Friday, December 11, 2009

Datuk Amir Kahar- anak kepada bapa kemerdekaan sabah,mantan presiden USNO -, Datuk salleh Said- anak kepada mantan TYT Sabah, mantan Ketua Menteri: Wajarkah diturunkan pada pru-13 ?


Kelantangan Tun Mahathir mengkritik UMNO dan Kerajaan tidak harus dipandang enteng, sebaliknya, dan sepatutnya UMNO terbangun dari mimpi yang panjang, berhenti bercerita tentang tuntutan perubahan yang entahkah Berjaya, entahkan tidak.Kerana masa sebegitu suntuk buat UMNO dan Sekutunya..PRU-13 hanya lebih kurang 2 tahun lagi dan tak kan ada mana-mana parti organisasi yang boleh merubah paradigma politik ahlinya dengan sekelip mata, sepantas kilat atau selaju jet pejuang tempur..tuntutan demi tuntutan,mengubah minda politik para pemimpin di peringkat Bahagian dan cawangan seluruh Negara nyata satu perjuangan yang memerlukan keikhlasan semua pihak.

Kalau dulu UMNO hanya bergerak di kepulauan tanah besar, kini cabaranya nyata lebih besar sejak mengembangkan sayapnya di Sabah. Kerana situasi di Semenanjung tampak jauh berbeza dengan di Sabah. Ketikamelancarkan UMNO Sabah pada 21 Februari 1991, Dr Mahathir mengingatkan kepimpinan UMNO di Sabah bahawa Perpaduan dan Kuasa adalah dua perkara penting yang menjadi tunjang kepada kemasukan UMNO :

“Apakah makna perjuangan kalau kita tidak menjadi kerajaan.Sebab itu hasrat kita menubuhkan UMNO ialah orang lain juga dapat memainkan peranan untuk menjayakan cita-cita bumiputera di Sabah ini.Penubuhan UMNO kalau terhad hanya kepada ahli USNO sahaja tidak akan mencapai kejayaan….niat kita ialah untuk menyatupadukan UMNO di Sabah supaya mereka dapat membentuk kerajaan yang betul-betul memberi perhatian kepada bumiputera di negeri Sabah ini…”

Itulah antara kemelut awal UMNO di Sabah sekaligus memperjelaskan bahawa penyatuan para pemimpin dan rakyat di Sabah harus dikedepankan. Seawal kemasukan UMNO memperlihatkan konflik antara ahli asal USNO dan ahli UMNO baru..namun setelah hampir 18 tahun UMNO bertapak di Sabah polarisasi dan konflik itu semakin hilang ditelan masa..memang diakui dalam pelayaran UMNO sebagai “kapal Besar” beberapa pemimpin USNO terdahulu terpaksa “Delayed”. Antaranya ialah seperti Datuk Askalani, Pitting Mohd.Ali,Salim Bacho,said Senang dan beberapa nama lagi, sehingga kehadiran mereka dalam UMNO Sabah Nampak samar didiamkan, sama ada sebagai ahli biasa atau ahli USNO yang diumno kan.

Peringatan Tun Mahathir itu, memerlukan masa yang panjang..namun sama ada kita sedarinya atau tidak UMNO Sabah semakin utuh dan berdaya..meskipun ada suara-suara sumbang yang berbaur ketidakpuasan dan ketidakadilan ,namun semuanya itu menjadi rencah kepada dunia politik Sabah…

Hanyasanya apabila Datuk Musa Aman..mempamerkan keberanian dengan membuat langkah drastic yang mengejutkan banyak pihak di Sabah pada PRU-12 yang lalu.yakni perpaduan dalam UMNO Sabah kembali goyah dan ada yang menyatakan mula berantakan apabila beberapa nama besar dalam politik Sabah digugurkan. Ada pemerhati yang menyatakan bahawa keputusan MUSA AMAN itu adalah atas desakan Khairy Jamaluddin, sebagai ahli politik yang ingin terus survive, maka MUSA AMAN “TERPAKSA” berbuat demikian..Natijah kepada tindakan itu bukan sehari dua..tetapi bertambah parah kerana nama-nama yang disenaraihitamkan itu adalah nama besar yang menjadi jantung dan nadi kekuatan UMNO dan BN di Sabah.

