tentunya menyentuh berkenaan dengan kerapuhan kawalan keselamatan perairan Negara. Mungkin agak tidak keterlaluan jika yang menceroboh perairan Negara itu dalam kapaisiti 10 hingga 20 orang barangkali tidak sangat menggemparkan rakyat Sabah. Namun jika 100 orang yang menaiki perahu pancung dengan kelengkapan senjata dan Berjaya mendarat di persisir pantai Negara, ia cukup membimbangkan kita. Begitu rapuhnya kawalan keselamatan perairan Negara sehingga sesukanya dibolosi. Begitu lemahnya bahagian risikan ketenteraan sehingga perkara ini ‘gagal’ dihidu lebih awal sebagai satu ancaman keselamatan Negara.

Seharusnya situasi ini tidak boleh berlaku kerana setiap tahun aspek keselamatan dan pertahanan Negara adalah antara yang mendapat peruntukan berbillion dari kerajaan. Pembelian Kapal Selam Secorpione yang ‘disemayamkan’ di teluk sepanggar, bukankah bertujuan untuk mengawasi perairan Negara? Bukankah TLDM begitu sensitive dengan rondaan bersama kapal-kapal perang yang canggih dan dalam keadaan siapsiaga yang tinggi?

Bagaimana tentera sulu ini boleh membolosi perairan Sabah? Jika benar ada dalangnya, maka tidak hanya Anwar yang terlibat tetapi pegawai-pegawai TLDM juga mungkin ‘bersahabat’ dengan Anwar. Bagi saya sekali lagi PROPAGANDA POLITIK di mainkan.

Marilah kita bersama menjaga keselamatan Negara tanpa adanya kepentingan politik kepartian dan individu. Keselamatan itu bukan hak kerajaan, bukan hak parti, bukan hak individu tetapi hak bersama yang perlu dipelihara dan dijaga.

Thursday, February 21, 2013

Hari ini telah dispekulasikan sebagai hari pembubaran Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri. Ramai telah menghubungi saya samada berita itu benar atau tidak. Jawapan saya standard, “saya tidak tahu, tanya Najib atau Rosmah” Siapa kita untuk mengetahui perkara penting itu. Terpenting bagi kita ialah dengan memberikan perimbangan serta berfikir sejenak sebelum memangkah semasa dalam bilik mengundi itu nanti.


Bagi saya samada pembubaran itu dilakukan pada hari ini tidak penting. Yang penting kita sudah bersedia untuk melakukan yang terbaik untuk negara kita. Kita jangan tertipu dengan dakyah karut yang kita ikuti selama ini. Di negara ini kita boleh mengundi sesiapa sahaja dan tidak seperti apa yang di dakyahkan yang negara kita ini hanya selamat jika UMNO memerintah. Sememangnya pimpinan UMNO sedang mendagu dan merayu supaya diberikan peluang sepenggal lagi seperti yang di minta oleh Najib di Kuching semalam.


Najib merayu untuk BN di berikan sepenggal lagi seolah BN telah memerintah hanya sepenggal yang lalu. Beliau terus merayu agar diberikan sepenggal lagi walaupun telah di beri peluang sejak merdeka dahulu memerintah negara ini. Sepatutnya yang merayu untuk meminta sepenggal itu adalah pihak pembangkang bukannya pihak kerajaan. Tetapi tidak mengapalah, kerana rakyat ramai yang membuat keputusan samada untuk memberikan BN sepenggal lagi walaupun telah berpenggal-penggal mentadbir kita.


Sebenarnya Najib masih belum berkeyakinan untuk membubarkan Parlimen, tetapi oleh kerana penggal Parlimen sudah sampai ke penghujung nya maka beliau akan terpaksa membubarkannya juga atau di biarkan sahaja penggal ini terbubar dengan sendirinya pada 28hb April nanti. Itu tidak ada apa-apa salahnya jika Najib memilih untuk berbuat demikian.


Tidak ada sebab untuk Najib tergesa-gesa untuk membubarkan Parlimen itu sedangkan jika beliau membubarkan Parlimen pada hari ini Najib tetap mencatat rekod seorang Perdana Menteri yang tidak di pilih oleh rakyat. Persepsi itu tidak dapat di hilangkan jika Najib membubarkan Parlimen hari ini atau besok. Sudah alang-alang tunggu sahaja sampai penghujung bulan April nanti.


Tindakan Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri tidak juga menjadi kesalahan kerana sebagai sebuah negara Persekutuan, Dewan Legislatif Negeri itu adalah hak negeri untuk menentukan tarikh pilihanraya bagi kawasan-kawasan Undangan Negeri nya. Jangan kita persoalkan tindakan itu kerana ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Negeri Selangor dan Persekutuan kita. UMNO tidak payah sibuk dengan urusan kerajaan Negeri Selangor kerana UMNO sudah di tolak oleh rakyat Selangor.


Kerja dan tugas UMNO yang penting sekali sekarang ialah untuk menentukan yang mereka melaksanakan tugas mengikut peruntukan undang-undang negara. UMNO sendiri mempunyai masalah besar. Biarkan PAS, DAP serta PKR dengan urusan mereka kerana mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk mempastikan perancangan untuk melakukan perbezaan dengan BN jika mereka di beri peluang untuk mentadbir Putrajaya selepas PRU ini.


Tidak salah untuk UMNO bertahan, tetapi untuk bertahan UMNO sendiri tidak berkeyakinan. Ramai di antara pemimpin mereka menzahirkan perasaan mereka kepada saya sehari dua ini. UMNO mempunyai banyak ‘factions’ dan mempunyai ‘warlords’ mereka termasuk Dr Mahathir sendiri. UMNO sedang menghadapi tekanan dari rakyat dan dalam pada menguruskan tekanan rakyat itu, parti itu sendiri wujud tekan menekan sesama sendiri.


Puak Dr Mahathir memberikan sokongan kepada Muhyiddin dan jika boleh mereka mahukan Najib berhenti untuk memberikan Muhyiddin peluang menerajui PRU ke13 ini. Serba salah puak Mahathir ini nampaknya. Begitu juga puak Muhyiddin. Kalau hendak berkeras untuk menekan Najib, pilihanraya sudah hampir dan akan menjejaskan keputusannya nanti. Tidak berkeras pun tidak boleh kerana UMNO sedang dalam keadaan telur di hujung tanduk.


Satu isu yang terbesar akan mereka (UMNO) hadapi ialah masalah calon pilihanraya untuk UMNO dan BN. Jika Najib biarkan Muhyiddin menentukan calon UMNO ia serupa lah memberikan parang tajam kepada Muhyiddin untuk Timbalannya itu gunakan untuk memenggal politik Najib seperti yang di kehendaki oleh Mahathir. Setakat yang saya tahu sudah berbelas Ketua Bahagian yang dulunya adalah pengikut totok Najib dengan senyap-senyap telah berpihak kepada Muhyiddin.


Tidak tahu lah kita samada Najib maklum tentang perkara ini tetapi yang pastinya mereka sudah hilang keyakinan terhadap Najib. Mereka ingin bergantung kepada dahan yang baru tetapi tidak tahulah kita samada mereka terasa bahawa dahan yang baru ini pun akan tumbang bersama pokok besarnya (UMNO) dalam pilihanraya nanti. Bagi UMNO, parti ini sudah sampai ke persimpangan.


UMNO tidak mempunyai jalan selain dari mengakui kesulitan mereka dalam pilihanraya kali ini. Itu pun tidak mengapa kerana dalam demokrasi sememangnya UMNO boleh di jatuhkan seperti yang di alami oleh mana-mana parti di dalam mana-mana negara demokrasi. Tetapi UMNO tidak rela menghadapi kekalahan kerana masing-masing ‘warlords’ dalam UMNO itu mempuyai rekod buruk masing-masing yang mereka takutkan jika parti itu tidak berkuasa lagi.


Mahathir tersangat takut jika Pakatan Rakyat menang dan Anwar menjadi Perdana Menteri. Mahathir bukan sedikit masalah yang beliau lakukan terhadap diri beliau sendiri semasa memegang kuasa dahulu. Itulah yang menyebabkan beliau bermatian menegakkan benang basah UMNO hari ini. Najib pun begitu. Beliau takut jika Pakatan menang dan terpaksa menghadapi Anwar jika Pakatan menang.


Jika UMNO menang dengan tipis sekali pun, Najib terpaksa menghadapi hari akhir kepimpinan beliau dan ini juga menakutkan beliau sendiri. Apa kah Muhyiddin mampu untuk tidak mengambil tindakan terhadap Najib jika beliau mengambil alih kuasa? Najib tahu dalam UMNO tiada siapa yang mempunyai ‘allegiance’ terhadap pemimpin yang mereka sokong sebelumnya. Najib akan menangis kesaorangan. Itu sudah banyak berlaku dalam UMNO kerana setiap pemimpin dalam UMNO itu adalah pimpinan yang lemah dan mereka hanya di ikuti oleh mereka yang berkepentingan peribadi. Semua mereka itu akan mengikut dan bersama-sama mengutuk pimpinan yang telah pergi yang pernah mereka dukung dahulu.


UMNO sudah tidak ada lagi pemimpin yang ‘magnanimous’ seperti dahulu. Dendam mendendam sudah menjadi amalan mereka. Kata perpatah Melayu, ‘mati ayam mati tungau’ Berhenti sahaja Najib maka Najib akan terpaksa menghadapi zaman gelap beliau sampai akhir hayat.


Najib sekarang memang tidak boleh bertahan lagi. Hanya jika beliau ada sedikit kemampuan untuk berfikir sahaja boleh menyelamatkan beliau dari menghadapi zaman gelap beliau nanti.


Najib tahu Mahathir tidak akan membela beliau dan Muhyiddin jauh sekali untuk melakukannya. Apa tah lagi jika UMNO yang sekarang mempunyai kecenderungan untuk tewas dalam pilihanraya kali ini bersama parti komponennya MCA dan MIC yang sudah pasti akan tewas kali ini.

Wednesday, February 20, 2013





Jika sebelum ini para pemerhati politik meramalkan beberapa tarikh tertentu untuk PM Datuk Seri Najib membubarkan parlimen namun ramalan itu meleset apabila sehingga kini belum ada keputusan muktamad yang jelas berlakunya pembubaran parlimen meskipun tanda-tanda Kubra sudah jelas kelihatan.

