Tuesday, December 1, 2009




Ramai yang menjangkakan bahawa apabila Tengku Razaliegh Hamzah nekad membubarkan Semangat 46, anak berdarah “raja” ini akan kembali dalam dunia politik UMNO dan Kerajaan yang waktu itu di atas tangan Dr.Mahathir. Keputusan membubarkan Semangat 46, membawa kepada kemasukan beramai-ramai ahli parti yang mendominasi APU itu ke dalam parti asal mereka UMNO. Seketika KU LI teraba-raba mencari dayung politiknya..pelbagai spekulasi mula berpindah dari bibir pemerhati dan penganalisis politik tanahair. Ada yang meramalkan KU LI akan kembali dalam cabinet sekurang-kurangnya sebagai menteri Penuh di Jabatan Perdana Menteri..kata mereka sebagai balasan dan imbalan kemanusiaan politik atas kesudian dan pengorbanan KU LI membubarkan Semangat 46. DR. Mahathir, ... kata mereka harus memberikan tempat kepada KU LI sebagai tanda penerimaan semula ke pangkuan UMNO juga sebagai balas keikhlasan KU LI dan petanda permusuhan politik mereka sehingga membawa pengharaman UMNO ditamatkan dan diselesaikan atas nama kepentingan umat Melayu dan survival politiknya.


Namun sayang seribu kali sayang kerana spekulasi itu tidak kesampaian hingga ke hari ini. KU LI tidak diberikan tempat dan ruang dalam UMNO dan kerajaan, selain dari hanya Ahli Parlimen Gua MUsang.Itupun kerana pengaruh KU LI di kawasan itu yang cukup ampuh dan sukar diganggu gugat.Beberapa kali cuba bertanding dalam Jawatan tertinggi UMNO, namun gagal..gagal bukan kerana tidak berkelayakan tetapi kerana ahli dan perwakilan UMNO takut bersuara dan takut membuat perubahan, hingga menjadi hamba kepada pemimpin tertentu.Penutupan ruang ke atas KU LI berlarutan hingga zaman Pak Lah dan Najib.Apa yang menghairankan kita ialah apabila KU LI ingin mengetuai Jawatankuasa tajaan DSAI mengkaji kewajaran pembayaran wang ehsan atau isu royalty Petronas di Kelantan..Para pemimpin UMNO mula tidak merasa senang..bermacam-macam kritikan dan ulasan diberikan.. Kenapa selama ini pengaruh dan wibawa KU LI disekat dan dinafikan..? terlalu kuatkah pengaruh KU LI sehingga perlu dihapuskan..?


Di Sabah, tokoh yang hampir sama dengan perjalanan politik KU LI ialah Tan Sri Pandikar Amin Mulia.Seorang pejuang politik yang berpengalaman luas. Ketika mengetuai AKAR BERSATU, TSP mendapat kedudukan di sisi PM pada waktu itu DR. Mahathir, hingga beberapa kali TSP dilantik menteri penuh di Jabatan Perdana Menteri dan pernah dilantik sebagai Senator.Apabila UMNO masuk ke Sabah, AKAR menjadi salah satu komponen BN di Sabah. Namun barangkali atas pertimbangan dan memikirkan bahawa UMNO adalah wadah perjuangan baru bagi rakyat Sabah, maka satu keputusan luarbiasa telah dibuat oleh ahli AKAR iaitu Membubarkan parti serpihan PBS ini.