Ada juga pandangan bahawa biarpun nama-nama besar ini digugurkan tetapi BN dan UMNO Sabah telah mencatat kejayaan yang besar sehingga digelar sebagai Fixed Deposit bagi BN. Keupayaan pemimpin yang digugurkan itu langsung tidak dikaitkan..Walhal kerana KESETIAAN yang tidak berbelah bahagi para pemimpin ini sehingga sanggup turun padang berkempen untuk memenangkan calon yang menggantikan mereka.

Di daerah Kota belud, TSP sendiri turun padang berkempan atas nama Datuk Musbah dan atas pati perjuangan, DSSK juga memberikan komitmen ke atas DARD sehingga memastikan kedua-dua kawasan PRU ini dimenangi oleh CALON PILIHAN MUSA AMAN.

Jika dan sesungguhnya UMNO di Semenanjung parah hingga ke ususnya,mampukah MUSA AMAN di Sabah membersihkan USUS UMNO Di Sabah..? Sesetengah pendapat memperlihatkan pendirian bahawa, MUSA AMAN seharusnya membuat tindakan dengan menyenaraikan kembali nama-nama pemimpin yang digugurkan pada PRU-12 yang lalu..kerana jika tidak impak terbesar ialah UMNO SABAH akan mula retak yang lama-kelamaan akan menanti belah. Ada juga menyatakan bahawa pandangan sebegini bersifat mischievous and irresponsible ( nakal dan tidak bertanggungjawab).Namun pendapat TSP 16 tahun yang lalu tentang UMNO Sabah wajar diteliti semula:

“….UMNO Sabah perlu menggubal suatu pendekatan politik yang boleh diterima oleh semua kaum.Pendekatan politik yang diselaraskan dengan selera politik hanya satu puak sahaja akan ditolak oleh rakyat Sabah.Ini bukan andaian atau amaran. Ini adalah fakta dan hakikat politik negeri Sabah yang tidak boleh di sangkal atau disembunyikan…” ( TSP :Siapa Selepas pairin ?)

29 ulasan :

palingberani said...

SALAM PERJUANGAN SDRI KM..

saya yakin bahawa di Kb pemimpin yg digugurkan masih diperlukan oleh masyarakat..

Musa aman harus mementingkan perpaduan dlm UMNO bukan politik individu dan kepentingan diri

watasikadi said...

salam KM,
saya merasakan bukan KJ yang memaksa DMA tetapi DMA yang meminta tolong KJ supaya watikah kosong ditandatangani dengan bersyarat iaitu DMA harus menanggung semua kos pilihanraya sabah..namun seperti ada pakatan senyap peringkat tertinggi..apabila sesuatu itu busuk sehingga keususnya memang sukar dirawat namun terpulang pada empunya badan untuk berusaha..UMNO sabah dapat dipulihkan dengan menyahkan opportunist politik dan menukar cara pemikiran ahli UMNO itu sendiri..namun itu agak mustahil kerana ahli bertindak sebegitu rupa juga kerana terlalu dimanjakan pemimpin itu sendirr..maka inilah busuk hingga ke ususnya...sudah tiba masanya pemimpin sabah yang bertelagah duduk berbincang semeja dengan mengambil kira bahawa nasib anak sabah dimasa depan adalah misi utama..mungkin dapat satu solusi membuat parti sabah baru dengan menghantar semula UMNO kesemenanjung..atau mung resolusi membawa keluar sabah dari malaysia.tengok siapa kaya dan siapa miskin. kita dapat lihat apa ego DSN masih dikepala atau terus turun keparas lutut? minyak kita contohnya merupakan antara penyumbang utama ekonomi negara dimana minyak di pulau mantanani dikorek setinggi gunung kinabalu kedalam tanah dan terus dijual dan kita hanya dapat 5%sahaja.haruskah kita terus membiarkannya.berpadu lah demi anak bangsamu wahai pemimpin2ku..mari kita keluar malaysia...ngini nyeak?

