Tuesday, December 29, 2009



Keindahan Pulau Mantanani Kota Belud adalah syurga kepada peminat penyelam dasar laut

Sebelum PRU-12 lagi, ramai yang mewar-warkan bahawa persempadanan kawasan Pilihanraya oleh SPR akan memperuntukkan satu kawasan Pesisir Pantai sebagai satu lagi DUN di kawasan Kota Belud. Malahan ada pemimpin yang sengaja meniupkan berita yang belum tentu sahihnya ini untuk mengaut sokongan rakyat ke atasnya. Konon bila persempadanan itu berlaku, maka ketuanan politik suku yang mendiami kawasan pesisir pantai itu akan lebih terjamin. Ketika Orang kampung mendengar pengumuman tidak rasmi itu, pelbagai rasa dan perasaan yang menyelinap dalam pemikiran mereka. Takut akan lebih memarahkan lagi pergolakan politik suku mereka. Bagaikan mitos besulamkan dusta, Nampak gayanya berita itu hilang begitu sahaja. Formula 2:1:1 yang dicanang juga setakat coretan jari jemari, hanya itu, walhal yang mengutarakannya bukan sembarangan orang bergelar PENDEKAR CAHAYA ..Hingga kini idea itu masih malap berbanding dengan diri pencetus idea keramat itu.


Namun apabila Datuk Musa Aman mengumumkan bahawa Pekan Kota Belud akan diberikan tumpuan pembangunan gas dan Petroleum, ekoran penemuan beberapa lagi sumber minyak di daerah ini,dengan membangkitkan bahawa kawasan pesisir pantai di Kota Belud bakal dibangunkan untuk menjadi pusat pelancongan..maka tergambar di fikirkan kita, jika benar, justeru ramai dari suku yang mendiami kawasan pessisir pantai ini akan menerima kejutan dengan gelaran “orang kaya Baru”. Lantaran kawasan yang dibangunkan bukan sahaja membuka peluang pekerajaan serta pampas an tanah dan kawasan yang dibangunkan, namun ia akan mewujudkan peluang ekonomi kepada penduduk setempat. Kawasan Pesisir pantai yang menganjur dari pantai Emas hingga ke perkampungan Sarang dan lebih lagi hingga ke Kota Marudu, melalui kg Kota peladuk, Tamau, Pintasan,Nanamun, dan Rampayan begitu indah dan strategic untuk dibangunkan. Seakan satu tempat peranginan yang bertaraf mewah dan santai.


Jika dibangunkan nanti kawasan pesisir pantai ini akan menjadi Jeti atau persinggahan sementara para pelancong sebelum meneruskan perjalanan ke pulau Mantanani iaitu satu-satunya pulau cantik dan indah di daerah Kota belud. Ramai yang menyatakannya sebagai syurga dasar laut yang amat memukau.


Keberjayaan program ini, seperti yang dikatakan oleh Datuk Musa Aman bergantung sepenuhnya kepada kerjasama para pemimpin di daerah ini juga termasuk penduduk setempat. Pembangunan ekonomi ini setidaknya akan memperbaiki kemudahan infrastruktur asas di perkampungan Pesisir Pantai. Jika ini yang berlaku, wajarlah Pekan Kota Belud dijadikan destinasi pelancongan selain daripada keindahan puncak gunung kinabalu yang tersergam indah di kawasan Dun Kadamaian.

11 ulasan :

Roslan M. said...

Isu pembangunan ini diumumkan oleh Datuk Musa Aman utk mengekalkan sokongan kepada orang kanan dia di KB..

kita masih belum percaya sehinggaah projek itu telah benar-benar dilaksanakan.

Pak Cik Amin said...

Perkampungan yg terdapat di pesisir pantai Kb kebanyakkannya adalah perkampungan suku Iranun..

Apakah idea pembangunan pesisir pantai ini memberi kesan kepada keutuhan politik dan ekonomi mereka..?

BELUM PENDEKAR said...

Salam,

1. Apakah agaknya jaminan bahawa kejadian pampasan tanah yang kononnya tidak dibayar di kampung Wakap dan kampung Labuan semasa pelaksanaan projek jalan bypass kota belud - Kudat tidak akan berulang?...

2. Kedua, benarkah penduduk yang tinggal di persekitaran berkenaan akan memilih projek pembangunan berkenaan berbanding pemilikan tanah mereka?... Bukankah projek pembangunan dikatakan tidak memberi kebaikan kepada penduduk kampung?..

3. Kita tunggu dan lihat, bagaimana projek pembangunan ini akan dilaksanakan. Dan, mampukah MA melaksanakannya. Atau, pemimpin dan masyarakat KB tidak memberikan kerjasama dijadikan alasan kelak?..

4. Saya akan sabar menanti...

RHM- ROSLAN HAJI MANSHOR said...

Salam Adinda Kelapa Mawar,

Roslan M yang membuat komen dalam blog adinda bukan saya sebenarnya. Justeru itu pendapat saudara Roslan M adalah pendapat dia sendiri. Dan saya tidak terlibat langsung dengannya.

RHM- ROSLAN HAJI MANSHOR said...

Salam Adinda Kelapa Mawar,

Saya tidak ada hubungkaita dengan Roslan M, sebagaimana beberapa hari ini menggunakan idenditi yang hampir sama dengan saya. Justeru itu segala pendapatnya mengenai sesuatu isu, saya dengan ini tidak terlibat dengannya

BATU MENUNGGUL said...

km,

apapun pembangunan dikota belud ini saya rasa ia akan berjalan lancar jikalau tiada dalang disebalik penentangan rakyat, kebanyakan propaganda yang berlaku dikota belud ini didalangi oleh TSP dan DSSK. sekarang ini DSSK tengah memikirkan macam mana mendapatkan semula wang yang habis ketika pemilihan bahagian sehinggakan menurut maklumat yang boleh dipercayai DSSK telah menulis surat kepada PM supaya penaiktarafan jalan kiau dilaksanakan oleh DSSK secara runding terus..

kelapa mawar said...

salam sdr Roslan M.


ma kasih atasa pandangan sdr itu. walau pun begitu ada yang merasakan sdr menggunakan nama orang tertentu sebagai nama dalam blog..apakah benar ?

kelapa mawar said...

Pakcik Amin..
memang benar apa yg pakcik kaatakan itu..jika projek ini menjadi kenyataan maka kita akan lihat apa yang berlaku selanjutnya.

kelapa mawar said...

sdr Belum Pendekar..

Apa juga projek yg dilaksanakan harus diterangkan kepada rakyat tanpa berselindung dengan mengaut keuntungan yang lumayan.

Rakyat akan menerima pembangunan yg menguntungkan mereka.

kelapa mawar said...

kekandaku Roslan Dan Anak Kota Belud,..

Kita tunggu penjelasan dari sdr Roslan M. apa yg berlaku sebenarnya..harap bersabar.

kelapa mawar said...

Sdr Umnorelevan..

Saya merasakan ada kebenarannya apa yg sdr katakan itu..walau bagaimanapun kita mengharapakan agar UMNO kB tetap utuh dan diterima rakyat di daerah ini.

ma kasih atas kunjungan sdr.