Monday, July 20, 2009


"Berikan aku sepuluh pemuda, akan kugoncangkan dunia ini.." kata-kata penuh semangat ini pernah diutarakan oleh seorang pemimpin berwibawa di rantau asia, siapa lagi kalau bukan Sukarno, seorang pemimpin yang menjadi pujaan jutaan rakyat Indonesia. Membawa satu mesej yang jelas bahawa golongan belia dalam sesuatu 'susun bata' masyarakat amat penting dalam kesinambungan tamadun hakiki sesuatu bangsa dan negara. Golongan belia menjadi 'lapisan tengah' yang menjadi penguat kepada rentetan cita-cita politik tokoh sebelumnya. Namun jika golongan ini yang merupakan 'silent killer' kepada apa juga citra dan cita seseorang tokoh politik diketepikan, malahan tidak cuba digandingbahunya, maka tunggu sajalah detik dan ketika, pemimpin itu akan rebah dan menjadi orang biasa.


Tulisan saya kali ini, tidak langsung menyerang peribadi sesiapa, jauh sekali untuk membangkit seribu rasa kepada seorang ketua, dan tidak mungkin membawa agenda..tetapi percayalah bahawa ia adalah lukis jiwa yang lahir dari luhur yang sempurna..melihat generasi belia bangsa Iranun menjadi pelakar kepada keutuhan bangsanya...Bukan juga suku dan assabiyah..kerana saya tidak punya apa pemimpin tempat mencurah manis-manis kata ini..Demi darah mengalir sebelah bapa...orang Iranun biarpun sebelah ibu lain budaya bangsanya..tapi saya membesar dengan jiwa Iranun yang merdeka!..



Setelah beberapa kajian dan pencarian mengenai PISBA, akhirnya bahannya begitu sedikit yang saya perolehi...kerana saya sendiri tidak 'membesar' bersamanya..Tokoh-tokoh pelopor dan pemikir yang disebut dalam blog si Rengit tidak pernah saya membaca kepimpinannya..dan generasi saya yang lahir lewat 70-an dan generasi kelahiran tahun 80 -an berbangsa Iranun...ramai yang tidak mendapat manfaat langsung dari pertubuhan Iranun ini yang disifatkan oleh sdr. Rengit sebagai pertubuhan yang hidup segan mati tak mahu...Pemimpin-pemimpin PISBA, membawa diri masing-masing dan pertubuhan ini bertempat entah ke mana..ramai pemimpin PISBA yang terdiri dari golongan intelektual Iranun berjaya dalam bidang masing-masing..tetapi rintihan generasi belia Iranun baru, ini yang kini berumur
dalam lingkungan 30-40-an agar pemimpin yang sudah berada diatas agar tidak melupakan rumput di bumi, tidak didengari.Bahkan ada pemimpin yang 'mabuk' kuasa, seolah-olah tidak akan turun dari takhta. Bolehkah pemimpin ini bertahan seribu tahun lagi?..Tanya saja sama itu burung hud-hud kalau nak tahu jawabnya.



Saya punya ramai kawan seusia dari segenap ceruk kampung orang Iranun..Dari Marampayan hingga ke Nanamun, dari Tamau hingga ke Pantai Emas, dari Kotabungan hingga ke Merabau, Dari Pandasan hingga ke Kota Peladok..Dari mana saja yang ada Iranun..disitulah keakraban saya..Golongan belia inilah yang memberikan Feedback kepada saya bahawa mereka mula sudah "muak, mual dan muntah' dengan gelagat pemimpin Iranun yang melupakan bangsanya. Kata seorang teman dari Merabau, janganlah tanya apa yang mereka sudah buat kepada kita...tetapi tanyalah apa yang mereka tinggalkan kepada kita...apabila mereka sudah tiada?.Tersentak saya mendengar..kerana pada apa lagi yang perlu saya terangkan...rakan di Marampayan pun menceritakan hal yang sama...Jangankan sebut PISBA, USBO pun dianggap hanya kereta kebal kepada pemimpin tertentu.."Dimanakah kami .:? di dalam USBO datuk..? begitu pertanyaan rakan manja saya di Kg. Tamau.. Aduh! terguris hati saya mendengarnya.
Kenapalah para pemimpin ini 'buta mata' pekak telinga'? Bukankah mereka berada diatas sana adalah kerana keringat bapa-bapa kita..? Bukankah mereka berada disana adalah kerana nilai dan kedudukan bangsa dijadikan janjigadainya?..Aduh...! sekali lagi mereka terus lupa pada itu semua...



