Saturday, July 25, 2009


KETUA UMNO BAHAGIAN KOTA BELUD.

( DATUK SERI PANGLIMA SALLEH TUN SAID )

Assalammuwalaikum Datuk Seri..

Surat ini diutus kepada Datuk Seri, kerana sebagai rakyat biasa yang tidak memiliki kekuatan lidah mahupun pengaruh yang merata, dan hanya melalui medium ini bisa meluahkan segala-galanya. Tidak ada hak bagi saya yang kerdil ini bersandiwara lagi, kerana hak itu lebih awal diambil oleh bapa-bapa dan pejuang kita di daerah ini. Merekalah yang mengasuh Datuk Seri, menyiram tunas kepimpinan yang ada dalam diri Datuk Seri, hingga akhirnya Datuk Seri Dan Keturunan diangkat melampui bahu, dijunjung melepasi ubun-ubun..Dari Keluarga yang biasa menaiki kuda, meninjau sekumpulan lembu dan kerbau , akhirnya ayahanda Datuk Seri menjadi dewa-dewa yang bersabda kepada seluruh rakyat daerah dan Negara.

Datuk Seri..

Surat ini bukan diutus sebagai mengampu seperti Datuk Seri Kerma Wijaya kepada Sultan Melaka, bukan juga mencanang keaiban dan kejanggalan dalam UMNO di daerah kita, Cumanya menyatakan kepada Datuk Seri bahawa sudah sampai masa dan ketikanya Datuk seri melupakan hajat dan niat untuk mempersenda dan mengula-gula kerana kami generasi muda tidak lagi seperti yang ada…kami punya mata, melihat gerak-geri Datuk Seri…Kami Punya telinga mendengar bisik malam dan siang Datuk Seri…Kami punya kaki membawa lari apa yang Datuk Seri hajati..kami punya Tangan yang enggan memangkah Menjulang Datuk Seri. Sudah sekian lamanya kami berkompormi, mengimpikan pemimpin kelahiran rakyat yang ada mukjizat. Bermimpikan pemimpin yang lidahnya keramat dan upayanya mengatasi kudrat. Kami sudah bosan dan tenggelam dengan kata-kata..”Ah!..biarkan, nanti dia kan sedar membantu rakyat yang melarat”..

Datuk Seri…

Dari dulu dan kian yang keberapa..kuasa dan takhta selalu berlegar dalam tangan Datuk Seri..dari seorang ketua Bahagian mendaki terus hingga ke menara , Kerusi kuasa no. satu sudah pernah di duduki, berbagai jawatan parti pernah dipegangi..namun kami masih lagi seperti dulu…Wakil rakyat Usukan yang pernah Datuk Seri pegang bermusim menuai padi lamanya..namun..Usukan masih disusukan oleh Datuk Seri…Harus apa yang kami banggakan…kami di sini tidak punya apa..membantu Datuk Seri Mendaki kuasa semula..kerana Datuk Seri sendiri lupa tatkala kami merintih, memohon bantu percuma..Waktu kami perlukan parit saliran buat mengairi huma sekengkang kera..Datuk Seri hanya memberikan senyum pengubat duka..Berkurun sudah kami kehausan air bersih..Datuk seri hanya tersengih..seperti kambing termakan sirih..

Selama datuk Seri di tampuk kuasa…daerah kita menjadi raja tiada Negara. Daerah orang lain diangkat, dibelai dan dibangun hingga tiada tempat..namun Kota belud..masih bersepah..lembu dan kerbau masih menghuninya…Hanya jalan raya RM 50 juta yang dibina itupun kontraktor kroni yang merasa. Dengar khabarnya Datuk Seri berminat bermain Golf, itulah sebab padang direbut , akhirnya Kampung Tamau dibangunkan sebidang tanah milik Datuk Seri sekeluarga. Ramai kereta mewah, dari Perdana hingga ke Ninja melepasi tiap hari petang mengunjungi lembah golf ingatan Datuk Seri…rakyat mula melaung, mengharap kalau-kalau…ada bahang turut dinikmati…tetapi hingga hari ini,JANGANKAN air bersih, karan dan jalan pun atas ihsan Tun Ghaffar Baba.


Dan kini apabila Datuk seri tidak lagi mewakili kami, tidak lagi melihat wajah-wajah hodoh kami..tidak lagi mendengar panggilan kami…Datuk Seri pun lari..tiada bernegeri. Ke hulu ke hilir , mundar dan mandir mencari kawan yang sudah lama dilupakan. Mengemis ihsan dari kebiasaan..hingga akhirnya kami tidak sampai hati melihat Datuk seri sebegini….lantas kami hulur semula tali yang berapa kali sambungnya…Datuk seri kembali menjadi ketua..,Bahagian UMNO Kota Belud..dimiliki semula. Tapi nampaknya Datuk Seri makin gila oleh kuasa…rakyat kembali dilupa..Ramai pemimpin berwibawa tidak diganding,malahan dipusing sehingga pening..Ramai ketua keluarga kembali sedar dari tidur mereka. Kenapalah Datuk Seri Sebegini rupa ?..


