Saturday, September 17, 2011


Pengumuman Datuk Seri Najib mengenai hasrat kerajaan untuk memansuhkan akta Keselamatan Dalam negeri atau ISA sewaktu menyambut hari kemerdekaan negara di sambut dengan rasa lega oleh kebanyakkan rakyat Malaysia. Najib dalam ucapannya bukan sahaja menganggap bahawa pemansuhan ISA itu bukannya satu desakan pembangkang kepada kerajaan, malah menyatakan bahawa itu adalah satu transformasi besar politik negara. Sambil membayangkan bahawa rakyat Malaysia sudah semakin matang dan membangun, Najib juga menyatakan bahawa ia adalah budi dan jasa kerajaan yang diperjuangkan selama ini. Lihat petikan ini Pemansuhan ISA

Namun begitu hasrat Najib itu telah menimbulkan banyak polemik kepada rakyat di negara ini. bagi pemerhati politik, pengumuman Najib itu adalah antara lain bertujuan untuk mengembalikan kembali popularitinya yang dikatakan menjunam 6% ekoran daripada beberapa kes melibatkan kepentingan dan ketelusan kerajaan dalam sistem pilihanraya sehingga menyebabkan berlakunya perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang menuntut kerajaan dan SPR merombak dan menambahbaik ketelusan sistem pilihanraya di negara ini. Berikutan itu juga , pelbagai pihak melihat bahawa PRU 13 semakin dekat. Lihat ini PRU Semakin Dekat

Bagi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dalam temuramah astro awani menyifatkan bahawa langkah kerajaan memansuhkan akta ISA itu akan dapat menarik minat pengundi atas pagar untuk mengundi BN pada PRU 13, namun begitu beliau tetap percaya bahawa keperluan memansuhkan akta itu sebenarnya atas desakan pembangkang dan bukannya keperluan kerajaan pada waktu ini.

Di Sabah pemansuhan akta ISA itu turut disambut baik oleh rakyat Sabah. namun pada waktu yang sama ada pihak yang masih mahu kerajaan Pusat melihat kembali keperluan mengkaji 20 perkara mengenai perjanjian Malaysia antara Sabah dan Sarawak sebagai kesinambungan pemansuhan akta ISA itu. Sebuah pertubuhan bukan kerajaan NGO iaitu BHF masih mengambil jalan lain untuk menuntut keadilan dengan membawa kes 20 perkara itu kepengetahuan mahkamah keadilan antarabangsa. Lihat ini. BHF ke mahkamah antarabangsa





0 ulasan :