Dan bila PISBA ditinggalkan merata, kerana PISBA sudah habis manis madunya, maka beralih tempat pula kepada USBO..berpayung kepada kepada yang tiada tempat berteduh..Siapa pemimpin USBO...Mereka juga yang pernah tinggalkan PISBA....Siapa yang mengenderani USBO? mereka juga yang pernah memberi racun dan tuba kepada PISBA...? Siapa mereka yang menjadi hakim kepada USBO..? mereka juga yang enggan memperdulikan hujah bangsanya?..USBO rupanya suatu badan yang diguna untuk menyelamatkan politik golongan tertentu..supaya apa? ..supaya mereka terus merasa kerusi empuk kuasa..yang menjadi kegilaan ramai manusia..Golongan muda usah menaruh harap lagi..kerana PISBA dan USBO adalah Fatamorgana..

33 ulasan :

Datu pitung said...

salam sdri kelapa mawar

kita tggu ulasan mereka tntng isu ini..terutama sdr depu depu dan si rengit yg menulis tntng PISBA sebelum ini..sdr mushram juga harus memberi ulasan isu ini kerna sy mendengar beliau org kuat PISBA sewaktu dahulu..bangsa iranun adalah bangsa berwibawa!!

SUARA RAKYAT said...

Salam... pemahaman saya pada USBO satu bulan lalu, sama dengan apa yang saudari luahkan. Namun apabila mendapat penjelasan.. sekarang saya faham mengenai peranan USBO. USBO dilahirkan bukan berasaskan kepada kaum tok.. tetapi merupakan payung kepada kaum-kaum di luar kaum KDM, Berunai, Bisaya, Kedayan.. USBO merupakan payung kepada PERSATUAN-PERASTUAN KAUM, MISALNYA PISBA, PERSATUAN SAMA, PERSATUAN TIDONG, SULUK DAN LAIN-LAIN. CONTOH.. LEMAH PISBA.. SEKURANG-KURANGNYA MELEMAHKAN USBO. KUAT PISBA.. AKAN MENGUATKAN USBO. USBO SEPERTI BARISAN NASIONAL.. DIANAGGOTAI OLEH 14 KOMPONEN PARTI.. DEMIKIAN JUGA USBO.. DIANGGOTAI OLEH BERBAGAI PERSATUAN. USBO MEWAKILI KAMU PESISIR PANTAI DARI TUARAN KE TAWAU, TERMASUK SEBAHAGIAN PAPAR.

PISBA BOLEH DIGERAKAN SEMULA..KALAU KITA BOLEH MENGAMBIL ALIH KEPIMPIAN.. DESAK DATUK SERI PANGLIMA SALISIH UKOH,PRESIDEN PISBA BERASAMA AMTNYA UNTUK AGM SECARA TERBUKA... KERANA..DI MASA BELIAU LAH PISBA MATiiiiiiiiiiiiiiii. Kerana setiap AGM.. orang yang ada sekolah.. pasti kalah.. kerana perwakilan.....jarang yang pernah ke sekolah. bertindak dari sini.

kelapa mawar said...

Salam sdr Musram..

USBO digunakan oleh golongan tertentu utk mewujudkan kelompok dlm politik di Sabah..Dlm PRU -12 USBO digunakan utk menakut-nakutkn Musa Aman, kononnya pemimpin yg tidak terpilih utk bertanding akan menggunakan USBO sbg olandasan dlm perjuangan. Hampir2 USBO menjadi sebuah parti Politik...

Lihat siapa yg memimpin USBO...Mereka2 yg sudah tidak mendapat tempat dlm politik Sabah.Mereka yg nampak luaranya tidak sudah sehaluan dgn Musa Aman. Shafie Afdal dilihat calon terbaik menjadi KM Sabah, sebab itulah dia dijadikn sbg penasihat shja. Pandikar pun, hampir2 mengamuk kerana tdk diberikan peluang calon dlm pilihanraya..Nasib baiklah ia dicadang jadi Tuan Speaker. Datuk Salleh Meraba-raba dlm politiknya, begitu juga Amir Kahar...Hilang taringnya..
Ke mana lagi golongan ini hendak berpaut, maka datanglah ilham menubuhkan USBO miripnya sbg USNO..kononya utk menanungi seluruh pertubuhan Suku-suku di Sabah..tapi, lihat pemimpinnya...Siapa mereka?..Mereka ini jugalah yg tidak tahu bersyukur...Semasa berada diatas, bangsanya tidak dipedulikan....