Pembubaran AKAR telah mengecutkan urat saraf pemimpin USNO yang di "klon "menjadi UMNO.Kerana mereka tahu, TSP pasti akan diberikan tempat dalam UMNO atas kapasitinya yang rapat dengan pucuk pimpinan KL, juga kerana TSP seorang yang berpengaruh dikalangan pemimpin politik suku KDM. Bukankah TSP satu-satunya pemimpin bukan bangsa teras dalam AKAR yang berjaya menundukkan pengaruh puak KDM dalam parti itu.Maka itu, pelbagai ikhtiar dibuat untuk melambat-lambatkan permohonan keahlian UMNO bagi penyokong AKAR termasuk TSP sendiri yang dilaporkan hanya diterima sebagai ahli UMNO setelah menunggu selama 2 tahun. Penerimaan keahlian UMNO itu tidak terus memberikan tempat kepada TSP, terutama dalam UMNO KB. TSP tidak dipelawa dalam suasana perkongsian kuasa, biarpun para pemimpin politik dari suku Bajau dan Dusun di KB tahu bahawa TSP adalah satu-satunya pemimpin suku Iranun yang harus diberikan tempat. DSSK sedar dan sesungguhnya sedar bahawa TSP adalah satu-satunya pemimpin politik di KB yang berpengaruh dan boleh menggugat kedudukannya. Awadnir juga yakin dengan seyakinnya bahawa TSP masih bertenaga dalam mencorak kepimpinan di KB. Dan Datuk Musbah percaya atas percaya bahawa TSP adalah mahaguru politik di KB, jauh dari mahaguru yang lain. Kerana keyakinan dan kepercayaan politik inilah ,mereka merasakan TSP seorang yang tidak harus diberikan tempat kerana dia berstatus Junior dalam UMNO KB. Sedangkan para pemimpin yang lain juga sebenarnya berstatus junior kerana sebelum ini mereka dari parti USNO, PBS dan SAPP.


Akibatnya TSP mencari ruang di Kota Marudu dan Berjaya mendapat tempat. Kerana memikirkan pengaruh TSP akan terus bersinar, pimpinan negeri memutuskan supaya TSP digugurkan dalam PRU-12 yang lalu bersama-sama dengan DSSK yang juga nekad tidak memberikan ruang buat TSP di KB. Persamaan inilah yang terjadi antara KU LI dan TSP. Kedua-duanya melakukan pengorbanan yang sangat besar..MEMBUBARKAN PARTI MEREKA, sedangkan mereka bertaraf PRESIDEN. Bezanya Semangat 46, adalah pembangkang,manakala AKAR dalam BN.,Tapi jasa mereka membubarkan parti tidak harus dipandang sepi.

TSP terus tidak diberikan tempat dan kedudukan dalam parti dan kerajaan. Tetapi atas sifat meredakan ketegangan politik di Sabah, TSP dicalonkan sebagai Speaker Dewan Rakyat. Sama ertinya dengan KU LI yang dibiarkan sebagai Ahli Parlimen Gua MUsang. TSP bukan wakil rakyat tetapi diberikan kerusi Speaker. KU LI tiada jawatan tetapi masih wakil rakyat.

Kenapa dua tokoh paling berpengaruh dalam politik negeri masing-masing dilayan sedemikian oleh UMNO..? Kenapa keputusan KU LI dan TSP membubarkan parti mereka tidak dipandang sebagai pengorbanan yang harus dibalas dengan kepercayaan..? Sepatutnya KU LI diberikan tempat dalam UMNO dan kerajaan..begitu juga TSP harus diberikan kedudukan dalam parti terutama UMNO KB dan diberikan peluang sebagai wakil rakyat..

Kalau UMNO masih leka , maka akan mustahilkah UMNO akan kehilangan KU LI sekali lagi..? akan mustahil kah KU LI akan bersama DSAI kembali menggegarkan Politik semenanjung..?

Kalau UMNO Sabah masih leka, maka akan mustahil kah TSP akan bertindak sebagai calon BEBAS dalam PRU-13 akan datang..?akan mkustahil kah UMNO KB dan Sabah Kehilangan TSP seorang politikus yang disegani..?

Persamaan TSP dan KU LI inilah yang menjadikan politik di Negara ini terus diperkatakan…masih panas, masih tegang dan masih mendapat tempat dalam minda yang memikirkannya.

33 ulasan :

Pendekar Tua said...

Salam sejahtera buat Kelapa Mawar..

isu yang menarik yang pernah sdri paparkan..

TSP harus diiktiraf kepimpinannya, bukan sahaja dari sudut yg lebih mikro tetapi kepada dunia politik diperingkat nasional.

