Sewajarnya apabila UMNO Pusat mendendangkan perubahan kualiti kepimpinan melibatkan semua peringkat dan kelas, maka ia bukan sahaja harus mewarnai kepimpinan UMNO di Semenajung tetapi juga merebak di Sabah, kerana Umno di Sabah memerlukan sentuhan ajaib untuk menyusun idealogi penyatuan mereka. Dan jika memperkatakan tentang UMNO SABAH, adalah lebih wajar melihat “anak pertama” UMNO di negeri ini , iaitu UMNO KOTA BELUD. Pendewasaan UMNO SABAH harus bermula di daerah ini, atas hujah dan pendirian bahawa UMNO dilahirkan di daerah ini, selain Kota Belud sendiri adalah daerah pejuang yang tidak ada pada daerah lain di Sabah.
Oleh yang demikian itu, perubahan pada sikap dan kualiti kepimpinan UMNO di Sabah adalah dicerminkan kepada UMNO KOTA BELUD. Apatah lagi apabila ketua Bahagian UMNO KB adalah ‘mantan’ Ketua Menteri yang juga mantan menteri kewangan. Namun apa yang mendukacitakan kita ialah apabila, tidak berlaku tuntutan perubahan itu. Ketiadaan program berkala untuk menyahut cabaran untuk mengubah. UMNO KB masih dihantui oleh perpecahan yang lahir dari perebutan Jawatan Ketua Bahagian yang lalu. Ketiadaan persefahaman politik semulajadi menyebabkan sebegitu ramai anak-anak muda perilaku “opportunist” membanjiri UMNO KB. Sikap suka mengadu domba juga mengambil kesempatan dalam kesempitan dengan menunjukkan pemihakkan kepada pemimpin tertentu secara jelas mewujudkan persengketaan dalaman yang berpanjangan.
Di manakah UMNO KB di saat Naib Presiden UMNO, Datuk Shafie Apdal membuat pengumuman bahawa seramai 160,000 ahli umno di Sabah belum berdaftar sebagai pengundi? Apakah langkah dan program UMNO KB memastikan kualiti kepimpinan kelas bawah diasah tanpa sikap prejudis ? Apakah program menarik minat golongan muda setelah pada PRU-12 yang lalu menunjukkan peningkatan sokongan kepada pembangkang, PAS dan PKR ?
Adalah menjadi risiko terbesar buat UMNO KB apabila ketua bahagian tidak melihat kemelut penurunan sokongan golongan muda di daerah inikepada UMNO tidak wajar diberikan perhatian lantaran kerana yang menjadi wakil rakyat adalah seteru politik beliau. Perbalahan harus dihentikan, nama-nama seperti Sdr Idris Nanti, Serin Sudah, Roslan Akik, Roslan Hj. Manshor, Idris kisab, Naumul, Suhaimi, dan ramai lagi tidak harus dikelasifikasikan sebagai ‘pencabar’ terdekat kepada kekuasaan yang dimiliki, tetapi dibawa bersama dalam suasana persefahaman politik semulajadi sebagai pentarbiyahan yang berpanjangan.Pengkhianatan sdr Shukor yang merupakan mantan pemuda Umno KB suatu ketika dulu, seharusnya dijadikan iktibar bahawa sejak kesekian kalinya UMNO KB gagal mentarbiyah pimpinan muda sehingga denyut nadinya adalah kepada perjuangan UMNO.
UMNO KB, adalah ‘nadi’ kepada perjuangan UMNO Di Sabah. Perpecahan yang berlaku akan menjadi landasan kepada kehancuran politik Bumiputera Islam. Jika perjuangan yang berkepentingan peribadi diutamakan, maka nantikan satu masa dan ketika,perjuangan itu akan ditolak oleh rakyat. Dan itu mula kenampakan sekarang apabila UMNO KB dipersimpangan dilemma, kerana golongan muda tidak berminat membawa obor perjuangan UMNO di daerah ini. Apakah situasi terdesak ini akan menjadikan UMNO KB bertahan untuk 5 atau 10 tahun akan datang..? Apakah PKR dan PAS yang menjadi alternative politik golongan muda di KB menjadi ‘wadah’ baru kepada perjuangan mereka.?