Kami generasi yang baru belajar melatah..melihat Datuk Seri dengan seribu benci di dada…Kalau kami ada kudrat luarbiasa…sekarang juga Datuk Seri kami jadikan rakyat biasa..kerana bukannya dendam..kami bersenda..kami melihat Datuk Seri sudah tidak punya karisma menyatukan bangsa..Lupakanlah hajat dan niat Datuk Seri..kerana di satu hari, niat dan hajat orang lain akan jadi pengganti. Sempena mesyuarat G7 UMNO bahagian..janganlah dilayan sebarang ancaman..jangan dicatur calon pilihan, berilah mandat kepada perwakilan…kerana Datuk seri sudahpun di hadapan.


Sekali lagi mohon maaf kerana mengutus surat tidak bernama ini kepada Datuk Seri.

Puteri Pejuang bangsa.

KELAPA MAWAR

20 ulasan :

Maruf Ismail said...

Salam,
Luahan yang menyayat hati.
Pandangan peribadi saya,
Pemimpin-pemimpin UMNO asyik dibuai oleh "asmara politik".Terlalu banyak angan-angan.Mereka perlu ingat bahawa,langit tidak akan jatuh ke bumi.

UMNO;
Luka UMNO makin parah,namun pemimpin-pemimpin tertinggi masih anggap "luka" UMNO itu sebagai luka biasa.Mereka tidak mengambil serius tentang masalah yang menimpa UMNO,sebaliknya memikirkan kepentingan diri.

Buat Ahli UMNO;
Perlu diingatkan,berjuang adalah demi parti dan rakyat.Bukan berjuang untuk pemimpin UMNO.
Ahli-ahli UMNO (bukan semua)lebih pentingkan pemimpin UMNO yang "korap" berbanding parti.

Generasi Muda;
Kita akan dicari bila mereka perlukan kita sahaja.Kalau tak perlu,pandang wajah kita pun tak.Amat sukar peluang kita untuk "masuk pintu" UMNO dan memegang jawatan penting.Kerana pemimpin-pemimpin UMNO mahu duduk dikerusi mereka selama-lamanya.Macam kita ni mungkin 'nia penakai' dalam UMNO.Saya akui,saya masih belum boleh mengundi.Tapi ingat,saya berhak menyokong dan suatu hari nanti saya boleh menjadi orang yang berpengaruh.InsyaAllah.

Agenda;
Pemimpin-pemimpin UMNO tidak ada agenda untuk membasmi kemiskinan rakyat.Sebaliknya membasmi kemiskinan kroni mereka."Saya akan memikirkan agenda yang memberikan impak positif untuk membasmi kemiskinan rakyat",begitulah diatas kertas.Sampai di buku-buku kan lagi agenda mereka,tetapi "omong kosong".

Perubahan;
Perubahan dalam UMNO penting.Kalau mereka hanya memikirkan perubahan imej mereka sendiri,UMNO akan hanyut.

UMNO telah dijadikan "parti keluarga" oleh pemimpin-pemimpin mereka.Ada erti disebalik kata-kata ini.(UDANG DISEBALIK MEE)

Terima Kasih...

DEPU-DEPU said...

Salam..

Mungkin sdri boleh menjadi suara masayarakat di Kb..teruskan dgn surat-surat sdri yg menyentuh hati..

SI RENGIT said...

salam...

teruskan usaha saudari...saya tetap menyokong saudari dengan sepenuh jiwa dan raga...insyallah surat ini akan berlegar kepada mereka juga...

Seliu Liu said...

Tahniah adindaku, teruslah mengutus surat indah ini untuk masa depan generasi kita.

kelapa mawar said...

Salam Maruf..

Ma kasih dengan pandangan yg bernas itu..sebagai generasi muda kita berperanan penting utk menegur para pemimpin yg berada diatas sana..bukan bermaksud mengaibkan mereka tetapi sekadar utk mengingatkan semula..

Perjuangan membela nasib rakyat ini perlu masa yang panjang dan kesabaran diperlukan..semoga adik maruf menjadi pejuangbangsa.wassalam

kelapa mawar said...

Salam sdr depu-depu..

Saya sentiasa mengikut pemikiran penulisblog di Kb termasuk sdr, si rengit, Sdr Musram, seliu-liu,Dayang wulan, Musli,Paikankb,Btu Gadung,sambal Belacan dan beberapa orng lagi termasuk Sdr Solymone..Thanks dgn dorongan dan pandangan sdr itu...

kelapa mawar said...