Walaupun ramai diantara kita yang menuding jari kepada TSP kononnya kegagalannya, namun persepsi kegagalan itu sendiri adalah sesuatu yang kabur dan perlu diperjelaskan..

Keunggulan TSP dalam dunia politik tidak ada tolok bandingnya daripada seorang anak kampung sehingga menjadi ahli politik yg disegani..

sewajarnya TSP diberikan peluang kembali..umur dan usia bukan penghalang kepada kerjaya politik..

jika pun TSP dikatakan gagal..berikan peluang utk menebus kegagalannya itu...kerana sebagai ..manusia kita sentiasa dikejar oleh kesilapan..

saya amat benar melihatTSP kembali dalam dunia politik KB..Jika beliau ada mengikuti perbicaraan Kelapa Mawar ini..semoga beliau mendapat suntikan motivasi..

Salam hormat
PT

watasikadi said...

salam KM,
satu posting tentang otai politik. KU LI yang bakal mengetuai kaukus petroleum amat merisaukan UMNO. dan jika KU LI benar-benar mengetuainya maka KU LI bermaksud mahu mempertahankan hak rakyat kelantan. siapa pula bakal mengetuai kaukus petroleum sabah untuk meminta royalty yang lebih tinggi? adakah TSP? pasti tidak. mungkin bung mokhtar kali bolehlah. tapi kalu kena bagi ongkos sikit YB Bung bawa bekal pg d'wise damai main jekpot diamlah juga dia. inilah UMNO sabah. pada saya pembubaran AKAR adalah satu kesilapan yang amat menyedihkan. satu pengorbanan parti sabah untuk menyokong orang semenanjung yang semakin menindas kita. cuma pemimpin kita manalah rasa dorang sudah senang, yang rasa rakyat miskin macam kamilah. PRU-13 akan tergantung pada siapa yang akan mengumumkan calon BN, samada DMA atau DSA atau DSSK. jika DMA yang akan mengumumkan maka TSP tidak dicalonkan dan begitulah sebaliknya. dan TSP akan turut dijanjikan jawatan dan diamlah TSP. itu pun jika jawatan dijanjikan ditunaikan, tengok YTL jera kena tipu pakistan last2 bawa SAPP keluar. begitulah alkisahnya jika alimudin yang menjadi timbalan presiden tidak dicalonkan, dan akan dijanjikan jawatan juga, mungkin pengerusi badan berkanunlah. dan diamlah alimudin. jadi mana pejuang irranun sejati? jawapannya sokonglah calon PKR atau PAS. hehe.. TAKBIR!

paikankb said...

salam ziarah,

Saudari kelapa mawar,

Satu posting amat menarik dan perlu difikirkan bersama. Sebagai warga yang baru belajar seperti kami ini sepatutnya membuka fikiran dan minda agar memikirkan apa yang terbaik untuk meneruskan perjuangan politik bangsa dan negara. TSP dan Ku Li satu nama yang begitu hebat dipersada seni politik tanah air.

Pendapat saya secara pribadi...rentetan perjalanan Ku Li sebenarnya sedang dilalui oleh TSP dan pada saya, TSP sudah pun menyedari musibah yang menimpanya ini. UMNO mesti melihat dan sepatutnya memberi ruang kepada TSP di Kota Belud.

Benar apa yang Kelapa mawar katakan, TSP sebenarnya mempunyai aura yang cukup hebat dalam kepolitikkan di negara kita. Sejajar dengan nama beliau...TSP sebenarnya bijak mempersembahkan tari silatnya. Maka itu, pihak kawan dan lawan sebenarnya mulai gusar dan risau akibat perasaan dengki mereka sebenarnya memuji tetapi menikam dari belakang.

Apapun kesilapan TSP kita haruslah mempertimbangkan nya kembali demi survival bangsa dan negara kita.

Lanun_Aki said...

satu pengorbanan parti sabah untuk menyokong orang semenanjung yang semakin menindas kita.... betul ka tu watasikadi,,...?so tedalah beza antara umno dan pas?... renung-renungkan lah...

