Saturday, July 18, 2009



Membaca ulasan para blogger di Blog Si Rengit berkaitan Isu PISBA begitu 'menghiburkan'..yang menjadi hiburan dihujung minggu ini ialah persengketaan antara Si Romeo, Musli Oli dengan Si Juliet, Sambal Belacan. Apa lagi masing-masing membuka riwayat hidup mereka, seolah-olah merekalah punya blog tanpa memperdulikan dan menghormati badan tuan rumah, si rengit. Musykil yang amat sangat, Apalah punya buang tabiat dua pasangan 'berkasih' ini sehingga nasihat blogger yang lain tidak diambil peduli..Pandangan Sdr Musram dan beberapa orang lagi tidak mendatangkan kesan ibarat kata orang 'mencurah air di daun keladi'. Ndak apa lah yang itu, tapi yang paling melucukan ialah mereka masing-masing cerita pencapaian mereka dlm bidang politik..apalah!..ramai lagi yang berkemampuan, tapi diam-diam juga..apa pasal brother2 ni..kena rasuk barangkali..

Nah nasib baik yang kasih reda itu ( bukan redah - istilah Kak dyg Wulan ) sdr abang Solomon kita..Sebagai wanita aku sangat solute dan tabik sama abang kita ni...slow2 tampinai ! kata orang..tapi dlm slow2 nya tu..binggtI juga telinga kita mendengarnya...Nah untuk tidak membohongi pelawat terhormat blog nie...aku copy n paste komen mereka bertiga ni TERMASUK GAMBAR BLOG..kalian lah yang jadi hakimnya..

musli oli said...

Dalam sejarah kesultanan Tausug, ada dua suku kaum yang dihormati orang Tausug kerana kebijaksanaan, keberanian dan kebolehan mereka di laut. Suku-suku itu ialah Irranun dan Balingingi.

Saya selalu berhujah, sejarah dan nostalgia silam tidak akan mengangkat martabat sesuatu kaum itu. Kaum Irranun harus bertanya dengan jujur pada diri mereka, dimanakah status mereka dalam strata sosial, ekonomi dan politik negeri Sabah? Yang pertama? Kedua? atau ketiga?

Barangkali dari segi politik, Irranun boleh berbangga dengan TS Pandikar walaupun sebenarnya jawatan Speaker adalah jawatan "politik pencen". barangkali selepas itu di lantik sebagai TYT. soalnya siapa selepas Pandikar Amin?

Berapa ramai jutawan Irranun? siapa berjawatan kanan dalam Perkhidmatan Awam? dimana keberanian dan kebijaksanaan bangsa Irranun yang satu ketika dulu begitu digeruni dan dihormati?

July 14, 2009 11:32 PM http://www.blogger.com/img/icon_delete13.gif

SAMBAL BELACAN said...

Salam,

Musli Oli, bercakap biar berlapik... Jawatan Speaker Dewan Rakyat bukan semua orang boleh menjawatnya, apa tak lagi orang seperti saudara...jauh panggang dari api...

Tan Sri Pandikar akan tetap berada dalam arena politik... beranikah sdra Musli bertaruh yang Tan Sri tidak akan bertanding pilihanraya akan datang (2012)...

July 15, 2009 12:08 AM http://www.blogger.com/img/icon_delete13.gif

musli oli said...

saudara sambal belacan ini sebenarnya emosi sangat. Jawatan "Speaker" pada kebiasaannya adalah jawatan penghujung karier bukan saya menghina jawatan itu. Jika TS Pandikar bartending sebagai calon parti pembangkang itu tidak mustahil. Tapi dalam BN belum pernah berlaku bekas Speaker Dewan Rakyat kembali sebagai MP.

Belum tentu saya tidak akan dipilih sebagai Speaker di masa akan datang kalau itu memang rezeki saya..sekarang memanggang tidak perlu dekat api. jauh dari api pun boleh. Seperti guna Microwave, oven dll..namapun sudah sambal belacan, tak perlulah komen banyak2

July 15, 2009 8:12 AM http://www.blogger.com/img/icon_delete13.gif

SAMBAL BELACAN said...

Sdra Musli Oli....

kata dulang paku serpih...Tan Sri Pandikar adalah lain dari yang lain... beliaulah pelopor yang bakal memecahkan tradisi ini...