Kalau benar USBO hanya pertubuhan Sosial semata-mata..mana golongan belia yg dikedepankan..? Kenapa Pemimpin belia tidak dilatih, ditunjukajar dan diberikan peluang..? Siapa yg menyusun kepimpinan USBO..Mereka2 juga yg gilakan kuasa.

Sepatutnya keikhlasan menjadi keutamaan mrk. Berilah peluang kp golongan muda...Mrk2 ini boleh menjadi penasihat di sebaliknya..

Lihat ahli majlis USBO..siapa mereka ini ?
Lihat Program yg diadakan...Menambahkan Dana USBO..Siapa tetamu kehormatnya..Tan Sri Pandikar..sedangkan beliau ini hanya Tim.Presiden USBO..Kenapa dia yg no. Dua dijadikan tetamu kehormat..Presidennya dtuk Salleh...Sepatutnya meminta org yg lebih besar dari itu utk menjadi tetamu kehormat...

Mana KM sabah? .. mana TYT Sabah ? jauh sekali lah kalau dijemput PM dan Tim. PM.

kelapa mawar said...

Saya tidak menyatakan bahawa USBO itu berasaskan kaum tertentu...biarpun sejarahnya adalah pertubuhan Bajau Di Sabah..Tetapi saya menyamakannya dgn PISBA, kerana PISBA adalah prtubuhan yg bernaung dibawahnya...PISBA kepimpinannya dipolitikkan...Ini Harus kita terima dengan hati terbuka..pemimpin2 PISBA bukan bergerak atas landasan sosial dan bangsa Iranun..tetapi utk kepentingan golongan tertntu dlm politik mrk.SBB itulah ramai intelekutal Iranun lari dari PISBA, Mulut mrk dikunci oleh yg hanya seorang pemimpin yg dianggap berkuasa...Akhirnya PISBA mati!..

Lihat persamaanya dgn USBO...Siapa ketuanya, Siapa org kuatnya..Di Dlm USBO itu ada juga bekas2 pemimpin PISBA yg sanggup melihat PISBA mati suatu ketika dahulu...

Datuk Saleh, pernahkah sblm ini mau ambil tahu tentang prtubuhan Bajau dan Suku-suku di Sabah. Sepatutnya semasa dia KM dulu masa yg sesuai utk dia gerakkan USBO tapi tak terfikirnya..sbb dia punya kuasa waktu itu..USBO hanya lahir bila dia tidak ada apa-apa lagi termasuk dilucutkan secara paksa rela jawatannya sbg ADUN USUKAN..

Golongan belia melihat semua perkara inidengan lebih terbuka..sbb itulah mrk tidak mahu terlibat sama...Yakinlah tanpa penglibatan kepimpinan belia..USBO tidak akan bertahan lama..apabila kuasa sdh diperolehi..USBO akan tinggal nama..seperti juga PISBA..

Nah..orang muda lupakan saja...kerana semua itu Fatamorgana belaka.

aura said...

Mawar kelapa,lho pandai dan bijaksana, ini USBO ah..kita buat bukan main main punya tapi betul punya kerana suku suku etnik lain termasuk u punya bangsa Iranun tidak punya nilai politik maka campur campur supaya jadi kata mantan PM Tun Abdullah "ada nilai tambah".USBO tara niat untuk menjejas mertabat suku yang lain malahan memperkasanya.Lho..Satu ketika jika ditakdirkan I ingin melihat kelapa mawar jadi pemimpin kepada suku ini ......AMIN..amin....

kelapa mawar said...

Salam aura..

Pendapat u ada benarnya..tapi kalau u ckp Iranun tarak ada nilai politiknya..u silap brother..kerana Iranun dan samua suku di sabah ada nilai politiknya..kerana mrk inilah yg bergerak atas tiket Borneo Utara menyertai Malaysia..Apalah lu..ni...!

