( Surat ini saya paparkan semula, )
SURAT KEPADA PEMIMPIN PISBA..( 22/7/2009)
( Datuk Seri Panglima Dr. Salisih Ukoh )
Bismillahhirahmannirahim
Dengan nama Allah yang maha Pengasih dan Penyayang. Yang mengatur alam ini dengan begitu sempurna.Mentakdirkan malam mengambil alih siang dan siang ditutupi malam. KepadaNYA kita menyerahkan jiwa dan raga. Mengharapkan agar Datuk Seri dan keluarga sentiasa dalam RahmatNYA.
Pertama sekali saya memohon maaf kerana mengutus surat terbuka ini kepada Datuk Seri…Terbuka kerana sesiapa pun boleh membacanya.Tidak mengandungi paparan sengketa lama dalam bangsa. Tetapi ini sekadar catatan penglipurlara, seorang puteri pejuang bangsa ,membawa cerita-cerita lisan masa depan bangsa kita. Mungkin Datuk seri lebih arif dan perkasa dalam cerita bangkit dan rebahnya bangsa .Kerana MUNGKIN Datuk seri punya Ilmu Kebalnya. SEDANGKAN kami generasi muda sudah semakin SESAT dan kembali mentelaah buku dan catit,penghujungnya entah ke mana. Andainya itu berlaku..surat terbuka ini adalah renteten darinya..Andai Datuk Seri sibuk banyak perkara…surat ini sekadar mengingatkan semula..
Datuk Seri…
Saya hanyalah manusia biasa, bersendirian mengutus surat kepada Datuk Seri membawa pesan, membawa rintihan, membawa keluhan generasi belia kita sebangsa…mengingatkan semula Datuk Seri sudah sedekad lamanya kita tidak mendengar laungan PISBA. Sudah sekian lamanya juga kita sudah tidak merasa hembusan nafas PISBA, juga sudah sedekad ini mungkin akan menjadi sekurun kalau pencaindera PISBA ditutup sekian lama. Kerana Datuk Seri seingat saya, PISBA ditubuhkan sudah seusia dengan saya. Seorang manusia sudah cukup dewasa mencecah umur 32 tahun, barangkali sudah separuh perjalanannya. Cukup matang menghadapi gelombang. Cukup dewasa menghadapi badai samudera. Bagaimana dengan PISBA kita Datuk?
Datuk Seri..
Kalau di susur semula ‘kehebatan’ PISBA, ia menjadi salur darah bangsa kita. Bermula dari mufakat pemimpin yang lahir dari jerit laung bangsa Iranun…pemimpin kita mula mendaki bukit-bukit kuasa. Terima kasih kepada mereka..kerana merekalah bangsa kita mencipta nama…kerana merekalah kita disegan kawan dan lawan..Tetapi datuk…setelah hampir begitu lama..Di mana sudah Generasi kita?..Di mana sudah janji-janji pemimpin kita?..Di mana sudah pemufakatan kita..? Di mana Datuk, pertubuhan kita? Di mana sudah PISBA? Tempat generasi muda bergurau senda.. tempat sekalian orang tua kita mencanai dan menggilap tunas pemimpin muda…
Datuk Seri…
Andainya PISBA sudah lama meninggal dunia…Tunjukkanlah kami mana pusaranya? Sampaikan pada kami bila kendurinya..? supaya kami datang menangisi kematian pejuang bangsa…supaya kami hadir membacakan Fatihah…supaya kami berkumpul membacakan doa..Dan sekiranya PISBA berkahwin dua..mana bunga manggarnya..bunyi gong dan keulintangangan tak sampai di telinga. Janganlah generasi muda menjadi anak tiri kepada isteri kedua…janganlah kami-kami ini tak cukup makan di keramaiannya…Janganlah kami dicerca di majlis renjis mawarnya.
