Thursday, December 24, 2009


Datuk Rahman dikatakan "orang di luar kandang" politik Kota Belud



Orang kampung Kesapang dengan air minum yang berkelodak ( gambar blog seliau-liu)

Kalau bukan kerana pengguguran DSSK dan TSP pada PRU-12 yang lepas, rakyat di Kota Belud tentunya tidak sangat mengenali personality politik Datuk Rahman Dahlan. Walaupun sebelum itu Datuk Rahman adalah antara orang penting dalam barisan kepimpinan Pemuda BN tetapi di daerah Kota Belud, Tokoh orang muda ini tidak langsung mendapat tempat pada ‘perbicaraan’ politik orang Kota Belud, biarpun ramai yang menyatakan bahawa pekan Tuaran, daerah datangnya Datuk Rahman sebagai ‘saudara tiri’ kepada daerah Kota Belud. Justeru itu bila Datuk Rahman menjadi calon Parlimen Kota Belud, ia benar-benar mengembalikan nostalgia politik di zaman Usno , Berjaya dan PBS. Kerana pada zaman itu, kota belud juga pernah menerima “orang di luar Kandang” kepolitikan Kota Belud. Mohd Noor Mansor, Datuk Yahya Lampong, dan Tun Mustapha sendiri adalah antara nama Pendatang politik yang mendapat ‘simpati’ undi dari masyarakat Kota Belud.


Kerana Datuk Rahman ‘orang muda’ ,maka Nampak gayanya tangkas dan berwawasan. Bukanlah menidakkan wawasan dan ketangkasan ‘orang lama’ tetapi kudrat dan pembawaan fizikal nyata memihak kepada Datuk Rahman. Kerana itu pendekatan, persepsi, pegangan juga ‘aqidah’ kepada pembangunan di Kota Belud jelas ada pada Datuk Rahman. Lihat pendirian beliau seperti yang saya petik dalam blog pemimpin ini

“..Sebenarnya saya merasa seronok dan mendapat kepuasan hati bila dapat turun ke akar umbi melalui program tinjauan mesra bulanan saya. Tiada protokol, tiada kompang dan tiada bunga manggar untuk menyambut kedatangan saya. Hanya yang ada ialah kecerian yang terpancar diwajah mereka yang dapat dibantu....”

Kemudian bandingkan dengan tokoh pujaan ramai para pemimpin yang lahir dan membesar di daerah ini. Ada yang hanya turun ketika menjadi tetamu hormat pada satu-satu majlis sebagai perasmi, itupun setelah mendapat sponser dari pemimpin ini. Ada yang menunggu menerima ‘jemputan’ dari rakyat dan baru kemudiannya menemui rakyat jelata. Tidak terkecuali ada pemimpin di daerah kita ini yang meletakkan diri berbeza dari orang lain. Seorang personaliti,yang terlibat dalam bidang keagamaan pernah memberitahu kepada saya bahawa, ketika DSSK menjadi ahli parlimen Kota Belud, Program keagamaan jarang mendapat perhatiannya, tetapi apabila ‘terlucut’ dari sebarang Jawatan, pemimpin ini nyata ‘senang’ ditemui dan didampingi..malahan ketika terlibat dalam penyampaian bantuan (agama ) di sebuah kampung di daerah Kota Belud, DSSK mengakui bahawa itulah majlis pertamanya sejak digugurkan dalam sebarang Jawatan dan parti.


Kita juga mengharapkan bahawa TSP lebih terbuka untuk turun padang sekalipun beliau bukan lagi wakil rakyat di daerah ini, tetapi atas kerana bahawa pencapaian beliau adalah atas titik peluh dan jerit payah serta sokongan undi dari masyarakat Kota Belud, maka sewajarnya kejayaan pencapaian TSP dalam bidang politik dikongsi kerana sebahagiannya adalah ‘hak tersembunyi’ masyarakat Kota Belud.