Najib berlainan daripada PM sebelum ini kerana disifatkan oleh pihak pembangkang sebagai “takut’ membubarkan parlimen awal ,seawal setahun sebelum mandat berakhir. Najib dilihat lebih berhati-hati ‘melafazkan’ perkataan “bubar Parlimen” untuk membolehkan PRU 13 diadakan. Sebelum ini Najib mengingatkan penyokong UMNO dan BN bahawasanya PRU 13 ini adalah IBU segala Pilihanraya. Justeru itu, barangkali Najib mahukan kelainan daripada apa yang diamalkan oleh PM sebelumnya . Najib mahu menunggu detik akhir parlimen berkuasa yang diberikan rakyat iaitu awal April ini.

Banyak faktor yang membuatkan Najib menunggu saat akhir ini. Selain daripada mahu natijah program “TRANSFORMASI’nya berlaku, Najib juga dilihat ‘mewarisi’ kepimpinan yang rapuh dari Tun Abdullah apabila BN dan UMNO hanya memperolehi “sample Majoriti” di parlimen. Situasi ini dilihat banyak pihak sebagai diambang kejatuhan, kerana tidak pernah terjadi dalam sejarah mana-mana sistem demokrasi dunia, sesebuah kerajaan yang mendapat sample majoriti boleh bertahan lama dan dapat merangka pelbagai program pembangunan dengan berkesan.

Selain daripada itu, Najib juga nampaknya seakan mahu meredakan ‘kebangkitan’ rakyat yang berlaku sekarang. Najib TETAP mahu meneruskan pelbagai program menggamit sokongan rakyat dari segenap golongan. Pemberian TUNAI kepada rakyat adalah antara program paling besar yang dilakukan oleh Najib untuk mendapat sokongan rakyat. TUNAI ini merangkumi hampir keseluruhan lapisan masyarakat di negara ini dari komuniti keluarga, belia, pelajar menengah dan rendah serta pelajar bertaraf mahasiswa dan mahasiswi.

Najib sudah tidak banyak masa untuk membuktikan keberjayaan program TRANSFORMASI nya itu. Hanya berbekalkan kurang sebulan dari sekarang sama ada Najib masih kepingin untuk membubarkan parlimen atau masih mengidam tarikh yang lama, semua itu tidak akan di izinkan oleh sistem Demokrasi Berparlimen yang diamalkan oleh negara ini. Mahu atau tidak Najib akan terpaksa menghadapi PERANG paling besar dalam sejarah hayat politiknya. Menentukan sama ada beliau akan kekal di Putrajaya atau terpaksa menduduki kerusi “ketua Pembangkang”. Dan tarikh akhir itu adalah pada awal April tahun ini.

Dalam sejarah politik Najib beliau banyak beraksi dalam situasi “Save and saftey”. Baik ketika dalam gerombolan pemuda, menaiki Jawatan Naib, Timbalan dan kemudian Presiden. Najib tidak ada pengalaman langsung ‘berperang’ secara terbuka dan gentelmen dalam heraraki politiknya. Justeru tidak hairan bila ramai yang melihat Najib penuh berhati-hati dan berwaspada. Cabaran getir dan genting bagi beliau adalah PRU 13. Apakah Najib tidak punya strategi perang yang ampuh berbanding dengan pembangkang yang acapkali menghadapi cabaran di medan perang setiap kali PRU diadakan? Sebagai general perang, Naib tidak harus bergantung kepada kecekapan hulubalangnya semata-mata tetapi juga sebagai general perang, Najib punya daya fikir, daya ramal, daya juang, daya imaginasi yang paling optimum supaya bala tenteranya dapat memanfaatkan kesiapsiagaan peralatan termasuk media dan wang yang dimiliki oleh mereka. Jika tidak, kedua-duanya Media dan Wang akan memakan diri.

Pemerhati politik meramalkan Najib akan menunggu tarikh akhir parlimen berakhir untuk mengadakan PRU 13. Meskipun ada pihak berpendapat tarikh 22.02.2013 iaitu esok , Najib akan membubarkan Parlimen untuk membolehkan PRU 13 diadakan pada waktu cuti persekolahan di penghujung Mac tahun ini, namun masih ada tarikh baru iaitu AWAL BULAN APRIL dan PRU 13 boleh diadakan pada cuti bulan Mei atau awal Jun. Ia bergantung kepada ilham dan kekuatan Najib menghadapi asakan demi asakan dari pembangkang untuk mengadakan PRU 13 lebih awal. Najib juga harus memikirkan untuk sama berpilihanraya dengan 4 buah negeri yang dikuasai pembangkang.

PM Datuk Seri Najib dikatakan bersetuju supaya kakitangan awam hampir 1.4 juta dinaikkan gaji sehingga RM400 dan menyelaras kenaikan elaun Tetap Perumahan antara RM 350-450. Pengumuman itu akan dibuat pada khamis ini atau selewat-lewatnya pada minggu depan seerti yang dilaporkan dalam beritasemasa.com.

Kenaikan ini adalah yang kedua bagi kakitangan awam di negara ini apabila pada tahun lepas sebanyak 13% telahpun diberikan ekoran pembatalan SBPA yang menjadi kontrovesi.Manakala CEUPACS pula sebelum ini memperjuangkan kenaikan ETP yang dikatakan sudah tidak relevan lagi. Sebelum ini TPM ernah membayangkan akan adanya berita gembira buat kakitangan awam sebelum bulan Mac tahun ini.

Ramai pemerhati politik berpandangan ia adalah satu lagi usaha Najib untuk menggamit sokongan daripada kakitangan awam menjelang PRU 13 yang boleh diadakan bila-bila masa dari sekarang.

Beberapa laporan turut menyatakan bahawa Najib dijangka akan membubarkan parlimen pada 22.02.2013 iaitu hari jumaat ini untuk memberi laluan PRU 13 diadakan pada waktu cuti persekolahan pada 23.03.2013 hingga 31.03.2013.

Ekoran pengumuman Najib itu nanti, diramalkan, kakitangan awam di negara ini akan memberikan sokongan kepada BN/UMNO pada PRU 13 nanti sekurang-kurangnya mencecah 80%.

Monday, February 18, 2013

Artikel ini ditulis untuk bangsa saya, untuk saudara2 kita di Sabah yg sedang hebat diracun dengan perpecahan ia juga ditulis untuk para pejuang Islam Melayu Moro dan pasukan komando kita yg sentiasa mendapat tempat di hati saya.


Ini merupakan kali pertama dalam sejarah, operasi penuh getir angkatan tentera kita yg tidak diketahui umum diceritakan penuh detail oleh Shahpaskal. (Google tak akan jumpa punya).


Saya fikir sudah sampai masanya artikel ini ditulis, tambah lagi, saya lihat elemen2 untuk menghasut rakyat Sabah dan Sarawak semakin kencang bertiup dalam internet termasuk Facebook. Saya kesal kerana petualang2 ini masih berleluasa dan saya harap kerajaan bertindak sekeras2nya terhadapa elemen ini.


Artikel ini juga ditulis untuk menyedarkan generasi muda Sabah punca2 kepada suara2 hasutan ini berarak dalam dunia siber dan banyak lagi pendedahan akan menyusul selepas ini, Insya Allah.


1. Apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957, dunia antarabangsa berkata sesama sendiri bahawa negara ini akan musnah dan terjerumus dalam konflik berdarah akibat rasnya terbahagi kepada tiga iaitu Melayu, Cina, India serta bumiputra yg lain.


2. Tidak ada negara dalam dunia yg akan kekal aman apabila kaum2 minoriti ini dari segi bilangan mengampiri jumlah kaum majoriti dan kuasa ekonomi pula dikuasai oleh bukan anak bangsa.


3. Sri Lanka juga merdeka dalam tempoh yg sama, negara pulau ini akan berjaya kerana masyarakatnya Sinhalese dan Tamil berkongsi jurai keturunan yg sama – itulah kata mereka (Sri Langka kemudian terjerumus dalam kancah perang perkauman selama berpuluh tahun)


4. Di Selatan Filiphina, bangsa Melayu yg dikenali sebagai orang Moro tersepit dan dijarah dengan penjajahan budaya serta agama.


5. Dihimpit dari pelbagai arah, akhirnya orang2 Melayu Moro ini bangkit dengan kekuatan senjata, menentang ketidakadilan dan berjuang dengan titisan air mata dan darah untuk “survival” bangsa, budaya dan agama.


6. Pelbagai doktrin kejam dikenakan ke atas mereka tetapi akhirnya impian mereka menjadi nyata apabila kerajaan Filiphina dan MILF digandingkan oleh para pemimpin kita seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi bertemu untuk berdamai.


7. Berbalik kepada Persekutuan Tanah Melayu, akhirnya catur yg mereka (kuasa besar) mainkan gagal, dengan izin Allah, Persekutuan Tanah Melayu terus wujud aman dan negeri2 jiran yg berada di bawah naungan British, mahu masuk ke dalam persekutuan itu apabila dikhabarkan sebuah negara baru akan terbentuk iaitu MALAYSIA.


8. Minat Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah yg mahu memasuki Malaysia seolah2 tidak dapat dipercayai oleh negara jiran lain seperti Filiphina dan Indonesia.


9. Sarawak, Sabah dan Brunei yg berada jauh dari kuasa pusat iaitu Kuala Lumpur seharusnya berada di bawah Indonesia ataupun Filiphina.


10.Sekarang dunia menggosok mata apabila akan muncul sebuah lagi negara baru, Filiphina dan Indonesia yg merupakan “key player” di rantau ini menjadi kelam kabut, laungan peperangan dan permusuhan mula dipalu dan menuduh bahawa Malaysia ini merupakan sebahagian dari permainan imperialis penjajah.


11.Indonesia yg mana presidennya sedang dipengaruhi komunis mula melancarkan konfrontasi.


