Sunday, July 12, 2009

Sempena perayaan Aidilfitri, program popular TV3, Nona dan Wanita Hari Ini akan mengadakan rakaman Rumah Terbuka Wanita Hari Ini & Nona yang akan disiarkan pada Hari Raya yang kelima nanti.

Kemeriahan rumah terbuka ini turut diserikan dengan kehadiran para artis seperti Mila, Fizz Fairuzz, Arash Mohd dan isteri, Adi Putra, Erry Putra dan ramai lagi. Majlis ini turut meraikan 50 anak-anak yatim dari Rumah Amal Limpahan Kasih dengan memberikan mereka duit raya dari Tabung Bersamamu.

Majlis ini turut dihidangkan dengan persembahan istimewa dari Aizat, Suki, Adam, The Lima, Shahila dan Dafi. Apa yang lebih menarik, pengacara-pengacara Wanita Hari Ini dan Nona iaitu Ruhil Syaf inaz, Azzura, Azizah Ariffin, Ifa Raziah Nadia Shahrul dan Hasfizza turut ditemani oleh keluarga masing-masing pada majlis rakaman rumah terbuka ini.

Sehubungan itu, dijemput pihak tuan/puan untuk memeriahkan majlis ini serta menghantar wakil wartawan dan jurug am bar untuk membuat liputan pada tarikh dan masa yang dijadualkan seperti berikut:-

Tarikh: 28 Ogos 2008 (Khamis)
Masa: 3.00ptg
Tempat: Restoren Seri Melayu,
Jalan Conlay, Kuala Lumpur
(Bersebelahan Pusat Kraftangan)

2 ulasan :

paikankb said...

salam,

mawatan ambu pagari lalakau ka aya...

termia kasih sebb joint blog saya..

sila berkunjung lagi...

DEPU-DEPU said...

salam..

tq kerana follow blog saya...

saya follow blog sdr..