Friday, June 18, 2010



Sudah dua kali dalam tahun ini, Datuk seri Najib membayangkan bahawa PRU 13 akan diadakan pada bukan tarikh berakhirnya pemerintahan kerajaan BN yang sepatutnya tamat pada awal 2013 iaitu kira-kira dua tahun dari sekarang. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Najib ketika ditanya oleh wartawan pada satu majlis di Kota bahru. Berikutan itu ramai yang yakin dan pasti bahawa PRU 13 akan bakal diadakan sejurus selepas konvonsyen BN yang dijangka diadakan pada november ini. Ramalan ini berada pada jangka enam hingga 12 bulan selepas transformasi BN itu.



Ada beberapa faktor kepada penentuan ‘tarikh’ PRU 13 ini.Pertama kerana dikatakan sokongan rakyat terhadap BN telah mula menampakkan peningkatan, kedua kerana diwar-warkan bahawa UMNO dan parti ‘teras’ yang lain dalam BN telah berjaya melalui saat getir dan gelora perpecahan dikalangan mereka, walaupun MIC masih dihantui oleh gerakan Anti Samy Vellu (GAS), namun dikatakan sedikit masa lagi, MIC akan dapat keluar dari kemelutnya. Ketiga kerana dikatakan ekonomi negara berada pada tahap yang ‘selesa’ setelah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan, tambahan lagi MEB yang dilaporkan bakal menarik berbilion ringgit pelaburan asing di negara ini.




Selain itu dari sudut politik negara, Kekucaran yang berlaku pada PR terutama parti PKR yang menjadi ‘hantu’kepada BN akan memberi kelebihan kepada kerajaan dan UMNO untuk meraih sokongan daripada rakyat. “mata-mata” politik UMNO juga sentiasa membisikkan bahawa ‘kebanyakan ‘ orang Melayu sudah mula kembali kepangkuan UMNO dalam era kepimpinan Najib, walaupun beberapa PRK masih menunjukkan ‘orang Melayu” berpatah arang dengan UMNO. Sebab yang boleh difikirkan untuk PRU 13 diawalkan ialah ‘kes’ DSAI yang bakal diputuskan oleh mahkamah beberapa bulan mendatang ini. Sejauh mana kredibiliti ketua pembangkang ini menjadi sadis kepada UMNO dan BN memang tidak dapat dinafikan. Namun itu bukanlah ‘faktor’ pemanas kepada Najib untuk ‘mengawal’kan PRU 13.




Sayugia diingatkan bahawa apakah sebelum PRU13 diumukan akan berlaku persempadanan beberapa kawasan Pilihanraya oleh SPR?Atau apakah ada sudah kaedah terbaru untuk menangani keptidapuasanhati pembangkang terhadap undi POS yang dianggap selama ini memberi kekuatan dankemenangan kepada BN? Persoalan-persoalan ini tentunya juga mewarnai sebab dan musabab kepada pengumuman tarikah PRU 13..


Di pihak PAS,nampaknya TGNA telah memberikan response positif bahawa PAS telah lama bersedia. Payung sudah lama terbuka hanya menunggu hujan dari langit.

Walaupun begitu bagi sesetengah penganalisis politik kenyataan Najib itu hanyalah sengaja mencetuskan polemik politik kepada parti lawan kerana sejauhmana kebersediaan parti lawan dalam PRU akan datang bukanlah menjadi ukuran kerana apa yang paling utama ialah kebersediaan dan kesiapsiagaan UMNO dan BN dalam menghadai kemaraan politik pihak pembangkang.

14 ulasan :

Gambar seksi said...

umum saja bah bila PRU 13..kalau mau sekarang pun boleh...dapat juga kita tahu sapa wakil rakyat di KB ni..kan kelapa mawar..

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar,

Bagi saya, bila PRU13 itu diadakan bukan lah satu isu yang penting. Kerana awal dan akhir ia nya pasti di adakan juga.

