"...saya sebenarnya tidak faham dengan fungsi blog wakil-wakil rakyat kita dari KB. Kalau kita perhatikan, kandungan blog-blog berkenaan hanyalah memuatkan acara yang mereka gelar sebagai “turun padang”. Saya tidak tahu apa pandangan orang lain, tetapi pada saya aktiviti merasmikan mesyuarat PIBG, Melawat kawasan banjir, merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai dan sebagainya (sekadar menyebut sebahagian yang saya ingat) sepertimana dimuatkan dalam laman web Wakil Rakyat kita adalah kurang memberi manfaat kepada rakyat. Saya melihat bahawa bahan seumpama itu adalah terlalu “low standard” untuk dipaparkan dalam blog seorang wakil rakyat. Selain untuk “menunjuk-nunjuk” bahawa mereka kononnya buat kerja dan untuk mempromosikan diri sendiri, saya tidak nampak tujuan yang lain."
Begitu antara lain komen seorang pengunjung setia blog kelapa Mawar, apabila posting mengenai kaitan Thaksin Shinawatra dengan Datuk Musbah Adun Tempasuk saya paparkan berikutan posting Sdr Nujum Pak Belalang beberapa minggu yang lepas. Walaupun pandangan ini hanya bersifat peribadi tetapi sdr Belum Pendekar telah memberikan rasional di sebalik pandangan ini...
".....Ekspektasi saya terhadap kandungan blog seorang wakil rakyat adalah perkongsian pemikiran-pemikiran baru mengenai kaedah untuk memanjukan bangsa dan masyarakat. Wakil rakyat pada saya perlu mempunyai kebolehan untuk mengenalpasti masalah dengan tepat, mampu mencari jalan penyelesaian yang terbaik dan sentiasa mempunyai pandangan dan buah fikiran yang berbeza untuk dikongsi bersama dengan rakyat dalam usaha membawa mereka ke arah kehidupan yang lebih baik lagi. Kalau setakat menjalankan aktiviti rutin sepertimana yang mereka lakukan dalam laman blog tersebut, saya fikir siapa-siapa pun boleh buat. Sebab itulah barangkali maka terlalu ramai yang merasakan bahawa diri mereka layak menjadi pemimpin dan tidak sabar-sabar untuk “beraksi”.
Apa yang menyentak hati naluri saya sebagai seorang penulis atau blogger di daerah ini ialah pandangan ini begitu menarik diperbincangkan kerana ia bukan sahaja menyentuh perihal konsep kepimpinan dari sudut pengertian dan peranannya tetapi juga ia membawa makna yang lebih besar iaitu 'blog dan penulisan menggambarkan tahap pemikiran wakil rakyat di kota belud .
Secara ringkasnya, saya cuba menyelami pemikiran Sdr Belum pendekar ini..dan saya lawati kesemua blog wakil-wakil rakyat kota Belud termasuk DSSK yang kini ketua umno KB, tetapi bukan bergelar wakil rakyat. Tidak terkecuali TSP yang pernah menjadi wakil rakyat di daerah ini.
Berikutan itu mungkin beberapa perkara dapat kita kongsikan bersama. Jika berdasarkan kepada pandangan Sdr Belum pendekar, maka saya dapat Blog Wakil rakyat Usukan, dan wakil Rakyat Tempasuk, begitu banyak memaparkan perihal aktiviti 'turun padang' mereka. Misalnya Blog Adun Usukan, bukan sahaja sekadar memaparkan aktiviti YB ini, tetapi juga ia disertai dengan penerangan yang begitu ringkas. Ulasan atau komen "dibenarkan" tetapi tidak pernah dibalas atau di jawab oleh YB ini. ada yang menyatakan blog tersebut dikendalikan oleh orang lain atas nama YB USUKAN sejauhmana kebenaranya sukar kita pastikan. Namun benar kata Sdr Belum Pendekar..kita jarang dapat berkongsi pemikiran pemimpin tersebut. Pendirian, pandangan serta gagasannya membangunkan masyarakat tidak dapat kita ikuti secara lebih tuntas dan bertenaga. Isu-isu semasa berkaitan dengan politik, ekonomi atau sosial tidak pernah disentuh.
Beralih kepada Blog ADUN TEMPASUK, sarat dengan aktiviti 'turun padang' mendekati hati dan keperluan rakyat di kawasan terbabit. Memaparkan perkembangan sesuatu program secara lebih menyeluruh. Mengetahui perihal tahap kesiapsiagaan program ekonomi yang telah dirancang. Jarang ada isu nasional yang dipaparkan. Pendirian dan pandangan mengenai sesuatu isu politik dan ekonomi juga tidak dapat kita temui. Namun yang membanggakan ramai rakyat di KB ialah blog YB TEMPASUK diselenggarakan sendiri oleh YB berkenaan. dan setiap komen atau ulasan pelawat akan mendapat balasan dan jawaban. Tanpa berselindung!..