Musli cerminkan diri dulu sebelum berangan-angan nak jadi speaker... kalau nak jadi speaker di Baghdad rasanya Sdra memang layak tapi kalau di M'sia ini mustahil ibn ajaib...

sdara nampaknya cuba mengangkat bakul sendiri...kalau setakat pengalaman yang tidak seberapa layak kah??...kalau kail panjang sejengkal usahkan lautan hendak di duga...

saya sendiri bergelumang dengan dunia politik selama 30 tahun dan sendiri pernah berjuang di bawah Tun Mustapha....selepas itu menjadi pemimpin kanan parti USAP...masih merasakan diri belum layak menjadi speaker inikan pula sdra Musli yang baru berusia setahun jagung dalam politik...

July 15, 2009 8:00 PM http://www.blogger.com/img/icon_delete13.gif

musli oli said...

tak apa..serangan peribadi perkara biasa..namapun sudah sambal belacan! mungkin kelulusan beli dari filipin jadi tidak layaklah jadi apa-apa..kalau sudah berjuang zaman Tun Mustapha, masih tidak jadi apa-apa maknanya faham-fahamlah. Berjuang berselindung disebalik telunjuk dengan guna nama SAMBAL BELACAN..His tiadakah nama lain yang tidak bau busuk? Yang saya tahu berjuang USAP hanya saudara saya Pinjaman Hasim, tapi dia hormat pandangan orang.

TS Pandikar amin juga sahabat saya tapi bukan pengampu seperti SAMBAL BELACAN! Tanya Tan Sri siapa pernah berbincang politik dengannya empat mata dari jam 9am di pejabatnya Putrajaya sampai jam 7 petang dan berpisah di JW Marriot?

Saya tidak mengampu. Memang TS lain dari yang lain kerana itu selepas dia sukar mencari pemimpin irranun lain dapat mengikuti jejak beliau. Kalau setakat perangai SAMBAL BELACAN maaf cakaplah..kena beli MBA atau Phd dari USA atau UK tidak akan sampai seperti TS Pandikar.

saya tidak pernah angkat bakul seperti SAMBAL BELACAN tapi saya pernah menjadi PRESIDEN MAHASISWA SABAH GABUNGAN SEMUA UNIVERSITI SELURUH SEMENANJUNG SEWAKTU MENJADI PRESIDEN MAHASISWA SABAH UNIVERSITI MALAYA. Selepas saya presiden ialah saudara saya Allahyarham Datu Bandira dari USM.

Saya bukan gila jawatan dan gila mau jadi YB. Saya adalah AKTIVIS SOSIAL DAN POLITIK. dan saya bukan pengampu dan pencacai macam SAMBAL BELACAN yang sembunyi identiti untuk senang mengutuk orang...!

July 16, 2009 4:41 AM http://www.blogger.com/img/icon_delete13.gif

musli oli said...

saya tidak gila jawatan politik tetapi saya pernah menjadi Ketua Pemuda USNO Petagas tahun 1983. Kira-kira 26 tahun. Bukan politik saya setahun jagung. Kalau ambil kira masa aktif politik Universiti (1979-1981)juga 30 tahun. Kalau Sambal Belacan 30 tahun. bezanya sikit sahaja.

Politik SAMBAL BELACAN politik panas dan emosi layak untuk cerita kedai kopi di kg rampayan dan kedai kopi Perdana saja. Paling jauh pun ke HYatt kalau pak cik Johan belanja..jadi jangan menghina saya.

Datang ke Dewan Parlimen dan cubalah tanya nama Musli Oli dikalangan MP. Sambal Belacan akan tahu siapa saya sebenarnya.

Salam dan belajar lagi politik. Jangan jadi ORANG KECEWA dan menangisi nasib sendiri kerana gagal mendapat kekayaan dan kedudukan dalam politik setelah 30 tahun berjuang. Saya kesian dengan orang seperti kamu..malang sungguh! kalau boleh tukar nama kepada PEJUANG YANG KECEWA lebih tepat.

July 16, 2009 4:52 AM http://www.blogger.com/img/icon_delete13.gif

musli oli said...

satu lagi kalau boleh saya tanya masa SPM dulu SAMBAL BELACAN dapat 9 kah subjek BM? sebab saya tidak kata saya layak jadi SPEAKER. Saya kata jika itulah rezeki saya. Cuba baca pelan-pelan dan minta anak baca kalau mata sudah rabun. Tetapi kalau sudah gagal BM SPM susahlah sikit mau ajar.