Namun apa yang saya rasa menarik dan tunggu-tunggu kan ia lah;
1) Siapa dan siapa kah calun yang akan di pilih oleh parti komponen masing-masing. Terutama sekali calun UBN di Sabah.
2) Sejauh mana kah peranaan penggundi baru ( terutama sekali penggundi muda) boleh mengubah senario politik Malaysia, terutama sekali di Negeri Sabah khas nya.
3) Ketelusan perjalanan proses pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
4) Sebanyak mana kah wang rakyat yang akan di belanjakan untuk memancing undi. Terutama sekali oleh pehak kerajaan yang memerentah.
5) Sejauh mana kah ‘ effective’ nya kerjasama di dikalangan parti pembangkang. Contoh nya di Sabah; di antara SAPP, Bersekutu dan Pakatan Rakyat.
6) Dapat kah direalitikan ideologi PR satu lawan satu untuk berhadapan dengan BN dalam PRU13 nanti?

Seada nya, kita kadang-kadang mendengar laungan di sudut sana sini bahawa sudah tiba masa nya rakyat menggubah baju dan seluar pehak pemerentahan ? Kes realiti atau retorik semata-mata.
(Bagi sya kalau nak ganti bukan lah hanya baju dan seluar, tetapi kenapa tidak dengan badan nya sekali?)

Juga kadang kala kita mendengar bahawa PM akan membuat satu perubahan drastik terhadap UBN di masa akan datang. Apa kah maksud nya itu akan di lakukan pada PRU13 ini? Sungguh menarik lagi dahysat untuk kita sama-sama nantikan.

Tidak dapat di nafi kan bahawa maseh lagi terdapat perselisihan 'political doctrine' di kalangan parti PKR Sabah. Mungkin kah kehadiran PRU13 ini akan memboleh kan satu ‘concession’ di kalangan mereka untuk bersatu ‘absolutely’ ? atau tetap meneruskan karena perbezaan pendapat di kalangan mereka.

Juga kita pernah mendengar bahawa PAS akan memainkan peranaan mereka di kalangan penggundi Islam Sabah. Sama ada untuk berkempen habis-habisan atau pun meletakkan calun mereka di kawasan-kawasan yang releven bagi mereka disini.
Ini pun agak menarik juga untuk kita nantikan.
Kesimpulan nya, banyak perkara yang menarik untuk kita fikirkan bersama.
Apa-apa pun semuga kalian sukses

rojokobog said...

Salam KM,
Apabila Tun Dr Mahathir membuat kenyataan bahawa PRU-13 akan diadakan pada bila-bila masa memandangkan 76% daripada rakyat Malaysia menyokong kepimpinan dan ketokohan Dato seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri, pelbagai pihak membuat andaian dan spekulasi tentang PRU-13 tersebut termasuk PM sendiri dengan kenyataannya PRU-13 satu kejutan.

Jika PRU-13 diadakan lebih awal, pada pendapat saya sedikit sebanyak akan merugikan rakyat khususnya di luar bandar, projek-projek asas yang akan di laksanakan berkemungkinan tergendala ( lambat siap ) disebabkan peralihan kuasa sesebuah Kementerian/Jabatan yang dipertanggungjawapkan untuk memantau projek tersebut selepas pilihanraya umum diadakan.Jika diteliti dan difikirkan ini adalah persoalan kecil tapi impak dengan pengundi akar umbi amat berkesan dan pihak pembangkang akan menjadikan isu untuk menjatuhkan Kerajaan, begitu juga dengan projek-projek mega yang menelan belanja berjuta-juta ringgit akan menjadi bahan berita pembangkang jika gagal disiapkan menjelang pilihanraya atau lambat disiapkan pada tarikh yang ditetapkan, rasanya tidak ada masalah bagi Kerajaan dan pihak pemerintah untuk mencukupkan masa 5 tahun bagi mengadakan Pilihanraya umum ke-13, tiada pihak yang harusnya mempertikaikan jangka masa tersebut kerana telah termaktub dalam akta Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.

RMK-10 yang akan tiba dalam masa terdekat juga akan dapat dilaksanakan dan dapat dinikmati oleh rakyat khususnya pengundi akar umbi yang amat dahagakan pembangunan sosial dan ekonomi, kestabilan politik berhubungkait dengan soal pembangunan dan impaknya rakyat akan berfikiran terbuka untuk memilih kerajaan yang sedia ada dan telah berjasa kepada mereka daripada memilih kerajaan baru yang belum pasti arah tujunya...

khalid said...

