Thursday, February 21, 2013

Hari ini telah dispekulasikan sebagai hari pembubaran Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri. Ramai telah menghubungi saya samada berita itu benar atau tidak. Jawapan saya standard, “saya tidak tahu, tanya Najib atau Rosmah” Siapa kita untuk mengetahui perkara penting itu. Terpenting bagi kita ialah dengan memberikan perimbangan serta berfikir sejenak sebelum memangkah semasa dalam bilik mengundi itu nanti.


Bagi saya samada pembubaran itu dilakukan pada hari ini tidak penting. Yang penting kita sudah bersedia untuk melakukan yang terbaik untuk negara kita. Kita jangan tertipu dengan dakyah karut yang kita ikuti selama ini. Di negara ini kita boleh mengundi sesiapa sahaja dan tidak seperti apa yang di dakyahkan yang negara kita ini hanya selamat jika UMNO memerintah. Sememangnya pimpinan UMNO sedang mendagu dan merayu supaya diberikan peluang sepenggal lagi seperti yang di minta oleh Najib di Kuching semalam.


Najib merayu untuk BN di berikan sepenggal lagi seolah BN telah memerintah hanya sepenggal yang lalu. Beliau terus merayu agar diberikan sepenggal lagi walaupun telah di beri peluang sejak merdeka dahulu memerintah negara ini. Sepatutnya yang merayu untuk meminta sepenggal itu adalah pihak pembangkang bukannya pihak kerajaan. Tetapi tidak mengapalah, kerana rakyat ramai yang membuat keputusan samada untuk memberikan BN sepenggal lagi walaupun telah berpenggal-penggal mentadbir kita.


Sebenarnya Najib masih belum berkeyakinan untuk membubarkan Parlimen, tetapi oleh kerana penggal Parlimen sudah sampai ke penghujung nya maka beliau akan terpaksa membubarkannya juga atau di biarkan sahaja penggal ini terbubar dengan sendirinya pada 28hb April nanti. Itu tidak ada apa-apa salahnya jika Najib memilih untuk berbuat demikian.


Tidak ada sebab untuk Najib tergesa-gesa untuk membubarkan Parlimen itu sedangkan jika beliau membubarkan Parlimen pada hari ini Najib tetap mencatat rekod seorang Perdana Menteri yang tidak di pilih oleh rakyat. Persepsi itu tidak dapat di hilangkan jika Najib membubarkan Parlimen hari ini atau besok. Sudah alang-alang tunggu sahaja sampai penghujung bulan April nanti.


Tindakan Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri tidak juga menjadi kesalahan kerana sebagai sebuah negara Persekutuan, Dewan Legislatif Negeri itu adalah hak negeri untuk menentukan tarikh pilihanraya bagi kawasan-kawasan Undangan Negeri nya. Jangan kita persoalkan tindakan itu kerana ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Negeri Selangor dan Persekutuan kita. UMNO tidak payah sibuk dengan urusan kerajaan Negeri Selangor kerana UMNO sudah di tolak oleh rakyat Selangor.


Kerja dan tugas UMNO yang penting sekali sekarang ialah untuk menentukan yang mereka melaksanakan tugas mengikut peruntukan undang-undang negara. UMNO sendiri mempunyai masalah besar. Biarkan PAS, DAP serta PKR dengan urusan mereka kerana mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk mempastikan perancangan untuk melakukan perbezaan dengan BN jika mereka di beri peluang untuk mentadbir Putrajaya selepas PRU ini.


Tidak salah untuk UMNO bertahan, tetapi untuk bertahan UMNO sendiri tidak berkeyakinan. Ramai di antara pemimpin mereka menzahirkan perasaan mereka kepada saya sehari dua ini. UMNO mempunyai banyak ‘factions’ dan mempunyai ‘warlords’ mereka termasuk Dr Mahathir sendiri. UMNO sedang menghadapi tekanan dari rakyat dan dalam pada menguruskan tekanan rakyat itu, parti itu sendiri wujud tekan menekan sesama sendiri.


Puak Dr Mahathir memberikan sokongan kepada Muhyiddin dan jika boleh mereka mahukan Najib berhenti untuk memberikan Muhyiddin peluang menerajui PRU ke13 ini. Serba salah puak Mahathir ini nampaknya. Begitu juga puak Muhyiddin. Kalau hendak berkeras untuk menekan Najib, pilihanraya sudah hampir dan akan menjejaskan keputusannya nanti. Tidak berkeras pun tidak boleh kerana UMNO sedang dalam keadaan telur di hujung tanduk.


