Saturday, September 17, 2011

Kawasan Kedai Gui Brother, menggunakan kawasan Jalanraya untuk meletakkan barang perniagaan mereka.




Tanda Amaran yang dipasang oleh MDKB


Langkah Majlis Daerah Kota Belud (MDKB) melekatkan tanda amaran kepada para peniaga di Pasar Besar Kota Belud supaya tidak menggunakan kawasan kaki lima bangunan berkenaan untuk operasi meletakkan barang-barang dagangan amat-amat dialu-alukan demi melonjakkan pekan Kota Belud sebagai salah satu daerah yang bersih dan membangun di Sabah.


Namun tindakan tiu nampaknya seperti cakap tidak serupa bikin kerana daripada tinjauan yang dibuat oleh penulis , penguatkuasaan undang-undang kecil yang didakwa oleh Majlis daerah itu hanya ditujukan kepada para peniaga di sekitar pasar besar Kota Belud. Selebihnya ada para peniaga yang bukan sahaja menggunakan kawasan kaki lima premis perniagaan mereka tetapi juga turut menggunakan kawasan jalanraya di hadapan lokasi bangunan mereka.

Penulis mendapati, antara peniagaan yang rakus menggunakan kawasan jalanraya di hadapan premis mereka ialah kedai runcit Gui Brother yang berdekatan dengan Bank BSN sehingga menimbulkan kesesakkan kepada pengguna jalanraya di kawasan berkenaan.Tidak terkecuali juga ialah kedai Yick Ming yang menggunakan kawasan kaki lima bangunan untuk meletakkan barangan dagangan mereka.Apa yang menghairankan ialah tidak ada pula tindakan daripada MDKB, termasuk memasang tanda amaran seperti yang dilakukan di Pasar Besar itu.

Di mana ketelusan MDKB dalam hal ini? adakah penguatkuasaan undang-undang hanya dilakukan kepada peniaga kecil-kecilan . Sedangkan rangkaian peniaga besar seperti Gui Brother dan Yick Ming dibiarkan. Para pegawai MDKB jangan hanya menutup sebelah mata, sepatutnya bertindak adil dan telus tanpa memilih tempat dan kedudukan. Jika tidak rakyat Kota Belud tidak akan memberikan tabik hormat kepada mereka sebaliknya akan memperlekehkannya.

0 ulasan :