Thursday, February 24, 2011

Hasrat sebilangan ramai penyokong Datuk Salleh dan Tan Sri Pandikar untuk melihat kedua-dua pemimpin ini kembali 'beraksi' pada PRU 13 akan datang bukanlah sesuatu yang baru dalam politik Kota Belud. Malahan sejak kebelakangan ini kedua-dua tokoh yang pernah digugurkan itu telah mula menunjukkan reputasi yang cemerlang. Kedua-dua ini kini menjawat jawatan kedua paling 'berkuasa' dalam sistem demokrasi...

Tuesday, February 22, 2011

Dalam permainan bola sepak, keputusan untuk membawa 'pemain import' biasanya dibuat bertujuan untuk menyuntik semangat baru di kalangan pemain sedia ada. Selain itu ia juga bertujuan untuk memberikan satu motivasi dan gandingan mantap di kalangan pemain pasukan berkenaan untuk menjaringkan gol kemenangan dalam setiap perlawanan. Itu Bola Sepak...dan ia berkait benar dengan politik dan situasinya...

Saturday, February 19, 2011

Antara kemelut utama pendidikan di sabah ialah mengenai kemudahan infrastuktur yang begitu daif dan terpencil. Bangunan sekolah misalnya bukan sahaja masih berstatus 'bangunan sementara' yang dibina dengan kayu dan berusia puluhan tahun, kemudahan asas yang lain seperti jalanraya, elektrik dan kemudahan air bersih juga menjadi dilema pendidikan di sabah. Jarak dan demografi penduduk yang berkelompok...

Thursday, February 17, 2011

Sudah banyak artikel yang saya tulis berkaitan pemimpin ini. Baik yang berupa spekulasi, atau berkaitan tindakan dan percaturannya dalam dunia politik selaku MP Kota Belud. Tidak terkecuali saya juga menulis berkait dengan "keperluan' Datuk Rahman untuk "terus' berada di Kota Belud. Barangkali sesetengah pembaca beranggapan 'sinis' kerana seolah-olah penulisan sebegitu bersifat 'anti' pemimpin sedia...

Friday, February 11, 2011

Sejak pengguguran Datuk Salleh dan Tan Sri Pandikar Amin dalam senarai calon PRU 12 yang lepas, perjalanan kedua-dua tokoh dari Kota Belud ini dilihat sebagai telah 'dirancang' oleh pihak-pihak tertentu. Sebab itulah apabila kedua tokoh ini 'bergabung' dalam NGO USBO, maka ada 'pihak' mistik yang melihat ia sebagai satu 'ancaman' dan 'tindak balas' agresif dari kedua pemimpin ini. Maka sebagai 'mematahkan'...

Wednesday, February 9, 2011

Ketegasan Najib dalam melaksanakan transformasi politik dan pentadbiran begitu dikagumi. Mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli parlimen BN, yang menyaksikan MP Kota Belud Datuk Rahman Dahlan tidak terkecuali dalam pertemuan itu. seperti yang dimaklumkan oleh DARD dalam FCBnya, antara isu utama yang dibentangkan di depan PM datuk Seri Najib pada pertemuan itu ialah "masalah' bekalan air yang melanda...

Monday, February 7, 2011

Sememangnya Datuk Rahman adalah antara 'personaliti' politik di Kota Belud yang begitu mendapat perhatian umum, kerana percaturan politiknya yang dianggap 'berani' "berkeupayaan" dan begitu 'lantang' memperjuangkan kemashalatan penduduk Kota Belud sejak beliau buat pertama kali dalam hidup politiknya menjadi MP di daerah ini. Kerana itu DARD sentiasa dilingkari pelbagai cerita 'panas', 'gossip' dan...

Sunday, February 6, 2011

Perletakan jawatan ketua perhubungan PKR Sabah, Pajudin Nordin telah dilihat oleh kebanyakan pihak sebagai 'melumpuhkan' PKR di negeri ini. Pergolakan PKR Sabah,bukanlah satu perkara baru kerana sebelum ini orang kuat KDM, Dr Jeffry Kitingan telahpun duluan meninggalkan PKR atas sebab hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan PKR terutama Datuk seri Anwar Ibrahim yang disifatkan oleh Pajudin sebagai...

Friday, February 4, 2011

Isu politik yang membelenggu BN sejak kebelakangan ini ialah berkaitan dengan sokongan masyarakat Cina terhadap parti perikatan terbesar sejak merdeka ini. Penurunan sokongan masyarakat Cina dikatakan berpunca daripada beberapa isu besar terutama berkaitrapat dengan peluang ekonomi serta tuntutan kebersamaan hak dan peluang selaku warganegara di negara ini. Tuntutan itu dikatakan tidak dipenuhi oleh...

Thursday, February 3, 2011

Siapa yang tidak mengenali Datin Saidatul Badru Tun said di Kota Belud ? Beliau bukan sahaja dikenali sebagai kakak kepada Datuk Salleh Tun Said yang merupakan ketua Umno Bahagian Kota Belud sekarang, tetapi juga Datin Saidatul telah menjadi perhatian pemerhati politik tempatan dalam sejarah perjuangan politiknya. Seorang politikus pada zaman USNO di bawah kepimpinan Tun Mustapha Datu Harun lagi,...

Wednesday, February 2, 2011

Berasaskan Tinjauan Pendapat Peminat Face Book , atas tajuk : Kalau anda ditakdirkan terpilih sebagi Wakil Rakyat Kota Belud atau anda mencadangkan calon Pilihan Raya, ditakdirkan cadangan anda diterima dan menang dalam Pilihan Raya jadi ADUN atau AP. Apakah cadangan anda kepada Wakil Rakyat untuk dilaksanakan di Kota Belud. Bersasakan kepada tajuk tersebut, pendapat para peminat FB,yang memberi...

Tuesday, February 1, 2011

Dari Kiri sdr Roslan (tim.Presiden PERISA), Sdr Almudin Kaida ( Presiden PERISA ), wakil dari ROS, sdr Razak Rakunman ( setiausaha PERISA )Dengan nama Allah swt, tuhan sekelian alam yang maha berkuasa mengatur alam ini dengan cukup sempurna, maha berkuasa menyatukan hati-hati para hambanya. Salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw yang membawa rahmat di serata alam ini. Artikel ini saya tulis...