Wednesday, March 6, 2013

Ketika berlakunya peperangan MNLF melawan Marcos dulu telah muncul desas-desus berkenaan program penghapusan etnik terhadap Sulug @ Tausug di kepulauan Sulu yang kononnya dirancang oleh beberapa negara (termasuk Vatican). Menurut golongan tua Tausug di Sulu menyebut bahawa dendam bangsa Tagalog-Visaya terhadap sejarah masa lalu Kesultanan Sulu bahawa bangsa Sulug adalah satu-satunya bangsa "Jahanam" di Asia Tenggara (Nusantara) yang menyebabkan Tagalog-Visaya menjadi hamba abdi Sulug selama beberapa ratus tahun kini telah berbayar. Peperangan dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan tentera Kristian Marcos hampir setengah juta jiwa terhadap Sulug menyebabkan kepulauan Sulu lengang dan orang-orang Sulug beramai-ramai menjadi pelarian ke negara jiran.

Bagi bangsa Tagalog-Visaya, bangsa Sulug adalah Bangsa Muklo' atau bangsa perompak laut yang sangat dahsyat pernah dilahirkan Tuhan di muka bumi ini. Sehingga kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu pada awal abad ke-20 pun Sulug masih mempunyai hamba beratus-ratus malah beribu hamba abdi dari kalangan Tagalog-Visaya. Kebijaksanaan Sulug mengislamkan Dayak Laut Tidung dari Kalimantan Timur kemudian mengambil Dayak Laut Iranun dari Mindanao yang sudah pun Islam lalu mengerahkan mereka merompak wilayah-wilayah naungan Spanyol menyebabkan kehidupan Tagalog-Visaya seperti dalam neraka.

Hari ini Tagalog-Visaya Kristian sangat bergembira kerana Sulu telah pun hilang dalam peta dunia malah telah "dilesapkan" menjadi "naungan Filipina" sehingga ke hari ini. Penghapusan Sulug dan identitinya telah terbukti bukan sahaja diperangi untuk dihapuskan malah dalam peta pelancongan Filipina yang diedarkan oleh Kementrian Pelancongannya "Sulu Sea" telah pun dihilangkan. Apakah hal ini berlaku juga di Malaysia? Iaitu sejarah dan identiti Sulug @ Suluk juga turut dimusnah ranapkan? Orang Suluk di Sabah boleh menilai sendiri dan memberi jawapannya. Secara jujur Sulug di Sabah tidak sama nasibnya sebagaimana Sulug di Kepulauan Sulu hari ini. Sulug di Sabah lebih beruntung dan sedikit terbela.


p/s : artikel ini saya copy dari sumber di bawah, disarankan pembaca membaca artikel asal supaya tidak timbul kekeliruan. Sama ada artikel asal ini benar atau sebaliknya tidak dapat dipastikan.Mohon kepada pembaca yang mengetahui perkara ini agar dapat berkongsi maklumat.


Penulis asal artikel ini juga dengan jelas menyatakan bahawa pemimpin Iranun Tan Sri Pandikar Amin adalah berketurunan suluk.

"Datuk Seri Pandikar Amin Mulia, siapa yang tidak kenal dengan lelaki tegas dan berani ini di Parlimen? Pertama kali dalam sejarah, Karpal Singhtelah dihalau secara paksa oleh beliau dari persidangan Parlimen tidak lama dulu. Ketegasan dan keberanian beliau sebenarnya adalah watak asal nenek moyangnya.


Beliau berketurunan Iranun dari Pantai Barat Sabah. Moyangnya berasal dari teluk Ilana, Mindanao. Setelah kedatangan Spanyol, Iranun bergabung dengan etnik Taguimah, Buranun dan Sama-Bajau Balangingi dari Sulu. Oleh kerana etnik Iranun biasa di laut, maka Sultan Sulu dan Sultan Qudarat dari Mindanao menugaskan Iranun bersama Bajau Balangingi menjaga Laut Sulu, Laut sekitar Mindanao, Sulawesi dan Borneo.


Antara tugas mereka ialah menjaga para pedagang Sulu di perairan Selat Melaka dan Laut China Selatan dari serangan Belanda, Inggeris dan Spanyol. Hinggakan sehingga hari ini nama "Iranun" telah dimasukkan ke dalam Kamus Dewan DBP sebagai "LANUN" atau perompak laut. Rasanya DBP kena mengkaji semula istilah Lanun ini, lebih baik menggunakan "perompak laut" sahaja bukannya Lanun yang merujuk kepada etnik Iranun. Bagi penulis secara peribadi, istilah Lanun ini dengan memaknakan sebagai Perompak laut sangat menghiris perasaan...."

DZULAREE@ ASREE SUG
BACA  DISINI :http://tausug-global.blogspot.com/2011/02/bhg-2-dendam-atas-kejahatan-sulug.html?m=1

2 ulasan :

mahadzira said...

artikel yg bagus admin. tak tahu pun makna lanun itu berasal dari perkataan IRANUN..thank you. kesian bangsa suluk yg menderita penjajahan sepanyol dan amerika..

Unknown said...

Good i like