Satu isu yang terbesar akan mereka (UMNO) hadapi ialah masalah calon pilihanraya untuk UMNO dan BN. Jika Najib biarkan Muhyiddin menentukan calon UMNO ia serupa lah memberikan parang tajam kepada Muhyiddin untuk Timbalannya itu gunakan untuk memenggal politik Najib seperti yang di kehendaki oleh Mahathir. Setakat yang saya tahu sudah berbelas Ketua Bahagian yang dulunya adalah pengikut totok Najib dengan senyap-senyap telah berpihak kepada Muhyiddin.


Tidak tahu lah kita samada Najib maklum tentang perkara ini tetapi yang pastinya mereka sudah hilang keyakinan terhadap Najib. Mereka ingin bergantung kepada dahan yang baru tetapi tidak tahulah kita samada mereka terasa bahawa dahan yang baru ini pun akan tumbang bersama pokok besarnya (UMNO) dalam pilihanraya nanti. Bagi UMNO, parti ini sudah sampai ke persimpangan.


UMNO tidak mempunyai jalan selain dari mengakui kesulitan mereka dalam pilihanraya kali ini. Itu pun tidak mengapa kerana dalam demokrasi sememangnya UMNO boleh di jatuhkan seperti yang di alami oleh mana-mana parti di dalam mana-mana negara demokrasi. Tetapi UMNO tidak rela menghadapi kekalahan kerana masing-masing ‘warlords’ dalam UMNO itu mempuyai rekod buruk masing-masing yang mereka takutkan jika parti itu tidak berkuasa lagi.


Mahathir tersangat takut jika Pakatan Rakyat menang dan Anwar menjadi Perdana Menteri. Mahathir bukan sedikit masalah yang beliau lakukan terhadap diri beliau sendiri semasa memegang kuasa dahulu. Itulah yang menyebabkan beliau bermatian menegakkan benang basah UMNO hari ini. Najib pun begitu. Beliau takut jika Pakatan menang dan terpaksa menghadapi Anwar jika Pakatan menang.


Jika UMNO menang dengan tipis sekali pun, Najib terpaksa menghadapi hari akhir kepimpinan beliau dan ini juga menakutkan beliau sendiri. Apa kah Muhyiddin mampu untuk tidak mengambil tindakan terhadap Najib jika beliau mengambil alih kuasa? Najib tahu dalam UMNO tiada siapa yang mempunyai ‘allegiance’ terhadap pemimpin yang mereka sokong sebelumnya. Najib akan menangis kesaorangan. Itu sudah banyak berlaku dalam UMNO kerana setiap pemimpin dalam UMNO itu adalah pimpinan yang lemah dan mereka hanya di ikuti oleh mereka yang berkepentingan peribadi. Semua mereka itu akan mengikut dan bersama-sama mengutuk pimpinan yang telah pergi yang pernah mereka dukung dahulu.


UMNO sudah tidak ada lagi pemimpin yang ‘magnanimous’ seperti dahulu. Dendam mendendam sudah menjadi amalan mereka. Kata perpatah Melayu, ‘mati ayam mati tungau’ Berhenti sahaja Najib maka Najib akan terpaksa menghadapi zaman gelap beliau sampai akhir hayat.


Najib sekarang memang tidak boleh bertahan lagi. Hanya jika beliau ada sedikit kemampuan untuk berfikir sahaja boleh menyelamatkan beliau dari menghadapi zaman gelap beliau nanti.


Najib tahu Mahathir tidak akan membela beliau dan Muhyiddin jauh sekali untuk melakukannya. Apa tah lagi jika UMNO yang sekarang mempunyai kecenderungan untuk tewas dalam pilihanraya kali ini bersama parti komponennya MCA dan MIC yang sudah pasti akan tewas kali ini.

20 ulasan :

Mada said...

Economist Intelligence Unit: Barisan Nasional Akan Menang PRU-13

Kuala Lumpur - Economist Intelligence Unit (EIU), sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, 'The Economist,' meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda pembaharuan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak serta kepimpinan ekonomi beliau yang berjaya.

Mada said...

Economist Intelligence Unit: Barisan Nasional Akan Menang PRU-13

Bagi pemerhati antarabangsa, keputusan pilihan raya akan datang sudah jelas, bahawa BN akan menang, kata EIU.

Ia berkata pembangkang Pakatan Rakyat telah membuat 'janji lumayan' untuk mendapatkan kuasa, dan ini merupakan penghalang yang besar.