Apabila Datuk Rahman menjadi ahli parlimen Kota Belud, pendekatan ini jauh berbeda. Biarpun pelbagai kemusykilan berlegar di benak orang Kota Belud terutama berkaitan dengan pengagihan peruntukan Parlimen yang disifatkan sebagai tidak TELUS ( Setakat ini tidak ada penerangan dari ahli parlimen) juga pengagihan perlaksanaan projek , dan juga isu kesesakkan di daerah ini. Namun isu yang menjadi ‘lafaz janji’ Datuk Rahman ialah mengenai isu Bekalan Air Bersih, yang dijangka dapat diselesaikan pada tahun depan (2010).


Makanya apabila membaca keluhan Sdr Seliu-liu mengenai ratapan penderitaan masyarakat kampung Kesapang dan sekitarnya yang terpaksa meminum air yang berkelodak dan berlumpur serta merbahaya kerana bercampur dengan Baja kimia dan Racun makhluk perosak ( Dari penanaman Padi ), justeru saya mengambil keputusan untuk mengingatkan kembali Datuk Rahman mengenai “lafaz” janjinya kepada masyarakat Kota Belud. Penyelesaian masalah bekalan air ini pernah dipaparkan dalam blog Datuk Rahman yang dikatakan oleh beliau memerlukan peruntukan lebih 50 Juta untuk membaikpulih sistem pepaipan yang sudah usang dan tidak dapat menampung tekanan air yang dilepaskan dari loji penapis kampung Bayayat. Isu bekalan air bersih ini juga mendapat perhatian dari bloggers Depu-depu dengan memaparkan isu yang sama.


Isu bekalan air ini mengingatkan saya kepada ‘rahmat’ diperolehi oleh rakyat di DUN Bugaya, Semporna apabila wakil rakyatnya Datuk Ramlie Marhaban telah mengumumkan bahawa permasalahan itu akan diatasi..dan dengar khabarnya projek pembekalan air bersih di DUN itu sedang berjalan rancak.


Tatapilah catatan Datuk Rahman mengenai isu kemiskinan di daerah Kota Belud..


Saya berkesempatan naik ke rumah salah seorang yang dibantu. Di dalam rumahnya yang begitu menyedihkan itu, saya ternampak bendera BN yang digunakan untuk menampal lubang di rumahnya. Rumah itu tidak mempunyai bilik. Disitulah dapur, disitulah bilik tidur dan disitulah ruang tamu. Saya sayu melihat keadaan rumah itu. Masih ramai rakyat Kota Belud yang masih miskin tegar yang perlukan pembelaan. Saya berdoa agar satu hari tidak wujud lagi rumah-rumah di Kota Belud yang sebegini rupa. InsyaAllah.

Mudah-mudahan dengan kesungguhan YB Datuk Rahman ini, seluruh masyarakat Kota Belud akan sentiasa merindui wawasan beliau, apabila pada satu hari YB ‘orang muda’ ini dikembalikan semula di daerah asalnya, Tuaran.





21 ulasan :

Seliu Liu said...

Dari segi turun padang SSK memang jauh tertinggal oleh DARD, dari aspek janji ketika ini ada persamaann cuma kita harap DARD akan berjaya merealisasikan wawasannya.
Hajiji pun perlu pengganti juga, sama seperti SSK dan TSP...
biarlah pengganti SSK dan TSP berpendidikan, beragama, amanah, bersih dan berjiwa rakyat...
Palis-palis janganlah ada rekod dadah dan judi seperti kebimbangan rakan bloggers kita Siti...

palingberani said...

Salam Kelapa Mawar..

Setelah membaca paparan sdri ini saya ingin berkongsi cerita..kalau menurut sdr Gawis dlm blognya..DARD ketika melawat masyarakat Miskin sprti yg beliau paparkan itu bersama-sama dengan wartawan dan TV 3..apakah maknanya itu..?

