Biasanya dalam wayang Opera, pementasan Teater juga filem di layar perak, Pelakon, Pengarah juga krew di belakang tabir memainkan peranan penting. Kearifan tentang plot, klimaks juga konflik lebih dekat kepada Pelakon dan Pengarahnya. Biarpun pelbagai kritikan dilemparkan di luar pentas dan dalam dunia sebenar, namun hakikatnya yang lebih arif ialah golongan ini. Mungkin perbandingan ini tepat jika kita ironikan dengan dunia politik. Biarpun sebegitu ramai penganalisis, pemerhati juga pengkritik, namun yang lebih dekat pada ruang lingkup politik itu ialah pemain nya, pengarahnya, dan pencatur nya. Kerana itu, benar kata mereka yang berpengalaman, jika ingin mengetahui dunia politik,tanyalah pada mereka yang terlibat..kerana mereka lebih arif akan kemelut dalam dunia politik itu sendiri.
Makanya apabila saya terjumpa buku SIAPA SELEPAS PAIRIN? Tulisan Tan Sri Pandikar Amin (TSP), saya begitu teruja membelek lembaran demi lembaran. Biarpun buku itu diterbitkan pada tahun 1993, yakni lebih kurang 16 tahun yang lalu,namun sebagai “pemain” politik di Sabah yang pada waktu itu sebagai Timbalan Presiden AKAR, saya amati setiap hujah dan pendirian beliau..dan kerana sebagai tokoh yang banyak menyumbang kepada lakaran sejarah Politik Sabah, Banyak idea dan pendapat beliau yang masih relevan dalam iklim politik di Sabah pada dekad ini, apatah lagi tatkala membicarakan tentang kemasukan awal parti UMNO di Sabah dan hambatan yang menanti parti melayu tertua itu.
Hujah , pandangan dan pendirian yang dilontarkan jelas tegas, berterus terang dan wajar didedikasikan oleh golongan muda yang berminat dalam dunia politik. Kerana seseungguhnya buah fikiran itu Nampak segar bugar pada zamannya dan menjadi nostalgia berharga pada zaman kini. Mengenali idea TSP sebagai ahli politik, membuatkan saya banyak melontarkan tandatanya yang tak berjawab..begitu anggun bagi saya mengklasifikasikannya sebagai fakta politik yang sukar dibahaskan.
PENYATUAN BUMIPUTERA ISLAM DALAM UMNO
“….Untuk menyatupadukan bumiputera dalam UMNO pada peringkat awal pengembangan sayapnya ke Sabah,”formula 14-6” telah digunakan. Daripada 20 Bahagian yang diwujudkan (selaras dengan bilangan kawasan parlimen ),14 bahagian diketuai oleh bekas pemimpin-pemimpin dari USNO manakala yang lebihnya iaitu 6 bahagian diketuai oleh pemimpin-pemimpin bumiputera yang bukan pemimpin asal USNO…..”
“… Dalam konteks ini, walau apa pun gagasan yang diketengahkan, namun berdasarkan sejarah politik negeri ini, misi pertama UMNO Sabah untuk menyatupadukan bumiputera adalah satu misi yang amat sukar untuk dicapai matlamatnya. Maklum sajalah, bumiputera Islam di Sabah yang hendak disatukan dalam UMNO bukannya terdiri dari satu suku sahaja seperti di Semenanjung, tetapi lebih kurang 32 bangsa ( yang masing-masing pula terbahagi kepada kumpulan-kumpulan dialek. Dusun sahaja terbahagi kepada lebih 40 kumpulan dialek). Di Semenanjung apabila kita menyebut bumiputera Islam,maknya satu bangsa, iaitu bangsa Melayu. Tetapi, bumiputera Islam di Sabah adalah terdiri dari beberapa suku yang mempunyai bahasa, kebudayaan dan adat resam masing-masing yang berbeza-beza. Dan setiap suku mempunyai citarasa dan aspirasi politik yang berlainan dan tersendiri. Aspirasi dan citarasa politik mereka itu pula lazimnya dicorakkan oleh pemimpin-pemimpin mereka masing-masing..”
ULASAN:
Idea penyatuan ini ada kebenarannya, kerana itu, UMNO hari ini wajar memberikan penekanan kepada tradisi menyatukan suku dan etnik dalam UMNO. Tindakan menyisihkan beberapa pemimpin suku yang telah berjuang dalam zaman USNO, akan menyebabkan UMNO kian berpecah. Tindakan pada PRU-12 yang lepas, nyata menimbulkan keadaan ‘anarki’ perasaan para penyokong pemimpin suku-suku ini. Malahan ‘pelakon’ hebat dunia politik di Sabah seperti Datuk Amir Kahar dan Datuk Salleh Tun Said yang tidak diturunkan akan mewujudkan satu keadaan ketidakselesaan para penyokong pemimpin ini.
Di Sabah dunia politik nyata begitu berbeza..banyak kemungkinan yang akan terjadi..Rakyat mungkin akan menolak pemimpin yang tidak mengendahkan kewibawaan mereka. Setahun selepas buku TSP ini diterbitkan iaitu pada PRU 1994, scenario politik di DUN TEMPASUK nyata mengejutkan: TSP(BN) memperolehi 4,142 undi ,Dausin Pangalin (PBS) 3,195 undi, manakala calon BEBAS Suwah Buleh memperolehi 1,016 undi..Majoriti kemenangan TSP hanya 947..Jika andaian bahawa calon BEBAS menyokong calon PBS, TSP sudah mengalami kekalahan.
Senario politik ini akan berulang jika pada PRU-13 akan datang, UMNO masih dikuasai oleh pemimpin yang tamak kuasa dan enggan mempedulikan nasib dan pemimpin suku-suku bumiputera Islam dalam UMNO.