12.Konfrontasi perang yg kononnya dibuat untuk menghalau penjajah Inggeris dari bumi Sarawak dan Sabah akhirnya ditumpukan pula ke atas orang2 Melayu sendiri di Semenanjung Malaysia melalui pendaratan askar payung terjung Indonesia ke Labis, Johor tetapi mereka kesemua habis ditangkap atau dibunuh oleh askar2 Melayu ketika itu.


13.Askar2 Melayu yg sedang berkhidmat di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Kongo, Afrika terpaksa dipanggil balik ke tanahair untuk mempertahankan ibu pertiwi.


14.Secara amnya, kuasa tentera termasuk askar Melayu dan pasukan tentera British, Australia yg berada di Sarawak dan Sabah tidak mencukupi untuk mempertahankan negara baru ini dari serangan Indonesia yg ketika itu merupakan satu kuasa yg cukup besar di Asia Tenggara.


15.Dengan izin Allah sekali lagi, askar2 Melayu ini berjaya menghalau kebanyakkan tentera Indonesia dan gerilanya, sejarah dunia mengiktiraf kejayaan askar2 Melayu ini menewaskan Indonesia.


16.Presiden Soekarno akhirnya diguling dan Indonesia kemudian bergolak pada peringkat dalaman, pertumpahan darah terjadi di antara mereka, jutaan rakyat pro komunis kemudian diburu dan disembelih oleh pihak tentera dan rakyat yang pro kepada ABRI.


SABAH DENGAN CINTA TIGA SEGINYA


17.Indonesia sudah cedera parah dan hampir K.O.


18.Kini Filiphina mencuba nasib, apabila Indonesia melancarkan perang, Filiphina tidak mengangkat muncung senjatanya ke arah Malaysia, Filiphina hanya berani memutuskan hubungan diplomatik.


19.Menjelang hujung 60an, askar2 Inggeris yg berada di Sarawak dan Sabah juga sudah beransur kurang dan negara baru Malaysia pula sedang bergelut dengan ancaman komunis termasuk di kawasan sempadan Kalimantan.


20.Filiphina tahu bahawa sejarah Sabah mempunyai kaitan dengan Kesultanan Sulu.


21.Negara itu berada dibawah seorang presiden yg berkaliber dan bercita-cita tinggi iaitu Ferdinand Marcos.


22.Beliau mahu mendapatkan Sabah yg kaya dengan pembalakkan tetapi kekurangan kekuatan angkatan tenteranya merupakan faktor penghalang.


23.Dengan mengambil kira kelemahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta kedudukan Kuala Lumpur yg agak jauh, pihak presiden merangka satu operasi sulit yg paling rahsia dalam sejarah Filiphina.


OPERASI MERDEKA : SABAH HARUS DIRAMPAS


24.Misi rahsia ini diberi gelar kod sebagai “OPERASI MERDEKA”.


25.Marcos kemudian memujuk seramai 300 pemuda dari anak bangsa Melayu Moro untuk dilatih sebagai pasukan khas dan akan melaksanakan tugas2 sabotaj serta clandestine di Sabah termasuk dengan tujuan untuk menyemarakkan api permusuhan di antara rakyat Sabah ke atas kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur.


26.Mereka semua dilatih di sebuah kem khas di Pulau Corregidor, Filiphina dan Marcos menyangka para anak bangsa Melayu Moro ini akan gelap mata dengan kisah2 dogeng bahawa kegemilangan kesultanan bangsa mereka akan berjaya ditegakkan di Sabah.


27.Siang malam para pemuda ini dilatih dan pemikiran mereka didoktrinkan dengan kebencian ke atas Malaysia serta kegemilangan bangsa Melayu Moro jika Sabah berjaya ditawan.


28.Sehinggalah pada satu malam…………


29.Segalanya terjadi dengan izin Allah, yg mengasihani kita semua dan mahu memelihara negara ini dari segala api kebencian kerana sudah tertulis, negara ini akan muncul untuk membantu banyak bangsa dan umat Islam yg teranianya dari Bosnia sampailah ke Rohingya, sudah tertulis bahawa tanah2 milik Melayu ini akan memberi perlindungan kepada mereka yg dizalimi.


30.Para pejuang ini menyedari bahawa ada sesuatu yg tidak kena apabila memikirkan tidak ada satu titis noda dosa pun yg ditimpakan oleh para saudara mereka di Sabah, khususnya Malaysia ke atas orang2 Melayu Moro ini.


31.Mengapa perlu sebab mereka menentang dan membunuh saudara2 Islam dan sebangsa mereka di negara baru ini iaitu Malaysia.


32.Mereka kemudian nekad untuk balik ke kampung halaman masing2 di Mindanao walaupun mendapat tentangan dari jurulatih dan komander Filiphina mereka.


33.Pasukan komando dan tentera Filiphina kemudian memburu mereka, dengan senjata terhunus, peluru2 tidak bermata ini menembusi tubuh2 pejuang bangsa Moro tadi, gugurlah mereka syahid di tanahair sendiri.


34.Hujan turun lebat pada malam itu, membawa aliran darah yg tersimbah untuk mencuci bumi dan menghilangkan tangisan air mata dari para pejuang yang tidak putus2 menyebut kalimah “La Ilah Ha Il Allah” di saat2 menahan peri penderitaan dan kesakitan akibat tubuh dan nyawa yg sedang nazak untuk ditarik Malaikat Maut.


35.Akhirnya 299 pejuang yg berani itu gugur syahid dalam peristiwa hitam yg dikenali sebagai “Pembunuhan beramai2 Jabidah” yg berlaku pada tahun 1968.


Pejuang Moro, adakah anda tahu bahawa sayap pertempuran dan politik mereka ditubuhkan di bumi Malaysia???


36.Musuh-musuh dan para pembunuh ini fikir mereka mungkin mampu menyembunyikan dosa hitam mereka tetapi mereka tidak menyedari, seorang dari mangsa pembunuhan berama2 ini berjaya menyelamatkan diri dalam keadaan cedera parah untuk balik ke kampungnya.


37.Habis dipanggil seluruh kampung dan masyarakat serta orang2 tua, para ustaz dan ulamak bangsa Melayu Moro berkenaan untuk mengetahui pembunuhan dan sembelihan beramai-ramai 299 pejuang mereka yg ditipu oleh tentera Marcos.


38.Akibat dari kejadian ini, masyarakat Islam dan Melayu Moro bangkit dengan sejata dan pada zaman itu, Moro National Liberation Front (MNLF) ditubuhkan di lokasi yg dirahsiakan di Malaysia.


39.MNLF kemudian diganti dengan Moro National Liberation Front (MILF).


MALAYSIA STRIKES BACK


40.Tahun 1981, Tun Mahathir Mohamad mula berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Allahyarham Tun Hussein yg meletak jawatan.


41.Tun tahu bahawa para pejuang Moro ini sudah lama meminta bantuan Malaysia dan Tun tahu, Tun Abdul Razak (ayah Najib) sudah menjalinkan hubungan yg istimewa dengan para pejuang Moro ini.


42.Tidak ada tempat lain untuk para pejuang yg teranianya ini untuk mengadu nasib dan meminta perlindungan, latihan serta senjata kecuali kepada saudara2 mereka yg berada dalam Malaysia ini.


43.Bantuan yg dihulurkan oleh kerajaan Malaysia terus diberi tetapi harus dirahsiakan kerana ini akan menjejaskan hubungan diplomatik di antara Kuala Lumpur dengan Manila malah jika ia bocor, ia akan memberikan imej yg kurang menyenangkan mengenai negara ini di mata dunia.


44.Rakyat tidak ramai yg mengetahui kisah ini dan saya seringkali merasa sedih kerana ramai rakyat mudah memperlekehkan pemimpin sendiri, negara sendiri dan angkatan tentera kita.


45.Di bawah Mahathir, hubungan kerajaan Malaysia diteruskan untuk membantu para pejuang Moro dan pada malam dingin, bot2 laju milik komando Malaysia bergerak membelah ombak dan mengharungi pekat malam dengan berpandukan bintang di langit untuk menghantar bekalan senjata dan peluru kepada saudara2 mereka di Mindanao dan pulau2 di sekitarnya.


46.Para pejuang dan para komander mereka di bawa balik ke Semenanjung Malaysia untuk dilatih di kem2 rahsia milik tentera dengan taktik peperangan gerila yg baru sahaja membantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menundukkan ancaman pengganas komunis.


47.Ya saudara2, Amerika Syarikat (AS), Peranchis dan banyak lagi negara tersungkur di bawah kaki komunis, tetapi Malaysia, kita menjadi satu2nya negara yg berjaya menewaskan para petualang tanahair ini.


48.Anak isteri tidak tahu ke mana suami2 mereka bermalam, ayah dan ibu tidak tahu ke mana anak2 mereka ini bermain sebagai anggota tentera.


49.Para komando ini tahu, jika tertangkap, mayat mereka akan berkubur di laut atau ditanam di tanah bumi asing tanpa sebarang kibaran bendera, tanpa sebarang tanda kecuali tangisan isteri dan anak2 yg bakal kehilangan suami serta bapa2 mereka dengan alasan yg mampu diterima akal.


50.Amanah negara harus dipegang….saudara Islam yg teranianya harus dibantu.


51.Tun juga tahu dari maklumat yg disampaikan oleh para pejuang Islam Melayu Moro ini, bahawa Filiphina masih mahu menuntut Sabah dan mempunyai bukti serta dokumen2 yg kukuh untuk mendapatkan Sabah hasil dokumentasi yg diperolehi apabila kesultanan Sulu berjanji dengan Syarikat Hindia Timur dulu.


OPERASI SABAH SELAMANYA


52.Tun Mahathir kemudian memanggil komander2 komando ini untuk memberikan amanat penting demi untuk menyelamat negara dari terjebak ke dalam satu kancah yg akan memberikan impak besar kepada penubuhan Malaysia.


51.Perdana Menteri itu sudah mendapat tahu dokumen mengenai Sabah dari Kesultanan Sulu wujud dan ia perlu diambil, apa sekali pun, operasi itu dikenali sebagai OPERASI SABAH SELAMANYA


52.Operatif2 dan agen rahsia Malaysia sudah pun berada di Manila untuk mencari dokumen tersebut dan melalui tawaran rasuah ratusan ribu dollar AS, dokumen tersebut yg tersimpan rapi dalam Istana Presiden iaitu Istana Malacanang, Manila berjaya di bawa keluar oleh para pengkhianat Filiphina.


