Sejak kebelakangan ini, rakyat Kota Belud disajikan dengan cerita politik tentang hubungan antara Datuk Salleh mantan MP Kota Belud dengan MP Kota Belud sekarang iaitu Datuk Rahman Dahlan. Khabar politik di Kota Belud menyatakan bahawa hubungan keduanya berada pada ambang keretakkan. Malahan dari sumber yang boleh dipercayai, sudah ada pelepasan kata-kata dari kedua-dua pemimpin ini yang membinggitkan telinga rakyat Kota Belud.
Datuk Rahman bukan sahaja dikatakan tidak berpuas hati dengan Datuk salleh yang kini semakin rapat dengan Musa Aman, tetapi juga dikhabarkan Datuk Rahman tidak menyenangi beberapa tin dak tanduk Salleh terutama dalam perancangan UMNO Bahagian Kota Belud yang jelas membelakangkan keperibadian Datuk Rahman selaku MP di Kota Belud. Malahan khabarnya ketika majlis berbuka puasa bersama Ketua Menteri Sabah, datuk Musa Aman di Kota Belud , Datuk Rahman begitu bertindak menyindir dan mempersenda Datuk Salleh yang kononnya Datuk Salleh 'bakal' Ketua Menteri sabah yang baru selepas PRU 13. Insiden ini dikatakan dilafazkan oleh DARD di hadapan Musa Aman dimana Datuk Salleh juga dikatakan turut bersama.
Dalam beberapa perbualan dengan rakyat Kota Belud yang 'terlibat' dalam politik di daerah ini, Saya difahamkan juga bahawa insiden tanah Warisan Rampayan yang menjadi heboh di media massa dikatakan dirancang oleh pihak tertentu untuk menguburkan politik Datuk Rahman, seperti mana yang pernah dilakukan terhadap Datuk Japlin sewaktu masa dahulu.
Sebagai rekod kehadiran Datuk Rahman dahlan dalam politik Kota Belud telah menjadi isu bagi sesetengah pemimpin sedia ada apatah lagi apabila ada pemimpin senior yang digugurkan pada PRU 12 yang lepas. Isu orang luar dan orang KJ serta Musa Aman telah dikaitkan dengan kehadiran DARD di Kota Belud.
Benarkah hubungan kedua pemimpin ini ibarat 'ikhlas tapi jauh"? Atau ia hanya sekadar lakonan musim luruh supaya lonjakan politik peribadi boleh dijelmakan?
0 ulasan :
Post a Comment