Tanggungjawab atau utk populariti..nak tunjuk dgn YB Khairy Jamaludin (mentornya) bahawa dia prihatin dan disukai oleh org KB..Palis-palis

watasikadi said...

salam KM,
satu posting tentang DARD. saya walaupun banyak mengkritik kepimpinan DARD dalam blognya suatu ketika dulu, namun saya tidak dapat menafikan semangat mudanya untuk membela rakyat..beliau sayu melihat rumah dilawatinya menunjukkan beliau begitu prihatin.sebenarnya rumah yang digambarkan sebegitu rumah masih mencecah ribu dikota belud dan masih ramai tidak berumah dan menyewa di PPRT yang diberi pada yang bukan sepatutnya. kesayuan DARD amat saya hargai kerana beliau jarang melihat keadaan seperti itu manakan tidak, dulu gunting rambut pun familinya ke singapore. cuma apa yang ketara wawasan dan manifestasi DARD di KB selalunya tidak sampai ke targetnya bila beberapa orang kuatnya mengambil kesempatan di atas kesempitan rakyat..maka yang buruk nama DARD. seharusnya DARD punya penggerak yang lebih kuat dan jitu dari yang ada kini. pada saya hanya saudara idris sahaja yang kira boleh pakailah darikacamata saya. yang lain minta maaflah, putung abis projek2 punya peruntukan.. bak kata azrone hajiji di tuaran perlu digantikan, dan rekod DARD berbanding SSK turun padang lebih baik DARD. saya setuju kenyataan DARD lebih baik berbanding SSK dari segi turun padang, namun hajiji belum boleh digantikan, berbanding DARD rekod turun padang hajiji jauh lebih baik. saya berdasarkan pengalaman saya bertugas di tuaran, dalam seminggu sekurang2nya hajiji memperuntukkan 3-4 hari di sulaman jika tidak ke luar negeri sabah ini. dan dalam seminggu tidak miss ke medan selera tuaran. walaupun saya PAS kalau di tuaran hajiji sukar ditumbangkan apa lagi calon PKR ansari.bertambahlah sukar kalau angkat dagu jak sama rakyat. apapun akhirnya mereka yang kita bicarakan ini sudah sedia di zon selesa walaupun tidak menjadi wakil rakyat mereka banyak bisnes diuruskan. akhirnya bepikir juga mana mau cari kerja lepas tamat kontrak ni..hehehehe..takbir!

Mohd Amini said...

Salam Kelapa Mawar.Saya amat tertarik dengan paparan saudara kerana ada kesinambungannya dengan paparan dalam blog saya tempoh hari.Saya rasa peranan para blogger sebagai egen penyebar maklumat tentang aktiviti para pemimpin di daerah ini perlu diberi perhatian dan dihargai oleh pihak berkenaan.Sebenarnya kita sebagai blogger bukan semudah mencerna idea dalam penulisan ini. Untuk menghasilkan sebuah tulisan perlukan pengorbanan masa dan memeras otak menghasilkan tulisan yang baik.

Pendekar Tua said...

salam KM,,

Nampak gayanya pemuda di KB suka orang luar dari pemimpin daerah sendiri..pemimpin luar dicanangkan kebaikannya manakala pemimpin daerah sendiri diwar-warkan keburukannya..

dari segi pemainan politik kemunculan orang luar dalam politik KB nyata bertujuan utk menjatuhkan pemimpin sedia ada..

ingatlah sdri KM..hujan emas dinegari org, tidak berharga bagi seorang pengembara kerana lebih suka hujan batu di tempat sendiri

Anonymous said...

Salam KM

Saya tidak melihat DARD adalah orang luar Kota Belud sebagai satu perkara yang melebihi daripada penderitaan rakyat. Yang penting ialah sumbangan beliau dalam memberi satu perubahan dan nafas baru kepada rakyat setelah melihat penderitaan rakyat.Sebagai contoh Pro-Khas yang dijalankan oleh DARD dapat membantu golongan yang memerlukan. Sebenarnya kemudahan bekalan air di Kota Belud masih lagi menjadi topik semua pihak. Inilah realitinya Kota Belud. Selain bekalan air yang bersih, kemudahan jalan raya juga masih lagi di takuk yang lama terutamannya di Dun Kedamaian.
Diharap RMK-10 akan menjanjikan pembangunan yang rancak di Kota Belud.