Salam si renggit..

ma kasih kerana sokongan sdr itu..Bagaimana dgn PISBA sdr? daripada maklumat yg saya perolehi sah PISBA sudah berkubur..Apakah langkah seterusnya?

kelapa mawar said...

Salam Kekandaku Azrone...

Mengikuti penulisan sdr, membuatkan saya sedar betapa kita penulis yg kerdil ini menjadi agen perubahan kp masyarakat...Selagi saya mampu dan berdaya...saya akan teruskan jua.Ma kasih sekali lagi...

Ajin b. Gagah said...

Salam untuk Adik Kelapa mawar,
Saya ada response peribadi saya di blog Cikgu Dayang, namun kerana ada masaalah teknik di blog beliau, maka saya tidak dapat postkan di sana buat ketika ini.

Justru itu, saya post kan ulasan saya di sini agar Adik Kelapa Mawar dan kawan dapat menghayati dan mengadili response telus dari saya. Suka atau pun tidak terpulang kepada kalian

Ulansan saya ada lah saperti ini;
"Oii nah, bertambah meriah pula blog Cikgu Dayang yang changgih ni. Kalau persoalan ini berlanjutan, tidak heran lah kalau saya di jadikan jadi DSSK no 2.

Namun, bagi saya, hal ini ada lah lumrah. Orang kata kalau takut dipukul sang ombak jadi mendirikan rumah di tepi pantai. Kerana sanggup menerima cabaran ombak saya pun buat lah rumah di tepi pantai. Apa jadi-jadi lah, Allah SWT sahaja yang menentukan.

Now, persoalan yang di timbulkan oleh Sdri Kelapa Mawar untuk saya, amat menarik dan berwibawa. Thanks kerana mengiktirafkan merit saya sebagai Jurutera yang berpengalaman.

Namun, persoalan tambahan yang diutarakan dengan cukup details mengingatkan saya pada blogger wanita Sdri Senja Liza. Kerana setakat ini, beliau sahaja yang pernah mengujakan ilham saya pada satu-satu isu yang serius lagi releven.

Persoalan yang Sdri Kelapa Mawar huraikan di sini, nampak mudah tetapi ada tetapi nya. ‘In real world situation’ kes ini ada lah di anggap hal penting. Melibatkan akta ‘Simpan rahsia kerajaan ‘ di samping beberapa procedure kerajaan yang lain.
Justru itu, bukan mudah untuk saya mendedah kan persoalan dan jawapan dalam hal ini. Kerana ini, saya masih terikat dengan akta aku janji dengan Lembaga Jurutera Malaysia ( Agensi Kerajaan Malaysia).

Makna nya ada lah amat berat untuk saya menjawab satu persatu persoalan tersebut (Walau pun pada hakikat nya saya tahu).
Selalu nya, untuk mendedahkan perkara sulit saperti ini perlu kan arahan dari pehak atas. Dimana kalau sekira nya kelulusan di beri, ia nya akan di hadiri oleh badan-badan pakar yang berbayar service mereka.

So, saya terpaksa memohon maaf kepada Sdri Dayang Mawar kerana tidak dapat melanjutkan isu yang di persoalkan.

Secondly, selaku pelawat ada juga protocol yang harus kita hormati.

Persoalan yang melibatkan Kg saya, Tenghilan, rasa nya biar lah mereka di sana yang menguruskan nya. Pasti suatu hari pasti ada juga penyelesaian nya.

Dengan itu sekali lagi salam untuk kalian .
Thanks again Cikgu dayang. Semuga dimurahkan rezki selalu dan teruskan menulis.
Kepada Sdri Kelapa Mawar bawa bertenang dan teruskan persoalan

Ajin b. Gagah said...

Adik kelapa Mawar,
Saperti di blog Cikgu Dayang Wulan, saya nampak ada kesilapan 'words'. Ini lah masaalah auto correct ini kadang-kadang mengelirukan. Mohon maaf.
Contoh nya Kelapa Mawar jadi Dayang mawar lah pula..dahysat

kelapa mawar said...

Salam Abang Solymone..

Makasih dgn kesungguhan dan keikhlasan sdr berumah di tepi pantai...tu..Tsunami tak takut kah?.Saya faham dgn apa yg sdr katakan termasuk etika yg jadi sandaran,,

Rasanya sdr sudah membaca surat saya kp DSSK, dan secara lebih ikhlasnya itulah suara hati kami di USUKAN ni setelah, DSSK begitu lama mewakili kwsn ini..

Saya rasa sdr pun pernah sampai ke USUKAN..dan melihat sendiri..kws yg diwakili oleh bekas KM,Sabah ni. Dan Kws di mana..keluarganya pernah tinggal menjalani hidup sebelum ayahanda DSSK dilantik sbg TYT..