53.Sekarang Tun Mahathir mengarahkan komando2 ini untuk berjumpa dengan kontek dan membawa keluar dokumen tersebut dengan selamat.


54.Maka pasukan komando menghantar 7 orang anggota terbaik pada zaman itu ke Manila untuk membuat hubungan dan menyelamatkan dokumen tersebut, mereka semua sudah berlatih dalam model istana tiruan Malacanang yg dibina khas untuk tujuan penetrasi di Pahang.


55.Kehadiran komando ini dibuat melalui jalan laut dengan bantuan para pejuang Moro kerana kedatangan secara rasmi sebagai pelawat akan mendedahkan komplot tersebut.


56.Dokumen bertukar tangan tetapi tanpa disedari, malangnya, pasukan khas Filiphina sebenarnya sudah mula menghidu rancangan rahsia ini.


57.Para komando Malaysia itu terperangkap.


58.Tujuh lelaki Melayu yg gagah berani terpaksa lawan puluhan mungkin ratusan komando dan para pengawal Istana Presiden.


59.Peluru berganti…tembakan bertalu2 dilepaskan…jerit pekik dan kekalutan berlaku, trafik dari saluran keselamatan tentera Filiphina tiba2 menjadi kelam-kabut dan penuh aktiviti.


60.Pihak perisikan ATM yg memantau saluran radio tentera Filiphina mula berasa tidak kena, jantung mereka berdengup kencang kerana nasib negara bergantung kepada tujuh lelaki Melayu tadi.


61.Segala2nya menjadi sengal, tiba2 keadaan yg pada mulanya berpihak kepada negara kita kini hampir berpusing 360 darjah apabila para komando Malaysia yg gagah berani ini terkepung.


62.Masa hadapan negara kita benar2 “TERGANTUNG” dalam keadaan yg sangat bahaya dan kritikal jika para komando ini tertangkap.


63.Bekalan peluru yg sangat sedikit tidak memungkinkan para komando Melayu ini membuat perhitungan yg lebih jauh.


64.Dengan segenap tenaga yg ada dan dengan izin Allah juga, para komando kita berjaya menyelamat diri dan seterusnya membawa pulang dokumen yg sangat2 penting untuk kestabilan Malaysia.


65.Sebelas orang yg terdiri dari pengawal Istana Presiden dan komando Filiphina terkorban dalam insiden yg berlaku sekitar tahun 1980an itu.


SENGKETA YANG LAMA AKHIRNYA PUDAR


66.Kejayaan ini Malaysia menyelamatkan dirinya dari malu besar disambut secara kecil2an dikalangan orang2 kepercayaan pihak tentera dan Perdana Menteri.


67.Filiphina berterusan menuntut Sabah sehingga ke hari ini tetapi ibarat ayam berkokok, kokoknya dipandang sinis, sehingga sekarang negara itu tetap menjalankan perang sarafnya tetapi ini episod lain yg akan saya cerita kemudian hari.


68.Ferdinand Marcos kemudian diguling rakyat selepas beliau terlibat dalam pembunuhan seorang ahli politik Filiphina iaitu Benigno Aquino dan beliau serta isterinya melarikan diri ke AS.


69.Presiden yg kejam itu akhirnya mati dalam buangan pada 28 September 1989 di Hawai, AS.


70.Segalanya hampir selesai, kini masalah Sabah sudah diselesaikan dan Filiphina pula terus dihantui oleh serangan siang malam para pejuang Islam Moro Filiphina.


71.Kerajaan Melayu Islam di Kuala Lumpur pula tidak pernah melupakan penderitaan saudara2 mereka di Mindanao, usaha damai dirintis malahan, kerajaan Malaysia tidak lokek untuk menghantar askar2 ke Selatan Filiphina untuk memastikan kedamaian wujud, walaupun penghantaran ini tidak mendapat tajaan dari PBB.


72.Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak pula, beberapa kali mengarahkan Zahid Hamidi untuk bertemu dengan para pejuang dan juga kerajaan Filiphina untuk mengukir damai.


73.Sudah terlalu lama, umat Islam Moro ini menderita api peperangan dan penderitaan, beratus tahun mereka berjuang menentang penjajahan Sepanyol, kemudian AS dan pada sejarah moden, terpaksa menentang kerajaan sendiri yang menzalimi mereka dengan penganiayaan dan pembunuhan beramai2.


74.Akhirnya, melalui usaha kerajaan dan para pemimpin Melayu Malaysia, kedua2 pihak yg sudah bertelagah lebih dari 30 tahun itu akhirnya duduk semeja menandatangani rangka perjanjian yg akan membawa pemerintahan berautonomi di Selatan Filiphina.


75.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden Filiphina Benigno Aquino III melihat perjanjian bersejarah itu termeterai pada 15 Okt 2012 di Manila.


76.Benigno Aquino III pula adalah anak kepada ahli politik yg telah dibunuh oleh Marcos yg saya ceritakan pada para ke 66 tadi.


77.Najib tersenyum kesyukuran kerana bantuan yg mulakan oleh ayahnya dengan membenarkan para pejuang Moro membentuk MNLF di bumi Malaysia akhirnya terhasil.


78.Wilayah autonomi itu akan dikenali sebagai tanah BANGSAMORO.


79.Akhirnya ayat ini, mailah kita sedekahkan Al Fatihah kepada 299 pejuang Islam Moro yg syahid itu tadi serta kepada tujuh komando kita itu, syabas, kalian benar2 pejuang negara.

sumber:http://harapan-esok.blogspot.com/2013/02/black-ops-operasi-sabah-selamanya.html
LAPORAN DARI MANILA: Menurut AFP Pengikut Sultan Sulu yang menceroboh masuk ke Sabah minggu lalu tidak akan meninggalkan negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut merupakan wilayah nenek moyang mereka, kata Sultan berkenaan pada Ahad berhubung insiden yang berlaku.

Sultan Jamalul Kiram berkata kira-kira 400 pengikutnya termasuk 20 penembak – tetap bertegas untuk tinggal di tempat berkenaan walaupun mereka dikepung oleh pasukan keselamatan, serta desakan kerajaan Malaysia yang mahu kumpulan itu pulang ke Filipina.

"Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami)

"Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami,” katanya kepada pemberita di Manila.

Kesultanan Islam yang berpangkalan di Selatan Filipina pernah mentakluki Borneo dan menerima pampasan nominal tahunan dari Malaysia di bawah satu perjanjian lama kerana memiliki Sabah.

Kiram berkata beliau memutuskan untuk menghantar kumpulan pengikutnya ke Sabah selepas kesultanan itu dipinggirkan dalam satu rangka kerja perjanjian yang ditamatkan pada Oktober antara Manila dan kumpulan pemberontak Islam di selatan Filipina.

Perjanjian itu membuka jalan perdamaian di selatan Filipina yang merupakan rumah kepada kumpulan minoriti masyarakat Islam dan sebahagian besar orang Kristian.

Jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani kemudian berkata adik kepada sultan, Raja Muda Abimuddin Kiram, yang mengetuai kumpulan ke Sabah telah menyatakan kepada beliau melalui telefon bahawa mereka akan tinggal di sana.

"Objektif untuk tinggal di Sabah adalah untuk selama-lamanya, dengan mengambilkira hak kedaulatan kami ke atas Sabah," katanya kepada AFP.

Idjirani berkata terdapat kira-kira 400 pengikut Kesultanan Sulu, termasuk 20 orang yang membawa senjata.

Pada Khamis, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah mereka yang bersenjata adalah 80 hingga 100 orang.

Idjirani berkata kumpulan berkenaan tidak akan bertindak ganas namun mereka akan menentang jika ada provokasi.

"Kami mengiktiraf keupayaan Malaysia. Kami tidak mempunyai senjata dan keupayaan namun kami mempunyai kebenaran sejarah," katanya sambil menambah bahawa kumpulan itu 'sanggup mati demi mempertahankan hak nenek moyang mereka'.

Idjirani berkata pembantu kanan Presiden Benigno Aquino telah menghubungi sultan dan mereka sedia menghantar surat kepada kerajaan Malaysia bagi pihaknya dalam urusan perundingan.

Sunday, February 10, 2013



Kekecohan telah berkaku di kalangan pemimpin Umno Sabah dengan pesaing politik Zuhairie DaEngine disyaki membongkar semula skandal seks melibatkan pelakon jelita Zahida Rafik untuk memalukan menteri persekutuan bahagian pembangunan luar bandar dan wilayah.

"Kami terkejut mendengar bahawa SPRM telah akhirnya bersetuju untuk menyiasat tuduhan pemandu Zahida. Mengapa sekarang?" soal Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang dari PKR, yang telah mendedahkan skandal itu tahun lepas.


"Dulu, kita telah membuat begitu banyak laporan tetapi ia telah diabaikan dan disapu di bawah permaidani oleh pihak berkuasa, jadi persoalannya - kenapa sekarang? Siapakah begitu berkuasa di sebalik keputusan mengejut SPRM untuk mengambil tindakan? Siapakah yang begitu kuat sehinggakan SPRM bertindak balas begitu cepat dengan secara tiba-tiba. "


Ahli parlimen pembangkang telah merujuk kepada berita bahawa pemandu Zahida, Noor Azman Azemi, telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk memberi kenyataannya berikutan skandal itu hari ini.


RM1.5 juta dalam 4 bulan, perkahwinan di London & sebuah banglo RM3 juta di Ampang


Tahun lepas, Azman telah membuat laporan polis bahawa Zuhairie telah mengupah dirinya sebagai pemandu untuk Zahida, dan juga mendedahkan bahawa menteri dan pelakon muda itu telah mengadakan hubungan intim selama 3 tahun.


Lebih mengejutkan, Azman mendedahkan bahawa Zuhairie dalam tempoh 4 bulan menyuruhnya untuk mendepositkan wang bernilai lebih kurang RM1.5 juta ke dalam akaun bank Zahida. Berita itu telah mencetuskan kemarahan rakyat dan kebimbangan rasuah kerana wang sejumlah itu melampaui pendapatan Zuhairie sebagai Menteri Kabinet.