Berdasarkan semua ini, Pakatan Rakyat berada jauh ketinggalan, menyebabkan EIU meramalkan BN akan menjadi 'pemenang'.

Mada said...

Economist Intelligence Unit: Barisan Nasional Akan Menang PRU-13

EIU, pemikir yang menyediakan analisis risiko, industri dan negara berkala, berkata 'adalah jelas tidak sesuai' bagi Pakatan untuk melaksanakan semua janji kempennya.

"Sebagai contoh, menyediakan pendidikan menengah percuma akan menyebabkan kerajaan berbelanja RM43 bilion, dengan memansuhkan duti kereta akan mengurangkan perolehan cukai sebanyak RM4.6 bilion setahun," katanya.

Menurut EIU, Pakatan Rakyat telah memungkiri banyak janjinya sebelum ini, termasuk bantuan kewangan bagi pendidikan pra-sekolah, penuntut universiti, warga emas dan orang kelainan upaya; penjagaan kesihatan percuma bagi mereka yang berumur lebih 65 tahun; cukai hartanah yang lebih rendah dan bantuan untuk pembeli rumah.

Bagi semua perkara ini, populisme Pakatan kekal tidak mempunyai hasil yang praktikal.

Anonymous said...

BN dijangka menang PRU-13, Najib calon PM popular: Kaji selidik

KUALA LUMPUR: Kira-kira 63 peratus mahasiswa di seluruh negara menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan dalam tempoh terdekat tahun ini.

Ia berdasarkan kajian dilakukan Yayasan Ehwal Siswa (YES) bulan lalu, di mana tiga universiti utama di Lembah Klang dengan membabitkan 3,000 responden yang terdiri daripada pelbagai kursus pengajian dan negeri, termasuk negeri dibawah pentadbiran pembangkang.

Universiti terbabit ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pengerusi YES, Datuk Mohd Radzi Abd Latif, berkata kajian yang turut membabitkan responden daripada negeri di bawah pimpinan pembangkang turut menunjukkan Datuk Seri Najib Razak adalah calon Perdana Menteri popular untuk terus memimpin Malaysia.

"Secara keseluruhannya, 57 peratus responden yang mewakili UKM dengan 75 peratus, UPM (67.4 peratus) dan UM (41.4 peratus) mengatakan kepimpinan Perdana Menteri baik dan popular.

"Manakala, secara purata dengan 59 peratus daripada responden berasal dari negeri pembangkang termasuk Selangor dan Pulau Pinang mengakui Najib pilihan utama sebagai Perdana Menteri" katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, media sosial seperti Facebook dan Youtube adalah sumber utama yang paling kerap dilayari dan dipercayai oleh mahasiswa untuk mendapatkan berita politik serta perkembangan semasa.
" Dengan sampel yang besar serta kebolehpercayaan yang tinggi, BN dijangka menang, " katanya.

Namee said...

Adnan yakin BN menang semua kerusi di Pahang

KUANTAN 21 Feb. - Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob yakin Barisan Nasional (BN) dapat menguasai semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan kemahuan rakyat negeri ini yang mahukan kemenangan mutlak BN di 14 kerusi Parlimen dan 42 kawasan DUN di Pahang.

Pada masa ini BN mempunyai 12 kerusi Parlimen dan 38 DUN.

"Kami akan tunaikan kemahuan rakyat itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) di sini, semalam.

Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan BN Pahang berkata, persiapan jentera BN negeri kini berada pada tahap 100 peratus dan sedia digerakkan pada bila-bila masa.


Namee said...

Adnan yakin BN menang semua kerusi di Pahang

"Kekuatan kami terletak pada keprihatinan wakil rakyat kami yang memberikan perhatian kepada rakyat miskin, warga emas, pelajar dan sebagainya dan dengan Kekuatan yang kami miliki itu jugalah kami mampu sapu bersih kali ini," katanya.

Ditanya mengenai pemilihan calon untuk pilihan raya umum kali ini, Adnan berkata, setiap rakyat mahukan calon yang boleh menang dan boleh bekerja untuk mereka.

Beliau berkata, setiap kali pilihan raya umum diadakan, terdapat sehingga 30 peratus calon di negeri ini terdiri daripada muka baharu.

"Kami ada banyak pilihan calon, cari calon tak susah sebab semua nak jadi calon tapi nak pilih calon yang boleh menang tu yang susah," katanya.