Sedangkan Datuk Armahani lulus SPM pun dan bekas cikgu layak juga jadi Timbalan Speaker Dewan Negara sebab itu adalah rezeki dia..rezeki jangan main-main. jangan kata mustahil wahai SAMBAL BELACAN yang belum ada rezeki dalam politik!

Saya adalah pelajar terbaik STPM seluruh negeri Sabah pada tahun 1978. Tanya saudara Kibin Hj Samad. Saya lulus B.Econs Hons Universiti Malaya, bukan beli. Saya lulus DIIA dari Western Australia Institue Of Technology dan pernah jadi Remiser di KLSE. saya buat M.SC Econ Herriot University, Scotland UK. saudara SAMBAL BELACAN setakat beli sijil saja....

July 16, 2009 5:12 AM http://www.blogger.com/img/icon_delete13.gif

SOLYMONE said...

Salam sahabat ku, SI SERINGIT,
Mula-mula niat saya, hanya setakat khabar kan kepada sahabat ku, bahawa saya ada keluarkan komen di blog Kelapa Mawar.

Namun, Apa yang saya dapati di blog mu ini, panas lah pula...dahysat.

Terlanjur berkunjung, izinkan lah juga saya mengeluarkan pandangan. Tetapi, bukan bertujuan untak bertegak pendapat, jauh sekali dari niat untuk menguris hati siapa-siapa.

Apa yang menarik saya ia lah isu sahabat saya TS Pandikar telah menjadi hangat pula di sini.

Dalam menangani isu TSP ( Pejuang yang saya sangat-sangat kenali itu), saya akan mengambil peranan di tengah.
Ia itu, saya maseh percaya kalau di izinkan atau pun di bagikan kudrat Allah S.W.T, saya pasti kita akan mendengar nama beliau di laung-laungkan di masa akan datang.
Terutama sekali dalam PRU13 nanti.

kalau di kirakan, beliau ini maseh mantap dan maseh boleh bertahan dalam politik tidak kurang selama sepuluh tahun lagi.

Sama ada beliau turun padang untuk bertanding kah, atau selaku 'man behind the curtain' kah, itu tidak penting.
Yang saya boleh pertaruhkan ia lah; charisma beliau yang begitu unik, simple lagi ada aura yang 'fantastic'.

So, dalam keadaan yang sedia ada, amat susah untuk menentukan ala tuju beliau di masa akan datang.
Sebaik-baik nya kita tunggu dan lihat apa yang beliau laku kan nanti.

suka atau pun tidak dengan beliau, sekali lagi saya kata kan itu tidak penting.
Bagi saya, satu yang kita tiada boleh mempertikaikan ia lah beliau salah seorang pejuang dari suku kaum Iranun yang boleh dikira kan telah mendehului zaman nya.

Ketika kita sebuk-sebuk mengurus kerja harian dan mula berjinak-jinak dengan politik, beliau dalam usia yang begitu muda, sudah di pilih menjadi YB.
Disamping itu, YB pembangkang lagi tu? saya solute lah kepada pengalaman beliau ini.

Sekurang-kurang nya ada juga yang kita perlu pelajari dari beliau.

Dari apa yang saya lihat, pertegakan antara sdra Musli dan sahabat saya sdra Sambal Belacan itu, ada lah semata-mata kerana perbezaan pendapat.

Sebagai orang tengah, saya memahami, apa yang tersirat di sanubari mereka masing-masing.
Kerana kedua-dua mereka ada lah orang kuat dan sahabat TSP.

Salam dan mohon maaf kalau ketelanjuran.
Semoga kalian success. Terutama sekali sahabat saya, SI RENGIT.

July 16, 2009 7:10 AM http://www.blogger.com/img/icon_delete13.gif

musli oli said...

maaf si rengit..terlebih sudah. panas darah Irranun campur Tausug saya keluar terlampau di rendah-rendahkan martabat..sdra solymone dan sahabatku kibin, pandai juga kc sejuk.tq.tq..mau juga aku ajak sambal belacan ini debat dalam bahasa Inggeris di Dewan Masyarakt KB kalau dia sedia terima cabaran saya..tenguk dulu hebat pengalaman dia.

