Wednesday, December 30, 2009

sikap pemimpin kota Belud terhadap rakyat, kerana rakyat juga bersikap yang demikian. Apakah ada kebenarannya..?

Dalam dunia seorang pemimpin politik di Kota Belud, rakyat yang diistilahkan sebagai pengundi dalam politik pilihanraya adalah merupakan elemen terpenting kepada kebergantungan survival politik pemimpin berkenaan. Adalah tidak benar sama sekali jika kita mengandaikan bahawa Datuk Salleh Tun Said bisa berdiri dengan sendirinya sebagai Ketua Umno Bahagian Kota Belud tanpa sokongan dan kebergantungan terhadap perwakilan yang terdiri daripada ahli Umno KB. Dan adalah Salah yang amat salah jika kita menyatakan bahawa Datuk Musbah Jamli dipermudahkan laluan politiknya sebagai wakil rakyat Tempasuk tanpa 'pengangkatan' dari rakyat jelata yang memberikan sokongan kepadanya. Maka itu adalah tidak wajar juga sekiranya ada bibir yang meluahkan bahawa pencapaian cemerlang Tan Sri pandikar Amin dalam perjuangan politik peribadinya, tanpa menitiskan airmata meraih sokongan dari peringkat akar umbi yang juga adalah rakyat marhein. Justeru berani juga kita mengucapkan bahawa kebangkitan dan perlindungan politik yang diraih oleh Datuk Japlin Akim sehingga kini masih ADUN Usukan, juga adalah bertitik tolak dari kebergantungannya terhadap dukungan rakyat yang memangkahnya ketika PRU yang lepas. Justeru itu juga kesyukuran harus diucapkan oleh Datuk Rahman Dahlan kerana telah diberikan mandat oleh rakyat Kota belud untuk mewakili mereka di Parlimen.


Kesemua insiden pencapaian pemimpin politik di Kota Belud ini, nyata mengesahkan bahawa wujudnya 'sistem kebergantungan' antara pemimpin dan rakyat. Justeru dalam mantik politik membayangkan bahawa tindak-tanduk pemimpin di Kota Belud adalah kerana implikasi daripada sikap dan tabiat rakyat di daerah ini. Misalnya ketidakpedulian sesetengah pemimpin terhadap penderitaan rakyat, justeru kerana pada waktu pemimpin politik itu terdesak yang amat sangat, maka kesempatan itulah dipergunakan untuk mengaut keuntungan. Mentiliti rakyat yang suka dan malah mengharapkan pemberian angpau ketika hari pengundian benar-benar memaksa pemimpin politik di daerah ini mengumpul harta yang melimpah ruah ternasuk modal wang ringgit untuk pelaburan waktu meraih sokongan rakyat pada PRU.


Pemberian wang antara RM 50- RM 100 pada waktu PRU telah melazimkan rakyat dengan sogokan dan rasuah sokongan. Kerana itu pada peringkat perwakilan UMNO, jika 'pemanis' mata tidak diperolehi maka undi mungkin tidak dapat diberikan. Siapa yang ada wang, dialah 'raja' umno KB. Pada waktu PRU, ketua-ketua cawangan akan membawa pelbagai bentuk hadiah berupa wang ringgit untuk diagihkan kepada para pengundi untuk memastikan kemenangan bagi pihak yang disokong. Akhirnya setelah hampir 50 tahun budaya itu berlaku, ia menjadi satu kelaziman dan ini mendorong calon yang bertanding menggunakan budaya yang sama.

Bilakah kelaziman ini akan berhenti..? Kerana manifestasi dari apa yang dilakukan oleh pemimpin terhadap rakyat yang tertindas, adalah ekoran dari kerana terlalu mengaut keuntungan yang lumayan. Ada masanya kebajikan rakyat terkebelakang dari yang sepatutnya. Ada kalanya projek mega yang sepatutnya memberi kemudahan kepada rakyat menghadapi kemelut kerana kos dan pulangan yang diperolehi berkurangan. kalaupun bukan terus kepada pemimpin tetapi konsultan dan kontraktor yang terlibat mengecilkan kos dan keuntungan.

Kelaziman inilah yang membuatkan kita terfikir, apakah patut menyalahkan pemimpin atas situasi projek yang memberikan kesusahan kepada rakyat..? Atau apakah kerana desakan ingin sangat mendapatkan projek pembangunan untuk menunjukkan kepada rakyat kemampuan dan perananya masih relevan, membuatkan projek pembangunan itu terlepas memikirkan kesan kepada kehidupan rakyat? Sesungguhnya penulisan ini bukan niat menyalahkan mana-mana pihak, namun ia mengajak kita berfikir atas fenomena yang berlaku. Jika bukan satu komuniti mampu berubah, sekadar seorang individu menjadi nukleus untuk satu perubahan yang besar.

9 ulasan :

Pendekar Tua said...

salam KM..

Ada benarnya kalau asyik menyalahkan pemimpin, segala kerumitan tidak akan dapat diselesaikan..rakyat juga ada sikap yg perlu diubah, jangan letakkan kesalahan pada bahu pemimpin semata-mata..

saya berpendapat bahawa dgn menyalahkan TSP dan DSSK dalam soal pembangunan di KB adalah tidak patut, malahan pemimpin yg terdahulu seperti Datuk Yahya Lampung dan zaman PBS juga KB tetap seperti itu juga..

