Friday, July 17, 2009



DAYANGWULAN : MUSANG TAK KAN BERJANGGUT

Sejak semalam saya kerap 4-5 kali menjenguk blog cikgu dayang-dayangan ini kerana keberanianya menampilkan seorang personaliti wanita sebagai pemimpin. Gambar yang ditampilkan cukup menyelerakan bagi sesiapa yang kelaparan terutama para blogger lelaki di kota belud. Melihat gambar wanita itu tidak langsung megetuk ‘pintu dan jendela’ (Istilah Sdr Musli ) fikiranku untuk menjenguk berulangkali kerana bagi saya sama ada dial ah pemimpin yang ditunggu-tunggu atau sebaliknya tidak menjadi persoalan besar kepada saya..disebabkan mungkin atas dorongan saya mengimpikan pemimpin wanita maka barulah cikgu dayang tergerak hatinya menampilkan ‘gambar’ pilihannya. Atau mungkin juga sudah lama cikgu dayang menunggu-nunggu saat yang paling sesuai untuk menarik perhatian kaum jejaka blogger dalam soal pemimpin wanita.

Tulisan saya ini tidak mempersoalkan niat suci kak dayang Wulan ini..kerana saya lebih tertarik dengan komen atau ulasan para blogger yang rata-ratanya seakan mempersendakan calon yang diutarakan itu. Membaca komen sdr Musli mengingatkan saya kepada filem Tan Sri P.Ramlee: MUSANG BERJANGGUT. Sdr Musli kalau saya padankan dengan watak cerita itu amat sesuai dengan “DATUK NIKAH KAHWIN’ yang cuba menawan Puspawangi sehingga tertangkap dan menjadi Musang berjanggut. Bezanya Sdr Musli jadi MUsang Tak kan berjanggut. Memberi komen mentafsir keayuan gambar seorang wanita dan kemudianya meragui keberanian gadis tersebut. Saya terfikir mungkin Sdr Musli terlalu minat dengan filem P.Ramlee sehingga tidak sedar dia sudah jadi NUJUM PAK BELALANG, Nujum yang penuh dengan temberang. Dari komennya itu Nampak sangat dia prejudis terhadap yang bergelar wanita…

Begitu juga dengan lain-lain blogger..terutamanya SAMBAL BELACAN kononnya MENUTUP MATA TETAPI terbuka luas bila melihat wanita..terlalu berliur memberikan komen..semacam berpurnama tidak pernah melihat gambar seorang wanita.Menggambarkan blogger ini pengecut dan kalah sebelum berjuang.Kasihan benar saya melihat gelagat para blogger ini.

Ada dua perkara yang bagi saya telah memancarkan kegatalan mereka. Yang pertama mungkin mereka memperolok-olokkan dan mempersendakan cadangan pemimpin wanita…yang kedua, mereka sememangnya pantang melihat pemimpin wanita kerana rasa ego dan bodoh sombong mereka. Barulah saya tahu dimana harus diletak taraf blogger di Kb. Pastinya ulasan mereka menggambarkan bahawa mereka sudah menjadi ‘hamba’ wanita.

5 ulasan :

Datu pitung said...

salam sdri kelapa mawar

wow..ulasan yg pedas lagi menusuk hati kepada sesiapa yang berkenaan..

Unknown said...

salam kelapa mawar,

terima kasih atas tulisan itu. Adalah kalanya kita kurang memerhati bait-bait ayat yang disampaikan penulis, makanya, kita memberi tanggapan dan persepsi yang negatif terhadap pandangan seseorang.

Jika diletak sebuah lukisan seperti foto yang dayang wulan paparkan, maka setiap orang yang melihatnya dari sudut yang berbeza. ini naluri semula jadi manusia.

jika lukisan itu menggambarkan pemandangan tepi pantai, maka, orang yang sepanjang hidupnya menjadi anak nelayan akan melihat dari sudut keindahan laut yang telah sinonim dengan kehidupannya.

jika yang melihat lukisan itu berlatar belakang bandar barangkali sudut penglihatannya berbeza melihat gambar pondok yang daif.

dalam isu foto, saya rasa saya memberi komen dari sudut firasat saya melihat wajah gadis itu. tiada komen seksis, komen yang memperlekeh, atau komen yg menidakkan kebolehan seorang wanita.

Malah saya kata jika kombinasi dayang, kelapa mawar dan gadis dalam foto ini dirangkumkan, barangkali menjadi pemimpin idaman. walau tidak melihat foto sebenar kelapa mawar atau dayang wulan, firasat saya berdasarkan tulisan kedua-dua srikandi ini sudah menjurus keyakinan mereka berdua ini berhati waja dan berani.

bagimanapun terpulanglah pada persepsi kelapa mawar, yang baik itu semuanya dari Allah, yang tidak baik itu hanya dari hati manusia yang membuat tafsiran...

wassalam

Pahlawan iranun said...

slm sdri

saya tertarik dgn ulasan sdri kelapa mawar yang memberi gambaran sdr musli sebagai musang tk kan berjanggut..agak lucu nmpk nya..mgkn sdri menulis mengikut perasaan sdri,sy tahu mereka(bloger lelaki)sekan akan mempersendakan kehadiran sdri dlm dunia bloger ini..cerita sdri membuat saya teringat cerita P Ramlee..

DEPU-DEPU said...

salam kelapa mawar..

menjadi-jadi tulisan sdri ini..
saya melihat dari sudut yg berbeza..
sdr Musli barangkali hanya ingin menyemarakkan cadangan dyg wulan itu bukan sebaliknya.

Ajin b. Gagah said...

Salam Cik Kelapa Mawar,
kerana nama saya tidak di perbesar-besarkan kali ini, komen saya agak simple saja.

Bagi saya gambar gadis tersebut, melambangkan beribu makna (bahasa). Atau lebih tepat lagi;' Her picture, tells a thousand words'. Itu sahaja.

Thanks, kerana melayari dan seterus nya sudi memberi komen di blog saya.