Lanun_Aki said...

Salam watasikadi..
satu pengorbanan parti sabah untuk menyokong orang semenanjung yang semakin menindas kita.(petikan komen saudara)..... adakah pas dan pkr parti pribumi sabah? jawapnya adalah sama saja. fikir-fikirkan, renung-renungkan.dodziumb

SMA said...

Salam Blogger KB. Semoga sihat wal afiat disudut jasmaniah mahupun rohaniah. Amin.

Saya hanya terkejut bila melihat gerombolan awal tebal menutupi langit Pulau Omadal dan Timba-Timba walaupun kehidupan seharian sudah sebati dengan keadaan itu namun acaman kepada kumpulan kami hanyalah ribut dan taufan yg melanda tiba-tiba.

Saya tidak mudah terkejut dengan pergolakan politik Negeri Sabah. Pemimpin darah keturunan kami seperi Shafie, Datuk Salih dan Pendikar memang tidak biasa terkejut. Kejutkanlah tunggul kayu maka terkejutlah tunggul itu tapi pemimpin darah daging kami tidak mudah terkejut.

Shafie, Salih dan Pendikar (SSP)tidak dapat dipersamakan dengan mana-mana pemimpin politik KL. Darah kepimimpinan mereka tidak sama. Mereka ada darah pahlawan yang tidak mundur seinci bila dalam "peperangan". Mereka tidak bersembunyi di sebalik pohon. Mereka tidak lempar batu dan sembunyi tangan. Pendiknya mereka tidak hipokrit dengan menyembunyikan niat memeluk orang-orangnya sambil menyembunyikan pisau belati beracun dibelakangnya. Tidak! mereka tidak demikian. Mereka bertarung mcm pahlawan. Face to face. Mereka tidak berkata manis di hadapan taopi bersalut "muslihat di belakang". INILAH pemimpin berdarah pahlawan.

Tetapi ada pihak yg mengaku dirinya pemimpin dan sarat mengidam menjadi pemimpin. Setiap patah perkataannya bersalutkan muslihat. Kadang-kadang tidak dapat menyembunyikan "gian" nya menjadi pemimpin dan Yang Berhormat LALU BERTINDAK MEMINJAM BELATI pahlawan-pahlawan dan perwiraku untuk membunuh mereka sendiri. Kenapa demikian halnya? Kerana mereka yg meminjam belati ini BUKAN PEMIMPIN ATAU PAHLAWAN. Mereka hanyalah-tidak keterlaluan- hamba kepada "idaman yang sarat meraka pikul. Mrka tidak merintis jalan tetapi hanya menunggu padi dituai. Mereka seperi ini kalo jadi pemimpin, hidup memancing dan memasang shu layar pun sudah tentu tidak mampu dilakukannya.

Istilah "KALAU AKU BARU BOLEH" sudah lama kami hanyutkan ke arus deras yang mengalir menghala Pulau Sulawesi.

watasikadi said...

salam km,
mohon laluan menjawap saudaraku lanun aki, DSAI sudah menjanjikan royalty minyak 25% kepada sabah berbanding 5% UMNO. maksud saya parti semenanjung yang menindas ialah UMNO. setelah kita dianaktirikan dalam perebutan kerjaya, kini doktrin terbaru ialah mengurangkan kemasukan rakyat sabah ke IPTA suapaya tak bising dikemudian hari. terpulang pada UMNO sabah sebenarnya jika benar mahu membela aanak sabah haruslah berani keluar dari kepompong halangan sistem berparti..semoga lanun aki sukses selalu dalam menghadapi rintangan.

BELUM PENDEKAR said...

Salam Kelapa Mawar,

1. Alangkah baiknya jika semua "perkara" yang berlaku dalam dunia politik boleh didedahkan kepada semua. Maka akan saya tulis semua maklumat yang pernah diceritakan kepada saya oleh seorang kawan dari Ranau mengenai sumbangan politik yang pernah TSP dan rakan-rakan beliau berikan kepada negeri dan juga nasional. Malangnya, perbuatan seumpama itu tidak betul untuk saya lakukan kerana dikhuatiri akan memberi kesan yang lain.

