Betapa merimaskan , mejengkelkan, memuakkan malah boleh menimbulkan kekeliruan yang amat dahsyat pada generasi akan datang bila ahli akademik dan sejarahwan menyaluti fakta sejarah dan ilmunya dengan fahaman politik meskipun senipis kulit bawang. Apakah setelah rakyat Malaysia didodoikan dengan lagu-lagu patriotik dan semangat kemerdekaan yang berkumandang disetiap ceruk corong radio dan kaca TV lebih 50 tahun, akhirnya laungan 'MERDEKA! MERDEKA!MERDEKA! yang digemakan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman di stadium Merdeka tanggal 31 Ogos,1957, berkecai, kerana kenyataan seorang sejarahwan Prof. Zainal Kling, kononnya Malaysia tidak pernah dijajah tetapi dilindungi dan di naungi
Agak membingungkan kerana setelah Malaysia'dimerdekakan' dan segala macam warta dan fakta ditabur, kononnya Malaysia sebuah negara berdaulat dan merdeka, isi pelajaran dan jutaan tesis bertaraf master dan Phd. dibuat di institusi pengajian tinggi tentang perjalanan kemerdekaan negara, anak kecil yang baru merangkak mindanya di sekolah rendah bertanya kepada gurunya ..BENARKAH KITA TIDAK PERNAH DIJAJAH?.
Jika yang demikian apa gunanya, sejarah yang kita pelajari memberitahu kita betapa gigihnya pahlawan bangsa melawan penjajah. Nama-nama seperti Dato Bahaman, Mat Kilau, Mat Salleh,Si Gunting dan banyak nama lagi yang diwartakan bahkan disanjung sebagai nasionalis awal yang mempertahankan tanah air dari cengkaman penjajah.
Jika kenyataan Mat Sabu mengiktiraf Mat Indera sebagai wira melayu mendapat tindak balas dengan ratusan laporan polis di buat hingga timbalan Presiden PAS ini dituntut memberikan penerangan kepada pihak polis di bawah sksyen 505 (b) kerana mengeluarkan kenyataan menggemparkan masyarakat. Apakah pula reaksi masyarakat dan rakyat Malaysia yang mendengar fakta baru kononnya Malaysia tidak pernah dijajah. Apakah akan ada ratusan laporan polis lagi dibuat kerana mengelirukan masyarakat. Jika Mat Sabu kita faham bahawa beliau adalah ahli politik yang mempunyai naluri kepolitikakan dalam setiap isu yang dikeluarkan. Apakah pula nilai tambah kenyataan Prof Zainal Kling itu kepada minda masyarakat di negara ini?
Hebatnya Tanah melayu kerana tidak pernah dijajah. Agungnya bangsa Melayu kerana setelah 54 tahun barulah lahir seorang wira membawa obor bahawa negara ini tidak pernah dijajah. Kemungkinan juga kedatangan British di Tanah Melayu pada waktu itu hanya sekadar makan angin dan melawat cuma. Segala cukai dan hasil negara ini yang dikaut oleh British rupanya hanyalah bertaraf pemberian dan sedekah. Segala ladang dan aStet serta lombong yang dibuka oleh British dengan membawa masuk migran Cina dan India hanyalah berupa rakan kongsi dengan penduduk Tanah Melayu dan berstatus usahasama.
Sebab itulah barangkali kedudukan ekonomi orang melayu begitu mewah dan melimpah ruah kerana menjalankan perniagaan uasahsama itu. Bukankah pada zaman British orang Melayu diangkat dan dibolehkan memegang jawatan dalam kerajaan lebih dari seorang kerani dan pembantu British. Kerana itu jugalah British bermati-matian mempertahankan Tanah melayu pada waktu penjajahan Jepun kerana mereka risau dan sayang benar dengan orang Melayu yang merupakan rakan kongsi mereka.
Apakah peranan kerajaan dalam membetulkan keadaan ini? Apakah nilai ratusan ribu graduan yang berkelulusan sejarah negara yang memberitakan bahawa negara kita terjajah lebih ratusan tahun. Apakah kita perlu mengubah kembali jutaan jilid buku-buku teks di peringkat rendah dan menengah ekoran dari kenyataan ini. Wahai Pak Najib bersuaralah, demi bangsa dan 1Malaysia.
13 ulasan :
SALAM SEMUA...
Kita harus dapat membezakan erti penjajahan dan naungan...
bagi saya, Malaysia pada ketika dahulu mmg pernah dijajah, tapi bukan dijajah secara keseluruhan. pihak British tidak berjaya menguasai kita secara keseluruhan. Kerana Kesultanan Melayu tidak dpt dihapuskan seperti Kesultanan2 yang lain. hingga kini hnya Kesultanan Melayu dan Brunei yang masih kekal.
Perkara ni sangat mengelirukan. harap sesuatu dilakukan agar kekeliruan ni tidak semakain kusut.
memang sesuatu yang mustahil jika sejarah yang sudah begitu lama diubah semula. rasanya isu ini hanya dijadikan bahan politik pihak2 tertentu.
Bila ini isu ini timbul, pelbagai persoalan timbul dan akhirnya mengelirukan kebanyakan rakyat. Ini bukan suatu situasi yang baik kerana sebagai rakyat, kita berhak untuk tahu sejarah sebenar negara kita.aters
Apakah syarat sebenar untuk menjadi negara2 Komanwel? Adakah ia hanya untuk negara2 yang pernah dijajah oleh British? Kerana Malaysia termasuk dalam negara2 Komanwel ini.
pelbagai isu yang timbul kini boleh menimbulkan kekeliruan. harap isu ini tidak dipolitikkan atau disensasikan oleh mana-mana pihak pun.
Sudah saya keliru, adakah negara kita pernah dijajah, ataupun tidak.
Apakah kebenarannya? Kita berhak untuk tahu.
Siapa cakap tidak pernah dijajah? Kamu yang lain cuma ikut cakap orang lain saja. Bila satu orang cakap tidak dijajah baru mahu terhegeh-hegeh cakap tidak dijajah juga. Masalah disini berapa tahun sudah sejarah kita ini dan baru sekarang kita menafikannya. Kalau tidak silap orang-orang terkenal, menteri-menter, sejarahwan, jutawan, dermawan sekarang ini pun membaca buku sejarah yang sama juga dengan sekarang. Itulah faktanya dari dulu hingga sekarang.
Sukar kita mahu memutuskan kebenarnya. Kerana pengkaji sejarah hanya berpandukan kepada bukti yang ada dan kita sendiri pun tidak tahu apa yang berlaku dulu.
mungkin perlu bagi ahli2 politik, ahli2 akedemik, sejarahwan dan penulis2 blog berdebat dengan Prof. Zainal Kling jika bertentangan dengan pendapat beliau.. dengan ini rakyat boleh menilai fakta mana yang paling tepat.
Post a Comment