Friday, December 18, 2009


DATUK JAPLIN AKIM KE MANAKAH ARAH PERCATURAN POLITIKNYA?

Dunia politik Kota Belud tidak sunyi dari di serang pelbagai spekluasi yang mengejutkan. Terlebih lagi apabila pasca PRU-12 yang lalu menyaksikan ramai ahli UMNO dan peminat politik di daerah berbukit ini tidak dapat tidur lena biarpun berbantalkan kemenangan bergaya UMNO dan BN Sabah. Dikejutkan dengan penguguran DSSK dan TSP daripada calon pilihanraya yang tidak putus-putus dibicarakan hingga kini sebab dan musababnya ,serta tindakan SPRM terhadap calon YB Usukan, Datuk Japlin Akim. Biarpun masalah itu masih meletakkan YB Japlin dalam cabinet negeri Musa Aman, namun di Kota Belud, datuk Japlin dilihat selesa mendiamkan diri. Sesekali keluar bertemu rakyat dalam beberapa program yang dirancang sedemikian rupa tidak sangat menutup perilaku Datuk Japlin bahawa sejak berhadapan dengan kes SPRM ,beliau mula tidak mempedulikan UMNO KB. Bukan cerita diperingkat pimpinan kelas atasan UMNO Bahagian, bahkan pimpinan peringkat bawahan juga mengetahui sindrom ini. Mungkin kata sesetengah penyokong dan ahli UMNO KB, tindakan itu dibuat untuk mententeramkan keadaan kemelut politik peribadinya. Walhal, sindrom itu melahirkan tanggapan dan merenggangkan pertalian politik dan kepimpinan di dalam UMNO KB.


Seperti ombak yang tidak terus diam, membelai pantai politik yang landai dan terbentang luas, Datuk Japlin akhirnya mengakui bahawa UMNO KB harus ditempatkan kembali dalam sanubari politiknya, apatah lagi PRU-13, semakin hampir. Dan nyata amat mengejutkan banyak pihak apabila pada Mesyuarat UMNO bahagian KB,baru-baru ini, Datuk Japlin muncul dalam saf kepimpinan , dengan kehadirannya buat pertama kalinya sejak kes SPRM melanda jiwa dan atma politiknya. Mengejutkan dan cukup mengejutkan, kerana selama ini, biarpun bergelar YB USUKAN, namun tidak pernah menzahirkan ke YB an nya itu….


Apakah kehadiran YB Japlin dalam Mesyuarat itu, dilihat sebagai menyahut seruan PM, datuk seri Najib yang mewajibkan kesemua wakil rakyat hadir ketika mesyuarat Bahagian..? Atau apakah kehadiran YB Japlin setelah sekian lama “mengerhanakan” politiknya ada udang galah di sebalik mee rebus datuk Salleh Said Keruak..? Atau apakah atas keinsafan dan kesedaran yang amat mendalam bahawa tanggungjawab yang terpikul atas pundak Beliau adalah hak dan tuntutan rakyat Usukan dan Kota Belud..? Rasanya apa pun persoalannya, hanyasanya Datuk Japlin yang boleh menjawabnya..


Ketika isu ini mengambil tempat pada meja-meja kedai dan restoran di daerah Kota Belud, ia tidak menyingkirkan tanggapan negative di kalangan rakyat, bahawa Datuk Japlin terlalu takut dengan bayang-bayang sendiri…kata mereka PRU-13 makin dekat, dan tidak ada lain cara dan kaedah selain merapatkan kembali nostalgia politik peribadinya dengan kepimpinan UMNO Bahagian KB. Namun agak kasar barangkali kalau kita lontarkan persoalan ini. Adakah kredibiliti Datuk Japlin begitu mengusik pertimbangan politik DSSK selaku ketua bahagian Umno KB..? Atau apakah Datuk Japlin mendapat arahan dari pihak atasan selaku perancang politik beliau untuk hadir semula dalam UMNO KB..? Atau paling panas jika kita melontarkan persoalan ini..Apakah Datuk Japlin bersedia menjadi calon USUKAN pada PRU-13 akan datang? Bagaimana penerimaan UMNO KB jika Datuk Japlin sekali lagi diturunkan di Usukan..bagaimana percaturan politik DSSK dan TSP dalam menghadapi situasi ini..?


Antara hikmah terbesar kehadiran YB Japlin pada mesyuarat itu ialah, beliau dapat menerangkan beberapa permasalahan masyarakat Usukan selama beliau menjadi wakil rakyat di kawasan itu. Dengar khabarnya dari perihal perlantikan JKKK juga keperluan asas seperti jalanraya, bekalan air dan bekalan elektrik masih menjadi duri dalam daging penduduk Usukan. Sejak 2 tahun yang lepas,keadaan di Usukan tidak jauh berbeda dari sebelumnya. Para petani masih menghadapi masalah perairan tanah sawah mereka. Jalan raya menuju ke hujung Kampung Pantai Emas, masih tidak berturap, Kesihatan penduduk masih ditakuk lama.