Pendekar Tua said...

Salam hormat buat Kelapa Mawar..

UMNO seharusnya berubah untuk mengembalikan hak dan kepercayaan rakyat..
Bukan sahaja di semenanjung bahlan di Sabah UMNO mula dilihat sebagai Parti yg diperghunakan untuk diri dan kepentingan mengumpula harta benda dan kekayaan..

Lihat YB-YB di KB, berapa yang hidup sederhana dan istiqamah...Semuanya mewah dan hidup denga kesenangan..kerana bagi mereka apabila menjadi wakil rakyat maka peluang utk mengaut keuntungan berlipat ganda adalah cerah//
Sebab itu tak usah bagi mereka untuk mengambil kira hak dan pilihan rakyat..ramai pemimpin disingkirkan kerana takut menjadi halangan dan saingan buat mereka...
ada pula YB yang masa berkempen dan dicalonkan meminta tolong dan ihsan kepada YB yg jadi rakan mereka..setelah menjadi YB dan pembantu menteri..menghubungi rakan pun sudah tidak dipedulikan lagi...

Begitulah rasmi pemimpin politik..waktu susah ingat kawan, bila senang ingat wang..

Jika apa yang berlaku lewat sekarang ini..saya berkeyakinan akan berlaku apa yang dikatakan oleh ramai orang sebagai "kacang lupakan kulit"

Salam hormat buat anda blogger di KB..

Pendekartua.

Idahan said...

Ziarah sdri Kelapa Mawar..

bagi saya paparan kali ini lebih kepada kerisauan tentang pemimpin yang tersingkir di KB juga mungkin sedikit tentang Peranan Musa Aman dalam UMNO Sabah..

Penonjolan Musa Aman nampak begitu tragis kerana berlaku beberapa perubahan drastik dan melulu..

ramai lagi wakil rakyat zaman USNO dulu yang tidak terpeduli..nampak gayanya Datu Musa Aman lebih kepada puak KDM sahaja...ramai pemimpin diberikan tempat termasuk Pairin...Mana-mana konco Pairin yang mengkhianti waktu PBS memerintah dulu..cuba untuk tidak diberikan tempat..

TSP dan DSSK nampak gaya..secara asasnya tidak punya masalah dgn musa Aman tetapi kerana atas kepentingan politik peribadi..takut mereka ini menjadi cabaran utama maka tiada cara lain selain dari mengugurkan mereka..

antara ramalan masa kini ialah ada kemungkinan DSSK akan dicalonkan dalam PRU-13 atas tiket parlimen..

Katakamu said...

Saya tidak berapa suka kalau DARD tidak dicalonkan pada parlimen kb..sbb ini manusia banyak aktif..banyak pembangunan yg dia buat..teruskan YB..

Seliu Liu said...

Salam perjuangan Adindaku Kelapa Mawar
Sebiji kelapa muda memberi kekuatan kepada musafir untuk meneruskan perjalanan jauh.

Unknown said...

Saudara KATAKAN,

Ini kota belud seolah-olah penduduknya bodoh dan tiada akal termasuk saudara kerana sehinggakan saudara merasakan DARD yang orang luar ini sahaja yang boleh memimpin Kota Belud. Peri lah kau.....

Ajin b. Gagah said...

Pada perkiraan saya, post Kelapa Mawar kali lebih banyak mempaparkan persoalan tentang kewibawan UMNO sebagai parti utama disamping Pemimpin yang menerajui nya, dimasa kini. Terutama sekali tingkah laku ‘The indispensible Datuk Musa Aman - The Playmaker behind the rise and fall of future UMNO in Sabah”.