Rakyat kena berubah persepsi mereka terhadap DSSK dan TSP...kerana bagaimanapun mempersoalkan kridibiliti kedua pemimpin ini..mereka tetap juga dihormati oleh orang lain..

pernahkah kita terfikir mengapa DSSK tidak melawat Ketua cawangan di Kg Labuan sprti yg dipaparkan oleh rakan blogger kamu itu?

Cuba bersikap rasional dengan melihat keseluruhan situasi itu dan jangan memihak kepada sebelah pihak sahaj.

Salam hormat
PT

Roslan M. said...

SDRI KM>>

Kemenangan DARD sebagai MP KB adalah kerana sikap masyarakat KB yg inginkan pembangunan dan tidak melihat unsur sabotaj dan orang luar.

Mentaliti masyarakat KB ialah BN dan UMNO adalah parti yang harus diberikan kemenangan..kerana dgn BN sahajalah pembangunan dapat dibawa masuk ke KB..

Walau bagaiamanpun persepsi ini tidak akan bertahan lama..kerana apabila pemimpin yang dimenangkan itu menunjukkan ketidakbolehannya

sekarang ini banyak fadeback yg kita terima..rakyat KB merasa selesa dgn gabungan wakil rakyat mereka..tetapi adakah ini akan bertahan lama..? sedangkan PRU-13 semakin dekat..

golongan muda tidak mengharapkan wang atau angpau masa PRU...mereka lebihtertarik dgn isu ketelusan dan kejujuran pemimpin...selain kesediaan utk turun padang menemui rakyat..

Idahan said...

ziarah sdri KM..

Kebergantungan itu membuatkan mereka saling perlu memerlukan antara satu sama lain...YB-YB di KB mesti mengambil berat kepada rakyat supaya mereka tidak terputus dari rasa bergantung itu..

rakyat pula perlu bersyukur kepada pemimpin supaya mereka ada ketua utk menyuarakan kehendak mereka..

barulah sdri KM berhenti menulis tentang politik dan pemimpin di KB ini..

Pak Cik Amin said...

Kelapa mawar..

Datuk salleh menang sebagai ketua bahagian bukan kerana dia bergantung harap dengan ihsan ahli UMNO KB tetapi dia mempunyai wang yang banyak...wang yang disalurkan kepada perwakilan mencecah ribuan ringgit untuk mendapatkan sokongan undi..

Datuk Musbah juga menggunakan wang dalam pemilihan itu tetapi oleh kerana wang yg diberikan itu tidak dapat menandingi Datuk Salleh, maka dia mengalami kekalahan biarpun pada awalnya dia menerima pencalonan yang lebih tinggi daripada datuk Salleh..

Ada perwakilan dari Kg Taun Gusi yang menyatakan kepada saya bahawa ketika pemilihan itu dia sahaja telah memperolehi 5 ribu ringgit daripada kedua-dua calon yang bertanding..bayangkan berapa ratus ribu wang yang telah dibelanjakan oleh datuk Musbah dan datuk Salleh...itu belum lagi Awadnir punya duit..

Sebab itu bagi premimpin ini perwakilan dan ahli UMNO KB semuanya hanya mahukan duit dan tidak ada yang berkelayakan utk menjadi pemimpin yang bersih dan berwibawa...

biarpun mereka tidak turun padang tapi DSSK tidak pernah takut utk mengalami kekalahan kerana bagi dia akan kumpul duit banyak-banyak dan kemudian hamburkan ketika PRU atau pemilihan UMNO supaya orang pilih dia dan dia tetap akan menang..

Katakamu said...

Rakyat harus berubah dengan menolak pemimpin yg sibuk mencari duit dan keuntungan..kalau kita lihat tidak ada pemimpin politik di KB yg hidup sederhana semuanya kaya-raya..kalau Datuk Musbah lagi berderet kereta mewah pelbagai jenama di sampin rumah besarnya alah istana..

terfikirkah kita berapa aset Datuk Musbah masa ini ?

Datuk salleh pula mewarisi harta kekayaan dari keturunannya lagi..

kalau masa Pilihanraya..rakyatlah yg paling sibuk menyokong mereka tetapi mereka tidak sedar pemimpin makin kaya, rakyat makin menderita..

palingberani said...

rasanya sudah cukup Datuk japlin bergantung kepada rakyat usukan kerana kalau dia tidak dicalonkan lagi dia tetap juga sudah bergelar "Datuk"

Mohd Amini said...

Salam KM Pemimpin dan rakyat umpama aur dengan tebing iaitu saling paut memaut antara satu dengan lain.Pemimpin memerlukan rakyat dan rakyat perlukan pemimpin.bemedu

BATU MENUNGGUL said...

salam KM,

pemimpin yang dihormati dan disegani sungguh berbeza, jangan kita salah faham bila orang lain hormati kita bermakna kita sudah disegani, kita diberi gelaran yang tinggi bukan bermakna kita disegani, tetapi kalau setiap pertandingan kita tidak pernah ditandingi bermakna kita disegani, kalau pemimpin terdahulu tidak mampu melakukan perubahan kenapa pula kita tidak mahu merubah, maka patutlah kita menyalahkan pemimpin jika pemimpin itu tidak pernah membawa pembangunan kepada KB dan pemimpin itu juga seharusnya menerima keritikan untuk merubah bukannya melenting bila diungkit kesalahannya oleh itu jadlah pemimpin profesional seperti Datuk Ghafur Salleh

kelapa mawar said...

sdr-sdr sekalian..

Ma kasih atas pandangan sdr-sdr tentang hal ini. Saya begitu amat mernghargainya. setiapa pandangan sdr akan saya ambil kira dalam penulisan yang akan datang.

Ma kasih sekali lagi.