Kami tidak punya apa Datuk seri…kami sudah yatim piatu..tidak menentu.. matinya PISBA, gelitalah kami, Nisannya PISBA kenangan bagi kami…Hancurnya PISBA mengkucar-kacirkan kami..Berilah kami tanda Datuk Seri….Andainya PIBSA dijangkiti wabak bahaya..kita bersemuka daripada bercengkarama di hujung telinga…kita berusaha mencari penawarnya. Biar tak larat berlari..kita merangkak.., biar tak boleh merangkak …kita mendengus tanda masih bertenaga. Kerana PISBA adalah bapa-bapa pejuang kita..kerana PISBA adalah ibu-ibu mengandungkan pemimpin kita…,
Kami ini generasi muda..perlu dibakar semangatnya..kerana Datuk seri..ramai lagi adik-adik kami yang tidak pernah mendengar PISBA, malahan langsung tidak mengenali Datuk Seri…Tidak Nampak jalan yang dilalui bangsanya…masih ramai yang terkurung dalam gua-gua gelap yang dibina tatkala musim hujan dan panas. Ada yang teraba-raba mencari idealisme perjuangan bangsanya. Sampai ada yang menangis melihat ego, dendam kesumat ,dan politik haprak membakar bangsanya. Nenek moyang kita jua pernah berkata…biarkan kita binasa, biarkan kita terbakar seluruhnya namun kalau itulah syarat anak-anak kita megecapi bahagia…
Datuk seri..
Andainya surat terbuka ini tidak sampai ke mata Datuk seri…saya pasrah ,kerana sebagai puteri bangsa..saya sedar .saya hanyalah sebutir pasir di tepi pantai…nilainya TIDAK SEBERAT segenggam garam dilautan..Bagi yang menatapnya…mohon dengan seikhlasnya, sampaikan ke pengetahuan Datuk seri supaya kita tidak dirundung malapetaka.
Salam kasih sayang yang berpanjangan dari saya puteri bangsa..
Seikhlasnya..
KELAPA MAWAR
21 ulasan :
salam Pejuaang wanita Iranun..
Membaca surat sdri,..saya sedih, terharu dan kembali bersemangat...Saya rasa sdri perlu berhubung dgn Si Renggit kerana dia pun tengah memperjuangkan PISBA..saya sedia memberikan bantuan setakat yg terdaya...Wassalam.
salam....
Allahuakbar...Ya Allah berkatilah perjuangan kami ini...Lembutkanlah jiwa dan hati pemimpin kami tatkala mendengar rintihan ini. Lapangkanlah dada mereka demi kemuafakatan kami bersama..Ya Allah Satukan lah hati kami demi perjuangan yang suci ini...Janganlah engkau biarkan kami terus dibuai janji-janji palsu pemimpin yang tidak bertanggungjawab...Perkenan kanlh doa kami ini ya Allah..Amin...
Terima kasih kepada saudari Pejuang wanita Iranun..Insyallah surat ini saya akan edarkan kepada masyarakat Iranun demi melihat bangsa kita bersatu. Biarkan mereka tidak setuju dengan tindakan saya ini tetapi pada saya sepahit manapun ia, perjuangan demi kebenaran mesti diteruskan.. Hidup Iranun....!
Teruskan saudari....Saya tetap membantu sepenuh jiwa...
salam.. berdiri bulu roma membaca warkah terbuka ini. Jelamakan dalam bentuk tindakan.. alangkah baiknya.. kita bersua muka.. jangan melalui alam cyber.. kerana.. apapun reaksi kita.. jadi bahan biskian orang lain.. bersemuka.. kita boleh melakar tindakan.. membuat senarai tindakan.. dan seterusnya.. sumbangan yang kita dapat beri kepada PISBA.. menjerit sampai habis suara.. lebih meysesakan.. berbisik dengan madah yang indah... lebih dalam kesannya. sya bersedia.. kerana melalui blog sayapun.. secara terang-terang memampangkan wajah saya.. meski tidak se handsome Rano Karno. tawag kanu raken matiburun isa enam walu telo pitu lima walu paat isa
tahniah kelapa mawar...luahan hati yang ikhlas untuk membela nasib bangsa..
By d way, saya akan anjurkan satu ceramah bertajuk "persepsi, provokasi dan manipulasi" di KB dalam beberapa hari lagi. masa dan tempat akan saya maklumkan..strategi kempen orang yg tiada duit.
