APAKAH TEORI KECENDERUNGAN MENERUSKAN LEGASI KERUAK DI KOTA BELUD ADA KEBENARANNYA?
Apabila dunia keilmuan memutuskan untuk’menghalalkan’ pembicaraan seluruh aspek kehidupan manusia maka yang menjadi tumpuan ialah aspek politik. Kerana politik adalah berada dalam ruang lingkup peribadi manusia. Sikap, wawasan, cara fikir, sudut pandang, skill, kuasa, dan pelbagai lagi subpolitik yang bersangkut rapat dengan nilai diri seorang pemimpin. Antara yang paling mendapat tempat pada pengkajian politik ialah tabiat “kecenderungan”. Teori ini menyatakan bahawa Seorang penggiat politik tidak akan dapat dipisahkan dari tabiat ini. Kecenderuangan untuk diri, kencenderungan untuk pengikut, kencenderungan untuk pihak lawan, kencenderungan menjaga proksi dan kroni dan juga kencenderungan untuk meneruskan legasi. Kerana itu dalam tamadun politik manusia, kita dapat menyaksikan bahawa “kecenderungan untuk meneruskan legasi kepimpinan secara turunan begitu mengambil tempat. Dalam system pemerintahan Islam selepas Khulafa-Ar Rasidyin, banyak kencenderungan Legasi yang berlaku..adanya pemerintahan Bani Umayyah, Bani Abbasiyah dan Moghul serta beberapa lagi. Itu yang berlaku. Dan ini juga yang berlaku dalam dunia politik kita di Kota Belud.
Kecenderungan untuk meneruskan legasi kepimpinan secara keturunan sedang berlaku. Dan ini tidak salah dari kaca mata ilmu politik. Hanyasanya apabila mewujudkan onar pada masyarakat ,maka itu yang menjadi kesalahan.Mematikan peluang orang lain dengan cara yang tidak sepatutnya, itu yang kurang wajar dilakukan. Apabila speculator politik di Kota Belud,memberikan andaian bahawa akan termakbulnya doa Datin Saida dicalonkan di Usukan, maka speculator ini juga yang mengandaikan bahawa, ‘kecenderungan’ meneruskan legasi ini akan membawa kepada keinginan Datuk Salleh Said keruak untuk bertanding di Tempasuk. Biarpun kata orang dua adik beradik ini tidak sebulu dalam mazhab politik mereka. Namun teori kencenderungan ini boleh mengabaikan tanggapan itu. Jika Datuk salleh, boleh membuatkan Datuk Musbah ‘tersungkur’ dalam perebutan Ketua Bahagian Umno KB, maka apakah tidak ada kemungkinan jika menurut teori kecenderungan ini..?
DSSK adalah antara ‘pewaris kepimpinan ‘legasi Keruak di Kota Belud. Walaupun Datin Saida juga adalah satu-satunya waris wanita yang cenderung dalam politik, namun pencapaiannya agak lambat dan terkandas. Berbanding dengan DSSK yang Berjaya menaiki anak-anak tangga politik hingga menjadi Ketua Menteri, sekalipun disebabkan oleh system penggiliran yang diperkenalkan setelah UMNO menjejakkan kaki di Sabah. Justeru sebagai cabaran kepada teori kecenderungan itu, maka DSSK akan cuba menanamkan minat menjadi wakil rakyat di Tempasuk. Tidak ada sebab untuk tidak memanjangkan keinginan politik ini. Walaupun Datuk Musbah dilihat sebagai wakil rakyat yang selalu turun padang dan dekat dengan hati akar umbi serta dikatakan sebagai pemangkin kepada keberjayaan idea Projek Jepalang Padi,namun bukankah DSSK juga pernah menabur bakti kepada masyarakat Kota Belud dengan projek mega pembinaan Lebuhraya Tuaran-Kota Belud. Bukankah itu juga sumbangan terbesarnya kepada rakyat di daerah ini dalam sejarahnya menjadi Pemimpin legasi Keruak?. Apakah kita masih terbayang bahawa perjalanan sebelum terbinanya Lebuhraya Tuaran-kota Belud itu, perjalanan ke Kota Kinabalu dari Kota Belud begitu lama, memenatkan dan membahayakan..Kerana itu soal sumbangan tidak akan timbul dalam menyatakan kebenaran teori kencenderungan ahli politik itu untuk meneruskan legasi kepimpinan keluarganya di Kota Belud.
