Saturday, December 19, 2009


Jika kita amati tajuk penulisan ini, gambaran awal mungkin UMNO diambang kehancuran, mungkin juga UMNO berada di ruang sempit yang cukup terhad pergerakannya, atau berkemungkinan UMNO sangat-sangat tidak relevan pada dunia politik orang muda berpendidikan di negera ini. Jika itu sandaran awal kepada penulisan ini, maka tidak jauh sangat kalau dikatakan bahawa UMNO terdesak kepada tuntutan perubahannya.

Menjadi lazimnya, seorang bayi yang baru lahir akan mengalami pertumbuhan dan perkembangan pembesarannya, hingga kata orang bayi yang demam adalah kerana mengalami tumbesaran. Meningkat besar dan berubah perkembangannya. Bolehkah itu kita samakan dengan Parti UMNO, setelah sekian lama mewarnai landskap politik Negara seawal merdeka lagi..maka UMNO bukannya lagi “:bayi” yang menuntut risiko demam dan sakit, sebaliknya UMNO kena bersedia beranjak dari satu ruang ke satu ruang..maknanya mengalami perubahan prinsip dan sikap bukan struktur organisasi parti. Sikap sambil lewa kepada sikap prihatin kepada masa depan parti dan Negara. Dari sikap oppurtunis kepada sikap ikhlas dan jujur. Dari sikap mengaut untung harta benda kepada sikap bersyukur dan berterima kasih. Rasanya tuntutan perubahan sikap itu tidak kelihatan di mata rakyat.

Kerana itu barangkali, biarpun Pm Datuk Seri Najib bertindak mengubah beberapa fasal perlembagaan Parti sebagai ‘signal’ dan ‘semboyan’ kepada perubahan, namun perubahan itu terlalu perlahan untuk sampai di peringkat pimpinan kelas pertengahan dan akar umbi. Mustahil kata ahli Umno, tetapi itulah yang berlaku..sebab itu bila Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO Busuk hingga ke Ususnya, ramai yang tersengih kerana baru pula Tun Mahathir sedar keadaan ini..walhal di era Pak Lah, kritikan yang dilemparkan tidak pula menyentuh “usus” Umno itu.Sedangkan Usus Umno mula sakit pada zamannya, bila berlaku penyingkiran Datuk seri Anwar Ibrahim dari parti dan Kerajaan, begitu juga bila politik wang menjadi resepi pemilihan agung Umno.

Apabila gelombang perubahan itu, terkebelakang dari tuntutan golongan muda, maka UMNO Nampak sangat ketinggalan dari godaan golongan ini. Di tambah lagi bila proses peremajaan kepimpinan tidak sangat menarik minat orang muda menyertai parti UMNO. Maka ahli lamanya semakin terdesak antara tuntutan perubahan dan tuntutan sikap sedia ada mereka yang menjadi parti UMNO sebagai gedung mengaut keuntungan. Sikap prejudis ini meletakkan niat mereka pada landasan individulistik sehingga maruah parti dan kerajaan menjadi perkara kedua dalam perjuangan peribadi ahli umno.

Bukankah sesuatu yang pelik dan mengejutkan bilamana bajet 2010 yang dibentangkan oleh PM Datuk seri Najib telah menerima tamparan awal apabila diluluskan di Parlimen dalam situasi yang mengaibkan seluruh jentera Kerajaan. Perbezaan hanya satu undi antara parti pemerintah dengan parti pembangkang.Inilah natijah kepada sikap ahli parlimen Umno Dan BN yang masing-masing memikirkan kepentingan diri dan bukan parti dan kerajaan.sehingga ada ahli parlimen yang lebih mengutamakan kerja-kerja luar yang tidak signifikan dengan peranannya sebagai ahli parlimen daripada ikut serta meletakkan kepercayaan dan tanggapan rakyat mendahului diri dan proksi.

Bukankah nasib UMNO dan BN akan lebih tercalar akibat tragedy ini..? Mengapa di saat perubahan dilaungkan masih lagi wujud keadaan yang mencemar kepada tuntuan itu..? Di saat KPI dan NKRA para menteri diperdengarkan kepada rakyat seluruhnya, prestasi kehadiran ahli parlimen amat mendukacitakan.Ahli Umno jangan terlalu leka sehingga menganggap perubahan itu adalah agenda pimpinan dan bukannya kehendak rakyat. Ahli UMNO jangan meletakkan bahawa pindaan perlembagaan parti yang dibuat hanya memperkemaskan takwim parti dan bukan memenuhi aspirasi peringkat akar umbi. Kerana jika tanggapan itu masih dikekalkan dalam kotak fikir ahli UMNO.maka selagi itu UMNO AKAN TERDESAK KEPADA TUNTUTAN PERUBAHANNYA.

7 ulasan :

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar,

Satu lagi post yang dikira hangat atau boleh juga dihangatkan lagi dengan persoalan sama ada UMNO atau pun nama sensasi nya UBN maseh lagi Parti Idaman di hati golongan belia Muslim Negeri Sabah masa kini?

Pada hakikatnya, UMNO ada lah satu-satu nya parti yang di kira sebagai ‘Ark Of Noah’ yang di datang kan ke Sabah, semata-mata untuk menyelamatkan rakyat Bumiputera Islam disini daripada ‘harassment’ PBS ; Parti Pemerentah yang dianggap ‘racist’ pada ketika itu.