July 16, 2009 9:31 AM http://www.blogger.com/img/icon_delete13.gif

SAMBAL BELACAN said...

Salam,

Sdra Musli Oli, hebat betul latarbelakang akademik sdra tapi saya nak tanya Bachelor & Master sdra ini full time or PJJ...saja nak tanya...setahu saya spm, srp & pmr diperkenalkan selepas kita. zaman kita lce & mce... maybe sdra baru ambil paper july BM...

sdra menceritakan perjuangan sdra dalam politik dan dari cerita sdra, saya dapat menangkap bahawa sdra berpolitik demi wang ringgit (RM)...mungkin inilah beza kita, kerana saya berpolitik demi bangsa, agama dan negara.

Saya masih ingat lagi bagaimana insan bernama Musli Oli sewaktu ketika dahulu ingin bertanding menentang seorang pemimpin kanan di Kota Belud tetapi akhirnya meanarik diri kerana RM dan RM...apakah sdra Musli sudah lupa akan perkara ini. Inikah jenis insan yang boleh dijadikan pemimpin? pendiriannya boleh berubah demi Ringgit Malaysia. Murah sungguh harga perjuangan sdra, semurah harga sekilo lobak di supermarket.

sdra jgn cuba2 merendah2kan penduduk kg ramapayan, kalau setakat minum di JW Marriot...saya tanya sdra, pernahkah sdra minum di Sahara Hotel di Dubai? kalau setakat harta yang tidak seberapa sudah bangga, harta saya di cayman island, tujuh keturunan pun tidak akan habis. saya kasihankan sdra drp jadi pengampu dan penjual perjuangan, adalah lebih baik saya ambil sdra jd bodyguard dgn gaji RM7k sebulan.

kalau setakat berdebat dlm bahasa Inggeris, agaknya Musli terlalu memandang rendah pada orang lain. Untuk pengetahuan sdra Musli guru saya dulu semasa di bangku sekolah adalah orang Inggeris@ orang putih...saya nak bagi tau sdra bahawa saya boleh berbahasa dalam 4 bahasa a/bangsa tdk termasuk bahasa Melayu Tetapi termasuk bahasa Germany & Arabic dan saya pernah datang melawat di Generva beberapa kali...kalau sdra anak jantan kita berbahasa dlm bahasa Jerman, kerana bahasa Inggeris bagi saya terlalu biasa bagi org2 seperti kita semua...itupun kalau sdra berani...tetapi jangan emosional kerana itu bukannya sifat seorang pemimpin.

kesimpulannya politik saya bukan boleh dijual beli seperti sdra yang gemar menjual beli

terlupa nak tanya..jawatan sdra dlm perkasa dibeli ataupun tidak...bukannya apa saja nak bertanya...jgn marah brother

July 16, 2009 7:51 PM http://www.blogger.com/img/icon_delete13.gif

SOLYMONE said...

oh laa laa, sdra Sambal Belacan?
Seriously, ini yang saya suka dengar ini; Sahara Hotel di Dubai dan hal-hal di Cayman island ni.

Dalam hal ini, saya sanggup lupakan dulu sdra Musli ni, buat semantara waktu.
Saya boleh berurus dengan beliau, bila-bila masa di KK atau KL.

Apa yang lebih menarik, satelah melihat kebolehan sdra Sambal Belacan ini, saya tidak segan dan silu, ingin menawarkan diri sebagai sahabat setia beliau.

Bukan lah kerana tinggi sekolah atau pun harta benda yang ada. Tetapi yang membuat saya tertarik ia lah networking sdra Sambal Belacan ini.

Dalam diam-diam, saya pun berminat juga ke Dubai apa lagi kalau di bagi peluang untuk relaks atau bersantai di Cayman Island.

Rasa nya, selain dari berkenalan di Blog, ada juga baik nya, kalau sdra Sambal belacan dapat meluangkan masa untuk kita berkenalan dan berbincang hal-hal yang berpautan atau pun happy-happy bersama-sama.
mana lah tahu ada juga hikmah nya?

Secara telus nya, memang hobi saya ada lah melancong, di mana sahaja di nusantara ini; selagi nyawa di kandung badan.
Orang puteh kata' Have money will travel'.

