Wednesday, September 21, 2011

Setiusaha Bn Sabah Datuk Rahman Dahlan

Skandal pengambilan Tanah di Sabah sudah tahap kronik. Di mana-mana di serata pelosok negeri dibayu ini kedengaran isu ini. Di Kota Marudu, Pitas, Sandakan, Tawau, Kunak, Lahad Datu. Semporna, Keningau, Sipitang dan hampir keseluruhan daerah di Sabah menghadapi permasalahan ini. Ada yang membuat tuduhan kononnya orang besar dan orang dalam terlibat sehingga sebegitu rakus merampas hak tanah milik orang kampung.

Isu Pendatang Tanpa Izin atau PATI di Sabah juga sudah sampai ke tahap kronik. Di mana-mana di seluruh daerah di Sabah memang kejumpaan orang-orang asing ini. Malahan ada yang tanpa segan-silu melakukan pekerjaan seperti orang tempatan. Terlibat dalam sektor pertanian dan juga perikanan.

Menyedari dua isu utama ini BN Sabah dalam satu kenyataan oleh setiausahanya Datuk Rahman Dahlan menyatakan BN Sabah telah menubuhkan empat ahli jawatankuasa iaitu Jawatankuasa melibatkan hal ehwal Tanah yang dipengerusi oleh Ketua Menteri Sabah, datuk Musa Aman, Ahli Jawatankuasa Pendatang Tanpa Izin yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, Jawatankuasa Perlantikan Jawatan Politik yang dipengerusikan oleh Datuk Salleh Tun Said dan jawatankuasa anugerah pingat yang dipengerusikan oleh Datuk Rahman sendiri.

Rakyat Sabah masih menaruh harap kepada BN untuk menyelesaikan dua isu penting iaitu kes pengambilan tanah dan isu PATI. Walaupun begitu ada pihak masih mencurigainya kerana mereka menyifatkan jawatankuasa ini hanya sekadar 'gula'gula' kepada rakyat menjelang PRU13, kerana selamanya iau Tanah dan Pati dibiarkan menjadi api dalam sekam.

3 ulasan :

musli oli said...

kelapa mawar,
JK ini tiada kuasa eksekutif dan tidak boleh membuat atau merubah sebarang keputusan. JK ini hanya sekadar berperanan sebagai 'pemantau'. kecuali perlantikan politik dan anugerah pingat tu, barangkali mereka ada kuasa.

YB Dato' Abdul Rahman Dahlan said...

KM dan MO: Memang betul Jawatankuasa mengenai PATI tidak mempunyai kuasa eksekutif, tetapi perlu diingat bahawa ahli-ahli jawatankuasa BN Sabah adalah terdiri daripada menteri-menteri dan Ketua Menteri yang ada kuasa eksekutif. Dapatan Jawatankuasa ini akan diangkat kepada Jawatankuasa induk BN Sabah dan akan diterjemahkan dalam bentuk tindakan melalui jemaah menteri.

Hani said...

KM saya tertarik dengan dua isu ini, isu PATI dan isu Tanah, isu tanah saya ingin berkongsi apa yang berlaku di kawasan Sook, rakyat sudah kehilangan kata dalam soal mengemukakan masalah kepada siapa lagi, isu ini belum selesai sehingga saat ini dan kata akhir mereka jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan maka jangan salahkan rakyat jika undi berpatah arah pada PRU13...