Pada awal pemerintahan UBN, kita jarang sekali mendengar komplen mengenai kelemahan parti ini atau pun komplen mengenai kewibawaan para pemimpin nya.

Namun pada akhir-akhir ini suasana telah banyak berubah. Taat setia kumpulan yang telah menumpang kasih pada perjuangan UBN selama ini, semakin hari semakin luntur. Termasuk golongan belia bumiputera Islam yang mungkin sudah lupa jasa bakti UMNO di Sabah selama ini.

Untuk meringkaskan cerita, ingin saya kongsi disini beberapa persoalan belia yang saya dapati dari kajian dan soal selidik pandangan belia terhadap UMNO, selaku parti ‘crusader’ yang didatangkan di sini khas untuk membantu masa depan mereka.

Antara lain persoalan tersebut ada lah saperti berikut;
i) Apa kah yang UMNO boleh bantu kepada golongan belia selain dari memperkayakan diri pemimpin dan suku sakat pemimpin tersebut ?

ii) Kenal kah Pemimpin UMNO siapa dan siapa belia dan beliawanis yang perlu dapat bantuan dan perhatian ini?

iii) Apa kah program atau strategi yang berkesan parti UMNO selama ini yang dikirakan boleh membasmikan pengangguran, kemiskinan dan penghijraan belia ke Semenanjung Malaysia?
(Contoh nya pembinaan Balai Raya dan jembatan gantung tidak akan dapat membantu memberi peluang pekerjaan tegar kepada belia)

iv) Apa kah petanda bahawa pemimpin UMNO Sabah akan mengagih-agihkan kekayaan hasil bumi Sabah ini kepada yang lain termasuk golongan belia?

v) Kalau sekira nya mereka tidak menyokong perjuangan UMNO ini, apa kah tindakan tata-tertib yang akan di kenakan oleh kerajaan kepada mereka?

Dalam pada itu, mereka juga sedar bahawa laungan ‘rhetoric’ yang menyatakan kan bahawa kerajaan BN sahaja yang akan dapat menstabilkan ketenteraman Negara ini ada lah gimik semata-mata.

Kerana mereka tahu bahawa pertukaran kerajaan di Negara Jepun, Australia dan New Zealand tidak juga mengucar-kacirkan Negara-Negara tersebut satelah perubahan kerajaan di disana berlaku.

Akhir kata, banyak kan bersabar dan semuga kalian sukses.

Pesisir Pantai said...

Salam...Tahniah, satu paparan yang baik....saya berpendapat tidak semua pemimpin UMNO di Kota Belud tidak mabil tahu masalah rakyat. Contohnya Datuk Haji Musbah Haji Jamli telah membawa banyak perubahan pembangunan di Daerah Kota Belud khasnya dalam pemodenan pertanian penanaman padi.

Saya bersyukur kerana penantian dan kesabaran saya selama ini akhirnya berbaloi, projek kecil pembinaan jeti pendaratan bot kecil telah diluluskan. Pembinaan jeti kecil tersebut hanya siap sepenuhnya...Terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional dan Datuk Haji Musbah Haji Jamli.

kelapa mawar said...

Salam sdr Solymone..

Satu pandangan yang harus diberikan perhatian..dan itu septutunya diakui oleh pimpinan umno di Sabah bahawa pendekatan terhadap glongan muda langsung tidak diberikan perhatian..

saya juga turut rasa kesal kerana apa yg berlaku ialah pimpinan tertentu tidak ada program mendekati golongan..

kami golongan muda di KB merasakan UMNO makin jauh dari sanubari..sebab itu saya nampak kecenderungan mirip kepada parti pembangkang

saya rasa hampir kesemua daerah di Sabah juga berlaku sedemikian..

Kesedaran atau kepentingan diri tidak pernah dibezakan..

selamat berjuang utk sdr juga.Semoga sdr terus sukses.wassalam

kelapa mawar said...

Sdr Pesisir Pantai..

tidak semua pemimpin seperti Datuk Musbah..kita harap projek yg di rancang dapat dimanfaatkan oleh rakyat di KB..

ma kasih atas pandangan itu

Pendekar Tua said...

Sdri KM..

apabila UMNO mahu berubah..ramai ahlinya yang masih keliru tentang perubahan itu..ahli akar umbi banyak mengalami keluhan kerana gagasan perubahan itu tidak sampai kepada mereka..

ahli-ahli parlimen juga tidak berubah..kehadiran mereka di dewan rakyat begitu mendukacitakan..

baru-baru ni dewan rakyat teleh mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada ahli parlimen yg tidak hadir sebagai usaha membenteras ketidakhadiran mereka ketika sesi dewan berlangsung..terfikir saya apakah itu perubahan yang berlaku dalam UMNO..?

Pendekar Tua said...

salam Kelapa Mawar

Pemimpin muda di KB langsung tidak mewakili aspirasi golongan ini..ramai yang mengundi PAS dan PKR masa pru-12 yg lepas..saya menjangkan pada pru akan datang akan berlaku pertambahan undi kepada pembangkang di tida DUN di KB..

Pak Cik Amin said...

umno akan kencundang seperti parti LDP di Jepun..percayalah ada sudah tanda-tanda kejatuhannya..