Ramai yang meramalkan bahawasanya dunia politik Kota Belud akan bertambah panas, meskipun cuaca politik di daerah ini berada dalam garis lintang khatulistiwa, sekejap panas dan sekejap lembab, namun hujan politik sekali sekala turun di daerah berbukit juga pekan koboi ini. Inilah yang menjadikan Kota Belud sebagai pekan yang tidak putus dengan cerita politik. Hatta hingga di dalam tandas pun banyak coretan vandalism yang mengutuk pemimpin politik dan tidak kurang juga yang memuji dan mencanangkan kebaikan mereka di samping contengan lucah dan provokasi.
Kepanasan cuaca politik di KB, bertambah tahap Fahrenheit dan ke celsiusannya apabila khabar-khabar menyatakan bahawa Datin Saidatul Badru ,kakak kepada mantan Ketua Menteri Sabah, juga Presiden USBO, Datuk Salleh Said Keruak (DSSK) yang juga dikaitkan dengan orang caturan Datuk Musa Aman melaksanakan pelobian untuk menjadi calon PRU-13 di Usukan. Ramai yang pasti bahkan ada yang turut bersetuju supaya Datin Saida benar-benar menjadi wakil rakyat di Usukan. Banyak sebab yang menjadikan sebilangan “penglipurala” politik KB begitu “senang” andai Datin Saida menjadi calon. Banyak Impak positif kata mereka.
Bagi yang tidak sehaluan dengan Datin saida dan menganggap bahawa Datin ini pernah menjadi “pengkhianat” kepada perjuangan Ayahanda dan keturunannya apabila ‘menyongsang arus’ dengan menjadi calon PKR pada pilihanraya yang lepas-lepas, amat tidak bersetuju dengan pelobian Datin Saida ini. Mereka Nampak dengan penerimaan Datin saida sebagai calon Usukan ,maka ia akan meneruskan legasi Keruak di Kota Belud yang disifatkan oleh mereka tidak banyak mengangkat daerah ini dari segi pembangunan dan ketrampilan politik yang menyakinkan ramai pihak termasuk Kuala Lumpur.
Ada yang menyatakan bahawa antara Datin Saida dan DSSK, nyata Datin Saida lebih banyak boleh diterima oleh rakyat Usukan, atas factor Datin Saida ramai kenalan dan mempunyai hubungan baik dengan penduduk tempatan berbanding DSSK yang ketika menjadi Wakil Rakyat, banyak mengenepikan kemudahan dan pembangunan di Usukan termasuk jalan raya, bekalan air bersih, kegiatan pertanian dan pendekatan kepada golongan muda. Manakala Datin Saida, Nampak lebih lembut, bertoleransi dan mengutamakan ikatan persaudaraan lampau yang telah terjalin sejak zaman Datuk Moyangnya. Dan ini sendiri diakui oleh sebuah keluarga di Kg. Tamau,dalam daerah mengundi DUN Tempasuk yang ditugaskan secara lisan oleh keluarga Keruak untuk menjaga kepentingan mereka di kampung berkenaan termasuk haiwan ternakan dan pemilikan hartanah yang sebahagiannya dibangunkan menjadi Padang Golf ketika DSSK menjadi Ketua Menteri dalam system penggiliran.
Persepsi inilah yang menjadikan Datin saida semakin relevan di Usukan. Jika perkara ini diambil kira, maka hasrat Datuk Musa Aman untuk ‘menurunkan’ pengaruh DSSK di Usukan akan Berjaya.Mungkinkah Datin saida lebih berpotensi dari Datuk Japlin dari sudut keperibadian dan hubungan kekeluargaan di usukan..? Datuk Musa Aman terpaksa merelakan pemergian Datuk Japlin kerana skandal yang sudah diketahui umum dan ‘memasang’ Datin saida sebagai percaturan terakhir politiknya di Usukan.Begitu nadanya sesetengah pandangan masyarakat di KB. Namun apabila saya berkesempatan bertanyakan kepada seorang pengiat politik di Usukan yang terlibat memenangkan Datin saida dalam pemilihan G7 Umno KB, beliau berpendirian bahawa kemenangan Datin saida kerana disebabkan ‘kerapatan’ politiknya di kalangan para perwakilan Umno KB sehingga kemunculan Datin saida adalah bayang-bayang arwah Ayahanda Tun Said.
Bagi yang menganalisis secara berada ditengah-tengah, berpendapat bahawa tidak banyak bezanya DSSK dengan Datin Saida apabila menjadi wakil rakyat Usukan kerana nyata keturunan mereka ini telah lama menjadikan Usukan sebagai benteng pengaruh politik mereka. Tetapi impak kepada masyarakat Usukan ialah apabila, separuh dari usia pembangunannya ‘dilambatkan’ oleh legasi ini.