2. Pun demikian; Tidak kah kita tertanya-tanya agaknya, apa yang menyebabkan Tun M yang merupakan PM pada waktu itu amat sayang dan rapat dengan TSP? Mungkinkah perlakuan PM tersebut sekadar suka-suka dan tidak bersebab? Mesti ada sebabnya bukan?..

3. Malangnya, pucuk pimpinan UMNO sekarang tidak tahu sumbangan politik TSP, Mark Koding, Kalakau Untol dan sebagainya. Sebab itu, mereka cenderung untuk tidak menghargai tokoh-tokoh ini sebaliknya menganggap mereka sebagai ancaman. Ini adalah kerana bukan saja ketokohan mereka telah terbukti dan teruji, Kebijaksanaan dan kepintaran mereka juga telah jelas dan nyata.

4. Lebih malang, pemimpin-pemimpin muda yang baru menyimpan hasrat untuk penjadi pemimpin pelapis juga tanpa tahu sejarah sebenar turut terikut-ikut mengecam dan melempar tohmahan kepada pemimpin yang telah berjasa. Walhal mereka tidak tahu apa-apa.

5. Apapun alasannya, saya tetap berpegang kepada prinsip bahawa seseorang pemimpin itu bukan sahaja perlu jauh pandangannya tetapi juga harus lebih bijaksana dari kebanyakan kita dalam semua hal. Kalau setakat biasa-biasa saja, apa bezanya dengan kita?...

6. Ambillah iktibar dari apa yang berlaku di Indonesia suatu masa dahulu. Rakyat negara tersebut lebih kurang 200 juta orang, tapi mereka pernah memilih "Gus Dur" sebagai Presiden. Benarkah beliau yang terbaik?...

Bugis Suluk said...

Untuk pengetahuan Kelapa Mawar....TSP dan TRH jauh lebih terkenal TRH daripada TSP...Lagi pula jalan Politik TRH dan TSP jauh berbeza juga....TRH tidak bersift Panas Baran dan mudah memakan orang...Tetapi Sifat TSP jauh lebih Rakus dan Ganas jika d bandingkan TRH.....TSP sifatnya adalah sama dengan Sifat2 orang dari Selatan Philippine (Southern Philippine)Suluk,Cagayan,Bajau dan Iyakan,Maranao n Maguindanao....Kan asal TSP itu juga daripada sana IRANUN.........

Katakamu said...

salam buat semua yang ada.."gian" betul aku menyinggah di laman Kelapa Mawar ini..banyak info yang menarik ..

buat sahabatku Belum Pendekar..
lihat komen sdr:
Alangkah baiknya jika semua "perkara" yang berlaku dalam dunia politik boleh didedahkan kepada semua. Maka akan saya tulis semua maklumat yang pernah diceritakan kepada saya oleh seorang kawan dari Ranau mengenai sumbangan politik yang pernah TSP dan rakan-rakan beliau berikan kepada negeri dan juga nasional. Malangnya, perbuatan seumpama itu tidak betul untuk saya lakukan kerana dikhuatiri akan memberi kesan yang lain."

ulasan aku:

Alangkah baiknya kalau sdr dapat ceritakan biarpun tidak banyak tapi sedikit tu bolehlah kita kongsi bersama..supaya generasi masa kini tahu peranan TSP..

Unknown said...

saudara bugis suluk....tak tengok nama ke...namapun dah PANDIKAR mestilah orangnya"JAGUH".

Hambo dok klate...hambo tau deh lagu mana hebatnya TRH, demo goyak kawi tak bari...hakikatnya TRH pun baran juga..walaupun begitu still ada perbezaanya...Ialah mungkin kerana suku kaum Iranun terkenal dengan sikap kepahlawananya. Ala macam tulisan saudara asreemoro tentang kaum Iranun.