USBO bukan saya ckp kasih jejas itu Iranun atau PISBA ,tapi saya ckp USBO dan PISBA itu sama saja...pemimpinnya sama, tarak ada kasih peluang sama golongan muda jadi pemimpin..asyik2 mrk saja...Kenapa USBO tidak digerakkan masa Dtk. Salleh jadi KM ?...Ah jawap!

DEPU-DEPU said...

Salam sdri kelapa mawar..

Saya setuju dgn pendpat sdri bahawa USBO tidak lain hanya dibuat utk menyelamatkan politik orang-orang tertentu...Tidak ada satu agenda yg jelas unjtuk membela pertubuhan yg bernaung dibawahnya.Pemimpin yang ada juga adalah pemimpin yg 'bermasalah' bagi pandangan rakyat..

Namun saya juga sependapat dgn sdr Musram..bahawa USBO bukan pertubuhan suku tetapi penaung kp pertubuhan kaum -kaum atau suku di Sabah. Tapi USBO ternyata tidak ada agenda untuk belia...

Bagi saya sudah sampai masanya generasi belia diletakkan di barisan hadapan dan pemimpin lama ini bertindak sebagi pemantau yg berkesan..

Ulasan saya akan menyusul lagi...

TQ

SI RENGIT said...

SALAM...

Na... yang ini aku manyokong batul2.. ulasan saya sentiasa merujuk mereka-mereka ini sebagai "Tahi kun-Tahi kun" yang perlu tamatkan kontraknya. Makna kata diorang ini perlu direhatkan tetapi tidak terus menafikannya idea dan sumbangan mereka sekalipun hakikatnya banyak kerosakan yang mereka lakukan. Hormat tetap hormat tapi ada batasannya...

Masam itu sarita buku datuk Shanon Ahmad bah...kalau kepala tahi tidak keluar kita menghadapi kesusahan berak...kepala tahi sahaja yang bermasalah..ti ganan...

Soal PISBA saya amat menghargai pendapat dan ulasan saudara Musram...Ini lah masalah persatuan apabila di politikkan... Jadi sekarang semua atas kita...nak bertindak kita kena bersatu...saya syorkan PAGISA kena turut serta dan kita buat satu pertemuan bagi membincangkan permasalahan ini...kelapa mawar boleh cadangkan masa, tempat k...di minta semua rakan bloger memberikan pendapat k...tq

p/s: ulasan saudara musram di blog saya merupakan cadangan yang bernas...rakan-rakan boleh membacanya...terima kasih saudara musram...

BATU GADUNG said...

Salam,

PISBA merupakan wadah perjuangan masyarakat Iranun...maka seharusnya kita bertindak dengan lebih proaktif menghidupkannya semula kalau ia sudah mati namun sekiranya kalau masih hidup tetapi tenat/nazak maka kita ubatilah ia...

Apa pun suara orang2 lama sangat2 diperlukan...

Hidup PISBA!!!

Ajin b. Gagah said...

Dengan telus nya kehadiran saya kali ini, ada lah atas jemputan adik kita sdri kelapa Mawar untuk sama-sama memberi pandangan berkenaan PISBA-USBO. Thanks, Sdri Kelapa Mawar.

Setakat ini, saya perhatikan, telah banyak ulasan yang di luahkan di sini. Cukup hebat-hebat belaka.
Sekilas pandang, serasa tiada ada yang perlu saya tambah.

Namun jemputan sdra Kelapa Mawar, penuh bermakna dan saya hargai. Pasti nya beliau menantikan satu pandangan yang berciri ideologi dari saya. Ini terasa sebagai satu cabaran lah pula...

However, Perkembangan sejarah dan perjalanan hidup PISBA sdra SI RENGIT dan sdra Musram, Batu Gadung dll telah pun wartakan.

Namun, bila mengenangkan nasib PISBA (selama ini saya tidak tahu), terasa sungguh menyayat hati.Justru itu, kalau tidak sabar-sabar; Para pembaca yang perihatin dan memahami situasi ini, boleh menitis juga air mata sedih.