Kami tidak mengharapkan seluruh peruntukan Kerajaan Negeri di salur terus ke KB atau USUKAN..Kami fahami situasi itu..kerana DSSK sadalah KM seluruh daerah di Sabah...Namaun apakah wajar kerana terlalu sibuk dgn KM nya itu, maka kwsn yg pernah menjulang namanya...sehingga KM dpt dipegangnya biarpun 2 tahun...Dilupakan!..
Kami tidak minta balasan...
Tapi kami hanya mahu keperluan asas dan juga permsalahan rakyat di kwsn ini ditangani..

Selama 2 tahun biarpun sebelum itu puluhan tahun dia jadi wakil rakyat di kwsn kami..tapi tidak ada satu keperluan asas yg diselesaikan..termasuklah apa yg saya nyatakan..

Utk turun melihat akar umbi..jauh sekali..malahan terlalu susah utk dijumpa..Saya bercakap berdasarkan fakta...kerna ayahnya ketua cawangan yg pernah bermati-matian menjulang DSSK..tapi bila permasalahan kampung terutama air bersih diketengahkan kp DSSK..dia hanya tersenyum..dan berkata akan diusahakan..

Hingga kini harapan itu tinggal harapan...

Maaf sekali lagi kerana bukan peribadi yg jadi persoalannyatetapi keikh;asan sbg seorg pemimpin..
ma ksaih abang Solymone atas ulasan ygmententeramkan itu.Wassalam.

rojokobog said...

Salam Kelapa mawar dan kwn2.
Surat yg diutuskan kpd SSK ada betulnya dan ada juga yg mencarut...SSK bukannya Malaikat yg boleh membuat kerja dlm 1 masa, setiap pemimpin ada cacat celanya, tapi rakyat usukan seakan-akan tidak mahu mengubah sikap, mereka hendakkan pemimpin menyuap nasi ke mulut mereka,,kenapa YB di DUN Tempasuk pun tidak sehebat SSK, tapi rakyatnya pandai berusaha hanya dgn sedikit bantuan kerajaan..pendek kata rakyat usukan malas hendak bangun, mungkin ada Gaut agaknya...jgn kita mudah lupa dgn jasa pemimpin dan selalu teringatkan kegagalan mereka..wakil rakyat usukan sekarang macamana pulu????

SI RENGIT said...

salam...

sekali boleh maaf lagi...nie da puluh kali dah..memang bukan malaikat tetapi manusia perlu sedar siapa diri mereka....Tuhan pun beri peluang pada makhluknya tapi kalau tak sedar diri tu juga jadi macam firaun dan qarun lah...Macam biasalah...kebaikan mereka ini ditutupi oleh keburukkan yang mereka buat selama ini....fikirkan lah....tq

kelapa mawar said...

Salam Rojokobog..

Betulkah masyarakat Tempasuk..tidak seperti Usukan..

Surat kepada wakil rakyat temapsuk akan menyusul..

kelapa mawar said...

Salam Sdr Renggit..

Kita dah muak dgn pemimpin yg tidak memikirkan permasalahan rakyat..DSSK dah tak relevan lagi di Kb. Generasi muda akan menolaknya..kalau bukan sekarng tapi dlm PRU 13..itupun kalau dia dapat bertanding pun..jangan2 org lain lagi yg dapat tempat di kb..kita tunggulah..

Atau348 said...

Banar tuturan RojoKobog. Patut pinikir oleh ti. Tapi jomoti barangkali pemalas ko mura lupo.

Unknown said...

Tahniah kepada Kelapa Mawar

kelapa mawar said...

Salam atau 348 dan Ghadafi..

Ma kasih dengan kunjungan dan pandangan sdr berdua..

rojokobog said...

Salam Kelapa Mawar dan Kwn2 semua,
Betul lah rakyat di Usukan & tempasuk ada perbezaan, contohnya bila pertandingan merebut jawatan dlm UMNO bahagian terutama W7 dan lain2 jawatan, pernah terjadi hanya seorang saja calun dari usukan yg menang, yg lain sapu bersih oleh Tempasuk dan sedikit kedamaian, sedangkan calun dari usukan tidak kurang hebatnya dan ramai yg bertanding, perwakilan dari Usukan tahaf mentalitinya agak rendah (tidak semua)berbanding perwakilan Tempasuk, saya mengalu-alukan dan sangat setuju agar Kelapa Mawar mengutus surat kpd wakil rakyat Tempasuk dan kita sama2 mengulas dan mengupas persoalan yg akan diketengahkan nanti, tq kpd ATAU 348 yg bersetuju dgn komen saya..sekian, dan salam hormat.

kelapa mawar said...

Salam sdr rojokobog..

Ma kasih dgn kunjungan sekali lagi..Insyallah surat itu akan menyusul.