Dakwaan seorang blogger yang juga calon G7, bahawa sampul-sampul surat berisi 'wang' mula beredar dalam pasaran perwakilan pemilihan wakil G7 di daerah Kota Belud, bukanlah sesuatu isu yang mengejutkan saya, kerana sedari awal lagi, dengan berbekalkan pengalaman sebagai PERwakilAN Puteri umno, saya sudah melihat hal-hal ini terjadi. Kerana itu dalam penulisan saya sebelum ini dengan lantang mengkritik para pemimpin di KB yang sewenang-wenangnya mengamalkan sistem politik kotor ini tanpa memikirkan hala tuju dan 'peluang hidup' masyarakat di Kota Belud. Secara lebih jelas dan tidak berselindung, UMNO di KB, diselaputi oleh cengkerang Kronisme, Nipotisme dan Politik Wang yang maha dahsyat dan tebal. Untuk memecahkan Cengkerang ini tidak bisa dengan menggunakan tukul besi, juga tidak dapat tidak menggunakan pahat bergerigi..kerana politik yang penuh dengan penindasan ini sudah lama berakar umbi dalam UMNO KB.Bukan sahaja berlaku diperingkat pertandingan bahagian, tetapi juga turut menular di peringkat "Base -Komuniti" UMNO iaitu di peringkat cawangan.
Pertandingan di peringkat cawangan juga tidak terlepas dari adu domba wang sehingga menyaksikan banyak cawangan yang dikuasai oleh suku sakat dan keluarga. Seseorang yg berkeinginan untuk "join political" akan tersisih dengan sendirinya. Fenomena yang disifatkan sebagai 'bacul' dalam politik ini ternyata dibiarkan oleh segolongan pemimpin bahagian yang juga turut ditawarkan sokongan daripada ketua-ketua cawangan ini.
Sebab itulah apabila pemilihan wakil-wakil G7 dihuru harakan oleh 'sampul berisi wang' maka, ia tidak mengejutkan masyarakat di KB. Hanya ia menjadi satu isu menarik untuk di ulas dan diceritakan. Ramai perwakilan yang enggan memberikan "Support moral" kepada calon yang dilihat tidak berkemampuan. Sehinggakan ada calon yang menyerah nasib semata-mata..Untung Sabut, timbul...kalau batu tenggelam'
Beginilah keadaan politik UMNO di KB. Bahagian yang disifatkan sebagai kawasan kelahiran UMNO di Sabah. Kawasan bekas tanah jajahan USNO. Kawasan yang banyak melahirkan pemimpin politik dan negeri terbanyak di Sabah. Kawasan yang terpinggir dari pembangunan sekalipun pernah wakil rakyatnya menduduki kerusi KM, T/KM,Menteri Kewangan..itu baru DSSK. Manakala ahli politik lain Tan Sri Pandikar Amin..yang selalu di 'amin' kan oleh suku Iranun juga memegang pelbagai jawatan penting dalam Parti dan kerajaan.Antaranya Menteri Kerja Raya dan Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, sebelum pernah di lantik beberapa kali sebagai Senator di Jabatan Perdana Menteri. Sekarang begitu juga wakil dari Tempasuk Datuk Haji Musbah Jamli dan Japlin Akin yang turut mendapat tempat dalambarisan kabinet Negeri. Namun KB, masih tidak berubah!..
Apabila sudah 'duit punya pasal' maka UMNO di KB hanya akan menunggu untuk ditalkinkan..Tidak pun sekarang tapi, akan datang masanya.Kerana di mana-mana pun diperingkat akar umbi yang disifatkan sebagai "killer political" kepada setiap pemimpin yang tentunya golongan muda berpendidikan melihat situasi politik kebendaan ini sebagai jijik, kotor, busuk dan jahanam. Sebab itu golongan ini mula tidak mahu terpalit dengan kebusukkan itu dan mereka mula protes melalui tindakan sehingga ada yang terang-terang menyertai PKR dan PAS di KB. Mungkin para pemimpin UMNO di KB merasakan tidak akan tergugat dengan golongan yang pada anggapan mereka sebagai 'underdone' ini. Sebab itulah mereka terus berprinsip dengan pegangan dangkal ini. Sedangkan bagi golongan muda ini mereka adalah "underdog' yang hanya menunggu saat untuk bertindak.
Apabila gelombang yang dikatakan oleh sesetengah pengkritik sebagai 'gelombang politik matang' mengambil tempat maka saksikanlah bahawa para pemimpin kronisme, nipotisme,dan politik wang ini akan ditolak dan dipinggirkan. Politik itu ibarat kincir yang terus berputar,sekejap akan berada di atas, seketika akan berada di bawah.

14 ulasan :
Saya teringat karya sastera saya, bilis tetap ikan biar hidup dalam habitat jerung. Namun kehidupannya tidak pernah aman kerana sukar menjadi ketua dan jika pun berpeluang itu hanya seketika ketika jerung keluar mencari mangsa ke kawasan lain dan apabila mahu kembali, tiada halangan untuknya memakan bilis.
