Thursday, May 30, 2013


“If you say no, it is not a question of introducing a new act to replace or to amend,”

Dalam politik 'kerahsiaan' bukanlah motifnya, TETAPI kuasa dan kerakusan adalah permainan politik. Itulah yang boleh dikatakan, apabila dua pemimpin yang sebelum ini dilihat pada mata kasar bersifat seteru, akhirnya secara diam rupanya 'kawan' makan 'kawan'. PM Datuk Seri Najib dan ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengadakan perjanjian sulit pada April sebelum PRU 13 berlangsung. Perjanjian itu didakwa oleh Jusof Kalla sebagai satu perjanjian yang perlu dihormati oleh kedua belah pihak.

Namun yang berlaku ialah 'pencabulan' isi perjanjian itu. Siapa yang menipu siapa mula berkumandang kini. Lihatlah kenyataan DSAI ini:


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuduh Barisan Nasional (BN) melanggar beberapa syarat semasa perjanjian damai pada April lalu dimana naib presiden Indonesia Jusuf Kalla menjadi orang tengah antara beliau dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tersebut berhujah dalam menghormati perjanjian itu yang mensyaratkan kedua-dua pihak menerima sebarang keputusan pada Pilihan Raya 2013, terdapat beberapa syarat awal yang mesti dipenuhi terlebih dahulu.

“Terdapat beberapa parameter yang dipersetujui. Pertama, etika dalam mengendalikan kempen dan cara hal ehwal media dikendalikan oleh kerajaan supaya tidak dipergunakan untuk menyerang pembangkang... ini tidak berlaku.”

“Syarat kedua pilihan raya yang adil dan bebas termasuk akses kepada media, seperti dituntut Bersih, tapi tidak dipenuhi,” kata ketua umum PKR tersebut kepada wartawan sebaik berakhir Kongres Nasional Ke-9 disini, serta mendakwa penipuan pilihan raya telah terbukti.

“Dan ketiga, adalah kebergantungan semasa menerima syarat itu, pendirian kami adalah menerima keputusan tersebut,” tambah bekas timbalan perdana menteri lagi.

Kenyataan Anwar tersebut hadir selepas laporan Wall Street Journal memetik Jusuf menuduh beliau memungkiri perjanjian damai dengan membantah keputusan pilihan raya tersebut.

Akhbar antarabangsa tersebut mengeluarkan wawancara dengan ketiga-tiga pihak mengesahkan kewujudan perjanjian damai itu, serta memetik Jusuf mendakwa telah menelefon Anwar sehari selepas pilihan raya 5 Mei lalu dan menggesa ketua pembangkang tersebut menghormati komitmen tersebut dan “melihat realiti”

22 ulasan :

Anonymous said...

Kerajaan BN Payung Kepada Setiap Rakyat Malaysia


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sedar mengenai keretakan pertautan nasional dan timbulnya rasa terpinggir dalam kalangan sesetengah rakyat Malaysia, dan komited untuk menangani cabaran itu.

Perdana menteri berkata situasi itu berlaku akibat polemik nasional yang bersandarkan kepercayaan, ras, pegangan politik, demografik bandar, luar bandar dan kelas.

Anonymous said...

Kerajaan BN Payung Kepada Setiap Rakyat Malaysia

Najib bagaimanapun berkata beliau dan rakan-rakan dalam kerajaan akur bahawa mereka memikul amanah dan tanggungjawab kepada semua rakyat Malaysia sama ada yang menyokong mereka ataupun tidak susulan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini yang menyaksikan BN kembali menerajui kerajaan persekutuan.

“Kerajaan Tuanku ialah kerajaan yang menjadi payung kepada setiap rakyat Malaysia,” tegas beliau dalam ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sempena hari keputeraan Seri Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di Istana Negara.

Anonymous said...

