Banner ini di pasang di Kota Belud.
Apakah tujuan banner ini dipasang sedemikian rupa? Apakah satu sindiran tajam kepada UMNO dan pemimpin Kota Belud? Apakah juga inilah sebenarnya mentaliti atau pemikiran segelintir masyarakat Kota Belud yang terlalu 'taksub' kepada pemimpin tertentu sehingga sudah tidak memperdulikan kemashlatan hidup masyarakat.
Isu memenuhi keperluan asas masyarakat kini bukan sudah menjadi isu yang ditapuk-tapuk atau disembunyikan. Ia sudah menjadi satu isu nasional dan keperluan global. Pemimpin yang diangkat oleh rakyat di Kota belud sewajarnya menjadikan kepentingan hidup rakyat sebagai keperluan nombor satu yang wajib dipenuhi oleh mereka. Adalah satu dosa yang tidak terampun oleh rakyat apabila pemimpin sengaja mengelincirkan niat dan tekad mereka semata-mata untuk mencari 'kekayaan' diri dan pengikut mereka dengan timbunan projek berimpak besar sedang pada waktu yang sama mereka meminggirkan keperluan rakyat yang mengangkat mereka menjadi "pemimpin'.
Marilah kita sejenak mengimbas kembali keadaan pekan dan perkampungan di Kota Belud ini sejak UMNO dilahirkan di daerah itu. UMNO pertama kali mendaat 'kerusi' di DUN USUKAN apabila parti itu masuki ke Sabah pada tahun 1991. Jika dihitung dari tarikh tersebut, bermakna UMNO telah masuk ke Kota belud lebih 20 tahun berlalu.Namun mengapakah keperluan asas penduduk ini masih belum dipenuhi meskipun Kota Belud telah melahirkan beberapa orang pemimpin bertaraf negeri dan nasional atas ehsan parti UMNO.? Apakah Parti UMNO itu yang harus dipertanggungjawabkan kerana memberi peluang kepada pemimpin yang tidak merasai denyut nadi rakyat di Kota belud?
Mari kita berfikir sebentar bahawa UMNO bukanlah parti yang dayus dan meminggirkan keperluan rakyat. Ini terbukti kerana di semenanjung keadaan telah jauh berubah. Lebih maju dari keadaan sebelum merdeka. Semua itu kerana UMNO. TETAPI di Sabah, apabila UMNO menjadi parti tujang utama membentuk kerajaan, keadaan di Kota belud tidak jauh berbeza. Pemimpin dari parti UMNO di Kota belud ini telahpun menduduki kerusi Ketua menteri Sabah, walaupun kata orang dan penyokongnya yang tidak mahu melihat kebenaran, Kerusi CM itu hanya 18 bulan di duduki. Seolah-olah tempoh dan masa yang diberikan tidak cukup untuk menyelesaikan permasalahan asas ini.
Ketiadaan misi dan kesungguhan pemimpin ini untuk menyelesaikan masalah asas rakyat di kawasan di mana dia diangkat menjadi Ketua Menteri dalam sistem penggiliran ehsan UMNO itulah sebenarnya yang menjadi SEBAB utama kepanapa keadaan di kota belud tidak banyak berubah meskipun UMNO telah 20 tahun berada di Kota belud . Pemimpin sebeginilah yang menyebabkan banner diatas tergantung hari ini di Kota belud. Jika dari dulu keperluan asas rakyat menjadi keutamaan pemimin ini, nescaya rakyat kota belud akan mensyukurinya.
Fikirkanlah jika sekali lagi pemimpin ini diberikan peluang. Jangan salahkan UMNO tetapi salahkanlah diri sendiri.
0 ulasan :
Post a Comment