Oleh itu, saya rasa sudah tiba masa nya sdra-sdri dari suku kaum Iranun untuk memikir kan suatu yang positif sebagai anjakan minda; demi untuk memberi nafas baru kepada persatuan tersebut.(Nafas baru, orang baru pun ok juga asal bahagia)

Bagai mana PISBA gagal, itu cerita lama..Tetapi macam mana ia nya akan dapat menerus kesinambungan perjuangan yang belum selesai? Itu ada lah satu cabaran yang perlu di terokai.
Saperti kata sdra Batu Gadung,' Hidup PISBA!!!.

Dalam kes ini, tidak dapat dinafikan akan timbul kritikan. Terutama nya dari mereka yang mengelarkan diri mereka pejuang Nationalist. Mungkin mereka ini akan menuduhkan persatuan PISBA racist dsn.

So be it? bagi saya keujudan PISBA ada lah diibaratkan sebagai sebuah Negeri... Tiada Negeri maka tiada Negara bang oii... Teruskan perjuangan.

Now, menyentuh soal USBO, sapertimana yang telah saya nyatakan di blog Cikgu Dayang Wulan; biar lah mereka yang lebih bertauliah saperti sdra Sabah Kita yang memberi ulasan.
Dalam dunia realiti nya saya AMT USBO, so saya kena lah ikut procedure.
Namun saya hargai ulasan sdra Musram. Walau pun beliau bukan AMT USBO, namun jelas apa yang dinyatakan oleh beliau ada juga kebenaran.

Kadang-kadang pandangan AMT USBO dalam satu-satu isu pasti ada beza nya dengan pemerhati di luar saya. Persepsi dan variasi ideologi kita masing-masing berbeza.

Procedure nya, sebarang kenyataan mengenai persatuan hanya layak di gempar gempurkan oleh mereka yang di amanatkan. Ia itu bermula dari jawatan Ketua Penarangan USBO keatas.

Now, soal provokasi dan 'conspiracy theory 'yang di ketengahkan oleh sdra Kelapa Mawar terhadap pemimpin senior PISA dan USBO, bagi saya, biasa-biasa sahaja.
Seada nya, 'siapa yang makan lada dia lah yang merasa pedas'.

Rasa nya cukup lah setakat ini, kalau ada yang salah tolong maafkan.
Semoga kalian sehat dan success.
Sdra Kelapa Mawar teruskan penulisan mu yang sangat menghibur ini

Seliu Liu said...

Dahulukan ummah

Unknown said...

terlalu banyak persepsi..memberi persoalan dan menjawab sendiri dengan persepsi yang tidak menggambarkan kenyataan..umpamanya USBO jadi parti politik..apa ini? USBO sudah ujud sejak 1965 (dulu nama PSBB), bukan baru. Bukan senang persatuan jadi parti politik, tahu tak?

perdebatan, polemik itu baik untuk percambahan minda tapi jgnlah ambil persepsi orang dan jadikan asas untuk menuduh USBO! TS Pandikar bukan lagi Timbalan Presiden tetapi penasihat..dulu jawatan Setiausaha Agung. buat homework jangan terus melatah...dia merasmikan kerana kedudukannya sebagai SPEAKER DEWAN RAKYAT..

SUARA RAKYAT said...

salam.. khas untuk sdr Musli... dalam update.. majlis kerja USBO TS pandikar.. kekal TPresiden, dan Safie Afdal.. kekal penasihat.

kelapa mawar said...

Salam Sdr Renggit..

Ma kasih dengan pandangan sdr itu.Saya telahpun membaca komen sdr Musram dlm blog sdr dan saya rasa beliau boleh dijadikan rujukan utama dalam menjejaki riwayat hidup PISBA ni.

kelapa mawar said...

Salam batu gadung..

Batu gadung kalau tak silap saya bermaksud batu berwarna hijau melambangkan kemurnian sdr melihat PISBA dihidupkan semula. Syabas Sdr.

kelapa mawar said...

Salam Abang Solomon..

Pertamanya terima kasih atas kesudian sdr meluangkan masa untuk memberikan pendapat yang pada perhitungan saya begitu bernas..Saya kagum dgn pendirian sdr yg jelas dan tegas..berdasarkan komen sdr dalam blog Kak Dyg Wulan..saya seakan mendapat perhatian langsung dari sdr.Terima kasih sekali lagi.

Abang Solomon..