Sementara itu, beliau berharap pelajar Polisas memanfaatkan pemberian BB1M dengan membeli buku rujukan dan peralatan pembelajaran bersesuaian dengan bidang pengajian masing-masing.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130221/px_04/Adnan-yakin-BN-menang-semua-kerusi-di-Pahang#ixzz2Lgr2l1FD
© Utusan Melayu (M) Bhd

Yuba said...

BN mampu menang besar di Sarawak

Kuching: Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Barisan Nasional (BN) bukan saja akan menang besar di Sarawak pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 (PRU13), malah mampu merampas kembali kerusi Parlimen Sibu yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya kecil 2010.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ini berdasarkan maklum balas akar umbi yang diterima, selain inisiatif diambil jentera pilihan raya BN Sarawak yang kini berada dalam keadaan bersiap sedia untuk PRU-13.

Yuba said...

BN mampu menang besar di Sarawak

Siapsiaga tahap maksimum


Katanya, pada Mesyuarat BN Sarawak yang dipengerusikannya malam kelmarin, pemimpin keempat-empat parti komponen BN – Parti Pesaka Bumiptera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), memaklumkan mengenai tahap kesiapsiagaan jentera pilihan raya yang kini pada tahap maksimum.

“Saya juga memberi beberapa pandangan supaya ada penambahbaikan dan bagaimana hendak menangani beberapa perkara berbangkit supaya bila tiba masanya pilihan raya, ia tidak akan menjadi suatu halangan kepada kita untuk mencapai kemenangan.

“Kalau ikut apa yang dilaporkan kepada saya... saya amat yakin BN Sarawak masih berupaya untuk mengekalkan kedudukan BN di negeri ini, seperti sekarang, malah boleh menang dengan majoriti lebih tinggi,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan 3,000 penjawat awam di sebuah hotel di sini, semalam, yang turut dihadiri Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Pada PRU-12, BN Sarawak menang 30 daripada jumlah 31 kerusi Parlimen manakala kerusi Bandar Kuching dimenangi DAP. Bagaimanapun, pada pilihan raya kecil 2010 berikutan kematian wakil rakyat BN, DAP merampas kerusi Parlimen Sibu.
Muhyiddin berkata, sasaran BN bukan saja mempertahankan kerusi dimenangi sebelum ini, malah mahu meningkatkan sokongan pengundi di kawasan terbabit, selain merampas kembali kerusi yang jatuh ke tangan pembangkang.

Yuba said...

BN mampu menang besar di Sarawak

Fokus banyak kawasan

“Kita fokus di banyak kawasan. Kalau dalam pilihan raya kecil atau pilihan raya lalu kita kalah, kita harus cari jalan untuk meningkatkan sokongan dan merampas kembali kerusi terbabit.

“Kita ada harapan baik di Parlimen Sibu kerana perkembangan terkini memperlihatkan perubahan besar di situ. Namun kita masih perlu bekerja lebih kuat lagi,” katanya.

Muhyiddin berkata, biarpun ada gerakan kempen oleh parti lawan untuk menembusi kawasan di Sarawak, terbukti seperti pada pilihan raya negeri 2011, mereka tidak dapat menembusi kesemuanya, kecuali di satu dua tempat.

kim said...

there remain no signs of Najib's parliament will be dissolved in the near future

sunny said...

I'm sure the people of Sabah are eagerly waiting for the election day

Anonymous said...

hanya PM sahaja yang tahu samada BN sudah bersedia menghadapi PRU13...

Anonymous said...

jika betul kerajaan pimpinan Najib sudah bersedia, maka pembubaran parlimen bila-bila masa boleh terjadi

Anonymous said...

dan rakyat perlu bijak memilih parti manakah yang patut memerintah..

Anonymous said...

TPM - Beliau berkata, tempoh beberapa minggu akan datang ini amat penting kepada BN untuk memperkukuhkan lagi kedudukan di setiap kawasan.

Anonymous said...

Katanya, perhatian juga akan diberikan kepada kelompok pengundi tertentu seperti pengundi muda dan pengundi kali pertama.

Anonymous said...

Beliau juga berpuas hati dengan hubungan baik di kalangan parti-parti komponen BN Sabah yang menjadi kekuatan barisan gabungan parti tersebut.

Anonymous said...

"Berbanding parti pembangkang, mereka masih dalam keadaan bercelaru. Kita tahu isu dan masalah dalam kalangan mereka adalah banyak.

Anonymous said...

"Tapi kita tidak ada masalah pun. Jadi itu adalah satu kekuatan BN yang kita akan pertahankan," katanya.

mantera said...

mgkin ia akan terbubar sendiri