Ulasan dari bloggers yang di paparkan di sini sungguh hebat lagi menarik, melambangkan ke-perihatin-an masing-masing dalam dunia politik diSabah masa kini dan juga dimasa akan datang… Sungguh dahysat

Walau macam mana pun kadang-kadang selain dari pendapat peribadi, ada lah baik nya kalau kita selitkan juga pandangan akar umbi (melalui kajian); sejauh mana kah penglibatan mereka terhadap pergolakan politik sapertimana yang kita bincangkan di sini.

Contoh nya, baru-baru ini saya telah membuat kajian ( masih kurang lengkap) tentang situasi UMNO dan pemimpin nya di kawasan Tuaran. Dalam rumusan ringkas saya rasa UMNO di Tuaran hanya releven di kawasan Sulaman, manakala di lain kawasan saperti Tamparuli dan Kiulu tiada tempat untuk UMNO. Makna nya tiada harapan untuk UMNO menawan Parlimen Tuaran.

Saperti di daerah yang lain di Sabah ini, populariti pemimpin UMNO di kalangan belia amat ketara menurun dengan ‘drastic’ nya. Sebab-sebab nya, sama lah saperti yang kalian sentuh kan di sini.

Dalam masa yang sama, ‘Semangat Juang’ dikalangan pemimpin di peringkat Cawangan juga menurun. Menurut mereka, perjuangan mereka selama ini kurang mendapat perhatian dari pehak pimpinan Bahagian, terutama sekali Ketua Bahagian. Terasa seakan-akan mereka hanya dilakukan sebagai batu loncatan oleh mereka di peringkat bahagian.

Perbalahan di kalangan pemimpin UMNO disana juga mendapat perhatian yang mengelirukan mereka. Sedangkan perkembangan dan pembaharuan yang di ilhamkan oleh Pemimpin Pusat tidak pernah sampai manafaat nya kepada mereka.
Justru itu, mereka meragui sejauh mana kah kekuatan parti mereka dan sekali gus ‘component’ BN yang lain dalam menghadapi PRU13 dimasa akan datang ini.

Menyentuh tentang senario politik di KB, setakat ini saya perhati, kita lebih banyak membicarakan tentang kekuatan-kelemahan Pemimpin yang sedia ada dan juga Pemimpin pelapis. Namun pandangan secara detail dari pehak akar umbi ( elemen penentu) masih kurang kita huraikan setakat ini.

Akhir nya, kita ‘Tipah tertipu’ dengan bersandarkan kepada bayangan yang hanya sedikit bilangan nya. Sedang kan kualiti gambaran yang sebenar nya kita seakan-akan abaikan.

Semuga kalian sukses

paikankb said...

salam ziarah,

Pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada saudari KM kerana memaparkan isu yang sekali lagi perlu kita fikirkan bersama.

Politik itu seakan akan satu perkataan yang berpuaka. Siapa yang menganutinya pasti dihantui pelbagai "Kecelaruan" dalam kehidupan. Pendapat saya secara peribadi, UMNO pasti akan mengalami nasib yang sama di semenanjung sekiranya rentak sekarang terus dikekalkan. Berbalahan maya oleh para pemimpin sebenarnya semakin tegang...PRU13 semakin dekat, jarum masing-masing perlu disuntik pada yang berkenan. UMNO pada saya sukar untuk di"Cantikkan" kembali sekalipun di Sabah. Kebiasaanya, apabila akar dah reput secara automatik pohonnya akan terus tumbang. Jadi tiada yang perlu dirunsingkan, UMNO tewas di semenanjung, UMNO Sabah pun pasti tewas. Nak bajai pun pada saya masa dah suntuk, lagipun ditambah dengan sikap buas dan liar pemimpinnya menjadikan UMNO itu terus berpuaka. Itulah hakikatnya UMNO BUSUK HINGGA KE USUSNYA.