Ketegasan sdr menyuarakan hak biarpun sdr salah satu dri penggerak USBO diperingkat bawahan ( AMT) namun, sdr sendiri mengakui bahawa USBO sebenarnya masih kabur perjuangannya...

Kami golongan muda turut merasakan yg demikian..kerana dari sudut pandang belia yang berkecuali saya masih merasakan bahawa USBO dipergunakan utk kepentingan puak tertentu dlm politik..Banyak kekeliruan yang dibiarkan kabur ketika masayarakat muda mengkhendaki agar perjuangan USBO digerakkan atas landasan sosial dan bukannya berdiri di belakang tokoh tertentu yang merasakan masih berpengaruh.

Saya tidak membenci tokoh-tokoh ini tetapi ruang perlu dibuka, kerana gerakan sosial ini hanya akan berjaya jika pemimpinnya turut merasai dan mendengar suara lapisan sosial yang diperjuangkan..sedangkan sekarang USBO tidak begitu...

terima kasih atas pandangan sdr. Semoga sdr sukses dan berada dlm kebenaran.Wassalam.

SI RENGIT said...

salam

kelapa mawar, maka itu saya lebih berat meminta pandangan dan idea mengenai PISBA kepada Saudara musram kerana beliau adalah salah seorang taiko kebangkitan PISBA masa dahulu...

Saya harap cadangan daripada beliau dalam permohonan mengadakan sidang AGM mendapat sokongan padu daripada masyrakat Iranun dan PAGISA amnya...tq BERSAMA MEMBANGUN BANGSA IRANUN....!

kelapa mawar said...

Salam Sdr. Azrone..

Ma kasih dengan kunjungan dan pandangan sdr.Biarpun ringkas tetapi membawa maksud yang besar..mengutamakan kepentingan ummah daripada kepentingan diri dan pengaruh politik.

kelapa mawar said...

Salam sdr Musli..

Komen sdr tidak bersandarkan kepada maksud penulisan saya..harus difahami kerana sdr bukan calang2 orangnya..jangan terus melatah kerana sdr salah satu dari AMT USBO..Sdr Lebih terbuka daripada mengikut perasaan yang tidak bertempat.
Lihat kenyataan saya;
USBO rupanya suatu badan yang diguna untuk menyelamatkan politik golongan tertentu..supaya apa? ..supaya mereka terus merasa kerusi empuk kuasa..yang menjadi kegilaan ramai manusia..Golongan muda usah menaruh harap lagi..kerana PISBA dan USBO adalah Fatamorgana..


Kemudian lihat ulasan saya terhadap ulasan Sdr Musram:
Kalau benar USBO hanya pertubuhan Sosial semata-mata..mana golongan belia yg dikedepankan..? Kenapa Pemimpin belia tidak dilatih, ditunjukajar dan diberikan peluang..? Siapa yg menyusun kepimpinan USBO..Mereka2 juga yg gilakan kuasa.

Jadi, saya tidak pernah kata bahawa USBO parti politik tetapi saya menyatakan bahawa USBO digunakan utk kepentingan politik golongan tertentu.. Saya minta sdr Musli mengikhlaskan diri utk membawa USBO ke landasan yg sepatutnya. Tapi saya yakin sdr Musli sendiripun tidak mampu berbuat demikian.Kerana sdr hanya AMT saja. Tidak ada peranan pun.kerana siapa pemimpin USBO..mrk yg punya pengaruh politik di Sabah.

Kenapa Masa Dtk.Salleh jadi KM, USBO tidak sehebat sekarang...Kenapa dikumpul tokoh-tokoh politik yg dilihat tidak sehaluan dgn MUsa Aman menganggotai USBO ? Apa agenda tersembunyi di sebalik ini?

USBO tidak akan terlepas dari mata-mata golongan belia..dan kami merasakan USBO tidak sepatutnya dipolitikkan.

Wasalam

kelapa mawar said...

Salam Sdr Musram..

Ma kasih dengan kunjungan sdr buat kali yg kedua dalam membicarakan isu ini..keikhlasan sdr saya hargai..saya pun harian sebagai sebuah pertubuhan besar USBO dikatakan memayungi banayak pertubuhan -pertubuhan suku kaum di Sabah tetapi dalam majlisnya tidak menampakkan kehadiran pemimpin negeri...
Adakah USBO mendapat restu dari pimpinan Musa Aman?
Atau adakah Musa aman tahu bahawa USBO dipergunakan oleh golongan tertentu?
Harap sdr dapat memberikan pandangan secara neutral dan terbuka..ma kasih.

kelapa mawar said...

