Saturday, September 3, 2011


Seorang pemerhati politik Kota Belud yang juga seorang pejuang sejak dari zaman USNO, BERJAYA, PBS dan kini UMNO 'meramalkan' YDP Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin berpotensi untuk menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah setelah menimbangkan pergolakan politik Sabah sejak akhir-akhir ini. Sambil menyifatkan bahawa Tan sri Pandikar Amin adalah satu-satunya personaliti politikus Sabah yang bebas dari kontrovesi serta skandal melibatkan kepentingan rakyat, besar kemungkinan Najib akan membuat kejutan pada politik sabah selepas PRU 13 akan datang.

Menyedari bahawa perkembangan politik sabah terutama dalam UMNO yang berpecah kepada dua team besar melibatkan Datuk Musa Aman dan datuk Shafie Apdal, kemudiannya pergolakan BN Sabah yang mencetuskan ketegangan melalui beberapa tuntutan dan reaksi LDP terhadap kepimpinan Musa Aman di Sabah, satu jangkaan luar batas kebiasaan politik di sabah akan dilakukan oleh Najib.

Datuk Salleh yang sebelum ini dilihat punya potensi besar dalam merebut kembali kerusi Ketua Menteri sabah diramalkan tidak akan menjadi pilihan Najib setelah Speaker Dewan Undangan Negeri ini menunjukkan kerelaan berkerjasama dengan Musa Aman sekaligus dilabel sebagai rakan kongsi dalam team Musa Aman. Manakala Datuk Shafie Apdal pula bersama Datuk Hajiji dan beberapa orang dari mantan pemimpin USNO yang menyertai UMNO juga tidak akan menjadi pilihan Najib untuk Kerusi Ketua Menteri Sabah untuk mewujudkan keadilan dan membuktikan bahawa Najib tidak 'menaja' kumpulan mana-mana dalam UMNO dan BN sabah.

Oleh kerana itu, menurut pemerhati politik Kb ini, TSP dilihat adalah calon terbaik setelah menujukkan beberapa tanda kesetiaan terhadap pucuk pimpinan UMNO pusat termasuk sanggup membubarkan AKAR meskipun parti multi itu merupakan parti tertua dalam BN Sabah pada waktu tersebut. Kemudiannya, kesanggupan TSP menjadi ahli UMNO juga dianggap sebagai tanda kesetiaan yang tidka berbelah bahagi.

Tidak terpinggir dengan pengalaman sedia ada, TSP juga pernah beberapa kali memegang porfolio penting peringkat negeri seperti menteri Kerja Raya dan menteri pertanian dan perikanan, manakala di peringkat pusat TSP pernah memegang portfolio penting di Jabatan Perdana Menteri ketika era Tun Mahathir dan memainkan peranan penting dalam pembebasan tebusan rakyat Malaysia di selatanm filipina.

Apabila TSP digugurkan pada PRU 12 yang lepas, beliau telah dilantik sebagai YDP Dewan Rakyat dan sebelum ini juga pernah menyandang speaker Dewan Undangan negeri. Dianugerahkan pingat tertinggi kerajaan Negeri Sabah yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima dan pernah diramalkan akan dilantik ke jawatan TYT negeri Sabah, namun tidak menjadi kenyataan apabila Datuk Juhar dilantik ke jawatan tersebut.

Memikirkan krebibiliti dan potensi besar itu, TSP dijangka akan bertanding pada PRU 13 akan datang di peringkat DUN untuk membolehkan beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru. Hujah terakhir yang diutarakan ialah UMNO pernah mendapatkan khidmat Tun Gaffar Baba untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO sebagai meredakan ketegangan puak dan team dalam parti itu. Apakah TSP kali ini akan senasib seperti Tun Gaffar Baba? Hanya Najib yang boleh menceritakannya.

7 ulasan :

ForestOrchid said...

Datuk Rahman Dahlan antara yang disebut2 juga bakal cm Bawah Bayu...

PENYANGGAH said...

Kata orang, "politic is an art of the possible". Bersandar pada erti tersirat kata-kata ini, sememangnya TSPA adalah salah seorang pemimpin yang layak untuk menggalas tanggungjawab jawatan ketua menteri negeri Sabah. Beliau berpengalaman dengan sepak terjang politik negeri dan nasional. Beliau berpengalaman dalam pentadbiran kerajaan negeri dan persekutuan. Beliau arif dengan perjalanan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

Martin Luther King Jr, seorang aktivis social America pernah berkata, "don't judge a man by the colour of his skin, but judge him by the content of his character".

Bersandar pada erti kata-kata Martin Luther King Jr. itu, maka TSPA tergolong dalam lingkungan pemimpin-pemimpin yang berkemungkinan menjadi Ketua Menteri Sabah.

Milus bin Hj. Abd. Wahad said...

...dalam politik segala kemungkinan akan berlaku, dan tidak mustahil sekiranya TSPA menjadi Ketua Menteri...kita doakan semoga ianya menjadi kenyataan...'bersyukur sekiranya menjadi kenyataan dan bersabar sekiranya tidak menjadi kenyataan.'

Milus bin Hj. Abd. Wahad said...

pembetulan: akan - tukar kpd 'boleh'

ROJOKOBOG said...

Salam KM,
Bagi membolehkan seseorang individu itu menduduki kerusi Ketua Menteri perkara yang wajib dan mesti ditempuhi terlebih dahulu adalah bertanding sebagai ADUN dan memenangi kerusi tersebut...
Berbalik kepada soal TSPA berkemungkinan menjadi KM Sabah selepas era Datuk Musa Aman, ini adalah satu persoalan yang agak sukar untuk kita ramal dan kenyataan yang bakal akan terjadi nanti, di Kota Belud khususnya hanya dua (2) DUN milik UMNO iaitu Tempasuk dan Usukan yang kedua-duanya amat sinonim dgn TSPA, dari jawatan Yang Dipertua di Parlimen menjadi Ketua Menteri Sabah adalah satu perjalanan yang tidak mustahil akan berlaku dan kemungkinan amat mustahil juga boleh terjadi.. kita ada dua option.
Perjalanan politik TSPA amat unik dan jika diambilkira dari segi rintangan memang banyak ranjaunya..apa yang amat membimbangkan saat ini adalah pemimpin pelapis yang amat kurang dan boleh dikira dgn jari bagi menerajui kepimpinan diperingkat bahagian dan negeri, sampai bila pemimpin berpengalaman harus memikirkan jawatan bagi diri mereka dan mencantas pemimpin muda yang bakal menerajui barisan kepimpinan akan datang???? fikir-fikirkan lah.

getah lastik said...

ADA KAH INI STRATEGI UTK MENYEBABKAN TSPA DIPILIH BERTANDING SEMULA D N6 TEMPASUK?

BATU MENUNGGUL said...

salam KM,

saya tidak menjangkakan tspa jadi cm, apa yang kita lihat profail tspa sepanjang memegang fotfolio kerajaan tiada yang perlu kita banggakan, malahan apa bila kita lihat semua janji-janjinya ketika pilihanraya mungkin rakyat dah muak apa yang dikatakannya ketika pru-9 dan pru-11 yang lalu, segalanya adalah penipuan sahaja........ cuba kita lihat sekarang semua pemimpin bn(umno) yang mempunyai jawatan dalam parti tidak mungkin mahu jadi pengikutnya sebab mereka telah tahu bahawa tspa tak mampu memimpin kerajaan negeri kearah kejayaan dan memang pun tidak mempunyai kreadibiliti kepimpinan.. saudara sendiri sanggup dibunuh kerana kuasa dan kepentingan peribadi.........