Tuesday, July 14, 2009

Setelah membaca catatan sdr mantera Iranun saya juga turut terfikir benda yang sama..adakah bloger kb sudah dewasa menyelami permasalahan masyarakat yang kerap diketengahkan. Menyoroti kembali komen-komen yang dilontarkan dalam beberapa siri pertemuan maya para blogger..saya dapati banyak yang memberikan komen secara sinis, emosi dan keterlaluan. Malahan ada blogger yang memberikan komen secara membuta tuli tanpa mempedulikan perasaan blogger lain..Lalu timbul pertanyaan dalam hati kecil saya..Para blogger KB belum dewasa..bersetuju dengan catatan mantera Iranun bahawa para blogger di Kb relevankah?...

Sekalipun para blogger ada yang berselindung dengan gambar pengenalan diri yang tidak berkenaan dgn diri masing-masing namun atas 'a;asan' itu mereka mempergunakan sesuka hati untuk membangkitkan rasa amarah antara blogger....dewasakah ini?

Ada juga blogger yang memberikan komen dan pandangan melulu tanpa berdasarkan kebenaran..sehingga berlaku pergaduhan maya yang sengit antara mereka...mempertikaikan kewibawaan masing-masing tidak memberikan kebaikan yang berpanjangan..

Lalu...adakah patut para blogger di KB berpersatuan?...mengenali diri masing-masing dan kemudiannya...dapat membantu dalam pertukaraa idea dan kehendak..

Sebagai blogger yang baru saya mengikuti perkembangan kesemua blogger di KB terutamanya dari kaum Iranun..biarpun masih tidak mengenali kesemuanya...tetapi saya masih merasakan bahawa Iranun punyagenerasi yang peka kepada isu-isu semasa..Ingin juga rasanya saya menimbulkan isu blogger wanita dari suku ini..tetapi sejauh mana saya dipedulikan ???

15 ulasan :

SAMBAL BELACAN said...

Saudariku Kelepa Mawar...

Apa pula tidak dewasa, kami dengan si langah Musram kan dah bercucu-cicit...

Saya masih ada 3 kouta lagi.... sdri kelapa mawar ku sudah berpunya ke belum... jangan marah....

SUARA RAKYAT said...

Salam... sambal belacan.. biarkan penilaiannya. Mungkin maksudnya...mutu tulisan. Blogging.. boleh serius, boleh cara jenaka, boleh teka teki, boleh emosi, boleh akademik, boleh provokasi, kebebasan expresi.. untuk menarik pembaca.. akhirnya pembacalah yang menilai..

DEPU-DEPU said...

Salam kelapa mawar..

Saya rasa idea sdri itu ada kebenarnya..mungkin sdri hanya berdasarkan kepada mutu ulasan para blogger di kb...tetapi satu yang saya nampak...para blogger di kb..begitu sensitif dgn perkembangan semasa...bukankah itu juga satu kedewasaan?

Mengenai blogger wanita...saya rasa ada sudah..termasuk sdri sendiri

SI RENGIT said...

salam,

Saya sangat prihatin dengan permintaan saudari... sekarng ni pun dah ramai blogger perempuan. Jadi saudari kena pandai "Masuk" line para bloger berjantina laki-laki.

Ssudari teruskan penulisan saudari, insyallah kami rakan bloger sentiasa support saudari...

Berpersatuan kalau tak aktif tak da gunanya juga. Sebenarnya disinilah kita melihat kematangan dan kesanggupan diantara kita menerima kritkkan, komen, pujian dan sabagainya. Pendak kata panjang ayatnya kesabaran..

Kami ini kaum Adam mesti jaga punya lah..kepedulian itu tetap kami peduli...

alamak, ter komen n ulas panjang lah pula...rindu betul dengan abg solymone kita bah..

Hati Seorang Wanita said...

A'kum...

kak Mawar berduri, saya setuju bahawa kaum wanita akan terkebelakang dalam politik terutamanya di Kota Belud, sepatutnya kaum hawa sebahagian daripada landskap politik Kota Belud...

Abg2 tolonglah bagi laluan sama kaum wanita, next term kami pun mahu jadi wakil rakyat juga...

BATU GADUNG said...

salam,

kalau saudari Hati Seorang Wanita punya pasal...boleh ba no problem....

SI RENGIT said...

salam,

boleh bah kalu kau....!ambik lah semua laluan suma tinggalkan laluan ke airport karana saya mau pigi jakarta bah...

Cadangankan lah sape namanya, boleh kita berikan pendapat....Kasusahan lah saudara Roslan KIta ini, Perempuan pun mau tanding...bahagi-bahagi lah saudara...manalah saudaraku solymone ini...mangomen bah dulu..mangkin karamaian kami ini...

Unknown said...

Salam Kelapa Mawar,

Penilaian atau pandangan kalau BOLEH jangan terlalu diselubungi atau confined kepada suku sendiri atau suku tertentu. Disinlah puncanya lahir emosi. Saya ada dua blog. konspirasipolitikmelayu dan Musli Oli. Identiti saya jelas. Begitu juga dengan Muram, Kibin, Depu-Depu, Batu Gadung, Nadin, Azrone, Paikan, Solymone, Dayan Wulan, dan ramai lagi. Namun menjadi hak blogger untuk sembunyikan identiti masing-masing.

