Thursday, December 31, 2009

Kredibiliti dan akauntibiliti DSSK sering dipertikaikan oleh blogger Kota Belud..Di mana silapnya..?

Walaupun tahun 2009 akan melabuhkan tirainya 24 jam dari sekarang, namun cerita panas politik di Kota Belud tidak pernah ikut serta menyambut tahun baru 2010. Kemenangan Datuk Salleh Tun Said dalam pemilihan UMNO KB, biarpun telah hampir 2 tahun berlalu, namun pelbagai versi cerita di sebalik kemenangan itu menjadi santapan penglipurlara politik di daerah ini. Bermula dari khabar angin yang menyatakan bahawa keputusan mencabar jawatan ketua Bahagian Umno KB sebagai aspirasi rumpun USBO yang turut di dukung oleh pemimpin Tan Sri Pandikar Amin Mulia hinggalah dengan alasan bahawa pertandingan Jawatan ketua Bahagian itu adalah atas factor menyuburkan Demokrasi dalam parti dan kepimpinan.

Selain daripada sebab peribadi untuk menyelamatkan kerjaya politiknya yang merudum ekoran daripada pengugurannya dalam senarai calon PRU-12 yang lalu. Keputusan mencabar kepimpinan Datuk Musbah juga di buat lantaran ingin mengembalikan aura dan atas dorongan pengikutnya yang mula rasa disisihkan oleh kepimpinan Umno Negeri. Inilah antara ulasan Datuk Musa Aman ketika menyentuh tentang kepimpinan Umno Sabah.:

Kita mahukan pemimpin yang serius mahu memajukan Sabah, bukan kalangan yang nak hancurkan suasana dan menjejaskan keharmonian sedia ada, itu bukan cara kita. Jika yang bertindak begitu ahli Umno, ia bermakna mereka bukan pejuang tulen. Kadang-kadang ada pihak luar yang tak berkenaan pun nak mencucuk supaya keadaan menjadi panas. Jangan terpengaruh dengan adu-domba sedemikian. Jangan biar diri kita diperalatkan

Kerana bagi DSSK, jika beliau tidak mengambil tindakan untuk menguasai kembali Umno KB maka lama-kelamaan beliau akan turut menjadi seperti nasib Datuk Haris Salleh yang mula dilupakan oleh rakyat Sabah, biarpun pernah digelar sebagai bapa pembangunan di zaman pemerintahannya.

DSSK tahu dan seseungguhnya pasti bahawa sebab terbesar kepada penggugurannya ialah kerana faktor ketidakwujudan kerjasama erat dengan pucuk pimpinan negeri. Barangkali inilah yang dikatakan oleh Datuk Musa Aman ketika diambang PRU-12 sebagai:

Kita adakan perbincangan sebelum membuat keputusan. Ia tidaklah susah sangat. Alhamdulillah, Umno Sabah secara keseluruhannya berpuas hati dengan senarai akhir dan kita membentuk kombinasi terbaik yang menggabungkan kalangan berpengalaman dengan muka baru yang diyakini berupaya mencetuskan idea untuk memantapkan pentadbiran di Sabah. Ada juga muka lama yang dibawa masuk kembali. Semua ini membuktikan pengguguran bukan bermakna kita diketepikan terus kerana dalam politik, segala-galanya mungkin.

Atas alasan kepentingan politik peribadi, maka strategi telah disusun dengan rapi untuk menawan “jawatan Ketua Umno Bahagian KB” sekalipun terpaksa mengorbankan prinsip, wang ringgit dan kesetiakawanan dengan Datuk Haji Musbah.Jika diamati secara teknikalnya pencalonan yang diperolehi oleh Datuk Musbah jauh lebiah banyak dari apa yang diperolehi oleh DSSK..tetapi kerana perwakilan dipengaruhi oleh pelbagai janji dan wang ringgit yang lumayan, maka akhirnya DSSK telah berjaya menumbangkan dinasti politik Datuk Musbah dalam UMNO KB.

Pasca pemilihan UMNO KB memperlihatkan, DSSK hanya mempergunakannya untuk kepentingan politiknya. Atas sebab itu maka beliau telah dilantik sebagai Timb. Pengerusi UMNO Sabah. Pendekatannya mula berubah. Daripada kontra kepada pucuk pimpinan kepada mula berbaik-baik. Menggambarkan satu pendekatan politik yang jauh lebih halus dari sebelumnya.

Pendedahan blogger ahli UMNO KB melalui blognya seharusnya dijadikan iktibar kepada ahli UMNO di KB, supaya memilih pemimpin harus memikirkan kebudimannya supaya ahli dan rakyat boleh dibela dengan sewajarnya.

6 ulasan :

Pak Cik Amin said...

KM..

Selagi pemimpin itu manusia selagi itu dia adalah manusia budiman..tetapi selagi dia enggan mengakui bahawa kemanusiaan yg ada dalam tubuhnya harus dipelihara,maka selagi itu rasa budiman dalam tubuhnya akan tidak boleh diserlahkan..

Katakamu said...

Kata orang tujuan tidak akan meghalalkan cara..kerana itu dalam politik banyak cara yangtidak halal tetapi diterima...kalau sudah tahu begitulebiah baik menjauhi politik..

Unknown said...

wooo. salleh kasih minum air kotor sama kamu pun masih mahu undiii

kelapa mawar said...

Salam pakcik Amin..

Ma kasih atas pandangan itu..saya berfikir panjang mengenainya.

kelapa mawar said...

sdr katakamu..

ma kasih atasa kunjungan sdr.saya amat menghargainya.

kelapa mawar said...

sdr Lim..

Ayoyooo..apa dah jadi ?