Baru-baru ini saya menghadiri ceramah perdana PR di Kedah, kebetulan ceramah itu dibuat berdekatan perumahan saya, Berdasarkan pengamatan kasar saya, lebih kurang 93% yang datang adalah pewaris kepimpinan di masa hadapan iaitu anak-anak muda. Semangat yang mereka laungkan cukub hebat malahan jumlah mereka ini begitu ramai. Salah seorang daipada mereka mengatakan bahawa UMNO tidak akan boleh dipulihkan lagi kerana para pemimpinnya melihat WANG RINGGIT lebih utama daripada tanggungjawab yang mereka pikul, lucu saya mendengarnya. Tambah kawan tadi, Bukan sahaja saya boleh lihat di kawasan kubu kuat PR hakikatnya ditempat-tempat lain pun keadaanya sama..golongan belia menjadi peneraju kepada gegak gempita laungan perubahan.

Sesekali teringat ketika study di Universiti dahulu. Semangat perjuangan mulai bertiup kencang...dalam benak fikirkan saya ketika itu...Andai Kekanda MO ingin bertanding dalam PRu13..Salahkah saya mengikuti jejak langkah beliau...Apapun apabila melihat kembali kebelakang rupanya saya cuma kelip-kelip di waktu malam....hehehe..mujur tersedar....

Anonymous said...

Dr Mahathir dilaporkan berkata keadaan UMNO ini adalah “rotten to the core” atau yang telah diterjemahkan kepada “busuk sehingga ke usus”.

Sebenarnya, terjemahan itu tidak tepat. “Rotten to the Core” mengambil sempena buah epal. Di bahagian tengah epal itu dipanggil sebagai “core” yakni bahagian paling dalam. Apabila epal itu sudah busuk sehingga ke “core” epal tersebut (yakni dalam epal) bermakna epal itu sudah tidak berguna lagi dan harus dibuang. Sekiranya busuk tersebut hanya diisi luar sahaja, maka busuk itu boleh dikerat buang dan bahagian lain masih boleh diselamatkan.

Ertinya Dr Mahathir menyatakan bahawa UMNO sudah tidak dapat diselamatkan lagi dan harus dibuang atau diganti baru. Busuknya umpama buah epal yang sudah busuk sehingga ke bahagian dalam. Ertinya tiada lagi bahagian-bahagian dalam UMNO yang boleh diselamatkan dan keseluruhan UMNO harus dibuang di dalam longkang.

kurma said...

Salam kelapa mawar,

Pemimpin UMNO kena mencari iktibar daripada apa yang berlaku sekarang, jika ingin melihat UMNO masih releven di masa akan datang.

kurma said...

Salam kelapa mawar,

Pemimpin UMNO kena mencari iktibar daripada apa yang berlaku sekarang, jika ingin melihat UMNO masih releven di masa akan datang.

Anonymous said...

Salam buat KM

Topik blog Che det mengenai UMNO busuk hingga ke ususnya telah mendapat reaksi yang amat luar biasa dari seluruh rakyat Malaysia dan rata-ratanya bersetuju dengan pendedahan Tun Dr Mahathir.

Ironinya hanya orang-orang UMNO yang berkepentingan sahaja yang menafikan hakikat ini. Orang UMNO memang terlalu angkuh dan sombong dengan kuasa yang diberi oleh rakyat, UMNO bawahan menyanjung pemimpin2 mereka kerana habuan projek dan begitu juga pemimpin sewenang2 menyogok ahli bawahan agar tidak timbul tentangan.

Inilah putaran ganas dalam politik UMNO, sukar untuk keluar dari 'vicious cycle' melainkan ia terus saja dihapuskan. Putaran ini juga telah lama menjadi barah dalam politik Sabah, tidak terkecuali di KB.

