Thursday, March 21, 2013

Menjelangnya PRU 13 yang bakal diadakan kurang daripada sebulan mengikut kalendar Parlimen yang dijangka akan terbubar dengan sendirinya pada 28 April ini, maka kelapamawar mengajak pembaca budiman menelaah kembali idea yang pernah disuarakan oleh YDP Dewan Rakyat, Tan sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Hj Mulia berkaitan dengan senario politik Kota Belud:

1. “Lain Lubuk lain ikan, lain padang lain belalang”. Makna peribahasa ini adalah bertepatan sekali dengan keadaan kemelut politik di Daerah Kota Belud berbanding dengan keadaan politik di daerah lain di Negeri Sabah. Seperti juga dengan daerah-daerah lain, setiap tiga tahun politik di daerah ini bergolak. Kalau pada hari-hari biasa pekan Kota Belud dan kedai-keadai kopi lengang, tetapi pada setiap tahun pemilihan (untuk Parti UMNO), hampir semua kedai kopi dipenuhi olih pelanggan yang kebanyakannya terdiri dari "orang-orang politik". Keadaan ini berterusan sepanjang waktu berkempen.

2. Kalau di daerah-daerah lain persaingan adalah di antara calun-calun yang sebangsa, di Daerah Kota Belud, persaingan adalah di antara suku-suku, Bajau, Kadazandusun, Cina dan Iranun . Masing-masing berkempen untuk memenangkan ‘kuda’nya, yang semestinya, ‘kuda-kuda’ ini pula adalah sebangsa dengan pekempen-pekempen itu.

Atas sebab itu ‘kehangatan’ kempen adalah lebih panas berbanding dengan daerah-daerah lain.

3. Satu lagi kelainan politik di Daerah Kota Belud ialah keputusan pemilihan akan menjadi tajuk perbualan berminggu-minggu, kadang-kadang berbulan-bulan. Rumah telah siap, pahat masih berbunyi. Kemenangan atau kekalahan seseorang calon, tidak habis-habis dipersoalkan. Ada calon kalah yang tidak menerima kekalahannya dengan hati yang terbuka. Ada yang kurang berpuas hati dengan keputusan perwakilan. Malahan ada yang emosional dan marah kepada orang-orang yang mereka fikir telah bertanggungjawab di atas kekalahannya.

4. Sebagai contoh, keputusan pemilihan G7 baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi di mana semua calon-calon dari suku Iranun telah kalah. Kononnya, kekalahan mereka itu disebabkan olih rancangan rapi pihak tertentu yang ingin melihat penglibatan suku Iranun di dalam politik Daerah Kota Belud tetap berada ditahap ‘seperti rumput ditepi jalan, hidup segan mati tak mau’. Dan kononnya juga, ada pemimpin veteran dari suku itu, yang telah gagal untuk mengetengahkan gagasan politik yang mantap bagi suku Iranun, untuk sentiasa mempunyai tempat di dalam politik Parti UMNO Bahagian Kota Belud.

Walaupun Kemenangan dua orang pemimpin pemuda dari suku Iranun yang bertanding untuk merebut tempat sebagai perwakilan Pemuda adalah kemenangan yang ‘sebenar’, namun ianya dianggap olih pemimpin-pemimpin masyarakat Iranun sebagi kemenangan ‘ehsan’ atau undi ‘kasihan’ atau undi untuk ‘mengabui’ mata suku ini untuk ‘menyembunyikan’ strageti suku bangsa majoriti yang ‘menekan’ politik suku Iranun sejak dahulu, sekarang dan di masa akan datang.

5. Apapun, kata orang, politik adalah politik. Kalau tidak ada perbezaan pendapat dan pandangan, itu bukan politik namanya.

6. Akan tetapi, ada pihak juga yang mengatakan bahawa, walaupun perbezaan pendapat dan pandangan merupakan perkara biasa atau asam garam politik, namun perbezaan pendapat yang tidak berbatas atau terkawal akan mencetuskan keadaan yang akan menjejaskan kestabilan politik sesuatu tempat, daerah, negeri atau negera. Apa tak lagi kalau mereka yang berbeza pendapat itu terdiri dari suku-suku yang mempunyai latar belakang sejarah persengkitaan .