Blog MP Kota Belud pula agak menepati seperti apa yang dikatakan oleh sdr Belum Pendekar...memaparkan tentang isu nasional, turun padang serta pendirian dan pandangan berupa gagasan terhadap pembangunan rakyat di KB. Banyak program yang dijalankan diterangkan secara lebih terperinci. Perdebatan serta maklumat di Parlimen juga dikongsikan bersama pengunjung. Walaupun begitu blog MP KB ini agak lambat di up date..dan kadang-kadang ulasan serta pandangan pelawsat tidak dapat dijawab. Khabarnya kerana laman sosial Facebook menjadi pilihan MP ini.
Mantan wakil rakyat kota belud pula yang kini ketua umno KB, juga mempunyai blog. Datuk salleh sentiasa mengupdate blognya walaupun pada suatu ketika mengakui akan kesibukannya sebagai penasihat kepada KM Sabah. Banyak isu nasional, isu politik dan ekonomi. Termasuk juga sekali sekal memaparkan pergerakan aktiviti beliau. pada suatu ketika Blog DSSK ini dicap oleh blogger KB sebagai "buku Teks lama" kerana beliau tidak membenarkan ulasan dibuat oleh pelawat. Pandangan pengunjung tidak dipedulikan. DSSK hanya mahu kita mengetahui pemikiran beliau, tanpa menyuburkan budaya berhujah.
Menyelusuri blog TSP, begitu menyesakkan kerana sudah hampir 4 bulan blog itu tidak diupdate. selaku YDP dewan rakyat, barangkali beliau terlalu sibuk. sebelum ini banyak pandangan yang diberikan oleh Pak Min mengenai pelbagai isu nasional dan antarabangsa. Beliau juga membenarkan ulasan diberikan. tetapi sayang kerana pemikiran dan pandangan beliau tidak dapat diikuti kerana blog itu sudah tidak memaparkan psoting baru dari yang empunya badan.
Sedikit sebanyak, paparan ini memberikan kita satu penilaian semula tentang pandangan sdr belum pendekar. Bagi yang ingin berkongsi idea saya menantikan pandangan anda.

12 ulasan :
komen anda hanyalah "Masuk Bakul Angkat Sendiri"...secara tidak langsung menampakkan ketidak rasional berfikir....tapi skurang-kurangnya anda telah berjaya memberitahu orang bahawa anda adalah blogger yang high profile...tahniah...
KM..
kita tidak tahu siapa BELUM PENDEKAR ini..jangan2 dia adalah antara pemimpin di KB..atau juga blogger di daerah kita..
walaupun begitu saya rasa BELUM PENDEKAR mempunyai motif sendiri dengan mempersendakan blog pemimpin di KB...
ini hanyalah helah utk mencemarkan maruah pemimpin tertentu..kerana BELUM PENDEKAR tidak ada blog yang boleh dilayari..
terpulang kepada pendapat masing-masing..yg penting YB di KB turut sama menyerikan dunia ICT. Tahniah buat mereka
Sdri Kelapa mawar..
saya ulangi pendirian saya bahawa sdr Belum pendekar tidak [patut melabelkan blog para pemimpin kita di daerah ini sebagai low standard...
saya takut ia ada udang di sebalik mee..
Pendekartua,
saya bersetuju dengan pendapat sdr itu..terpulang kepada pendirian masing-masing..
Salam Kelapa Mawar.
Secara ringkas nya, Isu yang dilahirkan oleh sdra Blogger Belum Pendekar dan dilanjutkan oleh KM dalam blog ini, boleh juga dikatakan menarik disamping mengundang provokasi kepada mereka yang tidak sempat memahami maksud yang tersirat dalam artikel tersebut.
Bagi saya, isu saperti ini bukan lah berat sangat untuk dipertikaikan, kerana ia nya semata-mata pandangan peribadi seorang penulis. Sama ada kita setuju atau pun tidak..’no big deal’.
Namun apa yang nampak, penulisan tersebut pasti nya akan menimbulkan beberapa persoalan, antara nya;
Rujukan ‘Standard’ yang di gunapakai untuk melevelkan ‘high dan low’ nya standard sesebuah blog. Sama ada dari format penulisan? Regularity? Content penulisan? Dsn.
Dari apa yang saya tahu sebelum ini, kaedah penggunaan blog ini ada lah terlalu luas… Ada yang mengguna nya semata-mata untuk memaparkan berita semasa, gambar-gambar iklan dan lain-lain... Dalam kontek ini, contents blog YBs pun termasuk juga dalam kategori ini… tiada beza nya.