Hakikatnya, TSP memang seorang politikus yang hebat namun still banyak kesilapan...manusia biasa...tu kena terima lah

Pahlawan iranun said...

slm semua

saya juga turut bersimpati dgn pembubarkan parti Akar, mgkn masa itu TSP terlalu mngejar pangkat dan darjat, tp malang nya TUN M yg melantik nya menjadi menteri kabinet ingt kn kekal dan terus naik, rupanya hangus di tengah jln.

sudah bumiputera sbh dianaktirikn seperti watasikadi ckp. tak kn dlm berpolitik juga pahlawan kta di tinda sedemikian rupa, dimana larinya darah perjuang bangsa? adakah tunduk dgn pgkat dan darjat? atau tiada pyatuan dlm perjuangan? jgn risau klu mw rakan seperjuangan, pahlawan iranun ada, membantu untuk bumiputra sbh yg tercinta.

TQ

Rosok Tempasuk said...

Kelapa Mawar....TSM tidak lagi releven di Kota belud sama seperti DSSK. Tiga penggal mereka jadi pemimpin di KB dengan jawatan yang tinggi dalam kerajaan akhirnya Kota Belud jadi daerah termiskin. Baru dua tahun mereka tidak jadi wakil rakyaat sekarang Kota Belud baru membangun. Tanpa mereka baru Kota belud membangun persoalannya kenapa?

Unknown said...

Salam Rakan Bloger,

Saya tanya Nujum Pak Belalang yang Belum Pendekar, Pendekar Tua, Sambal Belacan, Somprot Mesra Alam adalah Tan Sri Pandikar betulkah?

Pendekar Tua said...

salam sdr pesisir pantai..

saya bukan TSP, saya hanya seorang pendekar tua yang kuat menyokong TSP kerana jasa dan baktinya dalam politik negara kita.

CT Farhana Wee said...

Bezanya, TRH boleh menang biarpun wakil parti apa termasuk S46 sehingga Kelantan ditawan Pas + S46pada 1990.
Di Sabah ada Lajim Ukin dan Pairin setanding TRH.
Pairin jatuhkan kerajaan Berjaya manakala Lajim runtuhkan kerajaan PBS.
Sedang TSP dan SSK hanya boleh menang calon BN-Umno / kubu USNO di Usukan.
Jika mereka tidak takut kuasa rakyat, pasti akan bertanding PRU-12 lalu.
Saya cabar anda, kalau berani keluar Umno dan tubuhkan parti baru... Usbo kah dan sebagainya.
Biarkan parti tempatan memerintah macam di Sarawak.
Di situ kita ulas kehebatan mereka...
Salam dari Padang Pasir nan tandus dari Siti Farhana Wee Abdullah.

BELUM PENDEKAR said...

Salam Kelapa Mawar,

Mohon laluan sedikit untuk memberi respon kepada sdr Katakamu, Pahlawan Iranun, Rosok Tempasuk dan juga Pesisir Pantai.

1. Sdr Katakamu, kalau ikutkan hati saya ini, bukan lagi sedikit, mau saja saya ceritakan semua yang telah diceritakan kepada saya itu. Namaun, untuk tidak menghampakan sdr saya cadangkan supaya sdr menyelidik sedikit mcm mana BN dapat menumbangkan penguasaan PBS yang begitu kuat suatu masa dahulu.

2. Sdr Pahlawan Iranun,sedikit pembetulan fakta mengenai ulasan saudara. TSP membubarkan akar bukan kerana mengejar pangkat dan darjat, sebenarnya TSP mengambil keputusan yang amat berat itu kerana beliau merasa sangat malu setiap kali perhimpunan agung BN, terlalu ramai wakil Parti dari sabah. Bagi beliau, perkara ini menunjukkan bahawa rakyat sabah berpecahbelah dan perkara seumpama ini harus dihentikan.