Pak Cik Amin said...

Salam sdri KM..

Posting kali ini agak berterus-terang yakni menyatakan sokongan padu kepada DARD..dengan menjadikan beliau sbgi idola kaum muda di KB..tidak jadi masalah...cuma saya terfikir sejenak adakah di KB ni benar-benar ketandusan pemimpin sehingga mengimport pemimpin daerah jiran..

Satu lagi persoalan yg wajar dilontarkan..apakah kalian merasakan bahawa jika DARD di Tuaran, apakah wawasan dan sumbanganya setimpal seperti di KB..

Agak sayaeloklah kita dengar sendiri daripada orang tuaran iaitu rakan blogger kita SDR.SOLYMONE..

Sementara itu..semoga kita semua sukses.

Seliu Liu said...

Salam persaudaraan Watasikadi dan terima kasih adinda KM kerana bagi peluang kepada kita memberi idea...

maksud saya Hajiji bukan diganti sekarang tapi akan datang...

Sekarang memang Hajiji masih kuat dan hebat tapi akan datang kudrat yang ada akan hilang dan ketika itulah tuaran terutama orang-orang kita perlukan pengganti setandingnya seperti DARD.

Ajin b. Gagah said...

Salam untuk Kalian,
Hingga setakat ini, tidak banyak yang saya lihat aktiviti ‘super special’ yang telah DARD laku kan di KB atas 'capacity' beliau selaku MP.

Seada nya kebanyakan program kerajaan yang beliau cuba usahakan di sana ada lah dalam tahap ‘normal’. Contoh nya pembangunan bekalan air tambahan dari Bayayat dan Jalan Luar bandar ada lah program yang telah di rancangkan oleh Jabatan selaras dengan keutamaan dan kehendak ‘costumer/ rakyat’ disana.

Setakat ini, kita maseh tertunggu-tunggu sama ada beliau mampu meng-ilhamkan satu Visi berupa Perancangan ‘Super’ atau program mega untuk Daerah KB saperti;
i) Pembangunan Koridor KB ke arah 2020
ii) Pembangunan Koridor Pesisiran laut Pantai Mas-Pantai Nanamun
iii) Pembangunan Pekan Kota Belud II di Kawasan per-sempadan KB-Kota Merudu-Ranau
iv) Cadangan Komplek Pangajian Tinggi tahap Universiti dan Politeknik di Tempasuk atau Kadamian dsn
v) Dan lain-lain
Apa yang kita tahu ada lah kebijaksanaan beliau mentadbir pengunaan peruntukan Parlimen yang hanya bernilai sebanyak RM 3juta setahun. However, perkara saperti ini pernah juga dilakukan oleh MP-MP sebelum ini di KB.

Manakala di Tuaran, pada pandangan saya, DARD akan lebih berjaya dan 'effective' berbanding dengan Datuk Hajiji.
Logik nya, Datuk Hajiji(walau pun beliau pakar politik dan maseh lagi popular pada golongan akar umbi masa kini), namun keupayahan beliau untuk merancang program besar telah sampai ketahap ‘saturated’ atau pun telah luntur.

Makna nya, daya ‘innovation’ dan ‘creativity’ beliau untuk membangun Daerah Tuaran sudah sampai ketahap maksimum (mungkin kerana terlalu lama memegang tampuk kuasa disana).
Sedangkan, Tuaran maseh perlukan banyak lagi pembangunan asas dan mega yang perlu di rancang dan di laksanakan selaras dengan kehendak zaman di daerah tersebut.
Contoh nya;
i)Perancangan Pembangunan Warisan Teluk Sulaman:
Perancangan untuk menaikkan taraf kawasan Teluk Sulaman selaku pusat pelancongan yang changgih bertaraf Antarabangsa. Saperti kawasan Bosphorus di Istanbul Turki.
ii) Perancangan jalan Raya Coastal Tuaran-Kota Belud
iii) Oceanic University, Teluk Sulaman
iv) Naik taraf bekalan air bekalan Air Tajau-Serusup
v) Industri Produk Ikan di Sambah-Suang Bangau
vi) Dan lain-lain lagi

Dalam jangkaan saya, DARD akan pasti berjaya meneruskan perancangan yang saya catitkan ( kawasan tanah tumpah darah beliau), kerana beliau masih muda, berpelajaran, berpengelaman dan mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin di Kuala Lumpur.