Hanya jgnlah kerana identiti tidak dikenali kita sesuka hati memberi komen yang kita sendiri tidak pertanggungjawabkan. Saya pun tidak kenal siapa Kelapa Mawar. benarkah dia seorang wanita?

Menjadi penulis ada etika yang dihormati. Barangkali blogger etikanya berbeza. Itu saya tidak pasti. Namun sebaiknya jgn sama sekali kita confined kepada isu "Kota Belud" dan "Irranun" sahaja.

Buka pintu dan jendela, lihatlah betapa luasnya pemandangan di luar sana..

soal perdebatan di alam maya itu adalah sesuatu perkembangan yang sihat. Jangan di kekang. ini menjadikan blog sebagai alternatif media yang menarik.

Unknown said...

saya maksudkan Musram bukan Muram. maaf denakan.

bulan ogos ini PERKASA Kota Belud akan dilancarkan. saya akan memberi notis. terima kasih

DEPU-DEPU said...

salam sdri kelapa mawar..

Saya secara tulusnya bersetuju dengan pendapat sdr Musli Oli...beliau berhak untuk menegur sdri..kerana dia seorang yg lama berkecimpung dalam blog ni..tambahan lagi sebagai sorang yg berpendidikan dan pengkritik yg disegani..beliau punyai krisma dan pandangan yang jauh..

saya setuju semua blogger di kb membuka pintu dan jendela, untuk melihat betapa luasnya pemandangan yang tuhan cipta ini.Moga mendapat menafaatnya. wasalam

Ajin b. Gagah said...

Salam Sdri Kelapa Mawar,
Sabelum saya meneruskan komen atau pun ulasan, terlebih dehulu saya mohon izin dan seterusnya kemaafan dari hati sdri, kalau ayat-ayat yang saya gunakan nanti mungkin akan menguris hari sdri.
Demi untuk tujuan kongsi pandangan, niat saya, ada lah telus .

Now, saya kagum atas kebolehan sdri menarik perhatian bloggers KB. Hanya dengan mengeluarkan topik yang dikira 'bombastic' lagi 'provocative', telah mengheboh kan bloggers dari KB untuk memberi 'defensive' komen.

Namun hingga setakat ini sdri mendiamkan diri, tiada sebarang pandangan terhadap ulasan-ulasan mereka? kenapa malu kah?

Justru itu, saya andai kan 'skill' ini, sdri perolihi dalam pemelajaran dan pengalaman sebagai Juru Runding, di KL ya? 'Solute' dan tahniah.

kerana sdri baru dalam dunia blogging, rasa nya tidak adil untuk mempertikaikan motif sdri untuk mengeluarkan tajuk yang begitu berat.

Walau pun pada hakikat nya, sdri seakan-akan mempersoalkan kebolehan, 'credibility' dan 'integrity' bloggers KB.

Isu-isu yang sdri utarakan di sini, memang sangat releven. tapi untuk siapa? kalau tujuan semata-mata untuk mencari hal dengan menjelas kan siapa pandai, siapa layak, siapa banyak (kaum perempuan kah atau lelaki) dan lain-lain hal yang sensitif; rasa nya banyak lagi blog lain yang lebih menenangkan fikiran atau ' mempunyai pulangan' untuk di layari.

Sdra Musli (blogger otai) menyentuh, tentang etika dan tanggung jawab. Persoalan nya ada kah sdri rasa penulisan sdri ini sejajar dengan hal tersebut?

Kita tiada halangan tentang sesiapa pun yang layak jadi pemimpin di KB. Tidak kira lelaki kah perempuan.
Tidak perlu untuk di gaduh-gaduh kan di blog.
kalau di takdirkan, sdri pun boleh jadi YB di salah satu kawasan di sini; suatu hari kelak. InsahAllah.

Salam semoga success dan terus menulis.

SUARA RAKYAT said...

Salam... terfikir juga.. kenapa saya memberi respon kepada bloger yang tidak jelas identitinya..seterusnya... kena fikir 4-5 kali.

SI RENGIT said...

salam.

terima kasih saudaraku solymone..u are bery..bery pantas...tic..

Apapun pada saya, saudari kita ini tertekan dengan cadangan beberapa bloger kita yang mencadangkan kepimpinan dari kaum aDAM..

Mungkin pada saudari kita ini..daripada kita "bergaduh" pilih sejantina baik kita pilih kaum Hawa...kot lah..

tq..

SAMBAL BELACAN said...

Salam,

Langah Musram...awal2 lagi saya dah bagi signal...artikel saudari kita subversif

BATU GADUNG said...

Salam,

maaf terlebih dahulu... saya sependapat dengan sdra Solymone...tidak timbul soal isu perbezaan gender, sesiapa pun layak...

walaupun terdapat kebebasan dalam penulisan blog tapi seharusnya biarlah beretika dan berilmiah, dan yang paling penting mesti ada rasa tanggungjawab...

Kalau tujuannya semata2 nak mempromosikan blog biarlah kena caranya...bukan dengan cara provokasi dan merendah2kan orang lain...

Respect dahulu pandangan org lain barulah orang lain respect kita... bagaimana nak jadi pemimpin jika tahap keegoan menguasai diri...

Kelayakan seorang pemimpin bukan bergantung pada gender tetapi pada sudut keupayaannya memimpin...jadi penilaian bukan bergantung pada gender seperti yang sdri katakan... persepsi ini perlu diperbetulkan...

selamat....