Satu bentuk program dan pendekatan harus segera dimulakan. Memperhebatkan penerangan dan kestiakawanan di kalangan pemimpin veteran Umno KB dengan golongan muda yang masih ‘hingusan’ dalam bab-bab kepolitikan. Kerana dalam usia muda inilah pendirian politik golongan ini masih belum bertapak kukuh lagi. Segala apa yang berlaku dalam UMNO KB, akan menjadi tontonan umum buat mereka. Pengajaran dan pembelajaran akan berlaku secara terus dan tanpa sekatan.
Bukan satu dogengan atau retorik politik di KB, bahawa UMNO ketandusan pemimpin muda yang berkualiti. Ramai yang tersenarai tetapi ramai juga yang dipertikaikan atas beberapa sejarah lampau yang mencurigakan. Pergerakan Pemuda Umno KB bukan sahaja gagal merealisasikan tuntutan perubahan itu tetapi juga gagal menunjukkan idelisme kepimpinan yang membanggakan. Malahan perumpamaan “seperti kerbau di cucuk hidung” membawa pentafsiran kepada Pergerakan itu. Di sinilah silapnya Umno KB, kerana ia tidak menjadi ‘juara” kepada rakyat, sebaliknya kekal sebagai parti yang tidak dapat mengoda pemuda dan pemudi untuk turut serta bersama membakar obor perjuangannya.
11 ulasan :
Kerana kealpaan Umno jatuh di Selangor sedangkan negeri itu tempat lahirnya Umno... di Kelab Sultan Sulaiman...
Begitulah juga nasib Kota Belud dan Usukan... menambah harta dan ahli berpecah belah boleh menjadi punca keruntuhah... saya mengesan sekurang-kurangnya 100 keluarga fanati Usno, kemudian sokong Umno kini kata Awam No / Amu No
Jika permasalahan ini tidak ditangani dengan cepat ia akan merebak sehingga sampai satu ketika UMNO KB tidak ada 'zuriat' kepimpinan yang dilahirkan..
Program bersama rakyat tidak cukup kalau hanya sekadar hadir dan kemudian tidak ada follow up..keluhan, rintihan dan permasalahan rakyat sewajanya dijadikan keutamaan.
Salam KM
Benarlah apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir, UMNO busuk hingga ke usus. Ahli UMNO dari bawah hingga ynag teratas bercakaran sesama sendiri dan berlumba2 merebut kekayaan yang ada disebalik jawatan dan pangkat.
Sungguh mereka semua belum mau sedar bahawa rakyat jijik memerhatikan tingkah laku dan keangkuhan mereka, dan semuahnya bakal diterjemahkan dalam PRU13. Percaya lah, UMNO bakal menerima pengajaran yang paling pahit dalam sejarah.
SALAM SDRI KM..
SAYA AMAT dukacita membaca posting sdri ini kerana pepcehan dlm UMNO KB masih ditahap membimbangkan..seawalnya DSSK dan DHMJ membuat perhiungan yang positif sebelum memutuskan merebut jawatan ketua UMNO bahgaian KB..
sekarang pemimpin tidak sehaluan..tentunya para pelapis juga dirundung malang..
Mengkayakan yang kaya dan yang miskin akan tetap miskin menjadi mangsa dalam segala penipuan orang kaya. amalan kronisme dikalangan ahli UMNO itu sendirisalah satu penyebab kepada perpecahan perpaduang UMNO. Hanya jawatan dan pangkat selain fulus menjadi buruan setiap yang lalai daripada akan realitinya sebuah politik.
Salam Adinda Kelapa Mawar,
Selagi DSSK dan TSP pemain utama dalam politik Kota belud, jangan harap bagi peluang kepada golongan muda menjadi pelapis. Kalau ada pun TSP bilang akan melapis. Melapis dalam erti kata mahu bersaing dengan mereka dalam arena politik kota belud. Sedangkan pemimpin muda seperti yang saudari sebut itu hanya untuk menjadi pelapis apabila mereka tiba masa berundur.
Ada dua perkara yang mereka takuti jika memberi peluang kepada golongan muda dalam politik Kota Belud.
1. Pertama mereka takuti pencapaian golongan muda akan lebih baik daripada mereka dalam membangunkan kota belud. oleh demikian dengan sendirinya mereka akan terasa tidak buat apa-apa dalam daerah Kota belud.
