Wednesday, July 15, 2009


Sesuatu yang cukup menghairankan kepada blogger di Kota Belud ini...bila dikatakan mereka-mereka belum dewasa...ramai yang terasa dan macam menidakkan kebenarannya...Bukan itu sahaja bila saya mempersoalkan tentang keikhlasan mereka-mereka ini dalam memberikan komen yang membina sehingga ada yang saya istilahkan sebagai 'pergaduhan maya', pun mereka melenting....Apa saja dalam fikiran para blogger ini...???

Kalau diukur dengan tempoh bergiat dalam dunia blog ini...maaf saya katakan, kerana pendedahan sudah lam saya perolehi ketika bertugas di semenanjung lagi...malahan penulisan saya bahawa Blogger KOTA BELUD ;BELUM DEWASA , adalah pandangan ikhlas yang saya berikan berdasarkan merit pengalaman peribadi saya sendiri..Sebagai wanita blogger saya tersentuh dengan komen seorang blogger yang menyatakan tulisan saya berunsur subversif.?..

Adakah blogger ini tahu apa itu subversif ?...Kalau dilihat dari laman blog, Batu Gadung ,blogger ini ternyata mengutarakan persoalan besar dalam kehidupan manusia, dari soalan cerita karutnya yang tidak mendapat perhatian langsung dari rakan blogger lain sehinggalah kepada sikap sentimennya yang mengutarakan pelapis pemimpin yang diajukan kepada seorang pemimpin yang bergelar 'lelaki'..Penulis blog ini adalah seorang yg ekstrem dan perkauman........

Ada juga blogger yang mempersoalkan kemunculan saya yang terlalu awal dalam dunia blog di Kota Belud...Tetapi harus diingat bahawa hampir kesemua blogger ini saya kenal secara jelas.Misalnya saya sendiri pernah minum di sebuah restoran di kota kinabalu dengan SDR. MUSRAM..cumanya saya duduk agak jauh dari beliau...melihat telatah dan perwatakan beliau..yang happy go lucky menimbulkan minat saya untuk melayari laman blog beliau dan cuba membaca pemikiran beliau melalui penuliasan...begitu juga blogger yang lain...sesekali pulang ke KB, saya sempat melihat wajah-wajah blogger ini..Apalah sangat mempersoalkan identiti blogger baru dan dari golongan wanita ini?..Mungkin kerana kelapa mawar itu sedap kalau diminum...itu saja!

Setelah membaca ulasan SDR MUSLI , saya merasakan blogger ini terlalu mengangkat diri dan pendiriannya, sehingga melabelkan saya sebagai orang yang tertutup pintu dan jendela kehidupan...terkedu saya dibuatnya...Bolehkah blogger ini menerima hakikat bahawa penulisan saya telah juga membuka pintu dan jendela mindanya..meneroka hal-hal dan perkara yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran 'kelas pertama' nya sebelum ini..? siapa yang tertutup minda dan hatinya ?..

Apabila membaca komen sdr Solymone...saya mula mencari-cari siapa yang dinamakan 'solymone' ini, rasanya macam ikan solomon...membuka blog beliau, rupanya dari Tuaran, tempat tinggal saya juga suatu ketika dulu, sebelum berhijrah...dari maklumat yang saya perolehi beliau seorang yang berpendidikan..patutlah! komen dan ulasan beliau agak tertib dan beralas...namun begitu biarlah saya menerangkan dahulu bahawa saya bukan anti gender atau jantina...tetapi sdr solymone, barangkali amat perasaan dengan hal-hal kelelakian kerana sdr seorang lelaki...jadi salahkah saya sensetif dengan hal keperempuan kerana saya juga seorang perempuan? Apakah itu kejantinaan namanya?...Soal kepimpinan wanita bukan lagi baru bagi kita di negara ini...tak tahulah kalau baru bagi sdr solymone dan blogger di kota belud yang bersifat menidakkan kewibawaan kaum hawa ini...Banyak tokoh wanita cemerlang...misalnya Corozon Aquino, Megawati Sukarno,Magret Teacher, dan banyak lagi...kenapa perlu dipertikaikan ?..