Kerajaan BN Payung Kepada Setiap Rakyat Malaysia

Kerajaan, kata perdana menteri, akan merangka pelan terbaik untuk mengukuhkan lagi perpaduan kebangsaan serta membaik pulih persefahaman nasional, dan ini memerlukan kerjasama semua pihak.

“Ia harus diasaskan kepada dialog membina di semua peringkat. Ia harus menjadi agenda semua pihak bagi mencapai kejayaan serta membuahkan hasil,” kata Najib.

Pihak-pihak tertentu dilihat cuba mempertikaikan keputusan PRU13 yang memihak kepada BN dengan membangkitkan isu seperti undi popular, penggunaan dakwat kekal, dakwaan kehadiran ‘pengundi hantu’ dan kononnya berlaku gangguan elektrik ketika pengiraan undi.

Najib menarik perhatian sesungguhnya amat mudah untuk mengambil jalan menidak dan menyalahkan, namun ia tidak akan menyelesaikan sebarang masalah mahupun merungkai segala cabaran yang dihadapi Malaysia.

Anonymous said...

Kerajaan BN Payung Kepada Setiap Rakyat Malaysia

“Kerajaan ingin menyeru kepada pertimbangan rakyat Malaysia bagi melihat faktor-faktor kebersamaan yang mampu mempersatukan kita daripada melihat kepada titik-titik yang akan terus membuatkan kita terperangkap dengan nostalgia serta realiti lalu,” katanya.

Perdana menteri seterusnya berkata kerajaan komited untuk mencipta masa depan lebih baik untuk setiap rakyat Malaysia.

“Kami impikan sebuah Malaysia di mana semua kaum dan penganut pelbagai kepercayaan mampu hidup secara aman dan harmoni tanpa sebarang syak wasangka, sebuah Malaysia yang maju serta makmur, bumi yang mencukupi untuk semua,” katanya.

Najib berkata beliau dan rakan-rakan dalam kerajaan akan terus mempertahan, melindungi dan memelihara prinsip keluruhan perlembagaan, kedaulatan undang-undang, meraikan kepelbagaian, mengamalkan sikap inklusif dan mendahulukan rakyat dalam mengurus hal ehwal negara di bawah lembayung Seri Paduka.

Nua said...

Jangan tolak kerajaan

Dakwaan pembangkang bahawa Barisan Nasional (BN) telah mencuri kemenangan mereka adalah satu kepalsuan kerana BN tidak pernah melakukan penipuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun pembangkang sering mendakwa berlaku penipuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tetapi mereka gagal menunjukkan bukti, malahan tidak membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Nua said...

Jangan tolak kerajaan

''Tunjuk warganegara Bangladesh yang dikatakan mengundi, tunjukkan di pusat mengundi mana terdapat warga Bangladesh. Mereka tidak ada bukti.

''Mereka mendakwa bahawa 40,000 warga Bangladesh diterbangkan untuk mengundi, tunjukkan lapangan terbang mana. Jangan tuduh sembarangan bahawa seseorang itu adalah warga Bangladesh hanya kerana mereka gelap sedikit," katanya ketika berucap merasmikan Festival Belia Putrajaya di sini malam ini.

Ribuan orang dari seluruh negara termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin; bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, menteri-menteri Kabinet dan timbalan-timbalan menteri telah menghadiri majlis itu.


Nua said...

Jangan tolak kerajaan

Perdana Menteri menegaskan pembentukan kerajaan sedia ada adalah berdasarkan kepada Perlembagaan dan semua pihak perlu menerima keputusan yang telah dibuat melalui peti undi dan bukannya melalui perhimpunan jalanan.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai sistem pilihan raya sendiri, berlainan dengan sistem undi popular yang digunakan untuk memilih Presiden di sesetengah negara.

''Kalau ada sistem pemilihan Presiden yang guna undi popular, saya tidak ada masalah untuk bertanding secara terus dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

''Negara kita menggunakan sistem demokrasi berparlimen dan inilah yang telah menentukan bahawa BN menang," katanya.