21 ulasan :
salam KM,
saya rasa diantara saida dengan dssk ada persamaannya dari segi apa pun, jikalau ada perbezaan pun mungkin tak banyak sebab kita tahu mereka ini adalah satu keluaran yang sama, melainkan mereka bermotifkan politik warisan nenek moyang, kalau kita cadangkan mereka ini untuk jadi calon maknanya segala pencalonan dikb ini khas untuk keturunan mereka, bagi pendapat saya kalaulah mereka ini dicalonkan juga ada baiknya kita buat undi sabotaj saja dikb ini..........
Kelapa Mawar,
Apabila mewnyentuh kwsn Usukan, ia memang antara kwsn yg paling panas di KB kerana ramai tokoh politik pernahmenjadi wakil rakyat di kwsn itu termasuk "Tun","Tan Sri" dan "datuk seri" juga "Datuk".
Apabila zaman tokoh-tokoh ini telah berlalu maka ramai yg mengimpikan kwsn ini, hingga ada yg begitu kepingin utk berbuat begitu..dikalangan suku Iranun sudah dikenalpasti, begitu juga dikalangan suku bajau..
apakah mereka boleh menandingi kehebatan tokoh politik sebelumnya atau merekahanya bermimpi di siang hari..?
Siapapun yg bakal menjadi wakil rakyat dikws Usukan, pastinya sukar utk mengalahkan aura tokoh sebelum mereka..
Ketika bersembang dgn org kuat Datuk Musa Aman, dapat diketahui bahawa semua org politik di Sabah sekarang dlm keadaan 50-50 utk dicalonkan kerana pada Zaman Datuk seri Najib ini..ia tidak sama dgn zaman pak Lah..
Saya mempunyai maklumat yg boleh dipercayai bahawa calon di Usukan pada pru-13 akan datang adalah Datuk Japlin...bukan Datin Saida ataupun orang lain.
salam Sdri KM,..
salam umnoreleven...
Saya merasakan ada juga baiknya Datin itu menjadi wakil rakyat di Usukan, supaya ada kesinambungan kepimpinan DSSK di Usukan..
Kalau orang lain belum terbukti lagi kepimpinan mereka. Datuk Japlin sendiri apabila diberikan peluang telah terbukti tidak berjaya dan menghadapi masalh..
sebagai wanita, saya menyokong agar datin Saida menjadi wakil di Usukan.
salam Kak kelapa Mawar..
saya bersetuju jika yg bertanding di Usukan adalah wanita..bila lagi mengetengahkan pemimpin wanita kalau bukan sekarang...hidup wanita..
slm KM
Kenapa kalau kita cadangkan Idahan atau Watababai saja jadi calon pru 13 di Usukan..mana lah tahu rezeki diaorang berdua,bangga juga kaum wanita di daerah KB...
Salam KM,
mengenegahkan calon dikalangan wanita merupakan salah satu alternatif bagi UMNO di usukan. namun pada pendapat saya, saya percaya DSSK sendiri sangat berminat dengan usukan. mengapa perlu UMNO diwakili wanita yang baru sahaja dalam UMNO? dimana letaknya pemimpin selama ini setia bersama UMNO berpuluh2 tahun? eyung latun ketua wanita UMNO juga lebih mesra rakyat dan masih diperlukan kepimpinan wanita UMNO. mengapa peranan dan jasa bakti ditaburkan selama ini tidak dihargai oleh kepimpinan tertinggi? bila ada orang berwang sahaja masuk gelanggang takkan jasa dan bakti tidak lagi jadi ukuran? konspirasi menjatuhkan beberapa pemimpin, adakah reputasi kini menjadi bisu?
salam
ibarat punggok rindukan bulan.....ibarat kentut malu untuk dilepaskan....
salam km,
memang betul kata pendekar tua, siapa pun yang bertanding dikawasan usukan tak mungkin menandingi aura dan kehebatan pemimpin sebelum ini kerana pemimpin sebelum ini mempunyai wang yang banyak tapi tak mampu membawa kemajuan usukan dan kalau seperti yang dikatakan oleh idahan jika datuk japlin gagal maka pemimpin sebelum ini lebih gagal, dulu waktu DSSK, orang kampung tak dapat tanam padi tapi kalau tuai wang dipantaran DSSK ada jugalah! tapi dizaman japlin orang kampung boleh tanam padi tapi untuk tuai dipantaran japlin ada sikit-sikitlah....