Begitu juga sdr depu-depu, yang dilihat sebagi 'membatu apikan' saya dengan SDR MUSLI, malahan bersetuju dengannya..saya kenal benar dengan sdr depu-depu ini kerana dia pernah menjadi super duper senior saya sewaktu bersekolah di Sek. Men. Di Kota Belud, cumanya saya sekejap saja, kerana mengikut keluarga berpindah..memang dari dulu sdr depu-depu ini suka melontarkan idea-idea panas, tetapi kemudiannya dibiarkan begitu sahaja...dan itu saya fahami sedari awal lagi...Biarpun sudah lama tidak bersua dengan sdr depu-depu tetapi dengan mengikuti blog beliau, saya turut kagum dengan kesungguhannya memperjuangkan isu-isu kemasyarakatan..tetapi agak menghairankan kerana beliau sendiri tidak ada respon positif apabila membicarakan kepimpinan wanita di Kota Belud..KENAPA????


Si Rengit...pula nampaknya turut mencurigai kewibawaan saya, yang kononnya baru berjinak-jinak dengan penulisan blog..Bersembunyi di balik kelapa mawar bukan persoalannya ,kerana kelapa mawar adalah lambang kepada kedamaian yang saya kecapi selama ini..sejak dulu lagi kami sekeluarga suka menanam kelapa mawar...bagaimana dengan si Rengit...? kalau diikut ia hanyalah seekor nyamuk yang membawa pelbagi jenis penyakit? langsung tidak memberikan kebaikan kepada manusia?..malahan ada yang hanya menepuk sekali sahaja, renggit akan mati!.Fikirkanlah!..kenapa kehadiran saya dalam dunia blog di Kota Belud tidak disambut dengan ulasan yang memberangsangkan....bukankah perkara-perkara yang saya bangkitkan itu diluar kotak pemikiran blogger lelaki ini ?"


Akhirnya..bagi yang terasa. mohon maaflah....Tapi namun wanita tetap wanita akan kuperjuangkan biarpun terpaksa berhadapan dengan jutaan mata-mata lelaki yang buas, dan tidak berperikewanitaan....

11 ulasan :

DEPU-DEPU said...

Salam sdri kelapa mawar..

Biasnya hati seorang wanita itu lembut, selembut bunga mawar..tapi..sdri ni lain semacam..melontarkan kritikan kp saya secara tidak adil...mungkin itu pandangan sdri..tapi ternyata meleset..mohon maaf..harap sdri lebih bersikap terbuka...saya juga mengambil berat tentang wanita di kota belud...penulisan saya akan menyusul...tunggulah..

wasalam

Pahlawan iranun said...

slm sdri kelapa mawar

perjuangan sdri dlm dunia kepimpinan sgt saya kagumi..terimah kasih atas teguran sdri kepada blogers kota belud yang sememangnya ego tk bertmpt..yg melihat kehadiran bloger baru sperti kertas yg melayang apatah lg dr golongan hawa..terutama sdr sambal belacan..semoga mereka2 ini dpt mbuka minda dlm dunia blogers...

SI RENGIT said...

salam,

Nampaknya semua rakan dan taulan saya pun sama pemikiran ya...! Saya kenal saudari kelapa mawar..Lucu dan tersenyum saya membaca komen saudari...Pandai mencari helah melupakan siapa saudari... Melihat dari jauh aje lah saudari kita ini...semuanya disebabkan komen saudara yang lain...

kasian bah saudari kita ini...saudari ini kurang palambangan bah... Setakat hidup di kl jdi perunding bukanya tiket kita jadi bloggers hebat adik oiii..setakat perunding jualan langsung semua kami boleh....hehehe..jangan marah bah pagari...apapun terima kasih atas komen pagari itu...

renggit suka manusuk apalagi kalau orangnya masam kelapa mawar...manusuk saja aku ini..tepukan pun kalau dah ter tusuk kasadapan dulu...tak percaya selepas renggit mengigit dan di bunuh pasti rasa gatalkn..garu punya garu suddap kan... idup palampuan...manyokong bah kami ini..

saja curi masa, turn memberikan ceramah pukul 2.30 nanti. Seronok pula tengok adik-adik kita memberikan kerjasama antara satu sama lain..Kesabaran jelas terpancar diwajah mereka...kan best kalau saudari kelapa mawar ada...mesti belajar banyak benda...Tq

SUARA RAKYAT said...