Secara jujur, saya bangga kerana ada juga di antara kita, yang berkalibar saperti sdra Sambal Belacan.

Tenangkan fikiran, kita selaku sama-sama orang lama, pasti nya akan bertemu jua untuk meneruskan program-progam saperti lawatan ke negara lain dsn.

Sebenar nya, saya pun pernah juga menjelajah di beberapa buah benua di Dunia ini. Sungguh mencabar dan ada juga menafaat nya untuk menambah ilmu pengetahuan serta pegelaman kita.

Niat saya ada lah telus.

Salam dan syabas.
Nota: salam sdra SI RENGIT, di mana kini?

July 16, 2009 9:45 PM http://www.blogger.com/img/icon_delete13.gif

musli oli said...

Salam Sirengit..sebenarnya kalau ingat pesan bapa saya, tidak perlu layan anjing menyalak nanti kita pun dianggap anjing. Tapi kali terakhir izinkan saya jawap tuduhan SAMBAL BELACAN.

SAMBAL BELACAN ini mengaku blogger tapi tiada blog. Ibarat penjual MLM atau skim cepat kaya, menjaja produk sana sini tetapi tiada kedai. dia masuk blog orang beri komen, menuduh, menghina dan sebagainya tetapi dia sendiri tidak pernah menulis dalam blognya.

Saya jadi presiden Mahasiswa Universiti Malaya takkan pelajar PJJ. nampak sangat SAMBAL BELACAN tdk pernah jejak kaki di menara gading. pada tahun 1978, STPM pertama kali di Sabah. nama saya masih terpampang di SMK MENGGATAL sebagai pelajar terbaik SABAH, bukan Kota Belud.

tentang harta dan wang ringgit itu saya akui saya miskin. abang saya arwah Jamlidi Hj Oli calon PAS tahun 1986 hanya ada 9000 tapi dapat juga 3865 undi. kami tidak di lihat kerana wang ringgit dan harta tapi kerana perjuangan.

saya adalah aktivis dan penulis politik. saya aktif NGO dan hasil simposium tahun 2000 yang saya anjurkan dasar penggiliran KM Sabah dimansuhkan pada 2003. tentang PERKASA, sepatutnya Dato Yahaya Lampong yang mengetuai PERKASA Sabah tetapi kerana dia tidak aktif saya sebagai MKT pusat ambil alih sebagai Penaja. Ini bukan ada duit.

tahun 1999, saya, datuk Musbah dan Awadnir menawar diri tanding Ketua UMNO tetapi saya tidak ada pencalonan kerana tidak ada duit beli pencalonan. Yang layak bertanding hanya Musbah. dia yang menarik diri. isu saya dibayar untuk tarik diri kerana saya tidak timbul. kenapa Musbah tarik diri? tanyalah dia.

Saya akui keluarga saya miskin dan saya hanya menjadi penulis. Anak saya Gaddafi Musli yang membaca berita RTM Kuala Lumpur selalu nasihat agar saya mencari peluang menggunakan hubungan baik saya dengan menteri2, tapi saya bukan jenis begitu. mengambil kesempatan dalam politik.

Saya harap SAMBAL BELACAN bersihkan hati dan rentikan sentimen benci kaum lain yang bukan dari suku sendiri. saya tahu sdra nasionalis suku yang tulin. seorang jutawan. kaki pukul kerana boleh jadi bodyguard. saya bukan saingan saudara kerana saudara hebat tetapi jangan lah terlalu menghina orang lain kerana dia bukan dari suku saudara.

July 17, 2009 2:09 AM http://www.blogger.com/img/icon_delete13.gif

musli oli said...

saya sebenarnya tahu saudara SAMBAL BELACAN banyak melawat luar negara sebagai bodyGUARD. saya pernah kerja sebagai tukang masak saja di Edinburgh Scotland dari 1990-1994 sewaktu melanjut pelajaran.

pada tahun 1981 sewaktu tun mahathir memperkenalkan dasar pandang ke timur saya adalah wakil tunggal pelajar tahun akhir fakulti ekonomi Universiti Malaya daripada 39 siswazah Malaysia mengikuti kursus JAPANESE MANAGEMENT di Waseda University selama 3 bulan. Program adalah dalam bahasa Jepun.

namun saya tidak pernah kumpul harta. apa lagi wang ringgit. tetapi saya bangga kerana tidak pernah jadi "budak suruhan" atau bodyguard pemimpin. saya sanggup cari makan dengan menulis dan menjual buku di kaki lima PWTC daripada maruah hilang kerana ditengking "bos" untuk mendapat satu dua ribu.