Kta perlukan perubahan dan kita tidak harus takut kepada perubahan, UMNO harus diberikan pengajaran seperti yang telah berlaku di Semenanjung.

sypatracus

kelapa mawar said...

salam sdr palingberani..

ma kasih atas pandangan ini..semoga saranan ini diambil perhatian oleh wakil rakyat dan pemimpin kita..

kelapa mawar said...

Salam sdr watasikadi..

ma kasih sekali lagi kerana memberikan idea terhadap penulisan ini..saya teruja membacanya..

Siapapun yang terlibat dalam menyingkirkan pemimpin kita di KB seperti TSP dan DSSK namun bagi saya apa yg paling penting ialah melihat kesan daripada pengguguran itu..sama ada pemimpin ini bertambah dekat dengan rakyat atau sebaliknya..?

jika benar UMNO busuk hingga ke ususnya maka tidak mustahil ia akan terus parah dan berdarah..kerana itu apa yg sepetutnya berlaku ialah merawat usus berkenaan dan bukannya menambah parah dan deritanya..

semoga sdr terus diberikan kekuatan sekalipun dalam PAS namun perjuangan mendaulatkan bangsa,agama dan negara tetap kita sanjung bersama.Takbir!!!!

kelapa mawar said...

sdr pendekartua..

ma kasih atas sokongan anda..yg tidak putus-putus..saya amat mengharaginya..

permasalahan Yb dan pemimpin kita di Kb harus diberikan perhatian..maknanya ada uasaha-uasaha memperbaiki kesilapan itu..

semoga sdr sukses.

kelapa mawar said...

sdri Idahan..

sdri juga ada aura utk membuat ramalan. thanks atas pandangan itu..

kelapa mawar said...

sdr katakamu..

sdr ada pandangan tersendiri dalam hal ini. jika pun sdr penyokomg kuat terhadap DARD saya menghargainya..
semoga sdr terus memberikan pandangan ..wassalam

kelapa mawar said...

Salam kekandaku Azrone..yang jauh

Adinda Kelapa mawar sentiasa memberikan air manis buat kekandaku..

singah-singahlah selalu guna menghapus dahaga di tekak..

kelapa mawar said...

Akum sdr syed maulana..

saya menunggu response sdr katakamu..

ma kasih atas kunjungan sdr..

kelapa mawar said...

sdr Solymone..

salam perjuangan buat sdr yg begitu releks memberikan idea setiap isu yg dipaparkan..saya begitu teruja membaca idea kajian sdr itu..

kalau sdr ingat kelapa Mawar pernah memaparkan satu slot kajiselidik kepimpinan di KB oleh seorang mahasiswa sarjana mengenai kepimpinan politik di Kb..dan saya ada menghubunginya baru-baru ini dan dia bersedia menyerahkan keputusan soalselidik itu..(melibatkan 2500 responden-golongan muda di KB )..Insyallah dalam waktu terdekat saya akan paparkan keputusan itu untuk tatapan dan perbincangan kita bersama..

ma kasih atas kunjungan sdr itu..rasanya saya ingin berhajat benar agar keputusan kajian sdr dapat sdr paparkan diblog sdr..

semoga sdr sentiasa sihat dan diberikan kekuatan menjadi pemerhati dan penganalisis politik semasa.

kelapa mawar said...

salam sdr paikankb//

satu ulasan yang sangat relevan dengan dunai politik UMNO sekarang..begitu tragis perkembangan UMNO kerana jika benar ia berlaku di seluruh negara..pekan kecil seperti Kb ini tidak sangat membawa gambaran yg tepat tetapi bila berlaku di semenanjung maka ia boleh dijadikan ukuran sebenar..