3. Sdr Rosok Tempasuk, pembangunan apa yang telah ada di KB kebelakangan ini yang sdr maksudkan?.. Sepanjang pengetahuan saya, selain Jelapang Padi (yang belum jadi) dan usaha mengganti paip lama tiada projek pembangunan yang boleh dibanggakan. Sebaliknya, bukankah jalan pintas KB-Tuaran yang memendekkan masa perjalanan ke KK sekarang ini dibuat masa DSSK? Bukan kah itu pembangunan pada sdr?.. Nampaknya, sdr "hanya melihat benda yang sdr mau lihat.."

4. Sdr Pesisir Pantai, selama ini saya tidak pernah menganggap diri saya sebagai hebat. Tetapi bila sdr mengatakan bahawa saya adalah TSP saya sedikit agak "perasan". Barangkali tulisan saya ada kelas sehingga sdr merasa terpaku dengannya dan seterusnya menganggap ia tulisan TSP.. Sdr ku, saya bukan TSP. Antara saya dengan TSP bagaikan langit dan bumi bezanya. Alangkah baiknya kalau saya boleh sehebat dia. Tapi, saya belum sebijaksana TSP. Kalaupun ada yang sama sedikit-sedikit ialah "idealogi'. Itupun, barangkali.. Walaupun tidak begitu rapat dengan beliau, saya dapat merasakan bahawa "kami ada persamaan". Cuma, saya bukan ahli politik dan tidak berminat jadi ahli politik. Tapi, teruskanlah meneka dan bertanya kepada Nujum Pak Belalang sdr... Terkaan saudara adalah pengiktirafan buat saya.. Terima kasih banyak...

5. Mungkin Kelapa Mawar boleh menulis artikel Di Sebalik Belum Pendekar pulak lepas ni... hehehehe

BELUM PENDEKAR said...

Salam sekali lagi,

1. Nampaknya benci sangat sdri Siti Farhana ni kepada TSP dan DSSK.. kenapa agaknya ya?.. Sdr mempertikaikan kebolehan mereka, bagaimana pula dengan sdri?.. kalau betul sdri berkebolehan jadi pemimpin, mcm mana kalau sdri saja yang buat parti sendir dan tanding mereka?.. baru tau siapa yang lebih hebat.. kalau setakat pandai kritik, budak sekolah rendah pun pandai kritik sdri.. ATAU... sdri ada agenda tersembunyi barangkali... kalau benar, teruskan saja.. saya dan yang lain-lain tidak kisah kerana bak kata pepatah "Anjing yang menyalak bukit tidak akan menyebabkan bukit itu runtuh"..

kelapa mawar said...

Salam sdr Pendekartua..

tidak ada lain yg dpt saya katakan selain dari jutaan ma kasih atas kunjungan sdr yg tidak putus2 selain memberikan idea dan pandangan yang terbuka..
Sebagai menghormati pandangan sdr, saya akan mengambilkira dalam posting saya akan datang..

sementara itu diharap sdr terus bersama Kelapa Mawar.

kelapa mawar said...

Salam Watasikadi..

sejak kemunculan sdr dalam dunia blog, belum pernah rasanya sdr ketinggalan dalam setiap posting KM..saya begitu amat menghargainya..

Tambahan lagi sdr punya idea yg sangat segar..sebagai orang muda..sdr mungkin begitu mengambil berat tentang politik KB..bagi saya sama ada sdr PAS, PKR,UMNO,PBS hatta DAP dan SAPP sekalipun, nyata idea sdr begitu relevan dengan topik semasa.

Syabas, teruskan dengan komen sdr itu.Moga-moga TSP akan menjadi pengerusi Kaukus bagi tuntutan Sabah ke atas royalti minyak lebih 5%..teringat nasib Dr. Jefry ketika memperjuangkan isu ini..?

kelapa mawar said...

Sdr paikankb..

seorang anak muda seangkatan dgn sdr watasikadi agaknya. Idea panas, segar dan menuntut perubahan. Namun anggapan sdr bahawa TSP perlu dihormati dan diletakkan kembali dalam pesada politik negara.

Pun begitu berapa berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.

kelapa mawar said...

