Semalam dilaporkan oleh media tidak ada kehilangan nyawa dari tentera Malaysia, melainkan menyaksikan sekurang-kurangnya 30 orang tentera musuh terbunuh.
Sementara itu Menteri Luar Malaysia Datuk Anifah Aman dipetik sebagai berkata, bahawa 'sultan sulu' palsu Sultan Jamalul Kiram boleh dihadapkan di mahkamah di negara ini atas tuduhan mendalangi serangan ke atas anggota keselamatan negara. Dan isu membawa Jamalul Kiram ke muka pengadilan di negara ini sedang dibincangkan bersama kerajaan Filipina. Sebelum tragedi berdarah 4 hari lepas kerajaan Filipina beberapa kali mengesa Sultan Jamalul Kiram menarik kembali 'perintah' ke atas pengikutnya supaya meninggalkan Lahad Datu, Sabah. Namun sultan tersebut enggan dan sebaliknya berikrar akan terus berada di Lahad Datu yang disifatkannya sebagai tanah millik nenek moyangnya.
Hari ini pada jam 12.30 tengah hari tadi Sultan Jamalul Kiram mengisytiharkan genjatan senjata di sebelah pihak dan meminta Malaysia juga turut berbuat demikian untuk membolehkan pengikutnya meninggalkan Lahad Datu dan pulang ke Selatan Filipina.
Pada sidang media kemudiannya yang diadakan lebih kurang jam 3.00 tadi yang turut dihadiri oleh PM Datuk Seri Najib Tun Razak, menolak gesaan genjatan senjata tersebut, malah menyatakan operasi ketenteraan akan terus dijalankan sehingga penceroboh meletakkan senjata dan menyerah diri tanpa syarat. Pada waktu yang sama Najib turut mengumumkan satu "Special security area" yang merangkumi perairan negara di Pantai Timur Sabah akan diadakan.
0 ulasan :
Post a Comment