ikan solmon,abang solomon
Membaca komen dan ulasan para blogger Kota belud dalam tulisan saya BLOGER KOTA BELUD : MELENTING, telah sekali lagi membuka 'keaiban' dan rasa prasangka blogger yang bernama 'lelaki' ini kepada blogger wanita seperti saya. Malahan kehadiran saya langsung tidak dihargai!....
Setelah sekian lama para blogger lelaki ini menguasai pentas maklumat ICT di kota belud...mereka sudah mula lupa bahawa kaum hawa ini juga punya peranan dlm penyampaian maklumat kp masyarakat. Apabila saya mengkritik mereka secara terang dan telus, menerusi penulisan saya, mereka tidak dapat menerimanya. Sehingga ada yang melabelkan saya sebagai "subvesif". Tuduhan ini amat melampau...dan mencabar kewanitaan saya..Biarpun sedap air kelapa mawar, jangan pula menjadi racun kepada orang....begitulah ungkapan penyedap perasaan yang saya selalu ulang-ulang untuk mententeramkan perasaan saya.
Kenapa mereka ini tidak mahu menerima hakikat bahawa sebenarnya mereka diperhatikan...dan kehadiran saya selaku blogger wanita di daerah ini adalah pemerhati yang sudah lama memerhatikan gelagat penulisan para blogger ini...Dari perlontaran idea, pertembungan pendapat sehinggalah pergaduhan maya yang berlaku dalam lingkaran blogger di kota belud saya mengetahuinya..kerana secara diam saya melayari blog para lelaki ini..
Apabila sudah tidak tahan, akhirnya saya ikut serta, bertujuan mendedahkan kelemahan para blogger ini supaya dapat diperbaiki...itupun disalah ertikan kerena rasa curiga para blogger ini sudah menebal terutama kepada blogger wanita seperti saya.
Seperti yang dikatakan oleh jiran blogger sdr Solomon..biarpun sdr mengatakannya solmon..namun sedap rasanya saya panggil abang Solomon..,mempertikaikan matlamat saya, seolah-olah saya ada rancangan di sebalik semua ini, tetapi semuanya tidak benar! kerana pendedahan ini hanya akan berterusan selagi blogger di KB termasuk abang Solomon menerima kehadiran blogger wanita dan menghormati pandangan mereka dan tidak memperkecilkan lagi.Wanita pun boleh memaparkan isu-isu global seperti lelaki juga. Seharusnya perkongsian medan blog ini berlaku bersama kerana kita hidup dengan berkongsi dunia yang sama.
Membaca catatan seorang blogger KB yang mencurigai kewujudan blog baru seperti saya dengan mengatakan bahawa 'orang yang sama' langsung tidak masuk akal!. Dari awal lagi saya menyatakan bahawa sebagai seorang wanita, akal dan fikiran saya tidak sampai ke tahap itu..hanya lelaki sahaja yang akan membuat andaian sedemikian...latarbelakang saya sebelah bapa berketurunan Iranun membuatkan saya terfikir, adakah blogger itu waras ? atau inikah blogger Iranun yang konon memperjuangkan kepentingan iranun jangka panjang?..sedih saya memikirkannya!
Ulasan Sdr Musram bahawa dia menunggu kepimpinan wanita di Kb, juga menimbulkan kesangsian kepada saya...sedangkan 'kehadiran' saya dlm dunia blog di kota belud..dilontarkan bermacam-macam anggapan...kononnyasaya subvesif ! ada kepentingan ! suka provokasi ! dan pengalaman saya sebagai juru runding juga dipersendakan...Apatah lagi kalau saya keluar memperjuangkan martabat kaum wanita di Kb. Masanya belum sesuai sdr Musram...kerana masyarakat masih ditahap lama dalam hal ini..tetapi kami gandingan beberapa blogger wanita di Kb dan Tuaran sedang merangka plan untuk membangkitkan rasa kepimpinan di kalangan wanita..tunggu saja kedatangannya..pasti sdr juga turut serta.tanyalah abang Solomon kesedaran blogger wanita di Tuaran pun masih seperti di KB tetapi masih bergerak agak perlahan.
Pengalaman selama 7 tahun di Johor bahru sebagai perunding sebuah syarikat swasta dan perkenalan dengan beberapa rakan di sana telah banyak memberikan pengalaman kepada saya terutama dalam hal-hal kebajikan kaum wanita...bukan seperti blogger 'lelaki' itu yang mempertikaikan kerja saya itu tetapi dia sendiri tidak tahu pernah ke Johor / Semenanjung atau belum untuk membuka 'pintu' dan 'jendela' mindanya.(meminjam istilah sdr Musli )..
Persoalan besar ialah Bersediakah para blogger lelaki di KB ini menerima kritikan dari seorang wanita?..Apakah mereka akan terus curiga, prasangka dan terus melenting ? kalau masih juga begitu, memang benar dan akan benar bahawa blogger lelaki di KB belum Dewasa!!

4 ulasan :
bravo...!
salam...
kompom sah....sekilas ikan di air ku tahu jantan betinanya.....
pacu jangan tak pacu....
salam sdri kelapa mawar..
menjadi-jadi pula kritikan sdri ni...saya rasa kami para bloger lelaki ni kena fikir juga apa yg sdri katakan ini..
Lepas ni..jangan pula cakap saya sudah terpancing dgn idea sdri..saya hanya bersetuju kalau ada kebenarnya..mau pinjam juga istilah sdr musli...bravo...!
Whatever...
Post a Comment