Atas sebab pertikaian seperti ini, suatu formula yang telah terbukti kesan positifnya telah diwujudkan olih pemimpin-pemimpin dahulu. Formula yang dimaksudkan ialah konsep politik yang diamalkan olih Barisan Nasional sekarang, konsep ‘perkongsian kuasa’. Konsep ini menuntut supaya setiap bangsa di dalam negara ini diagihkan ‘tempat dan kuasa’ setimpal dengan jumlah bilangan suku yang berkenaan. Bukan itu sahaja, malahan ada kawasan yang majoriti penduduknya yang terdiri dari satu bangsa tetapi calun yang dipilih untuk bertanding di kawasan itu semasa pilihanraya, dari bangsa lain.

7. Memandangkan bahawa penduduk di Daerah Kota Belud adalah terdiri daripada tiga suku, Bajau, Kadazandusun dan Iranun dan pada setiap ‘tahun’ pemilihan politik Daerah Kota Belud bergolak, mungkin ada baiknya kalau konsep ‘perkongsian kuasa’ ini diaplikasikan di daerah tesebut. Pada setiap ‘tahun’ pemilihan, jawatan-jawatan yang perlu diisikan menurut kehendak perlembagaan, atas persefahaman dan kesepakatan pemimpin-pemimpin tempatan, hendaklah diisikan melalui proses ‘pertandingan tanpa tanding’ atau kuota.

8. Konsep ‘pertandingan tanpa tanding’ ini melibatkan jawatan-jawatan tertentu yang telah dikenal pasti untuk disandang olih sesuatu suku, atas kesepakatan, hendaklah ditandingi olih calun-calun dari suku itu sahaja. Umpamanya, kalau atas kesepakatan, jawatan Timbalan Ketua Bahagian diagihkan kepada suku Iranun sebagi kuota suku tersebut, maka pada setiap ‘tahun’ pertandingang, bangsa-bangsa lain tidak akan dibenarkan untuk bertanding untuk merebut jawatan tersebut.

Terpulanglah kepada suku Iranun pula, samada mereka akan bertanding sesama sendiri. Untuk mengelakkan perselisihan faham, ada baiknya kalau pertandingan ditiadakan. Tetapi, ini tidak akan menjamin bahawa calun yang ‘terpilih’ tanpa tanding itu pula merupakan calun yang popular, berkalibar atau ‘berkelebihan’.

9. Konsep ‘pertandingan tanpa tanding’ ini juga bolih diaplikasikan kepada pertandingan memilih G7 atau wakil 7. Bilangan wakil sesuatu suku di dalam rumbongan (perwakilan) yang hendak di hantar ke Mesyuarat Agung parti di Kuala Lumpur hendaklah ditetapkan setimpal dengan jumlah suku yang berkenaan. Cara pemilihannya adalah serupa dengan prosedur memilih penjawat jawatan di dalam Bahagian.

10. Dalam pada itu, tanpa persefahaman dan kesepakatan ikhlas di antara pemimpin-pemimpin politik setempat, formula ini tidak akan dapat dijayakan.

11. Kalau konsep ‘pertanding tanpa tanding’ ini mendapat sambutan di kalangan para pemimpin politik tempatan, mungkin juga ianya sesuai untuk diaplikasikan di dalam hal untuk memilih calun di dalam pilihanraya.

12. Daerah Kota Belud mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri, N. 6 Tempasuk, N. 7 Usukan dan N 8 Kadamaian dan satu Kawasan Parlimen, P.169 Kota Belud. Majoriti penduduk Daerah Kota Belud adalah Bajau, diikuti olih Kadazandusun dan ketiga Iranun. Pada masa ini, terdapat tiga orang wakil rakyat dari suku Bajau ( N. 6 Tempasuk – Datu Haji Musabah Hj Jamli; N. 8 Usukan – Datu Japlin Akhim dan P. 127 Kota Belud – Datu Abdul Rahman Dahlan) dan seorang dari suku Kadazandusun (N. 7 Kadamaian – Albert Timbun Lagadan). Sebelum pilihanraya umum ke 12, Kawasan N. 6 Tempasuk diwakili olih Iranun, Pandikar Amin Haji Mulia.