Najib berkata, belia tidak perlu menuntut perubahan melalui perhimpunan jalanan kerana kerajaan mampu melakukan perubahan dan menyediakan pentadbiran yang baik untuk masa depan orang muda.

Nua said...

Jangan tolak kerajaan

''Belia mesti mempunyai nilai yang baik dan berfikiran secara waras. Bukan semua bahan dalam media sosial adalah benar dan bukan semua maklumat dalam media utama ialah propaganda kerajaan," katanya.

Beliau berkata, perubahan mesti berpaksi pada Perlembagaan untuk mengelakkan berlaku 'undang-undang rimba' di dalam negara ini.

''Pemain bola juga mesti ikut peraturan. Kalau kita menguasai bola tetapi tidak menyumbat gol, kita tidak boleh mengisytiharkan diri menang," katanya.

Sementara itu, Manndzri Nasib dari Johor dan Halimah Abd. Rahman (Sabah) diumumkan sebagai penerima Anugerah Perdana Belia Negara 2013 untuk kategori lelaki dan wanita sempena Festival Belia Putrajaya.

Hadiah disampaikan oleh Perdana Menteri.

Kejayaan itu membolehkan Manndzri yang merupakan anggota Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Halimah (ahli Persatuan Puteri Islam) membawa pulang hadiah RM20,000, piala iringan dan sijil penghargaan.

Dalam pada itu, Persatuan Belia Simpang Bekoh, Melaka yang mempunyai rekod pengurusan dan dokumentasi yang baik diumumkan sebagai pemenang kategori pertubuhan belia serta membawa pulang RM50,000, piala dan sijil.

Khoo said...

Kerajaan dibentuk atas konsep muafakat

Pembentukan kerajaan negeri di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah berdasarkan konsep kerjasama dan pemuafakatan antara semua kaum.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata, dengan berlandaskan dua elemen utama berkenaan, maka tidak timbul soal ada satu pihak tunduk kepada pihak lain terutama dalam isu pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

"Kita bentuk kerajaan negeri melalui konsep kerjasama dan muafakat, bukan soal subservient (tunduk) dan sebagainya. Malah, apa yang MCA lakukan (menerima jawatan exco) adalah patuh dengan titah Tuanku (Sultan Johor) dan bukannya tunduk kepada kehendak UMNO.

"Jadi, di sini jelas tiada isu subservient kerana penerimaan jawatan itu adalah untuk menghormati titah baginda," katanya ketika diminta mengulas kritikan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham terhadap MCA dalam akaun laman sosial, Twitter yang dianggap subservient kepada Sultan Johor.


Khoo said...

Kerajaan dibentuk atas konsep muafakat

Mohamed Khaled berkata demikian selepas merasmikan Perayaan Hari Guru peringkat negeri 2013 di Pusat Islam, di sini semalam.

Dalam akaun twitternya, Koo Ham meletak status berbunyi "MCA is subservient to Umno, now subservient to Sultan. MCA can't make any stand on its own? How to represent the people?". (MCA tunduk pada UMNO, sekarang tunduk kepada Sultan. MCA tidak mampu buat pendirian sendiri? Bagaimana mahu mewakili rakyat?)

Kenyataan tersebut dipercayai merujuk kepada tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong yang menerima pelantikan jawatan sebagai Exco kerajaan negeri dengan memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri baru-baru ini.

Mohamed Khaled berkata, apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan akan diperlekehkan oleh pihak pembangkang, jadi tidak hairan jika terdapat kenyataan sebegitu dikeluarkan oleh mereka.


Khoo said...

Kerajaan dibentuk atas konsep muafakat

Dalam pada itu, beliau yakin bahawa wakil rakyat negeri ini yang dilantik dalam Kabinet baharu tidak akan mempersia-siakan keyakinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan melaksanakan tugas mereka sebaik mungkin.

