Wednesday, June 30, 2010

Kehadiran Datuk seri Najib ke Lido, penampang kelmarin membuatkan ramai wartawan membuat liputan. Di Samping sebagai memenuhi 'rutin' turun padangnya dengan aktiviti 'minum' di restoran biasa, Najib juga diasak dengan soalan tentang pergolakan politik di Sabah. Termasuk desas-desus kononya akan berlaku perubahan kepimpinan melibatkan rombakan kabinet negeri dan kepimpinan BN. Pada waktu yang sama...

Monday, June 28, 2010

Persidangan pemuda UMNO KB yang berlangsung dua hari yang lepas cukup membinggitkan 'telinga' para pemerhati politik Kota Belud. Bukan kerana isu yang didendangkan kepada para perwakilan, dan bukan juga kerana kehadiran perwakilan pemuda yang langsung tidak memuaskan, dan tentunya kerana bukan juga disebabkan oleh 'politik' wang yang berlaku...Tetapi kerana Banner Ketua Pemuda yang dipasang menggunakan...
Setelah Pemuda UMNO KB memberikan mandat kepada Sdr Barur, menerajui kepimpinan pergerakan itu tidak ada yang banyak berubah, sama ada dari segi legasi idealisme kepimpinan pemuda yang menjadi sayap kanan dalam UMNO KB ataupun pedewasaan pergerakan itu dari segi percaturan politik yang matang dalam mendekati rakyat. Itu jelas dan tidak ada siapa yang boleh mempertikaikannya. Bukan sahaja orang...

Saturday, June 26, 2010

Walaupun pelbagai reaksi politik ‘melamar’ UMNO, tatkala dilaporkan sejumlah 40 orang ulama Muda nekad menyertai parti itu, namun masih ada yang menaruh harap ‘kehadiran’ ulama muda dalam UMNO tidak akan menjadi “boneka” yang berpanjangan. Sebaliknya penyertaan mereka sewajarnya dipandang positif sebagai “chek and balance” terutama berkaitan hukum-hukum agama yangh disifatkan oleh kebanyakan orang...

Tuesday, June 22, 2010

Kalau dulu di tahun 80-an dan 90-an, naluri politik masyarakat Kota Belud hanya berkisar dalam ruang lingkup yang sempit ditiup dengan dongengan politik kesukuan yang menebal, sekali sekala diselang-seli dengan beberapa isu anutan dan agama pada zaman PBS, namun sekarang dengan 'rahmat' kemasukan UMNO di daerah ini, ruang bicara politik masyarakat Kota belud sudah jauh lebih terbuka. Barangkali 'rahmat'...

Sunday, June 20, 2010

Semua orang tahu, bahkan bukan lagi ‘rahsia politik’ tetapi sudah menjadi cerita umum, bahawa salah satu penyakit kronik pemimpin BN ialah saling cantas mencantas, bertelagah dan berebut jawatan dan kesempatan politik. Mungkin ini yang cuba dinasihatkan oleh PM Datuk seri Najib Najib ketika merasmikan perhimpunan Agung ke 57 PPP semalam. Najib begitu pantas mengingatkan semua pemimpin parti...

Friday, June 18, 2010

Sudah dua kali dalam tahun ini, Datuk seri Najib membayangkan bahawa PRU 13 akan diadakan pada bukan tarikh berakhirnya pemerintahan kerajaan BN yang sepatutnya tamat pada awal 2013 iaitu kira-kira dua tahun dari sekarang. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Najib ketika ditanya oleh wartawan pada satu majlis di Kota bahru. Berikutan itu ramai yang yakin dan pasti bahawa PRU 13 akan bakal diadakan...

Saturday, June 12, 2010

Petang semalam, seorang rakan lama saya yang juga seorang pensyarah di sebuah IPTA dan sedang mengikuti Muktamar PAS ke -56 yang berlangsung di Kota Bahru, menghubungi saya.Kami berbual mengenai perkembangan terbaru politik tanah air terutama di semenanjung. Beliau pada dasarnya mengikuti perkembangan perjuangan PAS tetapi kerana seorang yang berpendidikan tinggi peringkat PHD, mungkin pemerhatian...

Thursday, June 10, 2010

Dalam politik, 'penafian' adalah 'kebenaran yang tertunda', dan 'pengakuan' terbuka adalah tipu muslihat yang merbahaya. Dalam politik juga semuanya adalah kawan, dan semuanya adalah lawan. "berkemungkinan" dan mempunyai 'kebarangkalian' yang tinggi. Begitu tamsilan dunia politik secara umumnya. Sebab itu bila ada isu panas bertiup mengenai rangkaian politik di Sabah..maka ia penuh dengan kemungkinan...

Tuesday, June 8, 2010

Sejak isu pemberian lesen judi sempena Bola Sepak Dunia 2010, kepada kumpulan Berjaya menjadi perhatian umum, sejak itu jugalah pelbagai pendangan dan kritikan dilontarkan kepada kerajaan BN terutama kepada Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri dan merangkap menteri kewangan 1. Bukan sahaja pihak pembangkang, PKR, DAP dan PAS begitu lantang mendesak penarikan dan pembatalan semula lesen judi itu,...
Ketika berkesempatan berbicara mengenai politik kota Belud dengan seorang penggiat politik di daerah kota belud beberapa hari yang lepas, beliau menyifatkan bahawa lagak pembangkang di daerah ini terutama PKR dan PAS hanyalah umpama "biduk lalu kiambang bertaut". Kehadiran mereka hanya bermusim dan tidak langsung menjiwai permasalahan rakyat di kota belud. beberapa insiden yang menuntut penglibatan...

Wednesday, June 2, 2010

Banyak cerita-cerita politik berkisar di Kota Belud...ibarat seorang penglipulara...di zaman dahulu, walaupun hanya berunsur spekulasi dan hipotessis, namun cerita-cerita ini tentu ada asas dan 'manis' nya kerana tak kan pokok bergoyang kalau tak ditiup angin.. Kota Belud adalah daerah yang begitu menonjol dalam dunia politik Sabah..bukan kerana disebabkan oleh beberapa pemimpin tempatan dan luar...

Tuesday, June 1, 2010

Bila isu ketuanan suku dan bangsa diperkatakan ,ramai yang tidak bersetuju kerana beranggapan ia unsur fahaman rasisme, namun pada hakikatnya manusia tidak pernah lari daripada memperkatakan isu ini. Suatu ketika pengendali blog ini di cap sebagai kesukuan...tetapi jarang antara kita yang mula memikirkan dan mentelaah isu ketuanan suku di kota belud ini sebagai satu isu yang wajar didudukkan semeja...