Bagi saya PRU13 ini boleh diadakan pada bila2 masa sahaja dan tidak perlu menunggu terlalu lama. Ini akan meyakinkan kerajaan terhadap rakyat dengan sokongan yang diberi. Janji kerajaan melaksanakan keutamaan rakyat ia pasti membuahkan.

tombolo said...

apa yang boleh dilakukan oleh rakyat adalah tunggu keputusan tarikh pilihanraya umum diumumkan oleh kerajaan.harap dalam pilihanraya nanti, ia memberi kelebihan kepada BN,

Ted Medresher said...

samada diawalkan atau tidak, itu bukanlah satu kejutan yang besar. kalau sokongan rakyat dilihat semakin baik, itu satu tanda positif bahawa kerajaan tidak perlu terburu-buru mempercepatkan tarikh pilihanraya. kejutan besar kepada seluruh rakyat Malaysia adalah keputusan pilihanraya. sebarang jangkaan berdasarkan statistik kajian tidak akan memberikan 100% jaminan bahawa ianya bakal menjadi realiti. mungkin ini merupakan satu perancangan atau strategi yang berkesan untuk menang PRU13, namun tiada siapa yang mampu menjangka dengan tepat memandangkan cuaca politik di Malaysia amat sukar diramal. banyak persoalan yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat untuk dijawab menjelang PRU13 seperti yang dikatakan oleh saudara solymone dan sejauhmanakah parti pemerintah dan parti pembangkang telah mempengaruhi minda rakyat bagi mengetengahkan mereka sebagai parti pilihan utama rakyat. mana-mana parti baik UBN mahupun pembangkang, masing-masing mempunyai kelemahan dan kepincangan samada dari dalaman mahupun luaran. seperti yang dikatakan rojokobog, mungkin ada benarnya bahawa rakyat akan berfikiran terbuka untuk mengekalkan kerajaan yang sedia ada kerana parti-parti pembangkang di Malaysia masih diragui kewibawaan dan kemampuan kepimpinan mereka...

jack said...

terpulang kepada PM bila PRU diadakan..apa yang penting adalah rakyat mestilah sentiasa bersedia dengan apa jua keputusan..bagi yang belum mendaftar, harap segeralah mendaftar sebagai pengundi...kerana itu adalah hak kita sebagai rakyat demi masa depan negara..

Kurt said...

Apa-apa pun, saya berharap rakyat akan membuat pilihan yang terbaik dan bersedia dengan apa jua keputusan.

Anonymous said...

adalah perkara baik jika sokongan rakyat terhadap BN dan PM semakin kuat. bagaimanapun, ia disangkal oleh pembangkang. samada ia benar ataupun tidak, kita lihat saja keputusannya pada pilihanraya umum nanti.

Anonymous said...

jika benar pilihanraya akan diawalkan, ia perkara yang baik, apapun apa yang penting adalah kepentingan rakyat.

Unknown said...

sekiranya PRU13 dilaksanakan awal itu tidak ada masalah kepada rakyat. rakyat yang akan tentukan siapa yang mereka mahu jadi pemimpin mereka. tetapi, perancangan yang telah dirancang itu haruslah diterukan.

Hamdan Hadillah said...

PRU13 kalau dibuat awal ini tidak akan mengejutkan rakyat. Rakyat akan tetap menyokong kerajaan untuk memimpin mereka. kerajaan untuk rakyat..

jack said...

sama ada awal atau tidak buakn menjadi masalah...isunya adalah sejauh mana rakyat meletakkan kepercayaan mereka kepada kerajaan atau pembangkang..PRU13 sahaja yang boleh memberikan jawapannya..kita nantikan sahaja keputusan bila PRU akan datang...

Boten_Trish said...

Walauapapun, kita kena tunggu dan lihat pengumuman tarikh PRU 13 yang akan datang ini. Tidak perlu adanya spekulasi.