Salam.. mungkin sdr kelapa mawar (mudah-mudahan seorang wanita). Saya suka kalau memerhatikan jika seorang wanita menjadi pejuang,pembela masyarakatnya, dari situ adalah pasti wanita itu mungkin jadi pemimpin. Jadi pemimpin bukan berpaksi kepada gender, tetapi keuapayaannya,kecenderungannya, kebolehannya dan jangan lupa ILMU MENGAWAL DIRI.Saya open.. kalau di persempitkan..untuk Kota Belud misalnya, kemunculan pimpinan wanita.. sangat di tunggu.. kalau kualitinya ada... sokongan akan mencurah-curah.. kun fa kun kan PEMIMPIN WANITA ITU.

BATU GADUNG said...

Salam,

Sdri Kelapa Mawar...saya ingin bertanya Sejak bila saya mengatakan sdri subversif??? Bila pula saya menjadi perkauman dan ekstrem...sila baca artikel saya kembali dan kemudian beritahu saya; artikel mana yang saya tulis berbentuk perkauman dan ekstrem...

niat saya cuma satu, mahu melihat perkembangan sihat dalam dunia blog...saya sedia menerima pandangan daripada org lain dan bukan prinsip saya merendah2kan credibility dan buah fikiran org lain.

selamat.....

Hati Seorang Wanita said...

A'kum...

Sdra2 kaum Adam, kami kaum hawa hanya setakat memberi pandangan saja. Otai blogger sdra Musram seharusnya membimbing kami bukannya menidakkan keupayaan kami.

SUARA RAKYAT said...

Salam.. sdr hati Seorang Wanita.. tekedu saya..ayat mana pula.. menidakan keuapayaan wanita?? saya.. sangat open mengenai perkara ini.

Hati Seorang Wanita said...

A'kum...

maaf sdra Musram, tersilap bukan sdra yang saya maksudkan tetapi sdra Depu-depu

SI RENGIT said...

SALAM...

Inilah masalahnya...pelupa..."Period" kot...

karisauan aku tau..masamana mau jadi pamimpin..santiasa kalupaan...adoi naaaaa! matai kita...

Sabar saja saudara musram...mungkin batul-batul atai sakatau ah babai nya ka lipat ba.....bravo....bravo....

Ajin b. Gagah said...

Salam sdri Kelapa Mawar.

Mungkin telah tiba masa nya untuk saya menyuarakan pandangan, satelah mengambil kira, nama saya pun terbabit di perbesar-besarkan.

Pada hakikat nya, isu yang sdri ketengahkan ini kalau di bandingkan dengan hal-hal lain di Nusantara ini; ada lah kecil.

Namun selaku empunya blog, ada lah hak sdri untuk menulis apa sahaja yang sdri terfikir kan boleh menyenangkan hati sdri.
Suka atau pun tidak, Itu, ada lah termaktub dalam bidang kuasa sdri yang mutlak.

Sabelum itu, izin kan saya untuk membetulkan definasi ikan yang di maksudkan. Ia itu ikan salmon bukan ikan 'solomon.'
Ikan salmon selalu nya terdapat di negara yang mempunyai iklim yang sejuk, saperti di kanada dan Ukrain.
Namun, ikan 'solomon' tidak terdapat dimana-mana di dunia ini?

Saperti yang sdri hendak kan, 'responses' dari bloggers KB yang sdri labelkan sebagai 'kaki melenting' telah pun di surat kan di sini.
Untuk itu, terpulang kepada sdri menilaikan nya sendiri.

Persoalan saya ; apa kah Missi dan Visi sdri disebalik topik-topik yang boleh di kata kan sensitif lagi panas ini?

Dalam kontek 'positive thinking' rasa nya tidak salah kalau sdri kongsi hasrat sdri yang tersirat. Mana lah tahu ada di antara kami boleh bantu?

Kerana untuk tujuan sesuatu yang murni, tidak semesti nya hanya tercapai melalui amalan yang berteras kan provokasi dan ' confrontation' untuk selama-lama nya.

Selalu nya, ada juga jalan tengah yang memboleh kan kita berkesudahan dengan situasi ' menang-menang.

Fikir-fikir kan lah

Saperti biasa semuga success.

windi said...

macam saja-saja ditulis artikel ni untuk mempopularkan blog sendiri. mcm tiada point jak. macam idea bapuk jak. kalau perempuan ayatnya sopan. menyamar kot.