13. Di samping isu bilangan penyertaan suku Iranun di dalam G7, dan di dalam Jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Belud, pemimpin-pemimpin dari suku Iranun dan masyarakatnya mempersoalkan ‘ketiadaan’ wakil rakyat dari suku mereka yang dicalonkan pada pilihanraya umum ke 12. Suku ini bertanya, ‘Mungkinkah di masa-masa yang akan datang, suku ini tidak akan diberikan peranan untuk membela nasib bangsa mereka melalui suaranya sendiri di Dewan Undangan Negeri Sabah atau di Parlimen Malaysia?’.

14. Ada pihak yang berpendapat bahawa, untuk menstabilkan keadaan politik di Daerah Kota Belud, adalah wajar untuk pihak-pihak yang berwajib untuk memikirkan suatu formula yang bolih diterima oleh tiga suku di daerah ini. Dan formula yang diketengahkan ialah Formula 2 : 1: 1, dimana setiap suku diagihkan kawasan pilihanraya untuk ditandingi olih calun dari suku mereka. Memandangkan suku Bajau merupakan suku yang majoriti, maka wajarlah jika suku ini diagihkan dua kawasan pilihanraya dan Kadazandusun dan Iranun masing-masing diagihkan satu kawasan.

15. Apapun terpulanglah kepada kebijaksanaan pucuk pimpian UMNO Bahagian Kota Belud untuk menentukan arahtuju politik daerah ini selaras dengan aspirasi tiga suku, Bajau, Kadazandusun dan Iranun yang hendak tinggal berjiran di dalam suasana keharmonian.

26 ulasan :

Anonymous said...

Kesemua 13 parti komponen Barisan Nasional (BN) telah selesai mengagihkan kerusi di kalangan calon mereka untuk pilihan raya umum akan datang.

Anonymous said...

Satu laporan dalam talian, Umno Online, memetik Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, sebagai berkata bahawa satu muafakat telah pun dicapai.

Anonymous said...

"Dalam BN ada 13 komponen parti yang melibatkan 13 orang presiden yang terdiri daripada pelbagai bangsa, pelbagai agama, etnik berbeza dan budaya berlainan tetapi atas semangat kebersamaan dengan kesatuan dalam kepelbagaian maka agihan kerusi untuk berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 berlangsung lancar," kata Datuk Seri Tengku Adnan.

Anonymous said...

Dalam hal ini, beliau meminta rakyat Malaysia membuat penilaianan mereka sendiri dan membandingkan apa yang berlaku dalam perikatan BN dengan Pakatan Rakyat (PR).

Anonymous said...

"Bayangkan, dalam pakatan pembangkang hanya ada tiga sahaja parti iaitu PKR (Parti Keadilan Rakyat), PAS ( Parti Islam SeMalaysia) dan DAP (Parti Tindakan Demokratik) tetapi mereka berdepan dengan banyak kemelut walaupun menafikan kononnya tidak berdepan dengan masalah.

Anonymous said...

"Tetapi, insiden di Sabah, Johor, Kedah dan beberapa negeri lagi sudah mendedahkan apa yang berlaku. Dalam BN semuanya diselesaikan melalui rundingan dengan mengutamakan semua parti tanpa melihat kepada keanggotaannya. Biarpun ia adalah parti yang terkecil tetapi atas semangat konsensus, penglibatan semua pihak diambil kira," tegasnya.

Anonymous said...

Menurut beliau, PR cuba meniru BN dengan membentuk sebuah pakatan tetapi gagal mencapai hasil yang sama kerana ketiga-tiga parti komponennya mempunyai ideologi berbeza-beza.

Anonymous said...