Bagi saya, tidak semesti nya kewibawan seseorang pemimpin atau penulis blog itu hanya di nilai kan melalui blog. Maksud nya, penulisan pendapat-pendapat luar jangka yang berupa ideologi ‘klas satu’ atau ‘high standard’, bukan semesti nya hanya dikeluarkan melalui blog sahaja.
Banyak lagi ‘venue’ yang lain untuk itu. Termasuk melalui penulisan buku, facebook, forum dan sebagai nya.
Seada nya, untuk menulis sesebuah artikel dalam blog, ada lah tertaklok kepada ‘mood’ dan masa yang cukup.
Rasa nya, YBs ini pasti nya terlalu sibuk dengan tugas dan tanggung-jawab harian mereka sehinggakan hampir-hampir tiada masa untuk ber-blogging.
Walau macam mana pun, ini hanya sekadar pandangan saya untuk kita kongsi bersama . Sama ada betul atau pun tidak terpulang lah pada persepsi masing-masing.
Semuga kalian sukses
Sniperkotabelud..
ma kasih atas komen sdr mengenai perkara ini. Saya bukan masuk bakul angkat sendiri..kerana tangan dan jari saya hanya mampu bergerakpada dada komputer sahaja..tidak larat mengangkat benda yang berat..
sdr belum membaca artikel ini secara telus dan berhemah..sebab itulah sdr tidak faham isi cerita..
semoga sukses.
Sdr Pendekartua..
ma kasih kerana berkunjung lagi setelah sekian lama membisu..
bagi saya tidak penting siapa Belum Pendekar..tetapi idea dan tanggapannya terhadap blog pemimpin di KB yang seharusnya dibahaskan secara terbuka. Jika benar perl;u ada satu mekanisme utk membentulkannya. Jika Salah ia harus diperjelaskan oleh pihak yang berkenaan.
Sdr Pakcik Amin...
seperti yang saya katakan sama ada patut atau tidak pandangan Belum Pendekar itu..adalah bergantung kepada hujah dan pandxangan kita...bagiaman sdr menyangkal pandangan itu.
ma kash kerana memberikan ulasan.
sdr Solymone..
ma kasih kerana turut memberikan cetusan idea yang mantap dan bersikap terbuka..saya memahaminya..namun dalam konteks ini,perlu ada pertukaran idea dan pandangan supaya status blog para pemimpin kita di daerah ini lebih menyakinkan..
Cuba sdr layari blog pemimpin lain seperti Dr. Khir Toyo..umpamanya...bukan sahaja merakamkan pelbagai dimensi pandangan tentang isu sekitaran yang berlaku bahkan juga memuatkan idea dan cadangan pembetulan terhadap isu yang menjadi tumpuan negara....
mungkin itu adalah blog mantan MB selangor..tetapi itu bukan alasannya kerana pemikiran kita boleh disiarkan melalui blog..
namun saya bersetuju dgn pandangan sdr bahawa mungkin kesibukan para pemimpin di KB yang membataskan mereka mengemukakan idea padan gagasan mereka..
apa pun ma kasih sekali lagi kerana memberikan ide adan pandangan . semoga sdr juga terus sukses..
Salam Kelapa Mawar & Belum Pendekar
Isu yang dibawa oleh Belum Pendekar pula yang jadi tajuk perbincangan kali ini.
KM, memang saudara bijak memilih tajuk untuk perkongsian pemikiran. Dan saya rasa itulah initipati komen Belum Pendekar juga, iaitu Blog Pemimpin perlu ada idea idea untuk berkongsi dan dikongsi.
Blog Pemimpin perlu memberi ruang untuk percambahan fikiran. Dari sana bolehlah rakyat seperti kita memahami apa hala tuju pemimpin kita.
Sekadar memuatkan acara - acara turun padang tidaklan penting sangat, terutama ditempat seperti Kota Belud. Ini kerana semua orang akan tahu aktiviti - aktiviti pemimpin kita, tempatnya kecil sahaja,
Apa yang penting adalah untuk menonjolkan diri seseorang pemimpin itu, dengan berkongsi pemikirannya dengan rakyat biasa.
Oh ya.. Sebelum saya akhiri...Identiti Bekum Pendekar tidaklah begitu penting...
Saya rasa tidak ada motif sendiri untuk Belum Pendekar untuk mempersendakan pemimpin kita.
Belum Pendekar tidak perlu blognya sendiri.
Cuba baca dan fahamkan apa yang beliau maksudkan dalam komen beliau didalam pelbagai isu- isu yang sebelum ini juga.
