Tuesday, May 28, 2013

Keputusan PRU 13, walaupun memihak kepada BN dan UMNO, namun pada kenyataan sebenarnya parti itu merosot dari segi sokongan rakyat. Bukan sahaja gagal memulihkan sokongan 2/3 di Dewan Rakyat, malah UBN juga sebenarnya mencatat penurunan undi yang sangat ketara.

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak telah silap strategi, yang menyebabkan kerugian kepada parti itu dalam pilihan raya umum lalu.

Satu lagi sebab utama yang merugikan Barisan adalah pergaduhan dari dalam parti, kata Daim dalam satu temu bual dengan akhbar Cina, yang telah turut dipetik oleh blog seorang wartawan veteran Datuk Abdul Kadir Jasin.Temuduga tersebut kemudiannya diterbitkan semula dalam beberapa portal berita.

Daim, yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata Najib banyak bergantung pada populariti peribadinya untuk membantu Barisan mendapatkan kembali majoriti dua pertiga Parlimen yang hilang pada tahun 2008."Ini adalah satu pilihan raya parlimen, bukan pilihan raya presiden."Penasihat PM harus dipecat.
Jika anda berkata undi BN adalah sebagai undi untuk dia (Najib), maka keputusan teruk yang dicapai BN turut terpalit pada dirinya juga," kata Daim, sambil menambah parti itu cuba untuk melawan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kehadiran orang ramai yang lebih besar dalam setiap program BN.

"Ia adalah urusan yang serius dalam memilih kerajaan, jadi biarkan saja strategi itu hanya dibuat oleh badut sahaja dan jangan ikut cara permainan mereka," kata Daim, yang juga menyalahkan kegagalan BN kerana isu peruntukan sumber dalam usaha untuk menawan kerusi bandar dan majoriti Cina."Kawasan-kawasan majoriti Cina merupakan kawasan hitam, BN sepatutnya tidak membuang masa dan wang kepada kerusi-kerusi ini tetapi lebih menumpukan kepada kawasan-kawasan yang mereka kalah dengan majoriti tipis pada tahun 2008 dan mengukuhkan kerusi yang mereka menangi pada tahun 2008.

"Terlalu banyak masa dan wang juga yang disia-siakan di kawasan bandar kerana keputusan di situ hampir pasti (kalah),"kata Daim, mengulas mengenai perbelanjaan yang besar untuk majlis makan malam percuma dan persembahan konsert bertaraf bintang anjuran Kelab Kebajikan 1Malaysia Pulau Pinang pada minggu-minggu sebelum hari pengundian.

Daim berkata BN sepatutnya memberi tumpuan kepada isu-isu yang dekat di hati rakyat, seperti rasuah, urus tadbir yang baik, keselamatan, pendidikan, kadar inflasi, penduduk miskin di bandar dan graduan muda.

Beliau menyifatkan keputusan teruk BNdi Selangor kerana masalah perbalahan dan sabotaj, sehingga menyebabkan banyak pemilihan calon-calon yang tersilap telah dipilih.Barisan memenangi 12 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor, kurang daripada kemenangan 2008 iaitu sebanyak 20 kerusi.

7 ulasan :

Anonymous said...

Selepas 67 tahun penubuhannya, Umno masih kekal sebagai sebuah parti yang kukuh dan berjaya tetapi perlu memikirkan kelemahan parti jika ingin mendapat sokongan berterusan daripada rakyat.

Anonymous said...

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, parti itu yang diberi mandat untuk tempoh lima tahun akan datang perlu merendah diri dan menghormati kehendak rakyat.

Anonymous said...

"Kita berkumpul di sini sebagai sebuah parti yang kuat. Keputusan pilihan raya menyaksikan kita memenangi 88 kerusi Parlimen, prestasi yang meningkat berbanding hanya 79 kerusi pada 2008.

"Mari kita perbaiki kelemahan parti, terima kasih kepada mereka yang setia bersama kami dan mencari jalan untuk memenangi hati rakyat yang belum menyokong kita pada pilihan raya umum ke-14 nanti," katanya.

Anonymous said...

Najib berkata Umno yang mengekalkan pemerintahan untuk lebih enam dekad boleh dianggap sebagai parti politik paling berjaya di dunia.

Beliau turut mengulangi bahawa Umno bukan parti rasis tetapi sebuah parti yang inklusif dan sederhana.

Anonymous said...

"Kami menjamin keadilan kepada semua pihak yang mempunyai hak tanpa mengira sesiapa saja sebagai rakan kongsi kita. Kami akan mempertahankan polisi yang adil saksama dan sederhana," katanya.

Anonymous said...

Najib turut berikrar bahawa Umno dan Barisan Nasional tidak akan membenarkan 'politik oportunis' Pakatan Rakyat untuk memusnahkan segala yang telah diusahakan.

"Walaupun kami menerima cabaran sengit pada pilihan raya lalu, akhirnya, rakyat Malaysia memutuskan mereka inginkan kesinambungan dan kestabilan," katanya.

Anonymous said...

"Ini akan membenarkan Umno untuk menjadi sebuah parti politik Melayu, Islam dan Malaysia yang lebih dinamik, inklusif dan berwawasan supaya parti ini boleh menjadi universal dari segi perjuangan tanpa melupakan matlamat asal," katanya.