Thursday, September 8, 2011


Walaupun media massa saban waktu memainkan isu tarikh PRU 13 dengan bayangan aktiviti dan program yang dirancang oleh BN dan kerajaan, namun bagi PR , mereka sudah lama bersedia mengambil alih pentadbiran Putrajaya. Malahan DSAI kalau diselusuri program rutinya tiap hari telah pun mengelilingi serata pelusuk rantau bumi Malaysia ini. Namakan saja tempat terpencil pun DSAI telah turun menemui rakyat. Di Sabah sahaja sudah tidak terkira banyaknya program parti dan perseorangan yang dihadiri oleh ketua pembangkang ini. Utara, selatan, Barat hingga ke timur DSAI telahpun turun padang.

DAP pula dengan sokongan kaum Cina juga telah lama 'mengapikan' sentimen perkauman. Sebagai kelompok yang selalu disinonimkan dengan kuasa "penentu undi", Kaum cina dilihat enggan tunduk dengan program transformasi Najib. Malah, slogan Transformasi itu hanya gah pada kakitangan UMNO dan tidak sampai menyerap pada akar umbi penyokong BN. Itu Najib kena akui.

PAS pun begitu,.dengan berbekalkan kepada keutuhan politik dan ekonomi Kelantan, PAS dilihat sukar digugatkan di beberapa negeri Melayu seperti Kedah dan Terengganu malahan boleh merebak ke Perak dan Perlis.

Sebab itu bagi PR, Tarikh PRU 13 tidak penting kerana sama ada lama atau dekat pasti Najib akan membubarkan parlimen paling tidak pun bila tempoh matangnya tamat. PR yakin bahawa golongan muda lebih memihak kepada mereka, apatah lagi banyak kelemahan SPR yang didedahkan akhirnya memerangkap kerajaan dan UMNO untuk turut mengakuinya. PR yakin bahawa hasrat 16 sept yang tergendala sebenarnya akan menjadi kenyataan.

UMNO dan BN masih tidak mahu berubah, enggan menerima kenyataan, malahan saling bercakaran antara mereka. Igauan kekalahan teruk dan penafian 2/3 pada PRU 12 yang lepas menjadi hantu bangkit dikalangan pemimpin UMNO dan BN. Yakinlah bahawa bila sudaj keadaan seperti nasi menjadi bubur, barulah ada penyesalan. Rakyat sekarang bukan seperti dulu, banyak yang sudah mula celik mata dan hati. Wang bukan segala-galanya, walaupun segala-galanya memerlukan wang.

0 ulasan :