Friday, July 24, 2009



POLITIK KRONI DAN POLITIK WANG.

Menjelang pemilihan G7 UMNO bahagian Kota belud untuk menghantar perwakilan ke peringkat Pusat, masyarakat di daerah ini turut ‘berpesta’ meraikan pertandingan memilih perwakilan ini. Di mana-mana di kedai Kopi, di kedai Keling atau di perhentian-perhentian Pick Up..isu ini menjadi bualan orang ramai. Ini kerana siapa yang terpilih ,bermakna berpeluang menjalinkan hubungan dengan ketua Bahagian UMNO kota belud. Bagi yang sudah lama berkecimpung dalam politik UMNO di Kota Belud..memang sudah lama tahu, bahawa ada calon-calon G7 ini yang sudah dicongak-congak oleh Pemimpin Bahagian untuk mengiringi mereka ke Semenanjung. Ada sudah yang mula berkempen dengan ‘restu’ para pemimpin ini. Biasalah hampir setiap tahun, golongan-golongan Opportunis ini kerap kelihatan….semata-mata untuk menjadi G7. Selepas itu hilang entah ke mana dan akan mula kelihatan apabila fenomena ini timbul semula.


Bagi golongan ini, wang saguhati diberikan kepada para perwakilan yang memilih mereka. Macam-macam nama diberikan ada ‘wang belanja”..”wang Claim”..”wang bantuan” dan macam-macam lagi. Yang tidak pernah kita dengar “WANG RASUAH”. Biasanya wang ini sejumlah RM5 – RM *** bergantung kepada kredibiliti calon G7 berkenaan termasuklah kemampuannya menghambur wang untuk mempengaruhi para perwakilan. Itu belum lagi masa pertandingan pemilihan Bahagian. Macam-macam Kita dengar.. Ada juga orang-perseorangan yang tidak memiliki team-team tertentu, kononya untuk memperjuangkan idealism dan kepimpinan..tetapi jarang yang melepasi kroni pemimpin bahagian.



Politik Kroni ini memang sudah lama melanda UMNO kota Belud, bahkan wujud team-team tertentu yang berkepentingan untuk menyelamatkan orang-orang tertentu agar tidak mati karier politik mereka. Jarang yang kita dengar ada yang bersedia membawa aspirasi masyarakat di Kota Belud…Kalau adapun tokoh ini tidak diberikan peluang kerana para pemimpin di Kota Belud lebih selesa wakil-wakil G7 ini berperanan sebagai pak turut dan bukan pecetus idealism perjuangan baru bagi masyarakat Kota Belud. Justeru itu, wakil-Wakil G7 ini hanyalah sebagai ‘kulit’ kepada UMNO Kota Belud kononnya mengamalkan demokrasi terpimpin..walhal politik kroni dan politik wang sudah sebati dengan jiwa mereka.

10 ulasan :

DEPU-DEPU said...

salam..

Saya pun menyedari keadaan ini..tapi apa yang boleh kita buat dah jadi tradisi UMNO di Kb..

Unknown said...

hanya jauhari yg mengenal manikam....

kelapa mawar said...

Salam kembali depu-depu..

Para perwakilan kena tegas dan berani mengubah keadaan ini..kalau tidak UMNO diKb tidak akan lama ditalkinkan...

kelapa mawar said...

Salam Sdr Musli..

Kalau taksilap Sdr pun bertanding wakil G7..tapi saya yakin sdr turut mempunyai idealisme utk memperjuangkan aspirasi masyarakat KB.Sdr sedang diperhatikan oleh genarsi muda di KB. Dgn rekod bersih sdr..tidak mustahil sdr akan diangkat sbg pemimpin di kb..Selamat berjuang..

Maruf Ismail said...

Salam Sdri Kelapa Mawar,

Kalau tidak ada tindakan proaktif,bukan saja UMNO KB akan 'ditalkinkan',malah "SELURUH UMNO" akan 'ditalkinkan' jika mereka terus bersikap sambil lewa dan memperjuangkan kepentingan diri,keluarga,kroni dan kerabat-kerabat mereka.

TQ.

SI RENGIT said...

salam...

Apa yang kita takut bila manikam tertikam...kasihan lah ....

kelapa mawar said...

sALAM Adik Maaruf..

Ma kasih kerana bertandang..Kalau UMNO sudah ditalkinkan maka..para pemimpin di KB akan dapat rasa..

kelapa mawar said...

Salam Sdr mohd amir..

Tq dengan nasihat itu.

kelapa mawar said...

Salam sdr renggit..

Bagaimana dgn PISBA kita??

SI RENGIT said...

salam...

Saudari kelapa mawar...saya ada berjumpa dengan orang lama pisba..beliau mengatakan bahaawa salisih telah ubah perlembagaan untuk kepentingan diri sendiri. Dia istihar diri sebagai presiden seumur hidup...