Salam utk semua..

Saya minta sdri Dayang Wulan memberikan komen tentang isu ini..

DEPU-DEPU said...

salam sdri Kelapa Mawar..

saya berkunjung di blog rangakain USBO dan ini yang saya dapat:

AHLI MAJLIS TERTINGGI USBO 2008-2010
Penasihat : YB. Datuk Shafie Haji Afdal
Presiden : Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh Tun Said.
Timbalan Presiden I : Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia
Timbalan Presiden II : Datuk Amir Kahar Tun Mustapha
Timbalan Presiden III : Pn. Chandramata Haji Sinteh
Naib Presiden I : Haji Norzain Haji Tawi
Naib Presiden II : Haji Mohamad Said Hinayat
Naib Presiden III : Abdul Rashid Alan
Naib Presiden IV : Datuk Haji Yusof Amat Jamli
Setiausaha Agung : Dr. Haji Liddy Salun
Bendahari Agung : Haji Mohd. Akhir Tikok
Ketua Penerangan : Kibin Haji Samad
Tim Setiausaha Agung : Jemil Haji Sidah
Ahli Majlis Tertinggi:
Mohamad Amir Haji Awid, Marali Haji Adim, Mohd Salim Gabot, Haji Abdul Hamid Kalling, Ramzah Haji Ahmad, Mohd Hasnan Haji Abd. Ghani, Norshima Simon, Haji Juragan Samamin, Dr. Mohd. Sharif, Mohd. Yunin Atin, Awang Rablah, Musli Haji Oli, Engineer Ajin Gagah @ Hazin

Harap dapat membantu...Dan kita dapat tahu sapa2 mrk di dlm USBO..Sdr Musli dan Sdr Ajin Gagah @ Hazin pun ada. TQ.

SAMBAL BELACAN said...

Salam,

yang ni sdra Musli kena jelaskan kenyataan di atas..confuse

kelapa mawar said...

salam kembali sdr depu-depu..

Saya pun tau mengenai hal ni..Tulah saya hairan kenapa dgn sdr Musli ni..datang bulan kah?
apa2pun..Thanks dgn maklumat yg sdr berikan tu..Kalau jumpa sdr Musli ah..suruh dia jawab hal ni..apalah pulak helahnya..

kelapa mawar said...

Salam Sambal Belacan..

Ai..dah habis kah sambal tu..?
Tq kerana bertandang lagi..macam biasa saya pesan sama sdr depu-depu dan sdr sendiri kalau terjumpa sdr Musli ni dimana-mana laman blog..suruh dia jawab dulu hal ni..tak larat saya mengetuk pintu laman nya..

SI RENGIT said...

salam..

ni lah masalah kita...apapun saya harap saudara musli dapat memberikan komen masalah di atas...minta pendapat saudara KIBIN bah..dia kan bahagian penerangan.

tak mau gaduh-gaduh ah, nampaklah kita siapa .......................................!kan nek...kan

Unknown said...

halloooo.....assalamualikum..maaflah kalau ada salah silap!

DEPU-DEPU said...

Salam sdri Kelapa mawar dan sdr Musli..

Biasalah tu..saya suka kalau kita memaafkan orang yg tersilap.Semoga anda berdua sukses selalu..salam

SAMBAL BELACAN said...

Salam,

macam mana kita nak jadi pemimpin kalau asyik2 dengan statement yang mengelirukan...

SAMBAL BELACAN said...

Salam,

sdra2 & sdri...daripada kita bercerita politik...pilihanraya PRU-13 lama lagi...apa kata kita selesaikan dulu masalah2 lain...seperti masalah penderitaan ibu2 tunggal...sila komen artikel saya "Kota Belud: Janda ku..."

kelapa mawar said...

salam sdr Musli..

Its ok..u are the best blogger

kelapa mawar said...

salam sdr depu-depu...

Thanks dgn pandangan sdr tu..

kelapa mawar said...

salam sambal belacan..

TQ dgn perhatian dan komen sdr...