2. Kedua mereka takuti jika golongan muda terlalu diberi peranan, akan menjejaskan peluang anak mereka mengambil tempat mereka dalam politik apabila bersara nanti.
Baik kita renung kebenaran hujah ini.
Salam KM,
1. Dalam isu ini, saya percaya bahawa tindakan meletakkan kesalahan/kesilapan di atas bahu UMNO KB semata-mata adalah amat tidak adil sama sekali.
2. Perlu diingat bahawa UMNO KB tidak mempunyai "keistimewaan" untuk memilih barisan pemimpin yang menerajuinya bagi mana-mana tempoh sekalipun. Sebaliknya, rakyatlah yang "berkuasa" untuk memilih dan barisan kepimpinan yang ada sekarang inipun adalah pilihan mereka.
3. Justeru, jika benar bahawa aspek kualiti kepimpinan menjadi punca kepada semua yang diutarakan, maka bukannya UMNO KB, tetapi semua orang perlu mengambil tanggungjawab ke atas keadaan tersebut. Tidak adil dan tidak kena sama sekali untuk sesiapa menunding jadi kepada UMNO KB atas apa yang berlaku kerana semua orang terlibat dalam memilih barisan kepimpinan yang menarajui UMNO KB sekarang ini. Persoalan saya, kenapa memilih calon yang tidak berupaya?.. Sedangkan, ramai termasuk bloggers) yang mengatakan bahawa KB ramai pemimpin pelapis yang berkebolehan dan boleh diketengahkan. Kalau sudah tahu tidak seseorang itu tidak berupaya, kenapa pilih? dan selepas itu, kenapa menyalahkan orang lain atas kesilapan yang kita sendiri buat.
4. Kita perlu ingat bahawa semasa pemilihan berjalan, kita mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk mencadangkan dan mengundi sesiapapun yang kita fikir mampu dan berkeupayaan. Jadi, kenapa tidak menggunakan kebebasan itu dengan bijaksana?. Kalau inilah sikap kita, saya percaya parti apapun yang kita sokong samada UMNO, PBS, PKR PAS dan sebagainya akan hancur.
5. Saya merasa amat hairan bila ada pihak yang mengatakan bahawa TSP atau DSSK tidak mungkin memberi peluang kepada pemimpin muda. Pada saya, andai seseorang itu memang mempunyai kualiti kepimpinan yang diiktiraf dan diterima oleh masyarakat setempat maka tiada seorangpun yang boleh menghalang "masyarakatnya" untuk mengangkat beliau sebagai pemimpin. Melainkan, masyarakat tersebut juga tidak bersatu hati seperti apa yang kita lihat sekarang ini. Jangankan DSSK dan TSP, PM pun tidak boleh buat apa kalau semua orang mahukan calon tertentu jadi pemimpin mereka. Soal takut juga bukan persoalan pada hemat saya kerana DSSK dan TSP telah melalui saat yang lebih getir dari apa yang diutarakan.
6. Harus kita ingat juga bahawa kualiti kepimpinan bukannya terbentuk setelah jadi barisan pemimpin UMNO Bahagian. Ianya lahir dari adunan antara hati nurani, minat, pengetahuan, pengalaman, kematangan dan karisma. Maka itu saya pernah kata dahulu bahawa kita perlu ada penanda aras tertentu akan kualiti kepimpinan seseorang.
7. Kalau kita fikir bahawa barisan kepimpinan dalam UMNO KB sekarang ini tidak berjaya membawa aspirasi yang rakyat inginkan, muhasabahlah diri sendiri kerana kita yang memilih mereka. Mereka berada di situ kerana kita. Kenapa menyalahkan UMNO KB?.
8. Saya tidak faham...
Salam kekandaku..
kalau begitu tidak mustahil KB akan menjadi sprti sgor..
ma kasih kerana memberikan pandangan
sdr depu-depu..
thanks krna memberikan idea tentang penulisan ini..
sdr Sypa...
ma kasih atas pandangan itu.semoga sdr sukses hendaknya
watababai..
kita hanya berniat memaparkan kesilapan itu dgn harapan dpt diperbaiki
Post a Comment