Saturday, March 23, 2013






Dalam lingkungan kehidupan manusia yang bertamadun, soal pertimbangan yang berunsur keganasan, tindakan yang keluar dari landasan fikrah pemikiran normal juga cita-cita dan keinginan yang disaduri oleh tuntutan nafsu kesyaitanan, hatta sebarang pemikiran yang tidak dilandaskan kepada ilmu dan pengamatan, semua itu tertolak, bahkan dianggap paling jijik dan kotor jika terus dijadikan garis pandu dalam sejarah ketamadunan manusia.

Inilah yang melingkari kehidupanan ‘Babarian’ Jamalul Kiram yang menganjur kepada keganasan yang menjatuhkan martabat insaniah ke lembah ‘haiwaniah’ yang terlepas dari tali pemikiran yang wajar.

Merancang dan menghantar bala tentera ke Sabah dengan niat dan naiwaitu ingin memiliki bumi yang merdeka dan berdaulat ini hanya kerana perasaan mahu mengembalikan kegemilangan susur galur kesultanan sulu yang sudah lama berkubur dan diragui kewarisannya adalah satu tindakan ganas, kejam dan wajar dikutuk selama ini berada dalam rekod sejarah dunia.

Jamalul Kiram yang mendakwa adalah antara sultan Sulu daripada lebih 40 orang yang turut mendakwa perkara sama tidak lain ingin mengembalikan nostalgia silamnya yang penuh dengan melankolia itu. Menganggap dengan melalui anjuran pemberontakan dan peperangan ala-ala gerlia zaman Komunis akan memertabatkanya di singahsana tahkta sulu yang sudah lama terbiar itu adalah tindakan dungu dan bahlul yang menggambarkan kerakusan pemikirannya yang diselubungi oleh ikrar Iblis di hadapan Rabbul Jalil tatkala enggan memberi penghormatan kepada manusia pertama dalam tamdun dan peradaban dunia.

Jamalul Kiram langsung tidak memujuk sanubarinya dan meletakkan prinsip runding cara sepertimana antara Sultan Burnei dan Sulu lewat sejarah lampau di bumi Borneo Utara ini. Akibatnya, setelah asakan demi asakan ibu pertiwi dan wira-wira Negara yang membentengi kemaraan tentera durja Jamlul Kiram, akhirnya genjatan senjata sebelah pihak di canang.

Tidak ingin mengulangi perangkap di medan perang menaikkan bendera putih sebagai tanda serah diri, sebaliknya sebagai sandiwara yang menumpahkan darah para perwira Negara di bumi Lahad datu tempat bersemayam pemimpin bergelar “datu’, akhirnya Malaysia menolak agenda Kiram sebaliknya memberi kata dua, serah diri tanpa syarat atau bermandi darah.



Jamalul Kiram akhirnya sadar dari mimpinya menjadi sultan sulu yang berdaulat. Menganggap enteng sekarang menjadi ‘ancaman’ baru kepada agendanya. Rupanya Sabah adalah negari berdaulat meskipun tidak Beraja. Jamalul Kiram menawarkan ‘menukar’ tebusan. Kononnya tenteranya memilki tebusan rakyat Malaysia. Bala tentera yang pernah bersumpah akan mempertahankan Negara ini walau seinci daripada dicemari propaganda musuh, sebaliknya meneruskan perjuangan menggempur tentera Jamalul Kiram hingga mereka berpecah, ilmu kebal tidak menjadi kerana rasa iri hati dan amarah yang meluap-luap mahu mencapai niat menakluki Sabah. Bedilan bom dan mortal menggoncangkan tulang belulang tentera Jamalul Kiram, hingga ada yang terkorban dan tidak kurang yang lari bergentayangan hilang arah dan pedoman.

Kini menyedari bahawa rancangannya adalah rasukan iblis yang bertanduk tiga,Jamalul Kiram lupa pada asal kejadianya. Mahu pula menyaman Malaysia sehingga ke Mahkamah Antarbangsa kononya Malaysia telah merampas Sabah dari mereka. Khabarnya tuntutan mereka bukan kepalang sejumlah RM 77.8 billion. Jamalul Kiram mula membayangkan akan menjadi sultan di Sabah dengan 77 billionnya itu. Sedang dia lupa bahawa pemikiran dan rancangan jahatnya menghuru-harakan bumi Sabah ini tidak ternilai dengan kemegahannya ingin menjadi sultan di Sabah. Rakyat Sabah tidak akan memintal benang kemaafan buat Jamalul Kiram hingga ke pintu neraka.



Bukan sahaja nyawa dan titisan darah perwira Negara yang menjadi pemberat kepada timbangan amal Jamalul Kiram tetapi juga titisan air mata rakyat Malaysia termasuk balu-balu dan anak-anak kecil yang meratapi perjuangan ayahanda mereka. Kerana itu air mata yang tumpah dibumi Sabah yang disebabkan oleh kejijikan pemikiran Jamalul Kiram akan menjadi lautan bergelora yang tidak bisa direnangi oleh pemimpin bernafsu rakus ini.

Jika itu pun tidak terbenam di benak Jamalul Kiram, seharusnya dia sedar bahawa angkara anarki yang berlaku atas tindakan diluar tamadun manusia berakal telah meninggalkan bukan sedikit rasa TRAUMA kepada rakyat Sabah dan Malaysia. Bedilan mortal meskipun telah lama berhenti tetapi masih berdentum ganas di teliga ratusan bahkan ribuan penduduk Lahad Datu dan Semporna.

Hentikanlah niat dan naiwaitu mu Jamalul Kiram. Sabah bukan hak sesiapa , bukan hak keturunan mu yang tidak bersalasilah, bukan hak tentera ganas mu yang berperikebinatangan itu. Bumi Sabah adalah hak anak-anak watannya yang mahukan keamanan , menyuburkan kemanusian dan memerdekaan pemikiran dari belenggu syaitan dan kecelakaan. Jika itu kau sedari, kembalilah menghadapkan wajahmu ke kiblat, renung kemurnian sang pencipta, menyingkirkan rasa takbur supaya engkau sadar, kita semuanya ini akan kembali dipertanggungjawabkan atas apa yang kita lakukan.

0 ulasan :