Walaupun Azman telah memberikan beberapa bukti dalam bentuk dokumen, polis dan SPRM tidak mempedulikan laporan itu manakala Zahida menuduhnya cuba untuk mencemarkan reputasi dirinya kerana dia telah dipecat kerana melarikan diri dengan RM200, 000 daripada jumlah wang itu. Kedua-dua Zahida dan Zuhairie telah menafikan mempunyai apa-apa hubungan.

Walau bagaimanapun, spekulasi tidak berhenti disitu sahaja dan Zuhairie telah dituduh berkahwin dengan Zahida di London sebagai isteri keduanya (poligami dibenarkan di bawah undang-undang Islam) dan juga membeli sebuah banglo mewah di Ampang bernilai lebih kurang RM3 juta.


Semua mata kini tertumpu pada apa yang disoal SPRM pada Azman, dan jika dia mempunyai pendedahan-pendedahan baru untuk dibuat.


Menyukarkan Najib menempatkan Zuhairie di kerusi DUN?


Selain dari skandal seks, terdapat juga persaingan sengit kerana hubungan Zuhairie di Sabah.


Semua tahu bahawa dia merupakan kesayangan Perdana Menteri Najib Razak, yang mahu Zuhairie mengambil alih sebagai menteri ketua negeri dan adalah dipercayai sedang memikirkan dia sebagai calon di kerusi Negeri untuk menggantikan Musa Aman, menteri ketua semasa .


Musa Aman telah didakwa terlibat dalam rasuah secara besar-besaran dan kebimbangan semakin meningkat bahawa keadaan dirinya yang tidak popular akan merugikan parti Najib, BN untuk memerintah kerajaan negeri.


Bagi pemerhati politik, ia bukanlah kebetulan bahawa Musa menjadi perhatian dan dijadikan seperti penjahat dalam penyiasatan Suruhanjaya Diraja dalam kes penipuan kewarganegaraan untuk undi.


Musa telah dipersalahkan kerana tidak menghalang kerajaan persekutuan yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad daripada memberi kerakyatan kepada beratus-ratus ribu pekerja haram pada tahun 1990-an, kebanyakannya dari Filipina dan Indonesia, dalam pertukaran atas persetujuan mereka mengundi BN dalam pilihan raya.


Ada ubi ada batas


Pembocoran berita misteri bahawa penyangak nombor satu Filipina, yang mendakwa Manuel Karingal Amalilio merupakan anak saudara Musa juga telah menggemparkan rakyat Sabah, mencetuskan satu lagi rantaian spekulasi bahawa ini adalah serangan terbaru terhadap Musa daripada pesaing-pesaingnya dalam Umno seperti Zuhairie.


"Ia kelihatan seperti perbalahan dalaman benar-benar sedang panas dan ada ubi ada batas akan menjadi nama permainan kerana


setiap seorang cuba mendapatkan kelebihan. Kita sekarang ada isu Manuel dan Musa untuk disembunyikan. Sekarang, Zuhairie mendapat balasan dengan pembongkaran semula skandal Zahida," bekas pemimpin Umno Sabah berkata kepada Malaysia Chronicle.


Manuel dipercayai sedang bersembunyi di Sabah dan menyamar menggunakan nama Mohammad Sufian Said untuk bergerak kesegenap pelusuk negeri.



"Ini bukan isu kecil kerana dia dikatakan telah menipu lebih 15,000 orang sejumlah 12 bilion peso atau kira-kira RM900 juta! Musa mesti membersihkan namanya daripada dakwaan ini," Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam satu kenyataan.

Anwar telah membuat komen selepas Setiausaha dalam Negara Filipina Mar Roxas menuduh Musa menyekat penghantaran pulang Manuel ke Filipina.


"Ini begitu mengejutkan dan kami menuntut penjelasan lanjut," kata Anwar dalam menyeru pemimpin di Malaysia itu untuk membersihkan nama dari dakwaan.
-Malaysia Chronicle-

Saturday, February 9, 2013

Hari ini Anwar Ibrahim, ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga ketua pembangkang sekali lagi    diberitakan melawat Sabah. Ada yang menyatakankan bahawa ini adalah lawatan terakhir MP Permatang Pauh itu sebelum Parlimen di bubarkan untuk memberi laluan kepada PRU 13. DSAI dijangka akan ke Ranau, Sabah dalam satu majlis yang diadakan di daerah itu sebelum ke daerah keningau.

Sejak DSAI memutuskan untuk melancarkan "perang' besar-besaran kepada UMNO dan BN, Sabah dan Sarawak adalah antara destinasi paling popular ketua pembangkang itu. PRU Sarawak yang diadakan lebih awal dari PRU 13 menyaksikan PR tidak dapat menumbangkan kerajaan BN di bumi kenyalang itu. namun kawasan Parlimen belum boleh dipastikan.

Sabah adalah negeri di Borneo Utara ini yang dijadualkan akan bersama-sama mengadakan Pilihanraya Umum ke -13 yang akan berlangsung selewat-lewatnya 60 hari selepas Parlimen di bubarkan kelak. Sabah bukan sahaja akan mengadakan PRU di peringkat negeri tetapi juga peringkat Parlimen. Ini menjadi faktor paling kuat bagi DSAI untuk mengadakan roadshow politik di bumi negeri bawah bayu ini.

Jika bersandarkan kepada rekod, DSAI telahpun mengunjungi Sabah paling tidak lebih daripada 20 kali sejak setahun lepas dan hampir    melawat ke seluruh daerah di Sabah. DSAI sudah sampai di daerah pedalaman di mana beliau belum pernah melawat kawasan atau daerah berkenaan ketika menjawat Timbalan Perdana Menteri dan memangku Jawatan PM. Ini memberi satu gambaran jelas kepada seluruh rakyat Sabah bahawa DSAI begitu bersungguh-sungguh untuk menawan negeri ini sebagai pelengkap kepada kedudukan kerusi Parlimen di Semenanjung yang menyaksikan PR bakal menawan Putrajaya.

Berbanding dengan PM Datuk Seri Najib yang kurang dari 20 kali melawat Sabah sejak setahun lepas. Seolah-olah kewdudukan BN/UMNO di sabah begitu terjamin.

Sebagai rekod, sebelum ini Najib tidak pernah menjanjikan apa-apa kepada rakyat Sabah dalam memastikan kemenangan pada PRU 13 ini berbanding DSAI dan PR. Selain RCI yang direalisasikan, Najib dilihat tidak berminat menyentuh tentang 20 perkara dan Royalti minyak kepada Sabah.
Pakatan Rakyat (PR) telah secara rasmi mengeluarkan Parti Maju Sabah (SAPP) dari rundingan kerusi pembangkang di Sabah, Mohamed Azmin Ali mengesahkan, menegaskan permintaan parti tersebut tidak munasabah untuk dilayan.

Timbalan Presiden PKR itu memberitahu  di peringkat negeri, PR dengan sekutu baru di Sabah Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) — hampir bersetuju dengan formula perkongsian kerusi mereka.

“Hanya terdapat beberapa sahaja kerusi lagi yang bertindih. Tetapi sekarang kita meminta Majlis Presiden PR untuk membimbing dalam menentukan kerusi yang harus ditandingi oleh setiap parti,” kata Azmin ketika dihubungi di sini, sambil menambah perkara ini dibangkitkan dalam mesyuarat biro politik pada Rabu.

Akan tetapi ahli parlimen Gombak itu yang kini mengetuai rundingan kerusi dengan APS dan PPPS, tidak akan mendedahkan formula perkongsian kerusi dengan dua pergerakkan berasaskan Sabah itu kerana sebab-sebab strategik.

APS diketuai oleh Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, bekas timbalan presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dari BN manakala PPPS diketuai oleh ahli parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin yang dahulunya anggota majlis tertinggi Umno.

“Tetapi SAPP dikeluarkan terus dari senarai, dikeluarkan dari formula. Saya tidak menyalahkan mereka kerana apa-apa, hanya kerana tuntutan mereka tidak munasabah,” Azmin mengesahkan.

SAPP, parti yang hampir berusia dua dekad diketuai oleh bekas ketua menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee, pada awalnya telah bersetuju untuk bekerjasama dengan PR dalam Pilihan Raya 2013 untuk menjatuhkan BN di kubu mereka di Malaysia Timur, tetapi menegaskan parti tempatan perlu bertanding dengan jumlah besar daripada 60 kerusi dewan undangan negeri.

Yong mengatakan parti PR berasaskan Semenanjung boleh bertanding di majoriti kerusi Parlimen untuk membantu mereka menawan Putrajaya tetapi mengekalkan pentadbiran negeri kepada parti yang berakar umbi di Sabah.

Beliau mengatakan ini selari dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 yang menjamin autonomi negeri tersebut. permintaan Yong untuk 40 atau separuh daripada 60 kerusi negeri adalah tidak munasabah.

Beliau menegaskan apabila SAPP bertanding di bawah BN pada pilihan raya umum 2008, parti itu hanya memenangi dua kerusi Parlimen dan dua kerusi dewan undangan negeri. SAPP secara rasmi menarik diri dari BN pada September 2008 dan menjadi sebuah parti bebas.

“Kenapa mereka mahu 40 kerusi sekarang? Jadi apa yang tinggal untuk parti pembangkang lain dalam Pakatan, dalam APS dan PPPS?” kata Azmin.

“Saya telah mencuba sedaya upaya dan begitu juga (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar (Ibrahim)… kami berjumpa dan berbincang dengan SAPP semenjak enam bulan lalu — lebih banyak dari yang mereka dapat berbanding pilihan raya lepas,” tambah beliau.

Apabila ditanya apa tawaran PR kepada SAPP, Azmin mengatakan PR bersedia untuk memberikan 10 kerusi kepada parti berasaskan Sabah itu.

Beliau menambah ia adalah “kerusi bagus” dimana SAPP akan bertanding dan mempunyai peluang cerah untuk menang, tetapi parti tersebut menolak tawaran itu.

“Mereka datang kembali kepada kami dan mengatakan mereka mahu 40 kerusi,” kata Azmin.