Salam sdri kelapa mawar..
Satu pendedahan yg berani...teruskan..
Saya tertarik dgn ulasan sdr Azrone..penuh dengan simbolik dan maksud yg mendalam...bilis sekarang macam-macam ada,..ada bilis kering dan sambal bilis..tetapi masih juga bilis rasanya..
Salam Kelapa Mawar,
tahniah! paparan menarik dan berani..saya tanding juga tetapi saya orang miskin dan tidak ada wang untuk diagihkan walaupun ramai ketua cawangan menghubungi saya namun saya kata biarlah kuda lari tiada jockey..harap-harap sampai ke garisan penamat. nombor last pun ok asal jangan saya melacurkan sokongan mereka.
pada hari Sabtu nanti saya hanya akan mengagih-agihkan buku saya secara percuma.
Salam sdr kekandaku Azrone..
Ma kasih dengan pandangan sdr. Cukup bermakna bagi saya untuk meneruskan paparan yang lebih terbuka. Jerung-jerung ini lama-kelamaan akan mati terperangkap dalam pukat nelayan..itu akan kita lihat nanti.TQ sekali lagi..
Salam sdr depu-depu..
Saya menghargai komitmen sdr dalam setiap penulisan saya..Biarpun komen sdr ringkas tetapi ia bermakna bagi saya. Ma kasih..SDR!!!
Salam Sdr Musli..
saya ada nampak sdr...nak sapa pun segan..takut saya dicakap kena jerat oleh wakil G7..teruskan perjuangan sdr..Semoga sukses
salam....
Tahniah saudari..teruskan penulisan saudari...cuma kena ingat kita ini pun tergolong pada kelompok ikan bilis cuma kelebihan kita, kita ni tergolong dalam ikan bilis yang bijak lagi boleh berfikir....sassssshh...!
p/s: Saya nak satu adiku musli....teringin juga nak membaca buku saudara....sekarang da 20 ntahun lebih pengalaman and mesti 9 buah buku da kan....
insyaAllah semua dapat 1 naskah:
Puisi untuk Perwakilan
Tanah kita ini
telah melahirkan warga
berjiwa besar
Walau seribu cabaran
warga berjiwa besar tidak akan
tunduk atau pergi
Perjuangan jelas
tindak tanduk tegas
Prinsip dan matlamat
berasas
Warga berjiwa besar
Perkasa menghunus idea
melontar lembing hujah
menangkis kritik dengan lidah!
warga berjiwa besar
mohon tampil ke depan
membarisi kepimpinan
dengan kekuatan mental
kamu bukan pelacur tua
bertelanjang di anjung istana
menagih mimpi menerpa janji
Harga mu bukan kertas
merah tiga helai..
bangun...rakyat berjiwa
besar
bangkit...rakyat berjiwa besar
kamulah
pemimpin sebenar...
Salam semua,
Hanya perwakilan bijak dan matang saja yg dapat menilai antara kaca dan permata, biar kita memilih pemimpin berdasarkan komitmen yg tinggi utk membela Bangsa, Agama dan Negara, dan tidak mudah lupa diri dari mana asal usulnya..harus diingat bahawa pemimpin tidak akan naik tanpa sokongan dari akar umbi..tentang sampul surat tu ambil saja, org bersedekah terima saja, tapi pilih lah yg terbaik di kalangan yg bertanding....sekian
Salam sekali lagi renggit..
Ma kasi dgn pandangan kedua sdr..Saya rasa betul lah apa yg sdr katakan itu..bilis pun bilislah..tetap bilis yang berguna..
Salam sdr Musli..
Saya suka dgn puisi ini..kerana ia membawa pengertian yg mendalam ..
Puisi boleh dijadikan kritikan sosial yang memberi kesan kp kehidupan masyarakat..
Saya cadangkan sdr Musli mendeklamasikan sajak ini ketika berkempen..
Salam rojokobog..
Aiii mana satu sedekah dan mana satu rasuah pun sdr rojokobog tak boleh bezakan...parah !!! kalau begini...
Salam Kelapa Mawar,
Selalunya sampul surat yg diagihkan kpd perwakilan akan dilafazkan dgn ' Sedekah Badan '
bermaksud badan calun yg tanding buat sedekah..tapi ada juga calun yg tak tahu dosa dan pahala akan berkata ' Jgn lupa ' sambil menghulurkan sampul surat...tak tahu pula apa maksud ayat jgn lupa tu macam tergantung...tapi apa pun kita jangan lupa berkempen utk sdr Musli Oli.
Salam,
Sdri Kelapa Mawar tumpang lalu...
Sdra Musli...saya boleh jugakah dapat tu buku walaupun bukan perwakilan...
Post a Comment