“…Berbanding dengan keadaan di Semenanjung, rakyat negeri Sabah pada umumnya tidak bersikap fanatic agama.Isu kesukuan dan kedaerahan adalah lebih menebal di fikiran setiap rakyat Sabah daripada isu agama.Maka itu untuk menyatupadukan bumiputera Islam di Sabah di dalam UMNO dengan menggunakan isu agama, sudah pasti akan menghadapi kegagalan. Sebagai contohnya, pergeseran pendapat di antara Allahyarham Tun Fuad dan G.S.Sundang pada awal tahun 60-an dan di antara Datuk Mark Kodeng dan datuk Pairin pada akhir 80-an yang akhirnya membawa perpecahan di kalangan bumiputera bukan Islam dalam PBS bukannya berpunca daripada perbezaan agama tetapi punca dari isu Identiti bangsa iaitu perbezaan pengertian istilah Dusun dan Kadazan….
…Bersandarkan kepada fakta ini, pemimpin-pemimpin UMNO pusat amnya dan Sabah khasnya perlu meluaskan gagasan UMNO Sabah melebihi batas-batas penggunaan isu agama dan bangsa dalam misinya menyatupadukan bumiputera khususnya Islam. Kalau UMNO pusat yang telah berusia lebih 40 tahun tidak dapat menyatukan bangsa Melayu di Semenanjung, apakah Formula 14-6 boleh menyatupadukan bumiputera di Sabah..?
( Dipetik dan di ubahsuai dari buku : SIAPA SELEPAS PAIRIN? )
PERSOALAN :
Ketika membaca perenggan ini, saya begitu terfikir, bagaimana harus keadaan politik ini berlaku sedangkan..TSP dan DSSK bersama-sama konco-konconnya..mewujudkan team USBO dalam UMNO..?
Lihat pergerakan DSSK yang dipaparkan dalam Blognya..satu pertemuan antara DSSK dan Musa Aman..? Apakah motif pertemuan itu..? biarpun dikatakan hanya setakat kunjungan hormat?..Bukankah memperelokkan hubungan dengan pengerusi Perhubungan UMNO negeri itu sebagai satu kemestian..? Bilakah rombongan USBO melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri itu..?
Persoalan inilah yang hingga habis saya membaca buku TSP ini, saya gagal menemui jawapannya. Saya mengharapkan anda juga dapat memikirkan dan memberikan respons positif atas persoalan ini.
9 ulasan :
Sdri Kelapa Mawar..
Salam perkenalan buat sdri..
Pandangan TSP mengenai penyatuan UMNO Sabah itu dibuat ketika beliau mendukung perjuangan AKAR, sebagai pemimpin bukan UMNO ketika itu, isu penyatuan ini tidak diselami dengan mendalam, kerana masih ada rasa penyataan yang tersirat..
namun dari segi keberanian, saya akui TSP seorang yang berterus-terang dan itu kelebihan beliau..
mengenai isu USBO dalam UMNO, nampak gaya itu hanya retorik semata.bukan satu perjuangan..
baru-baru ini saya ada menghadiri pelancaran PERKASA oleh Datuk Salleh yang juga presiden USBO tapi TSP tak nampak pula..
saya harap sdri dapat memaparkan pergolakkan kepimpinan USBO..harap diperkenankan.
Salam buat sekian kali sdri..
sebagai peminat setia blog ini, saya setiap hari akan cuba membaca paparan sdri..yang kadangkala berpatutan dan wajar diberikan perhatian oleh pihak berwajib..
kalau nak tahu pengalaman TSP dalam dunia politik tidak cukup untuk membaca buku yang ditulis oleh beliau..kerana mungkin ada pandangan yang tidak boleh disuarakan melalui penulisan..
kalaulah ada masa tentu sdri boleh bersemuka dengan TSP mendengar sendiri bagaimana pergolakan politiknya sehingga mampu mengharungi badai yang sentiasa melanda kehidupannya..
lihat bagaimana tangkasnya TSP mengendalikan Dewan Parlimen yang penuh dengan karenah YB-YB dari kedua belah pihak pembangkang dan kerajaan..bukankah ini juga memerlukan skill dan pengetahuan../
Pernahkah kita terfikir kenapa dalam banyak-banyak tokoh politik di Sabah..kenapa TSP diberikan jawatan Speaker dewan rakyat? itu sdri kena sediakan satu post tentang hal ini..
salam hormat
PT
Tuan yang empunya blog..
Apa rasional cerita ini dengan kehidupan tuan..
alangkah baiknya kalau tuan buat penulisan bagaimana meningkatkan ekonomi dan kehidupan masyarakat di daerah tuan,
alangkah baiknya kalau tuan dapat menyatakan permasalahn masyarakat yang tertindas di tempat tuan..
fikirkanlah..
ziarah KM,
saya menonton ketangkasan TSP mengendalikan Dewan rakyat cukup bagi saya meletakkan beliau setaraf dengan pemimpin yang berkelibar..
pandangannya tentang penyatuan umno di sabah wajar diberikan perhatian dari Musa Aman.
salam kembali ..
Saya bersetuju dengan apa yg sdr Pendekartua katakan itu..
elok kita ramai-ramaijumpa TSP
salam kembali pakcik amin..
salam perkenalan..
makasih kerana memberikan pandangan mengenai isu ini..saya amat menghormatinya..
Salam Pe4ndekartua..
ma kasih kerana mengikuti penulisan kelpa Mawar..saya menghargai komitmen sdr itu..maaflah terlewat memberikan respons apa-apapun semoga sdr terus sukses
sdr kabugatan..
ma kasih atas teguran itu..insyallah saya akan cuba paparkan..
sdr palingberani..
saya juga ada menonton.selamat berjuang utk beliau
Post a Comment