Salah satu sebab kejayaan etnik kaum Cina dalam perniagaan ialah kerana golongan ini sepakat menubuhkan Dewan Perniagaan sendiri yang dianggotai oleh kebanyakan usahawan dan Tinokrat Cina. Bertujuan melindungi kepentingan dan perkembangan perniagaan mereka. Menyedari hakikat yang demikian maka tertubuhlah pula Dewan Perniagan melayu atau Bumiputera..dengan misi yang sama..Namun Ternyata tidak menyaingi kehebatan saham-saham ekonomi masyarakt Cina. Kenapa?..Antara sebab utamanya ialah kerana Orang Melayu dan Bumiputera selalu tidak ada sikap “kesetiakawanan” dalam perniagaan. Ramai orang Melayu dan Bumiputera yang “hanya untung seorang badan tetapi rugi membawa kawan”. Waktu terlihat peluang keuntungan, maka peluang itu dibolot seorang diri..sebab itu bila jatuh bankrap dibiarkan tanpa bantuan. Orang Cina, berlainan..waktu senang dan susah bukan seorang diri. Begitulah hakikat yang sempat kita terima dalam dunia perniagaan melayu dan Bumiputera. Belum lagi dengan saham-saham yang diperuntukkan oleh kerajaan tetapi habis dijual kepada orang lain..Projek-projek besar di Alibabakan kepada KASSIM BABA..
Jika Ditinjau melalui kaca mata ini, maka akan jadi realitikah jika DEWAN PERNIAGAAN IRANUN SABAH ditubuhkan..? Bagi yang ‘mahir’ dalam sosiologi,merasakan menyatukan sesuatu masyarakat dalam satu wadah perjuangan bukan perkara mudah. Kerana karenah semulajadi manusia ialah suka berbalah dan bercanggah. Menubuhkan DEWAN PERNIAGAAN IRANUN SABAH, disaat sesuatu bangsa itu tidak bersedia kearah merealisasikanya dianggap sebagai mendahului zaman ekonomi suku tersebut. Mungkin pernah terfikir oleh kebanyakkan orang tetapi belum terfikir oleh yang sedikit orang. Melindungi sesuatu kepentingan, ada baiknya..daripada membiarkan…TETAPI mana yang lebih parah mendirikan sesuatu yang sebenarnya dari awal sudah dirobohkan….
DEWAN PERNIAGAAN IRANUN sesuatu idea yang benar pada asasnya tetapi rumit pada perlaksanaannya. PISBA, PAGISA..ini hanya pertubuhan social dan kebudayaan yang langsung tidak berteraskan kepada kepentingan ekonomi…tetapi ini pun gagal dipertahankan. Bayangkanlah kalau pertubuhan yang didekatkan dengan mata wang dan kebendaan? Dugaan dan cabarannya lain dan bersifat “menggoda sentiasa”. Pecah khianat dan tipu muslihat akan menguasai pertubuhan ini.Pada ramalannya,..itupun tidak semestinya menjadi kenyataan.
Sekiranya tidak ‘manis’ ditubuhkan ,maka alternatifnya ialah menghidupkan kembali atau menubuhkan pertubuhan social yang baru….sebagai permulaan menwujudkan ukhuwah kesukuan yang lebih terbuka dan bersifat mengenali ahli komuniti masyarakt Iranun. Dengan lebih besar matlamatnya lagi baik kesudahannya. Rasional kepad idea ini ialah bagi sesiapa juga pun bangsa di dunia ini akan lebih senang disatukan melalui pergerakan social yang tersusun daripada pergerakkan yang bersifat ekonomi. Orang cina dari segi sejarahnya, memang mempunyai hubungan social yang kuat. Misalnya budaya makan malam sekeleluarga yang menjadi kemestian dijelmakan dalam bentuk persatuan ekonomi. Sedangkan Melayu dan Bumiputera , amalan social jarang dijelmakan dalam aspek perekonomian. Justeru perlukah DEWAN PERNIAGAAN IRANUN DITUBUHKAN?..adalah hak masyarakat Iranun itu sendiri…
11 ulasan :
Salam perjuangan,
Dewan perniagaan Irranun ditubuhkan????boleh ka??, memang boleh dan boleh ditubuhkan, yg paling penting Nakhoda dan anak2 kapalnya bersatu tanpa ada misi tersembunyi, berlandaskan kemajuan dan berpandangan jauh demi memetabatkan suku Irranun ke alam perniagaan yg mencabar agar dapat memberi peluang dan ruang yg seluas-luasnya kepada generasi sekarang dan akan datang...Allah sentiasa bersama-sama org yg berniat baik, jujur dan ikhlas.
salam...
