Monday, September 19, 2011


penglibatan PAGISA satu pertubuhan NGO yang dipelopori oleh sebilangan kumpulan berijazah dalam suku Iranun dalam mengangkat martabat umat Iranun di Kota Belud dan sabah amnya, sangat-sangat disenangi oleh ramai tokoh berwibawa dalam suku itu. tetapi tidak di pihak ratusan anak graduan Iranun yang lebih melihat pertubuhan itu sebagai 'syok sendiri'. Sebagai satu-satunya pertubuhan yang berlandaskan 'wadah' ilmiah, PAGISA di kaca mata anak graduan Iranun lebih dimonopoli oleh sekelompok 'pemimpin' NGO yang berkepentingan.

Seorang anak graduan Iranun yang sempat bertemubual dengan penulis melahirkan kekecawaan yang amat sangat dengan pelbagai program PAGISA yang lebih kepada menonjolkan diri pemimpin dari NGO itu daripada memikirkan bagaimana menarik minta ratusan anak graduan Iranun yang berpengangguran setelah keluar dari IPTA dan IPTS. Soalan yang diajukan kepada penulis ialah sejauhmanakah PAGISA mengambil berat tentang situasi itu? Berapakah jumlah anak IRanun yang sudah berstatus graduan pada rekod PAGISA? Berapakah ramai anak-anak Iranun yang 'gagal' melanjutkan pelajaran atas alasan kemiskinan dan keciciran luar jangka? Berapakah jumlah anak Iranun yang memerlukan bimbingan untuk tujuan ekonomi dan pekerjaan?

Bukankah soalan-soalan begitu perlu berada dalam simpanan PAGISA? walaupun PAGISA dikatakan mengalami kemelesetan kewangan atas faktor dana dan peruntukkan, namun bukannya salah jika PAGISA selaku NGO Iranun yang dihuni oleh para graduan berkelulusan degree dan Master, atau mungkin juga sudah ada Phd, mempunyai rekod sebegitu. sekurangnya-kurangnya sebagai rujukan pada generasi akan datang.

Kita mohon kepada PAGISA supaya lebih terbuka.

Meja bulat yang dianjurkan oleh PAGISA pada beberapa bulan lepas yang diadakan di sebuah hotel di ibu kota masih kabur dari kacamata graduan Iranun yang lain. Ketiadaan surat jemputan individu mungkin kerana di sebabakan PAGISA tidak mempunyai golongan sasar sehingga kehadiran lebih kepada politikus dan orang tertentu sahaja. Walaupun PAGISA sudah mempunyai wadah baru iaitu BLOG tetapi tidak dipublishkan apakah resolusi meja Bulat yang telah diadakan itu supaya dapat dikongsi oleh ratusan anak graduan Iranun yang peka kepada dunia internet. Mungkin perkongsian itu perlu atau barangkali penambahbaikan idea dan gagasan juga boleh diberikan.

Keluhan beberapa anak graduan Iranun yang sempat ditemui oleh penulis berkaitan PAGISA dari kaca mata mereka nyata begitu menghampakan. Artikel yang ditulis ini baik dilihat sebagai satu percambahan buah fikiran demi melihat PAGISA relevan kepada ratusan anak graduan Iranun yang bergentayangan diseluruh pelusuk negara ini. Malahan ada yang menyuarakan supaya keahlian PAGISA dilanjutkan kepada graduan diploma dan setarafnya supaya tampak lebih menyakinkan dalam menuntut perubahan sosial dan melonjak taraf hidup masyarakat Iranun.

Sebagai cadangan dan response, barangkali PAGISA perlu menganjurkan satu lagi meja bulat dengan menghimpunkan seramai yang boleh graduan Iranun supaya satu penyatuan fikrah dapat diadakan. Jangan hanya "kamu-kamu saja" seperti yang disuarakan oleh graduan iranun ini kepada penulis.

0 ulasan :