Thursday, September 8, 2011


Ramai orang beranggapan bahawa personaliti politik Musa Aman 'menjelma' tatkala timbulnya ilham Tun Mahathir menggilirkan kerusi "ketua Menteri" Sabah. Datuk Musa Aman dianggap adalah antara tokoh politik dalam UMNO yang paling bernasib baik dalam percaturan politik di Sabah. Alasan cukup kuat ialah kerana pengunduran Datuk Osu Sukam oleh paksaan sistem penggiliran itu, menyebebkan UMNO di Sabah begitu 'ketandusan' pemimpin yang boleh menduduki kerusi Ketua Menteri.Akhirnya 'tuah' Musa Aman menjelma bila giliran beliau tiba dan pada saat itu, sistem penggiliran tersebut dimansuhkan. Jadilah Musa Aman Ketua Menteri Sabah yang paling bertuah pada zamannya.

Politik sememangnya penuh ranjau, daripada seorang jutawan dan ahli perniagaan, Datuk Musa Aman dilihat membawa 'otak' bisnes dalam stail kepimpinannya. Ramai yang mempertikaikan dan mempersoalkan kerana kata mereka banyak stail pengagihan projek dan kontrak tidak seimbang dan berkelompok. Hanya proksi dan kroni yang 'menggalas' pelbagai projek mega di Sabah. Musa Aman mengambil langkah 'diam' yakni diam kepada media, dan diam kepada rakyat.

Skandal Penggubahan wang haram yang menggemparkan negara melibatkan Maichel Chia yang dikatakan proksi Musa Aman juga tidak mendapat response positif dari ketua menteri Sabah itu. "diam " adalah langkah paling berkesan yang diambil oleh Musa Aman. "Diam' kepada media dan "diam" kepada Rakyat.

Kes pemberian konsesi balak milik hutan Simpan yayasan Sabah yang dilaporkan diberikan kepada proksi Musa Aman seperti yang telah dilaporkan oleh Dr Jeffry Kitingan kepada pihak polis dan SPRM juga 'didiamkan" oleh Musa Aman. Diam kepada Media, dan Diam kepada Rakyat.

Kes Tanah di pinggir ibu Kota yang didakwa oleh sdr Musli Oli diberikan kepada syarikat di mana Mus Aman mempunyai kaitan dan kepentingan juga turut didiamkan oleh ADUN Sibuga itu. Diam kepada media, diam kepada Rakyat.

Kes Rampasan Tanah yang banyak berlaku di Sabah juga dikatakan melibatkan kepentingan Ketua Menteri ini. Di serata pelosok Sabah kedengaran kes tanah rakyat diambil dan dimajukan oleh syarikat 'entah-berentah'. di Kota Belud sendiri selain daripada tanah Ragut Kuala Pintasan, kes Tanah warisan Rampayan turut 'menghantui' penduduk daerah di mana UMNO parti yang membenarkan Musa Aman menjadi Ketua Menteri dilahirkan di Sabah. Banjir bumi Usukan dengan keringat para pejuang USNO dengan linangan air mata membasahi pipi bila Allahyarham Tun Mustapha 'menguburkan' USNO untuk kehidupan UMNO di Sabah. Itupun didiamkan oleh Musa Aman. Diam kepada media, diam kepada rakyat.

Kes pergolakan dalam BN Sabah terutama melibatkan parti kaum Cina juga menjadi igauan ngeri buat Musa Aman. LDP begitu lantang mengkritik bahkan dengan terang enggan menyempurnakan waadat antara LDP dengan UMNO di Sabah selagi Musa Aman menjadi ketua menteri. Ini juga didiamkan oleh Musa Aman. Diam kepada media, diam kepada Rakyat.

Persengketaan politik antara Musa Aman dengan Shafie Apdal dalam soal pengagihan den penyelarasan projek kementerian Luar bandar dan wilayah di mana Datuk Shafie menjadi menterinya juga tidak menjadi racun kepada aliran politik Musa Aman. walaupun beberapa kali dalam majlis bersama rakyat Musa Aman mengeluarkan beberapa istilah seperti 'pemimpin sate' dan "Saudagar Mimpi' tetapi semuanya itu turut didiamkan oleh Musa Aman. Diam kepada media , diam kepada rakyat.

Akhirnya sikap "diam' inilah yang banyak menyelamatkan percaturan politik Musa Aman di sabah. Sama ada sedar atau terlupa, sehingga artikel ini ditulis Ketua Menteri Sabah yang paling bertuah disandang oleh Datuk Musa Aman sehingga menjelangnya PRU 13. Adakah diamnya Musa Aman ini akan terus menyelamatkan kerjaya politiknya?