Walau macam pun semua ini hanya lah pandangan saya.Tidak lebih dari itu...So to speak

Semuga kalian sukses

Seliu Liu said...

Saudaraku Paling Berani... dulu SSK pun bawa TV3 ke Tambilaung untuk umum projek bekalan air graviti...

Sebaik menang Ketua Bahagian Umno KB, sekali lag SSK bawa krew Bersamamu TV3 ke Pangkalan Abai tengok rumah orang miskin...

Ada dua wartawan puji depan saya

Jawab saya... dia buat statement kegembiraan rakyat kerana projek Kudat Bypass sudah siap tapi tanya driver lori yang memang happy kerana jalan tidak payah masuk pekan yang sesak...

Sedang dia tidak pernah tanya bapa saya yang kehilangan tanah... macam mana cari rezeki?

Mari kita fikirkan bersama...

YB Dato' Abdul Rahman Dahlan said...

KM, saya jarang memberi komen terhadap penulisan yang melibatkan saya kerana berpendapat biarlah orang yang menilai penulisan itu.

Cuma saya terpanggil untuk membetulkan beberapa fakta yang ditulis oleh rakan-rakan yang memberi komen lanjut terhadap artikel anda itu.

(1) Krew TV3 dan wartawan yang hadir dalam lawatan saya ke rumah saudara Lamjin Sumbing di Kg Wokok Kinuta adalah sebenarnya kebetulan. Hari itu saya mempunyai 4 program termasuk program melawat kampung-kampung. Tugas saya bermula dengan program kursus homestay di kg Bobot, kemudian ke majlis penerangan bersama rakyat di Kg Tengkurus, program dailog dengan JKKK di Kg Pinansang Woroulu dan Kg Tuguson. Lepas itu yang terakhir ialah melawat sahabat yang sedang mengidap sakit jantung yang agak kronik.

Krew TV3 sebenarnya tidak mengetahui program di rumah sdra Lamjin kerana saya hanya buat keputusan pagi itu jugak selepas merasmikan kursus homestay. Saya mendapat makulmat tentang penderitaan sdra Lamjin malam sebelum itu. Oleh kerana kami berkonvoi dan krew TV3 dan RTM tidak tahu jalan ke kampung-kampung yang saya sebutkan diatas, mereka tidak mahu tertinggal dan sesat. Maka mereka membuat keputusan untuk mengikut saya ke rumah Lamjin dan seterusnya membuat liputan secara spontan.

(2) soal gunting rambut anak saya di Singapura tak betul...

(3) Soal pembangunan "super special" adalah pandangan yang baik dari Pak Solymone. Tetapi saya rasa keutamaan saya ialah masalah asas sperti air dan elektrik dan jalanraya kampung masih dalam keadaan serba serbi kekurangan. Walaupun bunyinya tidak seksi dan glamor, saya rasa lebih baik saya selesaikan dulu yang itu. Apapun, saya minat dengan pandangan Pak Solymone (dan saya adalah pengunjung setia blog beliau) yang selama ini konsisten dengan idea pembangunan besar yang mempunyai idea substance dan isi.

Salam.

Rahman

kelapa mawar said...

salam kekandaku Azrone..