UMNO busuk hingga ke ususnya, nampaknya ada inti kerana baru-barunya Belanjawan 2010 yg diluluskan juga hampir -hampir menemui kegagalan. satu gambaran bahawa UMNO di bawah najib tidak sangat memulihakn imej parti itu di mata rakyat.

kelapa mawar said...

bulanmengambang..

ma kasih atas penerangan itu dan saya memahaminya..

rasanya buah epal yg rosak dan berulat harus segera dibuang suapay tidak menjangkiti buah yang lain terutama pokok epal (BN)..tapi kebetuylan pokok epal pun bermasalah..banyak parti komponen yg menghadapi krisi kepimpinan..

teruk dan teruk..harap difikirkan.

kelapa mawar said...

lalung..

ma kasih kerana memberikan peringatan itu semoga ia dijadikan iktibar.

kelapa mawar said...

Spatracus..

memang benar apa yg sdr katakan itu UMNO seluruhnya kena berubah ..masa begitu suntuk dan ahli UMNO seharusnya menyedari itu..

ma kasih kerana memberikan pandangan.

Anonymous said...

Pendekatan politik UMNO haruslah diubah untuk menyenangi dan memenangi hati rakyat. Gelombang politik yang berlaku selepas PRU yang lalu menyaksikan UMNO mahupun BN gagal dalam meraih sokongan pengundi-pengundi muda. Pendekatan politik yang diwarisi sejak turun temurun dengan memperkudakan badan-badan kerajaan dan media-media masa gagal membantu UMNO/BN untuk mengimbangi kekuatan pembangkang. Laporan-laporan dan maklumat yang tidak jelas dan beberapa isu-isu semasa gagal diselesaikan oleh UMNO/BN berjaya dipergunakan oleh pihak pembangkang sebagai modal politik. Jika dahulu rakyat hanya percaya akan perihal Radio Tipu Masyarakat, Berita Hairan dan Utusan Meloya. Namun pada masa kini, pelbagai bentuk sumber-sumber dan maklumat yang boleh diperoleh oleh rakyat menjadi satu cabaran kepada UMNO/BN jika gagal menjadi JUARA kepada Rakyat. Slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' akan menyebabkan Satu Malaysia tidak faham perihal ini jika UMNO/BN tidak akan melalui proses perubahan yang drastik..
Untuk menjamin dan menzahirkan kekuatan UMNO/BN itu sendiri, Datuk Seri Najib perlu mendapatkan mandat yang baru daripada rakyat kerana mandat yang diterimanya pada masa kini adalah mandat warisan Pak Lah dan bukannya daripada rakyat Satu Malaysia.N

mati hidup semula said...

salam reformasi buat kelapa mawar,

saya berpendapat selagi saf kepimpinan kb ini tidak dirobah selagi itulah penentangan dari generasi muda ini berlarutan kerana besar kemungkinan generasi muda memikirkan saf kepimpinan lama ini tidak membawa apa-apa perubahan melainkan mereka menjadikan kepimpinan kb ini sebagai hak warisan, malahan setiap pembangunan yang diwujudkan dikb ini dengan hanya melebelkan nama keluarga mereka, maka berpatutanlah kalau saf kepimpinan kb ini ditukar dengan saf kepimpinan generasi muda kalau tidak gagasan 1malaysia perlu ditukar dengan "KEPENTINGAN WARISAN DIDAHULUKAN, KONCO-KONCO DIUTAMAKAN"

kelapa mawar said...

sDR bULANMENGAMBANG

ma kasih kerana terus memberikan response..saya amat bersetuju dengan pandangan sdr mengenai hal ini.banyak isu yg harus diselesaikan oleh UMNO termasuklah kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap parti itu.

cabaran UMNO terhadap agenda perubahannya akan terbukti pada PRU-13 akan datang.

kelapa mawar said...

sdr mati hidup semula..

golongan muda harus diberikan kepercayaan dan ditarbiyah dengan seadanya supaya kesinambungan kepimpinan berlaku dengan sejujurnya

ma kasih atas kesudian sdr memberikan pandangan.