27 ulasan :

polemic said...

Diam bukan bermakna mengakui segala tuduhan yg dilontarkan kepadanya...kadang kala berdiam diri lebih baik daripada mengeluarkan kenyataan, yang mungkin boleh di"spin" oleh pihak2 pembangkang mahupun "musuh dalam selimut"...

Lagipun, segala tuduhan & khabar2 angin adalah unreliable (tidak boleh diharap) atau sekadar cakap2 kedai kopi...jadi buat apa nak buat kenyataan balas kepada tuduhan yg bersandarkan kepada khabar angin semata?

mike said...

banyak lagi perkara yang lebih penting yang perlu perhatian dari KM sabah berbanding dengan isu2 yang disebutkan...pasal tu lah adalah lebih baik beliau diam daripada isu2 tersebut mengakibatkan beliau hilang fokus dalam peranannya sebagai KM sabah.

madd said...

bila sudah jadi pemimpin pasti akan ada isu yang dikaitkan, walaupun mungkin isu-isu yang bersifat khabar angin saja. memang lebih baik berdiam diri dan fokus terhadap tugas kepada rakyat.

Nemia said...

Again?

Anonymous said...

berdiam diri adallah lebih baik, lagipun semua tuduhan yang dilemparkan belum tentu benar, melayannya hnya memanjangkan lagi isu tersebut

Anonymous said...

mungkin diam merupakan cara yang terbaik untuk menepis pelbagai kontroversi yang timbul berhubung dengan beliau. di samping itu dapat mengelakkan manipulasi pihak pembangkang tentang isu yang timbul.

mike said...

rasanya semua itu hanya spekulasi saja...tiada pun bukti kukuh..media saja mensensasikan isu2 tersebut..

mike said...

kadang-kala adalah lebih baik mendiamkan diri daripada bersuara...

Ezef said...

Come on people, we are not looking for sweet talkers over there.

onong said...

Apa pula lagi ni?

Paquin said...

Inilah manusia.. Diam salah, jawab pun salah.. alahai:P

Paquin said...

Bagi saya diam tu ada baiknya juga sebab rakyat boleh fikir sendiri mahu percaya dengan tuduhan yang dilemparkan atau sebaliknya. hehe

Paquin said...

Saya yakin tak lama lagi pilihan raya sebab tu lah gosip pasal CM kita ni makin menular.

Paquin said...

Apa yang penting sekarang ini CM kena fokus pada pemerintahannya dan kembalikan semula kepercayaan rakyat. Saya yakin gosip liar yang timbul sedikit sebanyak merosakkan imej CM.

Paquin said...

Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

POP said...

Beliau berdiamkan diri kerana tidak mahu mencari masalah lagi.

POP said...

Jangan menyalahkannya.saya pasti beliau tidak pernah membuat begitu, janganlah bersalah faham lagi.

unknown said...

I only hope for the best.

Velove said...

Yang penting beliau telah banyak menolong Sabah.

Hosie Masie said...

Banyak kita bercakap pasti ada kesilapan yang akan berlaku. Maka daripada tersilap bagus diam dan berbuat tidak tahu perkara itu lebih baik. Jika tidak bersalah buat apa mahu sibuk-sibuk memeningkan kepala.

nickko said...

kalau pihak yang menerima kritikan atau tuduhan itu buka mulut walau sedikit, pasti ceritanya akan dipanjangkan oleh pihak tertentu. dalam politik, menafikan atau mengaku, sama sahaja.. so baik berdiam diri..

tapi bukankah sebelum ini juga Musa Aman pernah menjelaskan beberapa tuduhan yang dilemparkan kepada beliau???

Jason said...

I think MA is the type of person who does not want to make a big fuss about anything. Even though he remain silence at most matter, but it doesn't mean that he is stupid. Just look at how much development he brought into sabah.

Jason said...

with the election coming, its not surprising that people will try to bring down MA name.

Jason said...

Its best for people to evaluate MA through the effort he put into developing sabah.

Jason said...

being silence is a good way to avoid any unwanted controversial.

DorianG said...

As the Chinese philosopher Lao Tze puts it: “Silence is a source of great strength.”

Being quiet is a sign of wisdom as the malay saying goes "diam-diam ubi berisi"...rather than "bising-bising tong minyak kosong".

DorianG said...

As the Chinese philosopher Lao Tze puts it: “Silence is a source of great strength.”

Being quiet is a sign of wisdom as the malay saying goes "diam-diam ubi berisi"...rather than "bising-bising tong minyak kosong".