Kalau sebelum ini, masyarakat di Usukan menyalahkan DSSK kerana dikatakan “gagal’ membawa pembangunan dan ‘gagal’ menyelesaikan permasalahan kehidupan penduduk di kawasan Usukan, maka apakah bezanya dengan Usukan di bawah pengendalian Datuk Japlin, rakyat masih seperti dulu..maka timbul lagi tanda Tanya masyarakat luar..Apakah rasionalnya Jawatan Pembantu Menteri pada waktu ini bagi personality politik Usukan Datuk Japlin? Kalau banyak sangat persoalan yang belum dijawab, elok rakyat bertindak menukar selera mereka sebelum menghadapi lambakan menu yang membosankan.

11 ulasan :

Seliu Liu said...

Salam adindaku Kelapa Mawar...

Apa kata kita pilih calon wanita di Usukan bukan dari profail politik.

Pilihan saya:

1. Pengurus Komunikasi Korporat Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Chendramata Haji Sinteh.

2. Pengarah Jabatan Perundangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Puan Rosnah Datu Tumai.

CT Farhana Wee said...

Salam dari bumi tandus Sahara...

Nama Baror Sawi sudah naik ganti YB Japlin.

Ketua Pemuda ganti bekas Ketua Pemuda konon, biar kedua-duanya bukan rakyat DUN Usukan.

BATU MENUNGGUL said...

salam reformasi kelapa mawar,

saya setuju dengan cadangan azrone supaya calon pru nanti ditukar dengan muka baru, tetapi kalau boleh dikalangan mereka yang berintegriti tinggi, mesra rakyat, mempunyai wawasan dan kesungguhan kerja untuk rakyat dan mereka ini bukan dikalangan TSP, DSSK, SDB, BAROR, DJ, akan tetapi bagi mereka yang gemar meminta wang sudah tentu pilihan mereka adalah calon tersebut, walau bagaimana pun untuk mencari calon kegemaran mejoriti rakyat, UMNO kena buat bancian penduduk siapakah calon kegemaran mereka, kalaulah beginilah yang dilakukan oleh UMNO, sudah tentu UMNO tidak meghadapi masalah pada pru akan datang,,,,,,,,,

Pendekar Tua said...

Salam KM..

Saya juga hairan apa yang berlaku dengan politik KB...terutama di Tempasuk kerana ada orang yg mengangkat YB nya sebagai 'hero' rakyat sedangkan projek yg dikatakan memberi manfaat kepada rakyat itu adalah rancangan kerajaan di bawah pak lah dan bukan atas ilham pemimpin berkenaan..kebetulan sebagai pembantu menteri maka di bawah penyeliaannya..

masa DSSK dan TSP juga bnyak pewmbangunan yg berlaku tetapi tidak diangkat sebagai membela rakyat sebab ada gerakan utk menjatuhkan dua pemimpin ini..biarpun ada gerakan sebegitu TSP dan DSSK tetap sebagai pemimpin yg disegani..

Pak Cik Amin said...

Salam anakanda kelapa Mawar..

Datuk Japlin masih dicalonkan di Usukan..itu kata DSSK ketika bersembang dengan beliau..

kelapa mawar said...

salam kembali kekandaku Azrone..

saya setuju dengan pilihan sdr itu..jika berlaku kita akan memperjuangkan supaya wanita diberikan tempat di KB..

kelapa mawar said...

Salam sdri Sitti..

DUN Usukan bakal menerima Datin Saida sebagai wakil rakyatnya..DSSK pula dengan khabarnya parlimen KB

kelapa mawar said...

Salam UMNO RELEVAN..

ma kasih atas pandangan sdr itu..saya juga turut bersetuju..

kelapa mawar said...

sdr pendekartua..

dalam politik tidak banyak perkara realistik berlaku kebanyakkannya semua kebarangkalian..kerana itu angin perubahan di Tempasuk seperti kata Sdr bukan kayu ukur kepada kehendak rakyat seluruhnya..

salam.

kelapa mawar said...

salam pakcik..

dari mana pakcik dapat khabar tu? benarkah?

BATU MENUNGGUL said...

saudara KM untuk PENDEKAR TUA,
saya rasa orang bukan mengangkat ybnya sebagai hero, tetapi rakyat tempasuk memang percaya bahawa semua projek mega ditempasuk ini adalah ilham yb tersebut kerana kami rakyat masih ingat pada pru 11, sewaktu perjumpaan pemimpin bersama rakyat didewan terbuka taun gusi dimana tan sri muhyuddin mengumumkan bahawa kb akan dijadikan jelapang padi yang dirancangkan oleh DHMJ bukannya TSP atau DSSK, dimana juga setahu saya TSP dan DSSK ini kalau nak bawa pembangunan mestilah kena tulis nama keluarga mereka sebagai contoh dewan srimulia, dewan tunsaid, taman tunsaid dll. tetapi kalau soal peruntukan adun TSP semuanya milik barur serta anjing2nya dan peruntukan parlimen DSSK pula milik datuk raslin dan mansu serta hantu2nya pula, walaubagaimana pun TSP dan DSSK disegani kalau pasal perempuan dan wang tetapi kalau dalam PRU, bagus lagi saya undi si hantu kubur daripada si datu monoh dan tipu(TSP,DSSK)