"Kepada semua saya ucap tahniah dan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah beri tanggungjawab dan pengiktirafan kepada wakil rakyat Johor dalam Kabinet kali ini.

"Saya percaya wakil rakyat dari Johor tidak akan mempersia-siakan keyakinan yang diberikan dan mereka akan berusaha menyumbang kepada proses transformasi negara," katanya.

mantera said...

Bekas menteri undang-undang dan hak asasi manusia Indonesia, Hamid Awaludin berkata Anwar telah meminta satu perjanjian diadakan untuk memastikan Najib menyerahkan kuasa sekiranya pembangkang memenangi PRU13, kata beliau yang merupakan SAKSI pertemuan yang diadakan antara bekas Naib Presiden Indonesia dan Anwar di Jakarta pada April lalu.

mantera said...

Hamid berkata "oleh kerana tidak terdapat sebarang perkara yang boleh membatalkan perjanjian itu, yang dibuat menjelang PRU-13 atau pada hari pengundian, maka perjanjian berkenaan terus terpakai".

mantera said...

Bagaimanapun, "keadaan berubah apabila Najib diisytihar sebagai pemenang" katanya sambil menjelaskan bahawa Anwar meminta perjanjian itu diadakan kerana beliau "yakin akan mencapai kemenangan pada pilihan raya itu berdasarkan hasil pungutan pendapat yang sering menyebelahinya dan jumlah hadirin pada majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat".

mantera said...

Hamid, yang pernah berkhidmat sebagai duta besar Indonesia ke Rusia dan Belarus dari 2008 hingga 2011, memberitahu beliau turut hadir pada perbincangan yang diadakan antara bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla dengan Anwar.

mantera said...

Jusuf Kalla sekadar memenuhi permintaan Anwar supaya beliau menjadi orang tengah. Bukan beliau (Jusuf) yang mengambil daya usaha agar perjanjian itu diadakan atau pergi berjumpa Anwar," katanya.

mantera said...

Laporan media baru-baru ini menyebut Anwar menafikan beliau memungkiri perjanjian damai yang diatur Jusuf dan mendakwa bekas naib presiden Indonesia itu menemuinya untuk menawarkan bantuan bagi memastikan urusan selepas PRU13 berjalan secara teratur.

mantera said...

Bagaimanapun, satu laporan lain pula menyebut Anwar mengaku beliau ada membuat perjanjian dengan Najib, yang menyaksikan Jusuf sebagai orang tengahnya, tetapi mendakwa BN menjadikan perjanjian itu terbatal berikutan cara parti gabungan itu melancarkan kempennya.

mantera said...

PRU-13 menyaksikan BN, yang diterajui Najib, kembali berkuasa apabila memenangi 133 daripada 222 kerusi parlimen.
Oleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan itu, Anwar dan Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan di seluruh negara sejak 8 Mei dengan mendakwa berlaku penipuan pilihan raya.

mantera said...

Hamid berkata Anwar tahu Najib tidak menandatangani perjanjian itu, "tapi Najib memberi jaminan beliau akan mematuhi perjanjian itu."
"Beliau menerima perjanjian itu," kata Hamid dan menambah bahawa Najib mengotakan janjinya serta menyeru ke arah penyatuan nasional ketika berucap apabila BN diisytiharkan kembali berkuasa.
"Tindakan Najib ini menepati apa yang telah beliau ucapkan," katanya.

mantera said...

Malah, kata Hamid, sehari selepas kemenangan Najib, beliau tetap optimistik perjanjian itu akan terus terpakai dan kedua-dua pihak akan mematuhinya. Tetapi, Anwar memungkirinya," kata beliau.

Unknown said...

Xkesah lah sape yg mng...aslkn bole jaga negara dengan aman...tolong golongan susah...same2 bekerjasama menaikkan nama negara...kurang kn kos sara hidop...itu pon da bersyukur...

ini tidak...sikit2 bergadoh...macammana malaysia nk aman...menyusahkn orang ramai jer..
-.-