“Jadi kami telah membuat keputusan — kami akan terus dengan APS dan PPPS sahaja, memandangkan kesuntukkan masa,” katanya.

APS dan PPPS telah bersetuju untuk bertanding menggunakan bendera PKR dalam pilihan raya akan datang.

 Bumburing telah ditugaskan untuk menguruskan kerusi Kadazandusun dan Murut (KDM) di Sabah memastikan sokong komuniti tersebut beralih kepada pembangkang, walaupun parti PR berasakan Semenanjung yang menggepalai pertempuran. Lajim pula ditugaskan untuk mendapatkan sokongan Melayu dan Islam.

Kenyataan PM Datuk Seri Najib supaya pembangkang menerima keputusan Pilihanraya apabila mereka tewas menjadi bahan gelak di kalangan pemimpin pembangkang di negara ini. Kerana menurut pemimpin pembangkang, seolah-olahnya Najib mendahului keputusan rakyat dalam PRU 13.

Namun jika dilihat pada dasarnya kenyataan Najib ini seharusnya diperluas kepada BN juga. Maknanya sama ada pembangkang yakni PR atau BN kedua-duanya harus menerima keputusan rakyat. Jika BN masih dipilih menjadi Kerajaan, sayugianya PR harus menghormati keputusan itu. Dan jika BN kalah dan PR menjadi kerajaan, maka kewajipan BN pula menghormati keputusan rakyat itu dan sewajarnya proses peralihan kuasa harus berjalan dengan baik dan dalam suasana aman. Ini kerana hak demokrasi rakyat yang dijunjung oleh perlembagaan perlu diletakkan lebih penting dari kehidupan Parti dan pemimpin politik.

Rakyat seharusnya tidak diperangkap dengan permainan politik kotor dan sempit. Ibarat gajah sama gajah bertarung, jangan biarkan pelanduk mati ditengah-tengah.

Rakyat sudah bijak membuat keputusan. Sama ada BN atau PR yang menjadi kerajaan, suasana aman dan damai perlu dijamin oleh kedua-dua pihak. Mengenepikan unsur-unsur ekstrem dan assabiayah yang melampau.


Kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak,Pembangkang harus menerima keputusan pilihan raya yang dilangsungkan tahun ini sekiranya tewas, kata . Beliau yang juga Perdana Menteri berkata, pembangkang perlu menghormati keputusan rakyat kerana ia adalah salah satu prinsip dalam sistem demokrasi.
“Menghormati keputusan rakyat adalahsatu prinsip yang penting dalam sistem demokrasi iaitu demokrasi berparlimen, bererti kita mesti terima keputusan rakyat.


“Bila dia kata dia percaya demokrasi dia harus menyanjung prinsip itu, itu hakikatnya,” kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di ibu pejabatnya hari ini.

Friday, February 8, 2013



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum dimaklumkan secara rasmi mengenai cadangan kerajaan negeri di bawah pimpinan pakatan pembangkang untuk mengadakan pilihan raya negeri berasingan daripada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata bagaimanapun pakatan pembangkang perlu memikirkan kepentingan semua pihak bukan semata-mata
kepentingan politik sahaja.

“Contohnya kerajaan Selangor, mereka tidak maklumkan apa-apa kepada SPR…kita tunggulah lepas Chap Goh Mei ini sama ada kerajaan Selangor hendak bubar (Dewan Undangan Negeri) ataupun tidak…bagi pihak SPR, kita akan menjalankan tugas mengikut undang-undang,” katanya kepada Bernama ketika ditemui malam tadi selepas diwawancara dalam program Hello Malaysia di Bernama TV.

Wan Ahmad berkata isu pembubaran tidak seharusnya dipolitikkan meskipun kerajaan negeri mempunyai hak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Tetapi perlu diingat bahawa hak itu perlu mendapat perkenan daripada sultan justeru kita perlu menghormati kuasa raja juga, walaupun kuasa itu disebut perkenan sahaja, tetapi itu cara kita bersopan”.

Beliau berkata masyarakat yang akan rugi sekiranya diadakan pilihan raya berasingan kerana ia akan mengakibatkan pembaziran dan menelan belanja yang amat tinggi malah akan menjejaskan perjalanan kelas dan mengganggu tugas guru.

“Belanjanya menjadi lebih dan kerjanya dua kali kerana guru yang menjadi petugas pilihan raya perlu bekerja dua kali dan sekolah-sekolah yang dijadikan pusat mengundi juga terpaksa ditutup,” katanya.

Katanya berkata walaupun kerajaan negeri membubarkan DUN tetapi penetapan tarikh pilihan raya di bawah kuasa SPR, justeru lebih baik dibuat serentak dengan PRU-13 yang semakin hampir.

“Dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor iaitu Perlembagaan Negeri Selangor menyebut kalau DUN dibubarkan awal, maka akan dikira 60 hari daripada tarikh pembubaran itu untuk SPR mengadakan pilihan raya bagi negeri itu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyangkal andaian proses pilihan raya umum kali ini adalah terkotor dan menegaskan sebaliknya ia akan mencatat sejarah tersendiri buat negara apabila begitu banyak pembaharuan dan penambahbaikan diperlihatkan.

Katanya SPR telah memperkenalkan pembaharuan dalam usaha mengemaskini serta memperbaiki proses pilihan raya, termasuk penggunaan dakwat kekal, undi awal, wujudnya akses media bagi semua parti politik, pemerhati antarabangsa dan pemerhati tempatan.

Beliau turut memberi jaminan bahawa senarai daftar pemilih adalah bersih dan proses PRU-13 akan menjadi yang terbaik.

“SPR membersihkan senarai daftar pemilih setiap hari dengan menyemak secara online dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana JPN mempunyai bidang kuasa untuk menentukan sama ada seseorang itu adalah warganegara atau bukan warganegara.

“Cukuplah cerita dan tohmahan mengenai data pemilih tidak bersih.. tidak ada satu data pemilih dalam dunia yang seratus peratus bersih tetapi SPR sebaik mungkin hendak menyediakan data pemilih yang sebersih mungkin,” katanya.

Katanya, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat, bantahan ataupun perkara seperti rasuah, penyogokan dan lain-lain pada PRU-13 nanti dan mempunyai bukti, mereka boleh menyalurkannya kepada pihak berkaitan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Ahli Parlimen Kota Belud Dato’ Abdul Rahman Dahlan digesa membuat lawatan ke kawasan parlimennya daripada ‘berkokok’ dan ‘menyalak’ mempertahankan pelbagai isu yang menimpa partinya, Umno.

“Sejak kebelakangan ini Rahman lebih gemar bercakap isu ekonomi negara, pentadbiran persekutuan dan kedaulatan bangsa lain sedangkan kawasannya terbiar,” kata Anggota Majlis Tertinggi Parti Maju Sabah (SAPP) yang juga pemimpin tempatan, Peter Marajin.

“Kerajaan sering mendabik dada kononnya Kota Belud adalah jelapang padi negeri Sabah tetapi ratusan ekar sawah padi di Mukim Kelawat tidak ditanami padi. Mana pergi Rahman?

“Pernahkah Rahman prihatin dan melawat para petani sawah di Kelawat?,” tanya Marajin ketika melawat kawasan itu hujung minggu lalu.

Katanya, jika para pemimpin Umno hanya tahu mendabik dada tetapi tidak sedar, atau pura-pura tak tahu, kawasannya sendiri terbiar dan dilupakan, maka ini hanyalah sandiwara politik yang perlu dihentikan dengan segera.

“Mereka ini umpama ayam jantan berkokok berderai-derai, ekornya bergelumang tahi, cuma orang tak tahu. Nah sekarang kamu tahu mana jelapang padi Kota Belud itu.

“Adakah pemimpin kerajaan hanya melihat sawah di beberapa kawasan sahaja seperti di Tempasuk dan Tamu Darat? Di Kelawat beratus ekar sawah boleh diusahakan tapi tidak ada sistem pengairan air sampai sekarang. Petani bergantung kepada hujan sahaja.

Sistem pengairan

“Kawasan-kawasan ini sebenarnya tidak memerlukan empangan, hanya perlu kepada sistem pengairan dan perparitan yang moden,” terang beliau.

Menurut Marajin yang juga seorang peguam yang popular, Rahman perlu lebih mendengar dan bukan memberi ceramah kepada penduduk kampung Kota Belud serta mencanangkan Kota Belud sebagai jelapang padi sedangkan produktiviti tak sampai ke mana pun.

“Pergilah lihat sawah-sawah di Kota Belud, makin banyak yang tidak diusahakan termasuk di kawasan yang dikatakan sudah bertahun- tahun diusaha sebagai jelapang padi.

“Janganlah pemimpin kerajaan ini tuduh orang kampung malas kerja sawah. Carilah masalahnya. Siapalah yang mahu membanting tulang di sawah tetapi harga padi hanya 70 sen sekilo umpamanya.

Kalau pandai sangat ekonomi, carilah jalan supaya harga padi naik kepada RM3 sekilogram, barulah orang berebut menanam padi,” kata Marajin.

Melepaskan batuk di tangga

Beliau menambah, usaha kerajaan meningkatkan pengeluaran padi di Sabah umpama melepaskan batuk di tangga dengan daerah-daerah lain terus mengabaikan kerja menanam padi.

“Sabah masih mengimport 70 peratus berasnya sampai sekarang. Idea yang lebih baik dan usaha lebih praktikal perlu dicari untuk meningkatkan pengeluaran padi kita bukan setakat hanya mencanangkan di sana sini,” katanya lagi.

Menurut Marajin, kawasan parlimen Kota Belud sekarang mempunyai jumlah pengundi yang paling ramai di Sabah dengan tiga kawasan

Dewan Undangan Negeri tetapi hanya mempunyai sebuah pekan.

“Jalan masuk ke Kota Belud penuh sesak pada tiap-tiap pagi, tengah hari dan petang apa lagi ketika ada perayaan. Oleh kerana hanya ada sebuah pekan dan semuanya tertumpu di situ sedangkan jalan raya hanya satu lorong,” jelasnya.

Beliau turut menyoal, “bilakah anggota parlimen kita mahu tolong selesaikan hal ini?”