DARD nampak lebih signifikan di KB drp pemimpin sprti DSSK dan TSP kenspa?..

kalau nak kan penganti mestilah lebiah baik dari sedia ada..

ma kasih atas response sdr..

kelapa mawar said...

sdr palingberani..

apapun tujuan dan hasrat DARD nyata ia memberikan kebaikan kepada rakyat..niatnya hanya tuhan yg boleh menialinya.

ma kasih kerana memberikan pandangan .semoga sukses

kelapa mawar said...

sdr watasikadi..

ma kasih kerana memberikan pandangan mengenai hal ini..rasanya di Tuaran pergolakan pemimpin lama (Hajiji) dengan para pelapis hampir menyamai isu yang berlaku di KB..Barangkali itulah DARD dihantar ke KB..

Walaubagaimanapun rakyat mesih melihat akan pendekatan kedua-dua pemimpin ini..
salam hormat.

kelapa mawar said...

Sdr Amin..

Ma kasih atasa pandangan ikhlas sdr mengenai isu yang saya paparkan ini. Sebagai blogger kita berkewajipan menyamnpaikan apa yg sepatutnya kita rasa perlu dipaparkan danmemebrikan sumbangan kepada masyarakat pembaca.

ma kasih sekali lagi..

kelapa mawar said...

sdr Pendekartua..

Saya hanya memaparkan apa yg septutnya tanpa berat sebelah..tidakada niat utk memperkecilkan para pemimpin masyarakat di KB tapi itulah realitinya..kadang kala orang luar yg sdr katakan itu lebih baik dan memberikan khidmat yg lebih berpanjangan daripada yg sedia ada.

ma kasih atas pandangan itu

kelapa mawar said...

bulanmengambang..

saya juga tidak melihat DARD sebagaiorang luar keran ikatan budaya dan suku itu yg hampir sama..apa yg paling penting ialahkesudian menabur bakti di daerah KB..

ma kasih kerana berkunjung.

kelapa mawar said...

sdr Pakcik amin..

ma kasih kerana memberikan persoalan itu saya turut memikirkannya..

kelapa mawar said...

sala sdr Solymone..

ma kasih kerana memebrikan idea yg bernas mengenai hal ini..

bila say membaca ulasan sdr saya jadi terfikir bahawa kesemua perancangan itu nampakbegitu kemas dan tersusun serta mempunyai impak ekonomi yg positif..

misalnya membangunkan persisir pantai Emas- Pantai Nanamun begitu menyentuh hati dan sannubari saya..kerana ia bukan sahaja memberikan manfaat kepada perkampungan pesisir pantaibahkan juga turut melonjakkan daerah ini sebagai destinasi pelancongan..

sebagai response saya pada cadanganh sdr ini..mohon agar Datuk Rahman dapat meneliti lebih lanjut supaya KB dapat dibangunkan sekurang-kurangnya sepertipesisir pantai dalit di tuaran.

mengenai cadangan sdr yg lain saya juga cukup bersetuju dan rasanya alangklah baiknya kalau sdr sebagai mantan jurutera JKR KB dapat menjadi AJK pembangunan di KB, lagipun sdr juga adalah orang KB dan mempunyaikeluarag di sini..

sehingga itu, saya cukup berterima kasih atas pandangan sdr itu. Semoga sdr terus diberikan kekuatan dan idea utk menyumbang kepada masyarakat. Wassalam

kelapa mawar said...

salamkembali kekandaku azrone..

ma kasih atas maklumat sdr itu..sebagai wartawan sdr punya maklumat yg cukup berharga..

perjuangan sdr membela rakyat yg tertindas wajar diberikan sokongan.

kelapa mawar said...

Salam Yang Berhormat Datuk Ahli Parlimen KB..

Pertamanya ,terima kasih kerana sudi memberikan response ke atas penulisan dalam blog yang tidak seberapa ini..ia hanya memaparkan satu hipotesis berkaitan dengan gagasan, wawasan juga sumbangan Datuk terhadap daya bangun di daerah ini..

Ketulusan dan kemurnian hati datuk dalam memberikan penerangan dan membetulkan beberapa tanggapan awal amat saya hargai..

seperti biasa, kami masyarakat KB mengharapkan agar Datuk terus menyumbang kepada pembangunan fizikal dan modal insan di daerah ini..

semoga sukses.
KM