Asalamualikum Kelapa Mawar,
Saya tak nak komen panjang2, untuk mengelakkan rintihan tinggal rintihan, cari lah presiden PISBA yang baru dan lebih berwibawa....maaf kan kami.
salam Semula Sdri Kelapa Mawar..
Membaca Ulasan dan doa Sdr renggit hampir2 menitis air mata saya...
Mohon kepada sesiapa yg berdarah Iranun....sahut cabaran ini...kita hidupkan semula PISBA..cari walau di mana jua...Kesan secepatnya..adakan Perjumpaan ...kumpul kembali para cendikiawan Iranun....Semoga perjuangan ini diberkati....
Salam Sdr Kelapa Mawar..
Untuk Sdr Musram...
Ulasan sdr jelas membuktikan bahawa sdr seorang pejuang bangsa yang masih pekat darah PISBAnya..saya sungguh teruja mendengar kesudian dan kesungguhan sdr..Saya dengan sepenuh jiwa akan membantu sehingga apa yg diperjuangkan menjadi kenyataan... Berikan Masa buat SDR. renggit...KITA akan berkumpul membincangkan isu ini walau dimana..
Oyag angka su PISBA Pagari...Aden Kami sa Likudkah...
Salam Sdri Kelapa Mawar,
Nampak nya hal-hal mengenai PISBA ini makin hari makin serius. Sehinggakan timbul 'initiative' dari hati Adik Kelapa Mawar untuk menyuarakan surat terbuka yang penuh bermakna lagi menyayat hati ini.
Sepatut nya hal yang serius saperti ini, seharus nya di tangani dengan serius lah juga.
Cuma persoalan nya macam mana? bagaimana?.
Kalau kes surat ini tidak ada ' follow through', pasti nya ia hanya tinggal sebagai satu surat kenangan dalam dunia cyber.
Maksud nya, belum tentu surat rayuan ini sampai ke pengetahuan Datuk Seri Panglima Salisih saperti mana yang sepatut nya.
Persoalan kedua, kalau sistem penyampaian maklumat ini kandas, apa kah strategi kalian selanjut nya?
Apa lagi kalau diandaikan, Datuk Seri sudah hilang minat untuk meneruskan perjuangan PISBA. Kerana, hal saperti ini pernah juga berlaku kepada persatuan yang lain di Sabah ini.
Sebaik nya utuskan lah seorang dua (mereka yang mengenali beliau) untuk bertemu dan seterus nya berbincang dengan beliau dalam kadar terdekat.
Setahu saya, beliau ini ok juga sebelum ini. Namun, saya tidak tahu lah pula macam mana keadaan beliau sekarang.
Dalam artikata yang singat, transform kan cadangan ini ke dunia realiti sapertimana sdra DEPU-DEPU dan geng, bertemu dengan Jurutera JKR KB tempuh hari.
Belum cuba belum tahu kan? "Otherwise all the good gesture and the vision, will be a waste. So to speak"
Salam untuk kalian, especially, tuan punya blog Adik Kelapa Mawar.
Kalau ada yang tersalah ayat, tolong maaf kan.
Salam Sdr depu-depu...
Ma kasih dengan perhatian sdr dalm hal ini..saya tulis surat ini atas rasa kesedaran yg amat sangat betapa bangsa Iranun perlu meneruskan perjuangan melalui PISBA yg dianggap tergendala...Namun masih ada peluang untuk membangunkan mereka2 yg diatas sana. Kesudian sdr dlm hal ini sangat-sangat saya sanjungi.selamat berjuang utk bangsa Iranun..
Salam buat sahabat pejuang Bangsa Si Renggit...
Terima kasih dgn luahan rasa dan doa sdr..demi melihat pertubuhan tertua Suku Iranun ini bangun semula dari lena yang panjang..