Akhbar The Star, Selasa lalu, melaporkan bahawa BN bakal menggugurkan sehingga 40 peratus ahli politik veterannya daripada senarai calon parti itu bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi memberi jalan kepada 'muka-muka baru', selain mengenal pasti beberapa ahli politik veteran yang akan digugurkan.

Anonymous said...

Sementara itu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, dipetik oleh laman berita HarakahDaily sebagai berkata bahawa beliau menjangkakan sembilan negeri akan jatuh kepada PR pada PRU13. Menurutnya, keadaan itu adalah antara faktor yang mungkin menghalang Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN, untuk membubarkan parlimen yang kini sedang dinantikan para pengundi di Malaysia.

Anonymous said...

I thought he is still the Speaker for DUN.

Anonymous said...

Well I never thought he is keen in politics.

Anonymous said...

Kota belud sahaja?

Anonymous said...

I think there are lots of formulas for Sabah.

Anonymous said...

General election is coming near now.

Anonymous said...

Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) akan menggunakan pendekatan "Terang dan Serang" pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Anonymous said...


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata dengan segala bahan kempen yang telah dipersiapkan beliau yakin anggota penerangan BN di seluruh negara bukan sahaja mampu menjelaskan dasar kerajaan malah juga membongkar segala kelemahan pembangkang.

Anonymous said...

BN akan menggunakan empat media utama dalam menghadapi PRU-13 iaitu melalui media bersemuka, media cetak, media digital dan media elektronik.

Anonymous said...

pasukan Cyber Troopers BN juga telah lama melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menangkis segala isu dibangkitkan pembangkang dan menjelang PRU-13 ini pihaknya yakin lebih banyak pendedahan berhubung kelemahan pembangkang dibuat kepada umum.

Anonymous said...

BN yakin akan tetap mempertahankan Putrajaya pada PRU-13 dengan menang sekurang-kurangnya 160 kerusi parlimen.

kelly said...

Semua orang menantikan kemunculan PRU dan makin banyak karenah yang timbul dari individu-individu tertentu yang tak berpuas hati kepada kerajaan.

kelly said...

Kalau betul BN ada Cyber Troopers sudah tentu pembangkang pung ada juga. Semuanya tak mustahil sebab namanya juga politik.

Daran said...

Saya cuma tahu saya akan undi pemimpin yang layak diundi. Segala strategi tu saya tak mahu ambil tahu.

Daran said...

Saya yakin pengundi lain pun lebih concern tentang pemimpin yang patut diundi. Jadi harap pru yang akan dijalankan nanti telus supaya semua pihak puas hati dengan keputusan undi rakyat.

Daran said...

Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Semuanya pasti akan terjawab juga.

mantera said...

moga BN menang di KB

Anonymous said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Bilangan penduduk dan pecahan penduduk mengikut kaum di Kota Belud mengikut maklumat Jabatan Perangkaan:

Suku Kaum - Jumlah
Melayu - 2,338
Kadazan/Dusun - 32,682
Bajau - 26,054
Murut - 70
Bumiputra Lain - 11,005
Lain-lain - 707
Bukan Warganegara - 1,719
Jumlah - 75,508
berdasarkan jumlah banci diatas, kaum KDM merupakan kaum terbesar di kota belud,dan juga luas kawasan KDM adalah sangat besar dan berbukit namun hanya satu DUN sahaja yang diwujudkan..ini menyebabkan pembangunan yang konsisten tidak dapat dilaksanakan di kawasan tersebut..selayaknya formula 2:1:1 ini memang terpakai tatapi masyarakat KDM harus diberi 2 kawasan DUN.. jadi untuk menyeimbangkan keadaan ini Kawasan Parlimen harus diberikan kepada calon non KDM.. jadi formulanya 2:2:1.. kenyataan ini bukan rasict tetapi sebagai satu pendapat untuk memajukan Kbelud.. Mohon saudara bloger memberikan statment sebenar tentang majoriti kaum di kota belud berdasarkan sumber yang sah...terima kasih..