Jika yang demikian, biarpun DUN TEMPASUK menyaksikan intaian dari pelbagai pihak termasuk TSP yang disebut-sebut masih begitu berminat, namun teori ini membenarkan bahawa DSSK akan tidak memberikan peluang itu semata-mata untuk kepentingan legasi keluarga Keruak. Banyak premis boleh dikedepankan, bukankah rekod Datuk Musbah dalam PRU-12 yang lalu, amat ‘membimbangkan’ dengan menyaksikan penurunan undi dari beberapa perkampungan yang sebelum ini memberikan undi kepada beliau.Walaupun fenomena itu dikatakan lahir atas rasa protes penyokong TSP yang kecewa lantaran TSP tidak dicalonkan, tetapi ia turut membawa khabar bahawa penyokong DSSK juga turut menyatakan protes dan kalau ini berlaku lagi dalam PRU akan datang, maka DSSK dijangka tidak akan terus membiarkan.
Meletakkan percaturan dan membiarkan Datin Saida di Usukan, akan memberikan satu kelebihan buat legasi keruak di Kota Belud. Bukankah ‘kehadiran’ Datin Saida dalam pemilihan G7 dalam Umno KB adalah satu “tester” bahawa kepimpinan Keruak masih releven di daerah ini..? Dan nampaknya percubaan itu nyata berhasil apabila Datin saida terpilih dalam senarai pemimpin yang dipilih oleh perwakilan. Apa pun factor kemenangannya, ia setidak-tidaknya menyatakan bahawa teori kecenderungan itu ada kebenarannya. Kerana itu jika DSSK dicalonkan di Tempasuk, maka Legasi Keruak akan tambah kukuh. Pengukuhan ini hanya berlaku setelah kedua-dua tokoh dari keluarga ini mempamerkan kehandalan percaturan politik mereka.
13 ulasan :
salam sdri KM..
Biarpun posting sdri kali ini bersandarkan kepada teori seperti yg sdri katakan, namun kebenarannya sukar diramalkan..
jika legasi keluarga ini cuba diperturunkan, maka pemimpin lain sprti TSP, DHMJ,DJA juga ada "legasi'nya sendiri..mereka juga akan mempertahankannya..oleh itu teori itu akan menjadi bertmbah sukar ..
Di mana-mana DUN pun di KB, semuanya ada peluang..termasuk DUN KADAMAIAN...
Mungkin juga TSP boleh bertanding di DUN Berkenaan atas semangat BN Sabah..
Mungkin DSSK boleh juga bertanding di DUN yg samaatas semangat yg sama..Fikirkanlah..
salam hormat
PT
Kak KM..
Walaupun ada kecenderungan utk mengekalkan keturunan Keruak di KB..tetapi rakyat bukannya seperti dulu..bahkan ramai sudah yg berpendidikan..oleh itu rakyat boleh mentafsir dan membuat pilihan utk kepimpinan masa depan mereka..
Saya tidak nampak bahawa hajat DSSK itu jika benar akan dapat menarik minat masyarakat utk memberikan undi kepada beliau..kerana beliau bukanlah pemimpin yg mempunyai rekod tidak pernah kalah..
DSSK pernah kalah oleh TSP di Usukan..jika beliau, bertanding di Tempasuk mungkin juga boleh dikalahkan...jadi berhati-hati membenarkan teori kencenderungan ini..
Dulu saya pernah undi SSK tapi akan datang tolakkk!
Idahan... bukan salleh yang kalah ketika itu tapi berjaya, rakyat usukan yang fanatik tun mustapha tatap ngundi usno.
yang kedua salleh kecundang lagi dan dia kata bukan dia yang kalah sebaliknya PBS...
rakyat usukan setakat ini hanya kasih menang calon usno dan umno... akan datang mungkin bebas atau pembangkang!
lagi pun dulu usukan pengundinya seimbang antara bajau dan iranun dan kdm hanya minoriti.
kini selepas kampung iranun seperti merabau, tamau, tawadakan, kotabungan, kota peladok dan rudang masuk dun tempasuk, jumlah undi iranun berkurangan di usukan.