“Tolonglah jangan marah-marah dan meradang bila rakyat merungut, saya sendiri pun dihujani pelbagai pertanyaan kenapa kerajaan buat itu tetapi tidak buat ini dan macam-macam lagi isu kepentingan pengguna dan rakyat di Kota Belud,” ujarnya.

sumber:http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/10/31/mp-kota-belud-diminta-lawat-kawasan/
Sejak adanya Blog, Fcb Dan Twitter menjadi medan debat masyarakat di negara ini, rakyat Kota Belud tidak terkecuali menikmatinya. Pelbagai ragam penggemar dunia maya ini dipamerkan. Daripada hal-hal peribadi, kekeluargaan, keagamaan dan kerukunan hidup berumahtangga dipublishkan di dada-dada wall masing-masing. Maka berduyun-duyunlah sang pengomen menumpahkan tinta dan idea mereka persis sang semut yang menemui gula lagaknya.

Namun yang paling mendapat perhatian ialah isu-isu politik. Baik berkaitan dengan pemilihan calon ataupun usaha mempromosi pemimin tertentu. Di Kota Belud, begitu ramainya penggemar FCB berkongsikan idea masing-masing. Ada yang kontra dan pastinya ada yang pro selain ada yang berdiri atas pagar.

Bila tersentuh personaliti pemimpin tertentu, maka gelagat penyokongnya akan mempertahankan pemimpin pujaannya itu bermati-matian. Begitu juga jika tidak berkenaan, pemimin ini akan dicemuh dan dipertikaikan kredibiliti dan keupayaannya merealisasikan harapan rakyat. Bagi atas pagar, mereka mahukan pemimpin pelapis diketengahkan pula.

Jika dihitung-hitung dengan tahun, wawasan 2020 yang cuba diilhamkan oleh Tun M hanya tinggal lebih kurang 7 tahun lagi. Ini bermakna negara Malaysia akan menjadi sebuah negara maju. "maju' nya bukan sahaja ada ekonomi dan pendapatan rakyat, tetapi "maju'nya dari segi pemikiran dan kesihatan minda. Memilih pemimpin yang benar-benar boleh mencapai status maju berkenaan.

Jika kita flashback sebentar dengan senario di KB, apakah dalam tempoh 7 tahun dari sekarang, pemimpin politik kita di daerah ini mampu bergerak serentak bersama wawasan 2020 itu? Cuba kita bandingkan dengan pencapaian mereka 7 tahun kebekalangan ini. Adakah anda tanda-tanda daerah KB akan maju selaras wawasan 2020 itu. Rakyat berpendapatan tinggi dan keperluan asas menyamai standard negara maju? Jika tidak! adakah memberikan mereka peluang 7 tahun dari sekarang keadaan itu akan berubah?

Tidak salah jika ingin menolak pemimpin yang tidak dapat bergerak bersama rakyat menikmati wawasan negara. Dan tidak perlu ,menukar pemimpin yang ada idealisme membantu kehidupan rakyat jelata. Marilah kita berlapang dada dalam memilih Ketua. Dan khabarkan kepada pemimpin di daerah kita, mereka juga harus berlaang dada jika rakyat mula menolak mereka.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mungkin merupakan satu-satunya calon Barisan Nasional yang telah pasti dalam Pilihan Raya Umum 2013 selain Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Pengumuman ini dibuat sendiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika menghadiri satu perjumpaan dengan penduduk Putrajaya semalam.

Ketika berucap dihadapan 2500 orang penduduk Putrajaya, Mohd Najib yang juga merupakan Perdana Menteri menyatakan bahawa Barisan Nasional akan mengekalkan Tengku Adnan bagai mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya.

Tengku Adnan sendiri kelihatan terkejut dengan pengumuman tersebut kerana ia sesuatu yang jarang dilakukan oleh Presiden parti sebelum Parlimen dibubarkan. Dengan pengumuman ini ia menutup terus khabar angin dan lobi beberapa individu untuk menjadi calon di Putrajaya.

Tengku Adnan merupakan wakil rakyat pertama Putrajaya pada 2004 dengan menumpaskan calon Parti Keadilan Rakyat, Abdul Rahman bin Othman. Ketika itu jumlah pengundi Putrajaya ialah sebanyak 5,079. Calon PKR kehilangan wang deposit apabila hanya mendapat 540 undi. Tengku Adnan mendapat 4086 undi. Pada 2008, tengku Adnan mempertahankan Parlimen Putrajaya apabila menumpaskan calon Pas. Calon Pas, Mohamad Noor Mohamad mendapat 1304 undi manakala Tengku Adnan mendapat 4038 undi.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Mohamad Hishamuddin Yahaya, ketika dihubungi mengucapkan tahniah kepada Tengku Adnan atas pemilihan semula sebagai calon.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Dato Seri Najib yang mengambil inisiatif mengumum awal calon Putrajaya.

“Ini memudahkan jentera parti berkempen menjelang pilihan raya umum akan datang dan juga menjawab pertanyaan para pengundi Putrajaya mengenai siapa bakal calon BN di kawasan ini pada pilihan raya akan datang.”

Monday, February 4, 2013

"Lihat sahaja di kiri dan kanan, banyak pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajan Barisan Nasional, dan kita ada banyak lagi agenda untuk rakyat dan negeri Sabah.


"Jadi, tiada sebab kerajaan BN ditukar atau diganti. Kita tidak perlulah buang masa untuk melayan pelbagai fitnah dan tohmahan daripada pembangkang,"
"Kerajaan sedia ada bertanggungjawab, menunaikan janji dan memenuhi harapan rakyat melalui pelbagai program, dasar dan inisiatif,


Begitulah nada bunyi kata-kata Ketua menteri Sabah Datuk Musa Aman dalam satu kenyataannya di media BERNAMA ketika  berucap pada majlis Himpunan Barisan 1Malaysia di Dewan Sa'adah. Wisma Muis,  pada Rabu lepas.

Kenyataan ini dianggap melucukan kerana bagaimana Musa Aman sendiri yang membuat penilaian dan kemudian menghakimi kerajaan BN dibawah piminannya di Sabah. Seolah-olah rakyat sabah buta tidak tidak mampu berfikir sendiri atas apa yang dilakukan oleh UMNO/BN di Sabah.

Memang pembangunan Kota Kinabalu begitu pesat, tanah-tanah di sekitar bandaraya itu dibangunkan dengan ceat. Harga tanah melambung naik. persoalannya siapa punya tanah? bukankah aristokrat dan hartawan yang bertambah kaya raya dengan limpahan projek berjuta ringgit. Rakyat Sabah daat apa?

Jalanraya menghubungikan daerah di Sabah sangat teruk dan menjijikkan. Jalanraya ke Sandakan, sangat teruk dan memenatkan. jalanraya ke Kudat juga teruk. Jadi aa yang diperolehi oleh rakyat Sabah yang berada di luar bandar? Keadaan kehidupan rakyat masih terseit dengan harga barang yang tinggi dan kadar pengangguran juga meningkat. Media melaporkan lebih 1000 jurutera anak tempatan di Sabah gagal mendapat pekerjaan. jangan cerita tentang graduan siswazah yang melambak di Sabah. Anak-anak muda mengambil keputusan meninggalkan bumi Sabah sebaliknya berhijrah ke Semenanjung dan Singapura.

Penguasaan PATI dalam sektor ekonomi peruncitan dan perladangan juga menimbulkan pemonopolian dalam sektor ini. Akibatnya rakyat Sabah bertambah melarat dan miskin. Keperluan asas di luar bandar diabaikan. Beraa kerta Jalanraya di bawah kerajaan Negeri yang dibina oleh Musa Aman di Luar Bandar? Berapa panjang paip bekalan air bersih yang disumbangkan oleh kerajaan BN di Sabah untuk tujuan menyelesaikan kemelaratan hidup rakyat  di luar bandar?

Semuanya adalah ehsan KKLW di bawah program pembangunan luar bandar. Itupun suatu ketika mendapat tentangan dari Musa Aman kerana peruntukan tidak disalurkan kepada kerajaan negeri terlebih dahulu.

Rakyat Sabah sudah matang. Nilailah Prestasi kerajaan hari ini. jangan pemimpin politik yang menjadi peguambela dan hakim kepada rakyat.
Ahli Parlimen Kota Belud , Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam laman wall FCBnya mempertikaikan kenyataan Dr Jeffry berkaitan dengan versi penubuhan Malaysia.Rakyat Sabah sebelum ini sedia maklum bahawa Dr Jeffry Kitingan adalah satu-satunya pemimpin politik paling lantang memperjuangkan hak-hak Sabah dalam '20 perkara' yang terkandung dalam perjanjian Malaysia. Kenyataan DARD itu : Datuk Dr Jeffrey Kitingan dari STAR tak boleh dengar dan terima versi penubuhan Malaysia selain daripada versi dia. Kalau ada yang tak setuju dengan dia, bukan disangkal hujah orang lain tapi akan dipanggil tak ada pelajaran, buta sejarah, balaci Malaya, hidung ditarik macam lembu, macai Malaya dan macam-macam lagi. Tak sangka Harvard University ajar nilai demokrasi seperti itu.

Kenyataan memersenda Datuk Rahman ini akhirnya mendapat pelbagai reaksi dariada pelawat-pelawat wallnya. Dan ramai yang bersetuju dengan pandangan Dr Jeffry berkenaan hak-hak Sabah ini. Sebaliknya Rahman Dahlan dikecam kerana tidak berpijak di bumi yang nyata. Beberapa komen yang saya coy paste ini membutkikannya:

Helzer Joe : Penafian hak rakyat sabah terhadap royalti minyak menunjukkan bahawa kerajaan memerintah tidak mahu Sabah menjadi sebuah negeri yang kaya.. sbab tu la skrg Sabah masih menjadi antara negeri yang termiskin walaupun mempunyai hasil minyak yang banyak.. Tidakkah ini menunjukkan suatu ketidakadilan?? jawab..