Tiada yang mustahil dalam dunia(ntah betul ntah tidak...kita fikirkan)...Saya amat bersetuju agar ditubuhkan Dewan Perniagaan Iranun Sabah. Namun saya berpendapat agar kita mendahulukan perkara yang perlu iaitu pelaksanaan konsep sebenar perpaduan. Hal ini boleh direalisasikan dengan mendokong atau kembali kepada ISLAM. ISLAM adalah agama yang syumul jadi apapun yang ingin kita lakukan kembali kepada ISLAM.INysallah kita akan berjaya....
Saya juga berpendapat kadangkala Allah sengaja menyusahkan hambanya demi menduga kesabaran dan ketakwaan hamba-hambanya.... Mungkin juga PISBA...PAGISA tidak menjadi landasan kepada penyatuaan masyarakat kita tetapi Dewan Perniagaan Iranun Sabah boleh melakukanya. Macam biasalah, kalau kereta kancil kita rosak kita masih lagi boleh menaiki kereta yang lain keluaran Perodua juga seperti VIVA dan MYVI...
Namun kalau asasnya tidak ada susah juga...tayar tak da....minyak pun tak da....engin lagi tak da....ibarat mati tidak berkubur lah...apapun kita teruskan berfikir dan mentelaah apa yang ada dan mungkin juga bakal yang tidak ada....tq
satu penulisan yang baik teruskan....
Salam,
sdri Kelapa Mawar, mohon izin untuk mengulas...
....jangan takut tidak sampai ke langkah yang seribu kerana yang paling ditakuti gagal memulakan langkah yang satu...
Saya telah mencadangkan Dewan Perniagaan Iranun sabah kerana pada hemat inilah cara paling berkesan dalam menyelsaikan kemelut keciciran ekonomi suku kaum Iranun...
Bagi saya kegagalan Dewan Perniagaan Melayu dan Bumiputera seperti yg sdri nyatakan...pada saya itu bukan kegagalan, itu percubaan....kita tidak seharusnya takut dengan bayang-bayang sendiri...
Kalau orang China boleh buat kenapa kita...apa kurangnya kita...jawapnya adalah minda kita dan kita asyik memcari alasan untuk menuju kegagalan...
Namun yang paling penting siapa yang memimpin...apakah Visi & Misi Dewan Perniagaan Iranun Sabah...
Apa pun inilah hanyalah pandangan peribadi saya...terima kasih
salam. saya lupa makna hangat-hangat tahi ayam. Kemudian lupa juga erti tin kosong.
salam rojokobog..
Hanya cadangan awal batu gadung..bergantung kp banyak faktor..semoga membuka minda golongan usahawan iranun
salam si renggit..
Ma kasih dengan pandangan anda. sungguh bernas. Tidak ada yg mustahil dalam dunia ni...manalah tau jadi cadangan bt gadung ni kan.
salam batu gadung..
Saya hargai ulasan sdr...banyak faktor yg diambil kira termasuklah kesudian golongan usahawan iranun utk merearlisasikan cadangan itu..selamat berjuang.
Salam Kak dayang Wulan..
Aii....sinis nampak...bagilah idea positif..
salam...
Saya bersetuju dengan cadangan saudara batugadung...cuma bagi saya kita kena berani memulakan langkah yang pertama...seperti kata saduara si rengit kita usaha dengan berlandaskan ISLAM....masalah ini telah dibuat oleh manusia maka manusia jugalah yang kena menyelesaikanya...
Pada saya tidak salah kita mencuba kerana yang menjadi kesalahan adalah kita tidak berani mencuba....Cuma risiko kena berani tanggung lah...analisa baru mula langkah yang satu....tq
Salam,
pandangan sinis sudah menjadi lumrah dalam hidup saya...saya teringat lebih kurang 9 tahun yang lepas iaitu pada tahun 1998, saya pernah disindir oleh seorang rakan sekolah dengan mengatakan saya ni "tin kosong" di hadapan rakan2... saya telah menyahut sindiran itu sebagai cabaran...akhirnya pada SPM 1999,saya telah diumumkan sebagai pelajar terbaik spm di sekolah tersebut....
Salam..
Maaf kerana mencela di blog ini. Saya pelajar Madris, pelajar PPG UMS sains. Saya membuat kajian mengenai jenis makanan tradisional kaum Iranun. Boleh ka saudara penulis membantu saya? tajuk ini akan saya bentangkan pada hari selasa (20.11.2012) Kepada pembaca lain juga dialu-alukan untuk membantu. Sekian terima kasih diatas kerjasama anda.. maklumat anda boleh la di E-mail disini : mad_shoters@yahoo.com
Post a Comment