Isu 'rampasan' tanah pribumi oleh beberapa individu dan koperasi di Sabah bukan lagi cerita baru tetapi telah lama berlegar dalam ruang lingkup ketidakpuasan hati rakyat. Kes tanah di Sabah sudah meranggut nyawa penduduk. Mungkin kita masih ingat skandal tanah di Tingkayu, Kunak yang telah menimbulkan banyak kekeliruan dan pertentangan antara penduduk kampung dengan Koperasi di tempat berkenaan.
Saat isu tanah diambil dan dibangunkan oleh orang-orang tertentu, timbul pula isu 3 buah pulau yang dikatakan milik persendirian yang diklankan untuk dijual dan berpangkalan di Kanada. Pulau-pulau berkenaan ialah pulau Mengalum yang terletak diluar pantai Kota Kinabalu, berkeluasan 101 hektar dan dijual pada harga US$ 18 juta. Pulau kedua ialah pulau Pandanan dekat Semporna berkeluasan empat hektar dan dijual pada harga US$ 2 juta , manakala pulau Montukod di luar Kinarut dijual pada harga US$11.266 juta.
Jika penjualan pulau-pulau ini dibiarkan dan kerajaan BN tidak mengambil langkah pencegahan dari awal, maka tidak heran jika kebanyakkan pulau-pulau di Sabah terutama di Semporna yang dimiliki secara persendirian dan turun temurun akan juga dijual.
Justeru apakah yang tinggal kepada generasi akan datang jika warisan sebegini sewenang-wenangnya dijual beli. Apakah kerajaan Sabah yang mempunyai hak tanah dalam senarai Negeri dalam undang-undang Negeri Sabah tidak mempunyai hak menghalang dan membatalkan jual beli itu?
Penduduk Sabah di pedalaman tersepit antara karenah jutawan yang meragut hak mereka keatas tanah yang diusahakan dengan kerakusan golongan persendirian yang tidak memikirkan jangka panjang akibat kepada genarasi akan datang jika penjualan pulau berkenaan menjadi kenyataan.
0 ulasan :
Post a Comment