Nazry Nay : statement jgn terikut2 soal menuntut hak aq unlike dn disagree 100%..pemikiran beginila yg mbawa kpd penindasan golongn berpengaruh..di tmpt sy, tanah adat dijual( berlaku dlm keluarga kmi sendiri) perkampungn pula zero bekalan elektrik dn air, adapun hnya mengharapkn hujan turun..jln byk yg x berturap sedangkn dijanjikn setiap pilihan raya hmpir 20 thn telah berlalu..Ini kh yg perlu dibiarkn, paling merana penduduk tggl d kawasan perkampgn mereka dihalau sedangkn mereka sdh hidup turun temurun sebelm Tunku Abdul Rahman lahir lagi..Apa semua nie? kmu ble kata apa2 pun, tpi ini berlaku pd pddk d sekitar sy termasuk sy sendiri..fikirkn! adakah pddk hidup makmur dn aman bila tanah adat mereka dijual dn mereka pula dihalau! itu kh yg aman?..

Saya ready : sabah perlu membangun setara dgn pembangunan yg berlaku di sem msia.. pembentukan msia hnya melibatkan malaya, sabah n sarawak.. dan, kedudukan sabah n sarawak juga adalah setara dgn sem masia (malaya).. bukan setara dgn negeri2 yg ada d sem msia.. ini fakta sejarah, kecuali telah diubah..


Donjuan Danial : Jika Petronas tdak berkeupayaan.. Menara kembar petronas siap pulak??? Infrastruktur di Sabah terbelakang pula.. Begitu juga dgan Sarawak... Memandangkan hasil perut bumi tu disumbangkan oleh Sabah dan Sarawak sepatutnya pembangunan mestilah setara... Janganlah kerana mempertahankan sesuatu perkara yg jelas nampak ketidakadilannya.. Negeri sendiri jauh ketinggalan.. Cubalah amalkan sikap sayang dan kasihan pd rakyat sendiri dulu sebab rakyat lah yg undi pemimpin dgan harapan dapat membela nasib..

Walter Sintar : Bukan mahu menimbulkan sentimen kenegerian tapi kita boleh lihat dengan jelas perbezaan antara Sabah Sarawak berbanding dengan Semenanjung Malaysia. Kedua dua negeri Borneo kaya dengan hasil bumi dan sepatutnya boleh dimajukan sebagai kawasan perindustrian. Tapi apa yg kita boleh lihat banyak lagi kawasan2 di kedua buah negeri yg belum lengkap infrastruktur asasnya. Apakan pula kemudahan seperti lebuhraya 3 lorong dan juga LRT. Kita masih boleh mengekalkan keamanan biarpun di bawah kerajaan baru, kalau setakat mengundi untuk mengenang budi sampai bila bila pun tidak akan membawa kemajuan. apatah lagi kalau pemimpin makin angkuh dan tidak lagi mengutamakan kepentingan rakyat.

Ir Ajin B Gagah

:Setalah menghayati komen2 warga fb disini,terasa ia nya seakan2 melambangkan bahawa ujud tidak kepuasan hati rakyat Sabah terhadap sistem pentadbiran (termasuk pengagihan peruntukan) yang tidak seimbang dikalangan negeri2 di Malaysia ini… Khas nya diantara negeri Sabah berbanding dengan negeri-negeri di semenanjung Malaysia…
Sebagai contoh; jalan2 raya di semenanjung telah siap ketahap 80 %. Manakala di Sabah hanya 35 % ( termasuk daerah kita Tuaran) setakat ini...Walhal pada suatu ketika, keadaan pembangunan infrastruktur di semenanjung kalau dibanding dengan di Sabah juga Sarawak ada lah lebih kurang hampir2 sama.

Sabah, ada lah salah satu negeri yang dikira kaya dengan hasil mashulnya di Malaysia, tetapi apa yang terjadi masa kini negeri dibawah bayu ini diiktiraf sebagai negeri yang mempunyai rakyat termiskin (rujukan dari lapuran bank dunia), sehingga belia2 disini terpaksa berhijrah ke Semenanjung dan Singapura.
Tanah2 yang mereka cuba usahakan, dikucar-kacirkan serta dirampas oleh kompeni2 besar dari dalam dan luar Sabah.

Sama ada komen2 warga fb disini, dianggap ‘emotional’ atau pun tuduhan terhadap Dr, Jeffrey mengamal nilai demokrasi yang berbeza, bukan lah isu penting…Tetapi realiti dan hakikatnya nya ada lah rakyat Sabah secara keseluruhan nya seakan2 terasa dianak-tirikan dari banyak aspek oleh kerajaan perseketuan.

Pada saya, masalah dalaman yang dirasai oleh orang2 kita disini perlu difikirkan bersama secara mendalam…Apa lagi bila memikirkan Sabah telah merdeka bersama Malaysia selama 50 tahun.

Persoalan nya, Sabah perlukan berapa tahun lagi untuk disamakan taraf pembangunan nya dengan negeri2 di semenanjung?

Dabalun Balau : Saya cuma nak tanya 3 soalan aje sbgai Petani..Datuk pernah janji nak bantu rumah misikn tegar dan nak dtg tengok rumah yg beratap daun nipah di Kg lilud Tamau..bila Datuk nak dtg ? Janji di tepati..Bila lah nak siap saluran perairan dan peparitan Jelapang padi..bila ada air di kampung tamau.kg merabau.kota bungan.kg tawadakan..di mana janjimu..

Anak Sabah : Salam 1 msia Dtk, jika BN d katakan demokrasi, dtk cadangkan kpd pentadbiran kabinet negeri kuota pentadbiran mestila nisbah 4:4:2. Iaitu bumiputera muslim,bumiputera bkn muslim, dan cina. Keduanya, kerusi dun/parlimen, umno x bole melebihi drpd separuh. Ketiga, menambahbaik sukatan pelajaran subjek sejarah iaitu masukkan lebih byk fakta berkenaan tentang sabah/srwk. Dan byk lagi, bkn semua kritikan pembangkang x betul kerana ada kritikan yg boleh d ambil pendekatan oleh BN, dan percaya atau tdk,disebabkan projek IC di lakukan oleh pemimpin umno yg terdahulu telah mnyebabkan tempiasnya kpd pemimpin umno generasi baru.dan kita lihat PRU akan dtg ini, beberapa kerusi BN akan di rampas oleh pembangkang,apa lagi jika pembangkang bersatu satu lwn satu.siapa pun memerintah,perubahan mestilah berlaku dr aspek politik,ekonomi dan sosial utk sabah rakyat sabah..

Asmawati Iberahim : Sya setuju dgn komen2 anda semua..terima kasih kerana info ini mbuka lagi minda..Soal knyataan Dr Jeffery..sya tidak pertikaikan..sebab beliau juga memang anak jati Sabah dan lebih tahu tentang knyataan yg d beri..DARD..nmpaknya ramai yg tidak bersetuju dgn anda..dan sya juga sebenarnya sudah muak dgn cara pemimpin dan media yg suka mburuk2kan lawan mereka..knapa begitu aa? Sedangkan byk maklumat dr brbagai sumber dpt kita cari d hujung jari.saya salute pd komen2 d page ini yg mbuka mata dan minda..DARD..semoga anda lapang dada untuk mnerima komen2 ini..

ITULAH ANTARA KOMEN-KOMEN KONTRA TERHADAP PANDANGAN  DARD INI. APAKAH INI MEMBUKTIKAN BAHAWA RAKYAT SABAH SEMAKIN CELIK DENGAN FAKTA SEJARAH DAN HAK MEREKA?
Kedua-dua pemimpin politik ini suatu ketika dulu adalah umpama "nyawa dan badan' dalam filem Nujum Pak Belalang, membawa erti keduanya saling memerlukan. Tan Sri Pandikar apabila tidak dicalonkan memberikan sokongan kempen kepada Datuk Musbah di DUN TEMPASUK. Namun PRU 2008 mungkin berbeda ceriteranya bila Tan Sri Pandikar "gugur' dan Datuk Musbah selepas itu "kalah' dalam perebutan Ketua Bahagian UMNO KB dengan Datuk Salleh Tun Said yang ketika itu seperahu dengan TSP, senario hubungan kedua pemimpin mula menampakkan ketidakngaman. Tetapi masih terkawal sehingga saat ini, detik akhir menjelang PRU 13.

Ramai yang percaya, seperti juga  Datuk Salleh yang dikatakan confrm bertanding di DUN USUKAN, Tan Sri Pandikar dipercayai juga akan kembali ke DUN TEMPASUK. Tetapi jika bersandarkan perkembangan terkini di daerah KB belum ada tanda-tanda atau gerakan orang-orang kanan TSP bersiap siaga. Seolah-olah nasib TSP masih diawang-awangan, sedangkan PRU13 kurang dari 3 bulan dari sekarang. Tidak seerti DSSK yang mula dilihat turun padang menemui ketua-ketua daerah mengundi di sekitaran KB.

Situasi ini memberikan keyakinan kepada penyokong Datuk Musbah bahawa wakil rakyat yang sinonim dengan turun padangnya itu sekali lagi akan dicalonkan. Penyokong Datuk Musbah percaya YB itu punya kekuatan luar biasa di peringkat akar umbi memandangkan kekerapan Datuk Musbah mengunjungi pimpinan di peringkat itu berbanding TSP yang masih 'menyembunyikan' diri di KL dengan tugas-tugas rasminya selaku YDP Dewan Rakyat dan tidak kerap berada di KB.

Namun begitu ramai juga yang percaya, percaturan politik TSP disaat-saat akhir jauh lebih berbisa dari bisa ular tedung yang berlingkar di sarangnya. TSP punya pengaruh kuat di peringkat Pusat, memberikan kelebihan untuk beliau menjayakan pelobiannya menjadi calon PRU 13. Jika tidak berjaya, tentunya TSP sudah punya jawatan khas yang disediakan sebagai timbal balas jika BN masih memerintah lagi.

Kedua-dua pemimpin politik ini punya penyokong yang kuat dan bersedia menghadapi lawan ada PRU 13 nanti. Namun diingatkan bahawa sekiranya Datuk Musbah dicalonkan semula, kemungkinan besar tentangan sengit dari calon PKR akan berlaku berbanding TSP. Sesiapa pun yang dicalonkan kelak, pastinya penyokong kedua-dua pemimpin ini akan bersatu dan bertaut kembali seperti kata pepatah 'Biduk Lalu Kiambang bertaut".