dikhuatiri hanya setakat impak politik atau sekadar berpeluang menikmati retorik politik yang tidak berkesudahan, seperti apa yang kita perolehi sepanjang kepimpinan DSSK. apa kemajuan yang boleh kita banggakan di daerah ini? majlis daerah antara yang terawal di malaysia. tidak heran kalau KB kini bertaraf bandar. minggu lepas saya ke daerah kudat. tentunya saya tidak tahu semua tentang kudat tapi yang pasti saya terlihat kudat ada banyak kelebihan berbanding KB. saya kagum dan kudat sewajarnya berbangga dengan tinggalan kepimpinan Datuk Chong Kah Kiat. Kudat ada kompleks sukan antara yang terbaik di sabah, ada esplanede sidek untuk menenangkan jiwa, pengkalan feri yang selesa, medan letak kereta yang luas, dataran tomborungus yang indah, marina resort bertaraf bintang, simpang mengayau destinasi pelancongan bertaraf dunia dan mungkin ada yang lain yang tidak sempat saya lawati. apa yang amat bermakna semua yang saya sebutkan itu wujud ketika Datuk Chong sebagai ketua menteri. dan perlu saya ingatkan bahawa beliau sebagai ketua menteri HANYA DUA TAHUN SAHAJA saya ulangi untuk lebih jelas HANYA DUA TAHUN SAHAJA. cuba bandingkan dengan daerah kita ini. Saya amat berkeyakinan, pemimpin kita bukannya tidak terfikir meletakkan KB sebagai daerah yang sentiasa jadi tarikan untuk dikunjungi tapi malangnya pemimpin kita sentiasa saja sibuk dalam bidang kebudayaan yang diberi nama tarian CANTAS MENCANTAS dan impaknya kita di KB hanya berbangga dengan kehangatan situasi politik dan retoriknya.
Salam juga buat umnoreleven..
thanks kerana memberikan pandangan mengenai isu ini..dalamposting saya yg dulu mengenai DSSK dan Datin Saida juga meragui bahawa wujud perselisihan politik antara mereka...kerana sebagai adik beradik apatah lagi sudah berada dlm satu kapal UMNO maka rasanya percaturan mereka turut mengambil kira kepentingan legasi /keturunan mrk.
salam pendekartua..
ma kasih kerana memberikan idea mengenai isu ini..saya begitu menghargainya..rasanya sdr ni tentu orang politik kerana begitu rapat dgn kepimpinan negeri..apapun thanks kerana menyerikan blog KM ini.
Salam pak cik Amin..
ma kasih dengan maklumat itu..semoga pak cik sentiasa memberikan maklumat terkini.wassalam
slam sdri Idahan..
ma kasih kerana sekali lagi mampir..idea sdri boleh dipertimbangkan.
sdri watababai..
ma kasih atas sokongan sdri..hidup wanita!
Kurma..
bagaimana kalau sdr jadi tukang lobi..manalah tahu sdri watababai dan idahan jadi wakil rakyat.
salam paikankb..
Bagai hujan di tengah hari..umpama sawah tidak bertikus..
ma kasih kerana mengunjungi blog KM..
salam sdr watasikadi..
thanks kerana sekali lagi tidak ketinggalan mengikuti penulisan Kelapa Mawar..idea sdr nampak relevan..kerana calon wanita mungkin menjadi satu alternatif umno kb yg sekana ketandusan pemimpin lelaki yang berkelibar..
semoga perjuangan sdr terus diberkati..
terupung..
memanhg benar apa yg sdr katakan itu..kita di KB pun ada juga semua itu..kalau tak percaya tanya sama DSSK dan TSP yg begitu lama menjadi pemimpin di KB..apa jawapan mereka?
Saudara Terupung... saya sokong kenyataan ini "dikhuatiri hanya setakat impak politik atau sekadar berpeluang menikmati retorik politik yang tidak berkesudahan, seperti apa yang kita perolehi sepanjang kepimpinan DSSK"
buktinya?
1. SSK umumkan kepada Bernama Projek Kudat Bypass untukkan rakyat setempat tapi tanya driver lori yang senang hati dengan pembinaan jalan itu... petani kehilangan tanah kini papa kedana kerana tiada lagi tempat cari rezeki
2. Ramai pengamal media sanjung ketokohan SSK sedangkan ramai juga rakyat KB minum air perigi tiub berkeladak dan keruh yang mungkin kesan racun serangga, baja pertanian dan najis ternakan... isu ini wujud ketika SSK jadi CM dan TSP Menteri Perhubungan dan Kerjaraya.
pembetulan -- untukkan sebenarnya untungkan
Bernama nama penuh Agensi Berita Rasmi Malaysia
yang saya sampaikan adalah buat apa tanya driver lori... patut tanya pemilik tanah bah kan!
Post a Comment