Pendedahan wikileaks mengenai pendirian danb kenyataan Datuk Salleh Tun Said mengenai kesediaan beberapa orang ahli Parlimen Sabah dan Sarawak yang berhasrat meninggalkan BN lantaran negeri-negeri terbabit dipinggirkan telah mengundang banyak cerita politik di Kota Belud dan di Sabah. Beberapa hari selepas itu Datuk Salleh dalam satu majlis di Kota Belud menafikan laporan berkenaan malahan menyifatkannya sebagai tidak benar.Penafian Datuk Selleh
Berikutan dengan insiden itu, Datuk Salleh bukan sahaja menjadi sasaran pembangkang di Sabah malahan sudah mula dikatakan sebagai politikus yang licik semata-mata untuk kepentingan peribadinya. Malahan pendedahan blogger mengenai kelicikan politik DSSK mungkin ada benarnya.Politik Datuk salleh.
Rakyat di Kota Belud sedia maklum bahawa pada satu ketika DSSK mempunyai hubungan baik dengan DSAI terutama ketika ketua pembangkang itu yang pada waktu itu adalah timbalan Perdana Menteri memainkan peranan penting dalam menumbangkan kerajaan PBS. Sebab itu ada kemungkinannya DSSK adalah merupakan antara pemimpin politik yang berhasrat untuk meninggalkan UMNO dan BN, apatah lagi pada waktu itu beliau digugurkan sebagai wakil rakyat.
Seorang penganalisis politik yang juga merupakan orang kanan DSSK di Usukan suatu ketika dulu telah mengakui bahawa kelicikan politik DSSK sebenarnya berada pada tahap tinggi kerana dengan adanya bantuan wang ringgit. Sambil menyifatkan bahawa paling tidak pun jika dicalonkan semula DSSK akan meraih majoriti besar sebab faktor modal dan wang bukannya kerana faktor kepimpinan. Dengan berani , menyifatkan Usukan masih mundur walaupun DSSK dan keluarganya menjadikan kawasan Usukan sebagai benteng politik mereka lebih dari 3 dekad.
Kini masyarakat Kota Belud terutama golongan muda berpendidikan mula mempersoalkan keikhlasan DSSK untuk kembali memimpin Kota Belud. Mereka mula melihat percaturan politik DSSK lebih bersifat peribadi dan bukannya kepentingan sejagat. Namun begitu apakah situasi ini akan memberikan impak kepada politik DSSK? bersama kita tunggu.
2 ulasan :
Dlm Politik semuanya kena beralas dan menipu..
Salam KM,
Contoh yang paling ketara tentang ketidakikhlasan Datuk Salleh dalam menyelami kedaifan pengundinya sendiri ialah semasa beliau menjadi Ketua Menteri Sabah, dimana keadaan sawah padi dikawasan Kulambai terbiar begitu saja, apakah seorang Ketua Menteri tidak dapat mengatasi masalah petani yang hanya sekerat saja, Kulambai bukannya Jelapang Padi seperti di Kedah, dan sebagai contoh jika diambilkira jumlah pengundi Daerah mengundi Kulambai seramai tiga ribu orang (3000)mungkin 5 org saja yng tidak mengundi beliau semasa pilihanraya... KALAU difikirkan dan diikutkan perasaan sebagai Ketua Menteri Sabah ketika itu, jambatan dari Kuala Abai pun boleh dibina sampai ke Pulau Mentanani... alasan beliau dia bukan Ketua Menteri utk Kota Belud saja, tapi kenapa Datuk Chong Kah Kiat boleh memajukan Daerah Kudat semasa era beliau menjadi Ketua Menteri walaupun selama 2 tahun saja..KENAPA? Setelah Tan Sri Pandikar menjadi Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah beliau telah membesarkan sistem perparitan di Kawasan Usukan tapi harapan petani utk mengerjakan sawah hampa lagi atas sebab-sebab yang tidak diketahui....Datuk Salleh lebih rela orang-orang dari usukan berulang-alik dari Kota Belud ke Kota Kinabalu semata-mata utk menjenguknya di rumah dan di akhir kalimah ceramahnya mengagih-agihkan ringgit malaysia, begitu lah setiap hari rutin yang beliau inginkan..entah sampai bila.
Daripada air muka seseorang pemimpin itu kita boleh nampak dan merasakan keikhlasan perjuangannya..anda boleh tengok dan nilai sendiri, ada pula ura-ura Datuk Salleh akan bertanding di DUN Tempasuk, kalau menang boleh jadi Ketua Menteri..kata org kuatnya yg selalu berangan jadi Setiausaha politik konon, ada juga yang membawa khabar Datuk Salleh akan jadi calun Parlimen Kota Belud PRU akan datang..bagi penelitian saya banyak kesan dan sumbangan Ahli Parlimen sekarang daripada Datuk Salleh yang telah berpenggal-penggal menjadi Ahli Parlimen, sudah lah berpenggal-penggal menjadi AP, jawatan Timbalan Menteri Persekutuan pun tiada disandang apa lagi jawatan Menteri..tanya diri anda sendiri KENAPA? tidak menjadi AP dapat pulak jawatan Pengerusi Kraftangan dan Pengerusi Finas, itu pun hasil pertolongan kawan beliau yang sekarang ini jadi musuh politik beliau pulak...alahaiii musuh lagi..sekian dulu lah.
Post a Comment