Sdr Boleh menghubungi saya setiap masa untuk tujuan ini..Edarkan surat ini kepada merekayg berjiwa Iranun..Sama-sama kita berdoa semoga surat ini samapai kepada Pemimpin PISBA..Amin
Salam,
Utk makluman sdri kelapa Mawar, baru2 ini, saya telah pergi pejabat ROS,untuk menubuhkan persatuan belia, dalam kesempatan itu juga saya ada bertanya akan status PISBA...menurut pegawai ROS tersebut bahawa PISBA tidak lagi berdaftar dengan ROS...PISBA tidak ada lagi dalam senarai ROS...
Jadi maksudnya pendaftaran PISBA sudah dibatalkan...
Salam sdr Musram..
Sdr Adalah orang kuat kami...yang menunjuk ajar tentangt perjuangan bangsa..sdr adal inspirasi yang tidak ditelan zaman...laungkanlah kemurnian hati SDR...itu..bangunkanlah mereka yg sudah sekial lama lena dibuai mimpi-mimpi indah..katakanlah kepada mereka surat ini bukan sekadar di alam cibyer..tetapi akan menyusul bersama sdr...kami generasi muda ini berdiri di belakang sdr..biar ribut,..biar badai...biar gelora besar melanda...asalkan sdr..bersetuju bahawa PISBA perlu dihidupkan..
Bingkas bangun Sdr Musram..sampaikan surat ini kepada pemimpin PISBA...hanya Sdr lah sandaran kami semua...
sALAM Sdr Musli..
Ma Kasih kerana perhatian sdr dlm hal ini...Sesungguhnya sdr juga adalah harapan pejuang seperti kami generasi muda ini..pandangan sdr dan penglibatan sdr dlm dunia politik di KB sekarang menjadi perhatian generasi belia...teruskan semoga sdr berjaya..
Salam Sdr..Sambal Belacan..
Ma kasih dengan Info berharga itu..jika benar,..maka semua cendikiawan Iranun perlu duduk semeja utk mencari alternatif baru...utk menyatukan semua masyarakat kita..
Biarpun sedih yang amat sangat..hingga menitiskan iar mata dengan berita ini, namun semua ini ada hikmah disebaliknya..teruskan berjuang..
Salam Abang Solomon..
Ma kasih dengan pandangan sdr yg begitu bernas dan berwibawa...segala pandangan dan cadangan sdr tengah saya fikirkan untuk menggerakkan kembali pertubuhan ini.. Dan jika saya dan rakan lain gagal...itulah cabarannya, namun jika kami berjaya itulah kemanisannya..Kami sandarkan kepada SDR mUSRam..utk tindakan selanjutnya..
Semoga sdr akan dapat memberikan idea-idea yg menjadi rujukan kepada para blogger di KB ini..Salam kasih sayang dari seorang adik..Semoga sdr sukses sentiasa.
Salam,
PISBA rasanya boleh ditubuhkan kembali...dengan syarat kita mesti bersatu dan mempunyai tekad untuk menghidupkannya kembali...jadi harap si langah Musram dapat menjadi pengerak dalam usaha ini...
sALAM KEMBALI rojokobog..
ma kasih kerana memberikan pandangan...Akan kami fikirkan langkah seterusnya..
Salam... Dapatkan pengesahan.. daripada ROS.. bahawa PISBA sudah Jumud. Jika telah ada.. bentuk protem komite.. untuk sementara.. kelapa mawar sebagai setiuasa urussetia. Saya sanggup jadi penasehat sementara.. untuk revive PISBA. Sesiapa yang ada kontak sdr Ladim AbdulRahman, atau Datu Adek.. di Pejabat DUN Negeri.
sALAM..
satu cadangan yang bernas dari sdr Mjusram..saya harap kelapa Mawar dapat bertindak seterusnya..Hubungi kami jika memerlukan bantuan...TQ
salam..
Perjuangan perlu diteruskan.. Saya amat berterima kasih atas kerjasama semau...Saya sentiasa mendoakan agar perjuangan ini mendpt berkat dan hidayah dari Allah. Demi bangsa tercinta saya sanggup berkorban....sila hubungi saya andai perlukan bantuan...saya sedia membantu...thanks
Apakah saya juga boleh diterima dalam perjuangan PISBA?
Post a Comment