masuk pula kampung bajau dari dun kedamaian ke dun usukan seperti siasai, pirasan, paka-paka, lentigi dan kimo-kimo.
kini bajau majoriti di usukan...
orang bajau adalah kekuatan usno dan kemudian umno di dun tempasuk, dun usukan dan parlimen kota belud!
salleh yang dulu acapkali tewas kini dapat membaca psikologi kaumnya dan juga kaum lain... ini menjadikan beliau amat perkasa di kota belud pada masa kini berbanding seorang yang ditolak dulu-dulu... sekadar pandangan, namun keluarga saya di usukan/kb tatap tolak ssk dan legasi keturunan arshad!
Salam Adinda Kelapa Mawar,
Mohon laluan menjawab hujah Bapa Pendekar Tua. Politik Legasi sudah menjadi persoalan sejak zaman sebelum merdeka lagi. Mohon saya perbetulkan fakta, sebenar legasi bermula sejak zaman dulu lagi, yakni bermula arwah Arshad lagi sehingga kini.Sehinggalah legasi ini diteruskan oleh DSSK. Persoalannya apakah keturunan lain dinafikan kewibawaannya menjadi pemimpin Kota Belud.
Sebenarnya banyak lagi mempunyai bakat memimpin Kota Belud, tetapi dinafikan haknya atas sebab tiada kekuatan wang dan tidak diberi peluang langsung oleh mereka yang ada kuasa sekarang.
Sdr Tompok-tompok tahi unta..
Kepimpinan Legasi ini dimana-mana pun berlaku tetapi bagaimana Legasi pelapis yang melapis boleh menumbangkan Legasi sedia ada..itu yg harus difikirkan?
Kalau Sdr katakan bahawa soal wang yg menjadikan legasi Keruak itu utuh..rasanya tidak tepat kerana mereka juga bermula dari rakyat biasa yg tidak punya wang..
TSP juga bermula dari kedaan yg terdesak tidak ada harta benda yg melimpahruah utk dijadikan modal memenangi pilihanraya, namun bagi saya kepimpinan itu yg sangat penting sebab itulah ia diterima..
peluang dibuka sama rata..terpulang pada individu utk mengambil kesempatan itu..tonjolkan diri dengan bakat kepimpinan yg luarbiasa..
Kalau orang luar boleh diterima di KB dan dipuji lagi tu..kenapa pemimpin muda di KB tidak boleh berbuat demikian..
Tepuk dada tanya selera..
Salam Hormat
PT
Salam Kelapa mawar. Legasi kepimpinan politik di KB barangkali tak sesuai lagi diteruskan memandangkan genarasi KB kini telah ramai yang berkebolehan dan berketerampilan sebagai ahli politik. Genarasi muda yang berpelajaran tinggi harus diberi peluang dalam mencatur kepimpinan politik di daerah KB supaya daerah ini lebih maju dan membangun seiring dengan daerah lain di Sabah.
salam kembali Pendekartua..
Setiap pemimpin memerlukan pelapis utk menyambung kepimpinannya dan melalui keluarga atau legasi ia kan lebih terjamin..
salam sdri Idahan..
rakyat sudah berubah akibat ledakan maklumat yg begitu cepat dan pantas..tahap pengetahuan politik rakyat begitu membuatkan mereka berhati-hati dalam memilih pemimpin.
JKKK Kampun Labuan..
ma kasih kerana memberikan idea tentang penulisan ini..
saya menghormati hak anda itu
sdri Sitti..
dengarnya sdri telah pun kembali ke tanah air dari padang yang tandus dan kontang..
ma kasih atas perkongsian maklumat itu..teruskan perjuangan sdri..
Sdr Tompok-tompok tahi unta..
persoalan siapa penerus kepimpina di KB tentunya akan selesai bila golongan pelapis diberikan kepercayaan dan tarbiyah yang secukupnya..demi menjamin kesinambungan kepimpinan yang berkualiti..
ma kasih atas kunjungan sdr itu
Sdr Amin..
ma kasih sekali lagi atas kunjungan dan pandangan sdr itu, saya amat menghargainya..
Pdemimpin muda perlu diberikan peluang sewajarnya supaya bakat kepimpinan yang terpendam akan lebih terserlah
Post a Comment