Saturday, September 17, 2011


Kelantangan Sdr Idris Kisab dalam mempertahankan tindakan MP Kota Belud Datuk Rahman Dahlan bersangkutan dengan rancangan membangunkan pesisir pantai Kg Rampayan telah mengundang rasa tidak senang masyarakat di perkampungan berkenaan kepada pemimpin kelas pertengahan pergerakan pemuda UMNO Kota Belud ini.

Sdr Idris Kisab bukan sahaja digelar sebagai "barua' tetapi juga sebagai "pengkhianat' suku Iranun. Gelaran itu tidak sahaja melekat dalam dunia maya iaitu dalam FCB tetap juga hingga di luar lingkungan sosial. Sdr Idris Kisab dikatakan telah menimbulkan ketegangan masyarakat Iranun di rampayan dan Kayu Putih atas ketegasan beliau menyetujui rancangan untuk membina hotel 5 bintang di pesisir perkampungan Rampayan yang dikatakan oleh penduduk kampung sebagai 'rampasan' secara berhemah oleh kerajaan dan didalangi oleh Datuk Rahman dahlan.

Ketegasan Idris Kisab ini dihubungkan dengan keakraban beliau dengan MP Kota Belud ini. Malahan menurut beberapa khabar yang diterima, Idris Kisab juga memperolehi beberapa projek di bawah peruntukan parlimen di mana Datuk Rahman terlibat secara langsung sebagai MP Kota Belud.

Justeru itu langkah Idris Kisab ini disifatkan oleh kebanyakan anak-anak Iranun sebagai 'silap' dan segera diperbetulkan jika mahukan sokongan terus dari pemuda suku Iranun dalam UMNO KB. Sdr Idris Kisab yang sebelum ini telah berjaya dalam pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO KB dan merupakan antara anak Iranun yang mula menyerlah dalam politik juga telah mendapat pengiktirafan Tan Sri Pandikar sebagai ' kemenangan yang bermaruah",namun tindakannya ini telah mengundang spekulasi dan Khabarnya Idris Kisab telahpun dipanggil oleh TSP dan dinasihati atas tindakannya itu.

Ada pihak yang menyarankan supaya Idris Kisab secara terbuka memohon maaf atas tindakannya mengguris hati nurani penduduk Kg Rampayan. Selebihnya terpulanglah kepada sdr Idris Kisab untuk mempertahankan hujah-hujah politiknya.

0 ulasan :