July 17, 2009 2:19 AM http://www.blogger.com/img/icon_delete13.gif

SAMBAL BELACAN said...

Salam,

Sdra Musli, nampaknya sdra cuba memutarbelit komen saya terhadap sdra...tidak pernah terlintas difikiran saya untuk menidakkan keupayaan mahupun kemampuan sdra berpolitik, apa lagi membeza2kan sdra kerana bukan suku saya. Sesungguhnya saya sangat menyayangi sdra dan saya anggap sdra Musli sebagai adik saya sendiri.

Andainya perjuangan sdra Musli adalah telus,ikhlas dan teguh maka sayalah org pertama menyokong perjuangan sdra.

Menitis air mata...berlinangan mengenangkan tuduhan sdra terhadap saya...saya berpolitik puluhan tahun demi bangsa, agama dan negara.

Kepada sdra Solymone...saya sangat berbangga mendapat sahabat seperti sdra...saya mengenali sdra walaupun tidak rapat namun saya sangat menghargai perjuangan sdra selama ini...jika keizinan masa, saya akan cuba menghubungi sdra...kita orang lama ada baiknya juga bertukar2 pandangan dan menghabiskan usia yang tersisa dengan perkara2 yang mengembirakan...

July 17, 2009 7:39 PM http://www.blogger.com/img/icon_delete13.gif

musli oli said...

saya sebagai siari juga minta MAAF banyak-banyak kepada SAMBAL BELACAN. Kita "sparring" saja bah itu guru (ayat TS Pandikar)...kita jangan lagi ingat-ingat. ambil yang baik-baik sahaja...

July 17, 2009 8:19 PM


5 ulasan :

Unknown said...

salam kelapa mawar,

saya menjemput kelapa mawar dan Dayang Wulan serta foto bakal pemimpin wanita kita sebagai MKT PERKASA negeri Sabah. mesyuarat insyAllah akan diadakan dalam bulan Ogos sebelum Ramadhan. pelancaran September oleh Tun Mahahthir. harap sudi menyumbang kerana PERKASA adalah NGO yang dipimpin dato Ibrahim Ali. Jadi ahli rm5 dan yuran tahunan rm15.

Saya perlukan penglibatan kaum wanita.....

harap ada persetujuan.

terima kasih.

DEPU-DEPU said...

Salam kelapa mawar..

Saya sudah membaca komen dan ulasan blogger yg sdri katakan itu..dan sekurang-kurangnya kita dapat mengetahui latarbelakang para blogger ini dengan lebih mendalam..
Namun apa yg membanggakan saya ialah kesudahan perselisihan faham mereka ini akhirnya ditutup dengan rasa bermaafan antara satu sama lain..satu perbuatan yg tinggi nilai kemanusiaannya. Tahniah! kepada para blogger ini..Tepat dikatakan sebagai romeo dan juliet..

paikankb said...

salam...

itulah kehebatan para bloger kota belud...pahit pada mulanya tetapi penghujungnya ada kemanisan dalam kehidupan kita....itu pun masih dianggap belum dewasa dan matang...tq..

SI RENGIT said...

salam....

ayoyo..ini masam pula bloger kita kah...? Saya pun terkejut juga bila ada isu lain di bahskan pada penulisan saya..namun saya sebenarnya terkejut tapi dah biasa dengan masalaah ini.

tengko...taiko dengan taiko bila berjumpa pasti jadi teko...itulah bijaknya penulis bloger kota belud...gaduh-gaduh lastnyer bermaafaan juga...

Si renggit kembali beraksi...." Sumandak, air kelapa mawar satuuuuuu....!

Datu pitung said...

slm sdri kelapa mawar

bloger kota belud mmg hebat dlm soal bertukar tukar pndpt terutama bloger llaki..pertingkahan pndpt semmg nya bkn asing tuk di bhskan, malah di luar sna pun berlaku perkara yang sedemikian..