Monday, September 19, 2011


Kudis Pendatang Asing Tanpa Izin atau PATI di sabah semakin merebak hingga keseluruh badan. Walaupun sudah ada desakan beberapa pemimpin politik sama ada dikalangan pembangkang dan dikalangan pemimpin dalam komponen BN di sabah, namun kerajaan Pusat masih menunggu 'bulan jatuh keriba' untuk bertindak. Beberapa orang pemimpin termasuk Dr Jeffry dan Wilferd Bumburing telahpun menyerahkan dokumen pembuktian bahawa memang wujud PATI di Sabah yang mendapat kerakyatan secara mudah dan melambak, namun dokumen itu hanya sekadar tinggal sebagai dokumen, tidak ada tindakan susulan, bahkan anggapan menubuhkan satu Suruhanjaya Bebas untuk menyelesaikan kemelut PATI di sabah dilihat sebagai tidak berkeperluan.

Bancian Jabatan Perangkaan Malaysia dalam bancian 2010 telah menunjukkan terdapat pola peningkatan penduduk di sabah dalam suasana yang cukup luar biasa. Peningkatan mendadak dan mengatasi jumlah penduduk di negeri Jiran , Sarawak. Menurut bancian 2010, kadar penduduk Malaysia telahpun mencecah 28 juta orang, di mana selangor mencatat penduduk seramai berjumlah 5, 411,324. Diikuti oleh negeri Johor 3, 233,434 orang dan negeri Sabah seramai 3,120,040 serta penduduk Sarawak 2,420,009.

Apa yang memeranjatkan ialah peningkatan penduduk Sabah dalam tempoh sepuluh tahun. Perbandingan bancian yang dibuat pada tahun 1980-an penduduk sabah berjumlah 929,299 orang. tahun 1990-an pula menunjukkan penduduk Sabah sudah melebihi sejuta orang. Bancian tahun 2000 menunjukkan secara tiba-tiba penduduk Sabah meningkat kepada 2,468,246 hampir-hampir menyamai penduduk Sarawak. Bancian 2010 menunjukkan Sabah mencapai penduduk 3,120,040 jauh lebih banyak dari penduduk Sarawak.

Peningkatan penduduk secara mendadak ini menimbulkan keraguan munasabah , sama ada ketika bancian dilakukan terdapat kesilapan besar dengan memasukkan penduduk yang telah meninggal dunia dan anak-anak yang belum dilahirkan ataupun sememangnya kedatangan PATI telah menyumbang kepada peningkatan penduduk negeri Sabah.

Pemansuhan ISA oleh kerajaan dilihat sebagai satu lagi transformasi besar dalam politik negara. Namun di Sabah pemansuhan ISA sudah menjadi perkara nombor dua, walaupun dalam sejarah ISA, ada juga beberapa pemimpin yang ditahan mengikut akta itu. Apa yang menjadi jiwa penduduk Sabah sekian lama ialah Isu PATI dan 20 Perkara.

Apakah Najib sebelum membubarkan parlimen akan melakukan transformasi besar di Sabah termasuk soal PATI dan 20 Perkara? Apakah Najib hanya mahu 'bapa' Transformasinya itu setakat gelaran di bumi semenanjung? Atau apakah Transformasi yang akan dilakukan oleh Najib di Sabah? Bersama kita nantikan!

3 ulasan :

kelapa mawar said...
This comment has been removed by the author.
kelapa mawar said...
This comment has been removed by the author.
kelapa mawar said...
This comment has been removed by the author.