Belum Pendekar jenis "thinking out of the box"
Salam Sdra Kelapa Mawar,
1. Saya mengucapkan terima kasih di atas ulasan sdra terhadap komen saya mengenai blog wakil-wakil rakyat kita dari KB. Saya fikir, 2 perenggan ulasan saya yang saudara petik ditambah dengan hasil penelitian sdra terhadap blog-blog yang saya maksudkan sebenarnya sudah cukup jelas dan nyata "intipatinya" dan sudah tidak perlu diperjelaskan lagi walaupun ada juga kalangan yang tidak faham apa sebenarnya isu yang sedang dibincangkan lalu menuduh dengan berbagai tohmahan.
2. Pun demikian. kita hormati komen mereka kerana pandangan manusia sememangnya akan berbeza mengikut "kebolehan dan keupayaan" masing-masing mentafsir sesuatu perkara. "Kebolehan dan Keupayaan" ini lah yang akan menentukan bentuk ulasan atau komen yang akan dizahirkan oleh seseorang yang mana bila kita meneliti komen berkenaan kita akan tahu "tahap" pemikiran masing-masing samada baik, sederhana mahupun cemerlang. Maka, seperti biasa kita serahkan kepada pembaca untuk menilai tahap kebolehan dan keupayaan kita semua.
3. Pun demikian, saya tertarik dengan isu "rujukan" standard yang dibangkitkan oleh Sdra Solymone. Pada saya, isunya jelas.. Pemimpin harus lebih bijak daripada yang dipimpin. sebab itulah maka saya nyatakan dalam ulasan saya terdahulu mengenai "ekspektasi saya terhadap kandungan blog seseorang pemimpin". Maksudnya, kandungan yang sedemikian rupa tidak layak untuk dijadikan sebagai bahan dalam blog seseorang pemimpin. Persoalannya, hanya itukah yang dapat disajikan oleh seorang wakil rakyat? sebab itu saya persoalkan apa "Fungsi" sebenar blog berkenaan.
4. Pada saya, kandungan sedemikian sebenarnya boleh ditafsirkan sebagai menghina dan memperkecil-kecilkan tahap "intelektual" rakyat kerana barangkali wakil rakyat takut untuk menulis sesuatu yang berat kerana mereka tahu rakyat tidak mampu mencernanya dengan betul. Tetapi, begitu dangkalkah pemikiran kita sebagai rakyat sehingga sajian maklumat yang sedemikianpun kita sudah berpuas hati?. Bukankah sebelum ini ramai yang berkata bahawa rakyat sekarang sudah tidak boleh ditipu lagi?..
.. bersambung/-
Sambungan..
5. Kalau pemikiran kita sebagai rakyat tidak dangkal, dan kita percaya bahawa kita sudah tidak boleh ditipu lagi, mengapa kita menerima "sajian" maklumat yang serupa itu daripada seseorang pemimpin?. Adakah kerana seseorang itu telah turut menyerikan dunia ICT maka kita sudah menganganggap mereka telah layak bergelar pemimpin? Sesungguhnya, kebolehan untuk menjadi seseorang pemimpin jauh berbeza dengan kebolehan menggunapakai ICT.
6. Mengenai isu saya tidak mempunyai blog, saya fikir berbanding dengan tanggungjawab mereka yang menjadi wakil rakyat, saya tidak mempunyai keperluan untuk mempunyai blog sendiri. Sebaliknya, wakil rakyat perlu mempunyai blog agar lebih mudah dihubungi dan mendapat maklumbalas daripada rakyat yang diwakilinya. Itu sudah menjadi tanggungjawab mereka. Tetapi, kalau blog yang ada setakat memaparkan aktiviti"merasmi" dan tidak pernah menjawab komen rakyat maka apa lagi label yang boleh diberi kepada blog mereka? Dengan keadaan sedemikian bolehkah kita katakan blog mereka ini sebagai "cemerlang"?.. tepuk dada tanyalah fikiran.
6. Akhirnya, ulasan berkenaan bukan bermaksud untuk menjatuhkan sesiapa atau ada niat disebaliknya. Begitu juga, identiti saya tidak penting untuk dipersoalkan kerana saya hanyalah rakyat biasa yang tidak punya kelebihan. Pengetahuan tak seberapa dan jauh sekali setanding dengan "Thaksin". Sebab itulah maka saya tidak berhasrat untuk jadi pemimpin di KB.
7. Buat Kelapa Mawar, tahniah kerana memberi analisis yang cukup menarik kali ini. Buat Pendekarwati, terimakasih juga kerana sentiasa memahami apa yang saya cuba sampaikan. Semoga sihat selalu. Wassalam.
Post a Comment