Lanun aki..

rasanya dalam era dunia tanpa sempadan ini, kepolitikan juga kena mengikut rentak..soal kenegerian ada lojiknya diperjuangkan namun bila menyentuh negara, seluruhnya rakyat Malaysia berkewajipan utk turut serta..budaya memilih parti berdasarkan demografi dan lokasi mungkin perlu difikirkan kembali..

kelapa mawar said...

sdr manja SMA..

Panjang umur sdr, baru jak disebut sudah muncul pulak dengan redsectnya..ai dah kena redsect kah si renggit hingga tak kedengaran beritanya sudah..?

ma kasih kerana sdr begitu mengambil berat tentang pemimpin kami di KB terutama TSP dan DSSK..keberanian mereka memang terseralah apabila gabungan USBO berjaya menekan MA dan sekutunya..

kelapa mawar said...

sdr belum pendekar..

terlalu banyak nama pendekar digunakan hingga saya begitu pasti Pendekar adalah nama yang begitu panas dan beraura..

dari peneranagn sdr saya dapati nyata bahawa sdr punya maklumat tentang keunggulan TSP..bole kiranya sdr Emailkan kp saya supaya saya dapat paparkan untuk rekod generasi akan datang..

kelapa mawar said...

Bugis Suluk..

saya tidak tahu kerakusan dan keganasan TSP..kalau dapat sdr bole terangkan antara contohnya supaya lebih jelas..

ma kasih atas kunjungan sdr pertama kali.

kelapa mawar said...

sdr katakamu..

nama sdr pelik tapi mudah dingat..

ma kasih atas respons sdr terhadap ulasan sdr belum pendekar..semuga sdr dan keluarga sentiasa sukses.

kelapa mawar said...

sdr sipengau..

ulasan sdr ringkas tetapi saya setuju,ma kasih kerana sudi mampir..

kelapa mawar said...

Pendekar Iranun..

Ulasan sdr mungkin berdasarkan kepada andaian..tetapi politik kena banyak andaian supaya perjalananya lebih difahami..

teruskan semoga sdr terus sukses

kelapa mawar said...

sdr pesisir pantai..

persoalan sdr sudah dijawab oleh pendekartua dan belum pendekar..jika sdr ada bukti..sdr boleh nyatakan ..

kelapa mawar said...

Rosok tempasuk..

Pem,bangunan yang dikatakan gagal di bawa oleh TSP dan DSSK, banyak menimbulkan ketidakpuashati rakyat KB..rasanya pada masa akan datang TSP dan DSSK perlu melakukan dialog dengan masyarakat KB..macamna?

kelapa mawar said...

sdr jelitawan Sitti farhana Abdullah..

lama sudah sdri tak ke ladang KM ni..tetapi sekali memberikan ulasan terus mencabar kewibawaan TSP dan DSSK..eya tak eya jugak kan lebih baik USBO didaftarkan sebagai parti Politik..lawan UMNO

ustazalimabdullah said...

salam sila lah ziarah ke blog saya

Unknown said...

jika menurut pemerhatian dan pengamatan saya tentang politik tanah air terutama di Sabah, TSP adalah bakal KM Sabah yang baru selepas PRU13.

Memang benar saya pernah katakan jawatan Speaker adalah jawatan penghujung karier seorang ahli politik atau jawatan politik pencen. Tetapi itu jika diandaikan seseorang itu tidak keluar daripada partinya. dalam kes ini UMNO. Bagaimana jika TSP tidak kekal dalam UMNO? Sebaliknya mengetuai SAPP dalam PRU13 dan jumlah kerusi SAPP mengatasi kerusi BN dan PR?

Katakan SAPP - 24 Kerusi, BN - 22 Kerusi, dan Pakatan Rakyat 14. Jika SAPP bergabung dengan BN, SAPP akan jadi KM. Begitu juga jika SAPP bergabung dengan PR maka SAPP juga jadi KM Sabah.

Apakah tidak mungkin TSP akan mengetuai SAPP dan menjadi KM Sabah?

fikir-fikirkanlah